Chapter 4 Panggilan Telefon(Edited)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hinata bangun dengan berpeluh satu badan, wajahnya memerah serta nafasnya tercungap cungap. Anak mata lavendernya berputar melihat sekeliling bilik bersihnya. Memori yang telah berlaku dalam seminggu yang lalu terus saja menghantui dia dalam mimpi.

Selepas gadis itu terjaga daripada mimpi buruknya, dia bangkit bangun dari katilnya. Dia menoleh ke tepi katilnya. Jendela dalam biliknya telah siap di baiki seperti tiada apa yang berlaku.

Dia merasa fizikal sudah semakin membaik, tetapi mental masih belum stabil. Dia masih terbayang bayang akan kejadian yang pada malam itu.

Wajah Hinata menghadap ke arah siling dalam biliknya, matanya terkatup rapat. Sekali lagi, seperti malam itu, sepasang mata berwarna hijau turquoise bermain main di mindanya. Dia teringat melihatnya malam itu, malam dia diserang.

Anak kecil berambut putih itu telah menyelamatkannya, walaupun dia tidak pernah mendapat namanya. Pelik...bahkan dia sahaja tidak dapat melawan raksasa itu kenapa anak kecil boleh mengalahkannya? Gadis itu menghela nafas dengan sangat dalam dan dia berpaling, melihat jamnya.

"3:40 A.M ..."

Hinata menarik nafas, menyeka peluh yang mengalir di keningnya. Dia masih mempunyai waktu sebelum waktu persekolahan bermula namun dia tidak terasa mengantuk dan dia tidak fikir dia boleh kembali tidur semula.

Telefon bimbitnya berdering, membuat gadis itu melompat dari katilnya ketika mendapat panggilan  telefon dari meja samping tempat tidurnya.

"Siapa yang memanggilku malam ini?" dia tertanya-tanya dan membalik melihat layar screen telefonnya. Wajahnya memerah warna merah jambu apabila melihat nama yang tertera pada nama pemanggilnya.

Ia adalah Naruto.

Hinata mengklik butang jawapan dan memegang telefon itu ke telinganya.

"H-Hello?" Gadis itu bertanya, menggigit bibir bawahnya.

"Hinata!" Suara itu bersorak dengan kuat di dalam telefon, membuat Hinata menarik jauh telefon dipegangnya dari telinganya. Dia tidak dapat menahan senyumannya daripada terukir di wajahnya.

"Aku kacau kamu tidur ke?" tanya Naruto di hujung talian, tidak mahu menjadi alasan untuk membangunkan sahabatnya.

"B-Bukan"

"Dah...saya dah lama bangun.." Gadis itu memaklumkan.

"Oh syukurlah." Naruto mengeluh lega.

"K-kenapa kamu tepon saya malam malam buta ni, Naruto-Kun?" Dia bertanya namun sebaik sahaja mendengar tawa Naruto dari hujung telefon yang lain menyebabkan rona merah merebak di pipinya hingga sampai ke telinganga. Dia benar-benar menyukai ketawanya.

"Aku bimbang tentang kamu la!" teriak Naruto dan ia hanya membuat gadis itu memerah bertambah banyak.

"B-Bimbang? M-Mengapa?" Suara Hinata berubah malu dengan cepat, menyebabkan dia menggigit bibir bawahnya lebih keras. Naruto tidak pernah risau tentangnya sebelum ini, tidak semenjak Neji kehilangan sifat dingin terhadapnya juga setelah Naruto memberi pengajaran secukupnya pada sepupunya itu kerana selalu bersikap kasar terhadapnya.

"Kamu sudah lama tidak hadir ke sekolah" Suara Naruto sangat serius.

"Kenapa?" Wajah memerah Hinata berubah pucat dan dia mula berpeluh. Dia tidak tahu Naruto sedang memberi perhatian kepadanya di sekolah.

"Ia bukan masalah besar" Dia berbohong, tetapi dia tahu Naruto tidak akan mudah tertipu dengan kebohongannya.

"Berhenti berbohong, Hinata... Itu bukan seperti kamu sama sekali. Hinata tidak pernah berbohong" Suara Naruto lembut, sama seperti ketika mereka pertama kali mereka masih kanak kanak.

Pandangan matanya mulai kabur dan tanpa dia sedar, dia menangis.

"Oh, N-Naruto..." Dia terisak-isak ke dalam telefonnya, membuat Naruto pucat di hujung talian.

"A-Adakah kamu menangis?" Naruto mula panik, membuat jantung gadis itu lebih cepat berdegup.

"Tak...Ia cuma..." gadis itu berhenti sebentar sambil menyeka air matanya dengan lengan baju tidurnya. "S-Semenjak seminggu yang lalu saya selalu bermimpi buruk..."

"Mimpi buruk?"

"Ye...mimpi saya di serang raksasa bertopeng" luah Hinata sebak.

"......."Naruto terdiam tidak membalas. Hinata bingung. Gadis itu menggigit bibir bawahnya, melihat ke permukaan katil. Kesunyian itu membunuhnya.

"N-Naruto-Kun?" panggilnya.

"Ah ya, maaf mengelamun" jawab Naruto yang kedengaran sedikit kekok.

"Bagaimana bentuk raksasa tu kelihatan?" tanya Naruto dengan nada serius. Hinata gugup.

"Besar ... kulit putih. Ini saya fikir ia di panggil 'Hollow tetapi saya tidak pasti. Raksasa itu menyerang saya ... di dalam bilik. Dan juga ada seorang anak kecil berambut putih dan mengenakan hiori putih datang menyelamatkan saya* Wajah Hinata memerah tatkala teringatkannya* Pedangnya boleh keluarkan ais"jujur Hinata berbicara namun dia tidak yakin Naruto akan mempercayainya.

Lagi sekali Naruto terdiam. "Hinata..."panggil Naruto.

"Hai" balasnya.

"Ini mungkin hanya mimpi..." Hinata terkedu. Hatinya patah. Hanya mimpi? Tetapi dia tidak bermimpi. Patah hatinya apabila Naruto tidak mempercayainya. Kesakitan itu terlalu nyata. Hinata membuka mulutnya untuk membantah, tetapi tiada apa yang keluar. Dia mahu menafikan kata kata Naruto, tetapi dia tidak mahu dia fikir dia gila. "M-Mungkin" jadi hanya dengan berbohong dapat mengeruhkan keadaan.

Selepas keduanya selesai berbual dan mengatakan selamat malam Hinata mengklik butang hang-up. Telefon bimbitnya di letak di meja di samping katilnya.

Dia duduk mematu atas katilnya dengan rambut depannya menutup matanya. Tangannya dikepal sehingga jadi penumbuk. Seluruh badannya menggigil menahan rasa sayu di hati. Air matanya yang di tahan akhirnya jatuh berguguran dari kelopak matanya.

Kenapa sukar sangat untuk mereka mempercayai saya?

Hinata mengalih pandangannya ke luar jendela, mengamati cahaya bukan bersinar di malam hari menenangkan jiwanya yang menangis dalam kesakitan. Air matanya yang merintik jatuh dibiarkan mengalir tanpa di seka.

Hinata tersenyum kelat.

Dia baring semula atas katilnya membiarkan tidur mengambil alih dia sekali lagi. Rasa sakit di hatinya di lempar jauh jauh.

Dan...mata hijau turquoise muncul dalam mimpinya bermain main dalam mindanya.

                    ~ Toshiro ~

Sudah seminggu semenjak Toshiro mengawasi gadis itu sejak dia di serang oleh hollow. Toshiro kini bersandar pada dahan pokok yang beberapa kaki dari depan tingkap bilik Hinata.

Semenjak Hinata di serang oleh Hollow Toshiro sentiasa risau akan keselamatan gadis itu sehingga dia sanggup tidur di luar rumah gadis itu semata mata untuk melihat keadaannya serta melindunginya daripada Hollow.

Bila difikirkan balik kini telah ke-7 hollow Toshiro hapuskan yang berani mendekati Hyuga mansion dalam masa seminggu. Kebanyakkan penyerangan berlaku ketika waktu malam dan ketika Hinata sedang tidur.

Toshiro mengeluh. Badannya mengeliat sedikit bagi meregangkan kaki dan tangannya yang terasa kaku.

'Urgh...gara gara tekanan spritual Hinata tinggi sampai menarik perhatian banyak Hollow...seluruh badan aku lenguh...'

"Hwaa..."Toshiro menguap.

Dia memejamkan matanya, kepalanya di sandar pada lengannya yang dilipat belakang kepalanya. Kakinya juga di silangkan.

'Masa untuk berehat...'

End Of Chapter 4

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro