Chapter 3 Gadis Itu Dalam Bahaya!(Edited)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari telah larut malam dan Toshiro yang duduk di apartmen Chad, tempatnya sementara untuk menginap ketika menetap di dunia manusia mula merasai bosan. Daripada masuk ke biliknya untuk tidur, dia keluar dari tingkap, selepas dia melepaskan rohnya daripada terperangkap dalam gigainya, dia segera melangkah dari bumbung ke bumbung kompleks apartmen. Dia bersiar-siar, cuba menenangkan fikiran yang gundah gelana. 

Satu-satunya perkara yang ada di dalam mindanya ialah gadis yang berambut panjang dengan mata lavender, Hinata namanya. Beberapa jam yang lalu, mata mereka bertemu lagi. Matanya yang sedingin ais bertentang dengan mata gadis itu yang selembut kain sutera. Dia boleh meneka berdasarkan daripada pengamatannya mengenai gadis itu ialah gadis itu merupakan seorang gadis yang baik.

Senyumannya adalah sangat ikhlas yang lahir dari hatinya dan ia bukanlah di buat buat. Untuk sebab-sebab tertentu, Toshiro merasakan dahinya berkeringat. Hanya memikirkan gadis itu  hatinya berdegup dengan kencang dan membuatnya sesak nafas untuk seketika.

"Toshiro!" satu suara memanggilnya dari kejauhan, Toshiro menoleh dan mendapati Ichigo muncul dalam seragam shinigami nya melompat dari satu bumbung ke satu bumbung menuju ke arahnya.

"Aku telah mencari kamu dari tadi" kata lelaki berambut orange itu seraya melipat tangannya ke atas dadanya.

"Kau pergi mana?" tanyanya.

"Panggil aku Kapten Hitsugaya dan apa yang aku lakukan pada masa lapang bukan urusan kamu, Kurosaki" Kapten kecil itu memaling ke belakang. Malas dia menatap  terusan shinigami pengganti itu. Lagi lagi fikirannya berkecelaru jika ia melibatkan seorang gadis manusia.

"Oi, tak perlu lah marah marah" beritahu Ichigo seraya memegang bahu kapten kecil itu."Bagaimanapun, aku datang sini sebab lelaki tua itu memberitahu kami ada kerja pada malam ini." ujarnya. Kening Toshiro berkerut menandakan dia sedang mendengar.

"Sejak dua menjak makin banyak hollow yang muncul....aku di suruh un--" "Ada jejak Hollow di kesan di luar bandar kota Karakura" Toshiro menyampuk Toshiro, wajahnya terlihat serius melihat ke lokasi tempat hollow dikesan. Ichigo turut menoleh ke arah yang diperhati oleh sang kapten genit itu.

Toshiro lekas berdiri dengan kedua kakinya, berdiri atas bumbung rumah orang. Tangannya membelek pedang yang diikat di belakangnya. Dia ingin memastikan Zanpakuto diikat dengan kemas di belakang badannya

"Mari pergi ke sana"

                      ~ Hinata ~

Jarum jam menunjukkan sudah pukul tiga pagi dan setiap keluarga yang tinggal Hyuga mansion telah tidur nyenyak kecuali satu gadis ini. Hinata membaringkan tubuhnya atas katil bersaiz queen selepas kepenatan gara gara menyiapkan kerja sekolahnya.

Meskipun telah hampir sepuluh minit gadis ini baring atas katil empuknya entah kenapa matanya terasa sukar untuk dipejam dan di sebabkan itu dia tidak dapat tidur. Dia hanya terus memikirkan tentang anak kecil berambut putih yang di lihatnya petang tadi.

'Hm...aneh 'Dia berfikir pada dirinya sendiri, memegang tangannya di udara, depan wajahnya.

'Aku telah melihatnya dua kali...dan dia menatap aku kembali...'

Gadis itu menutup wajahnya dengan lengannya. Wajah anak kecil yang bermata hijau turquoise itu kerap bermain di fikirannya dan dia mendapati jantungnya berdegup tidak stabil.

"Jangan berfikir kalut, Hinata! Kamu bukan pedophile" Gadis itu memarahi dirinya sendiri, matanya terbuka luas ketika dia merasakan pipinya yang mula menghangat.

"Ia hanya perasaan aku sahaja...bukan apa apa..." meskipun dia berkata begitu dia dapat merasakan hatinya seakan ingin membanting keluar dari sangkar tulang rusuknya, berdetak dengan kuat sehingga membuatnya merasa tidak nyaman.

Gadis itu duduk atas katilnya. Tangannya di kemas atas dadanya, cuba merasai denyutan jantungnya yang berdegup dengan kencang. Hinata mengalih pandangannya  melihat ke luar jendela sebelah katilnya.

Dan pada saat itulah dia terpaku... tubuhnya tidak boleh bergerak... mata lavendernya bertentang  dengan mata kuning besar yang mengintip melalui luar jendelanya. Gadis itu tidak sempat untuk menjerit sebelum kaca di jendelanya pecah dan tangan yang besar menerobos masuk ke dalam biliknya melalui jendelanya dan terus menangkap tubuhnya, menariknya keluar dari biliknya.

Udara seakan tersangkut di tekaknya.
Makhluk itu mencekik leher Hinata dengan dua jarinya dan membawa naik ke udara. Keduanya saling berhadapan. Hinata bergelut cuba meloloskan dirinya dari cengkaman makluk pelik di hadapannya namun tidak berjaya. Dia cuba pula untuk menjerit untuk memaklumkan seluruh keluarganya, tetapi tidak ada yang mendengarnya dan suaranya langsung tidak keluar dari mulutnya.

"Tidak ada orang yang dapat mendengar kamu, onna." ucap makluk pelik itu dengan suara kasar dan serak. "Hehehehe...jeritlah kalau boleh...aku nak dengar juga jeritan dari gadis secantik kamu...hehehe...Sebelum aku melahap kamu" ejeknya.

Mata Hinata berair. Pandangannya mula kabur namun makluk di hadapannya dapat dilihat dengan jelas oleh mata lavendernya. 

Makluk di hadapannya mempunyai sebuah mask di mukanya yang menutup keseluruhan mukanya. Sepasang taring yang seperti seekor babi terjembul keluar di celah mulut besarnya yang seperti paruh burung. What weird combination.

Makluk itu yang dikenali sebagai hollow melaung dengan kuat sehingga membuatkan mata Hinata melebar dengan penuh ketakutan.

"T-Tolong!"jerit Hinata namun suaranya seperti tadi langsung tidak kedengaran di telinga manusia. Seolah makluk di hadapannya telah menyekat suaranya.

"Heheheh... berteriak la sekuat hati kamu!Takde siapa yang akan selamatkan kamu! Aku akan makan   jiwa cantik kamu sebelum sesiapa boleh menyelamatkan kamu..."

"Aku tidak pasti mengenai perkara itu, Hollow" balas satu suara dari belakang hollow. Ia berjaya membuat Hollow itu mengeras untuk sesaat dan cengkaman tangannya pada tubuh Hinata makin mengetat sehingga  menyebabkan udara di paru-paru gadis itu semakin berkurangan

"Siapa kau?!" Hollow itu menjerit nyaring.

"Nama aku bukan urusan kamu...aku sarankan kau lepaskan gadis itu SEKARANG!" Kata terakhir ditekankan dengan kemarahan dan ia berjaya menarik perhatian Hinata untuk menoleh ke arahnya.

"Kam-Kyaaahh!" Hinata menjerit apabila tekaknya di tekan dengan kuat dan mula membuat tekanan udara dalam tubuhnya makin menipis dan bakal meninggalkan kesan di leher gadis itu.

"Satu lagi langkah dan aku akan menghancurkan tekak gadis ini, Soul Reaper" Hollow itu mengancam namun dia berganjak ke belakang sesaat merasakan reiatsu(Tekanan roh) membunuh membuak keluar dari tubuh anak kecil berambut putih di hadapannya.

Toshiro tidak tahu kenapa dia begitu marah.  Namun yang dia pasti dia tidak akan mengizinkan gadis itu mati dibawah jagaannya.

"Sōten'ni zase, Hyorinmaru!" Toshiro menjerit. Ais mula melingkar di sekitarnya dan membentuk jadi seekor naga ais yang besar yang bertebangan di udara.

Tanpa menunggu arahan dari tuannya, Hyorinmaru meluru laju ke arah Hollow dan melanggar tubuh besar Hollow itu sehingga sebahagian dari badannya berubah menjadi ais.

Toshiro memegang katana. Dengan sepantas kilat Toshiro muncul depan hollow dengan guna teknik Shunpo (flash step) dan memotong lengan Hollow yang dia berjaya bekukan.

"Aaarrggghh!!!"

Serangannya berjaya membuat hollow itu menderita kesakitan, menjatuhkan Hinata dari udara. Toshiro muncul di tanah dan menangkap tubuh Hinata yang lemah longlai tidak bermaya. Gadis itu tampaknya telah tidak sedarkan diri. 

"Ichigo!Uruskan dia!"arah Toshiro pada shinigami pengganti yang mengikutinya dari belakang.

"Orait!" sahut Ichigo. Ichigo menghayunkan zanpakuto'nya ke arah Hollow itu dan menebasnya dengan sekali serangan. Hollow yang di tebasnya terbelah dua dan hancur menjadi partikel kecil sehingga lenyap sepenuhnya di atas muka bumi.

"Beres!" teriak Ichigo sambil mengeliat. "Diamlah Kurosaki!Semua orang tengah tidur sekarang ni" marah Toshiro.

"Tch...bukannye mereka boleh dengar suara kita pon"Ichigo merungut.  Tangannya di lipat ke belakang kepalanya.

"Oi, kau nak bawa gadis tu lari ke mana?Eh, tunggu kejab tu kan Hinata"Ichigo mendekati Toshiro yang mendukung Hinata bridal style.

"Bawa dia balik rumah dia..."Toshiro terdiam sebentar lalu berpaling menghadap Ichigo. "Kamu dah boleh balik" ujar Toshiro lantas shunpo ke  mansion Hyuga sambil mendukung Hinata dalam pangkuannya.

Ichigo mendesis kesal. "Baka Toshiro..." rungutnya. "Sekurangnya ucap terima kasih" sambungnya lagi. Kemudian dia meninggalkan perkarangan mansion Hyuga kembali ke rumahnya.

Toshiro berdiri depan jendela bilik Hinata yang pecah lalu menerobos masuk ke dalam bilik gadis itu. Dia menghampiri sebuah sofa empuk dan membaringkan gadis itu di atas sofa itu dengan perlahan agar tidak membangunkannya.

Toshiro mencangkung depan sofa Hinata di baringkan. Dia melihat gadis itu tidur nyenyak sehingga tidak sedar dirinya diperhatikan.

Dia membelai wajah gadis itu yang lena tidur tidak sedarkan diri. Wajah putih melepak seperti doll face begitu menarik perhatian Toshiro yang mengamatinya. Sebaris senyuman lengkap terukir di permukaan bibirnya semasa mengamati gadis itu tidur.

"Selamat malam"

End Chapter 3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro