❤️6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam itu,keluarga Hyunjin makan di restoran yang pernah dikunjungi keluarganya sebelum Encik Hwang bertolak ke China.

"Hyunjin...macam mana sekolah sekarang?",Hwang Jungmin menanya Hyunjin yang sedang berselera.Hyunjin cepat-cepat menelan makanan yang penuh di mulutnya.

"Ok je....Hyunjin dah rajin buat homework sekarang.",cerita Hyunjin.Walaupun result Hyunjin hanya cukup-cukup makan,Appanya tak pernah sekali pun memaksa Hyunjin sebaliknya hanya memberi nasihat dan semangat.Dia berniat menjadikan Hyunjin sebagai pengarah di syarikatnya bila Hyunjin menamatkan sekolah.

Encik Hwang hanya mengangguk mendengar cerita Hyunjin.Dia teringat dengan anak rakan kerjanya yang selalu mendapat markah tertinggi di sekolah.Tapi belum pernah berjumpa secara depan,hanya mendengar cerita.

Mereka pulang ke rumah sebaik saja selesai makan.

                               •••••••••

Kelas Boseok sunyi tanpa suara.Selalunya kelas itulah yang selalu dijadikan bualan guru-guru di SM Seolseong kerana kebisingan yang susah dikawal.Park seonsaeng berjalan mengelilingi kelasnya.Dia sengaja menjalankan ujian mengejut untuk kelasnya.Matanya tertumpu pada Hyunjin yang tekun menjawab soalan.
       
                               •••••••••

Seminggu kemudian,

Heejin berdiri di tepi pagar sekolahnya.Dia menunggu kehadiran seseorang.

Hyunjin berjalan melepasi pagar sekolah namun terhenti bila namanya dipanggil.Heejin berlari kecil menuju Hyunjin yang berhenti tak jauh darinya.

"Jom pergi satu tempat nak?",ajak Heejin.Hyunjin mengerutkan dahi.Demam ke budak ni?

"Taknak,aku tak rapat pun dengan kau",jawab Hyunjin selamba walaupun hatinya ingin pergi.Bak kata pepatah,mulut kata pergi hati kata mari.

"A-aku ada benda nak cakap dengan kau.",Heejin memandang ke tanah.Malu nak berhadapan Hyunjin.Hyunjin hanya setuju bila Heejin berkata demikian.

                            •••••••••

Mereka berhenti di satu tempat.Tempat yang boleh menampakkan seluruh bandar dari situ.Heejin berdiri tak jauh dari Hyunjin yang masih boleh kedengaran suaranya.

"Kau dapat berapa result tadi?",Heejin memulakan perbualan.Hyunjin memandangnya sebelum matanya kembali melihat pemandangan di situ.

"Sikit je...kau?",pipi Hyunjin mula memerah.Dia menepuk lembut pipinya.

"Sikit tu berapa?Aku kena tahu memandangkan aku mentor kau."

Hyunjin mengeluarkan kertas yang dilipat kemas dari begnya.Dengan gembira dia menunjukkan markahnya di hujung kertas.

"50 markah aku naik.....er..komawo dan mianhae",teragak-agak dia meminta maaf.

"Maksudnya...sebelum ni markah kau 15?Sebab kau kata naik 50 jadila 65.",teka Heejin.Hyunjin mengangguk.Kalau bukan disebabkan  Heejin mustahil markahnya akan naik begitu sekali.

"Markah kau berapa...cepatla bagitahu",rengek Hyunjin tanpa sedar.Terkedu Heejin melihat muka Hyunjin yang belum pernah dia tengok sebelum ini.

"Markah penuh...hehe",malu-malu Heejin menjawab.Hyunjin menepuk tangan seperti singa laut.Entah sejak bila mereka boleh berbual dengan selesa.

"Cita-cita kau apa?",tanya Hyunjin spontan.Heejin agak terkejut dengan soalan Hyunjin.Dia cuba mengawal riak mukanya.

"Seonsaengnim?",Hyunjin diam seperti memikirkan sesuatu sebaik Heejin berkongsi cita-citanya.Dia menggeleng kepalanya tanda tak setuju.

"Tak sesuai.Nanti pelajar lari bila kau mengajar,sebab kau membosankan waktu mengajar.Aku rasa kau sesuai jadi doktor..hmm....doktor sesuai.",cadang Hyunjin.Selamba badak tentukan cita-cita orang.

Heejin tak membantah bila mendengar cadangan Hyunjin.Ada betul juga apa yang dikatakannya Hyunjin.

"Kau?",dia bertukar soalan.Mestilah dia nak tahu apa cita-cita Hyunjin.Hyunjin tersenyum sumbing.

"Aku?Hehehehe....kalau aku..cita-cita aku nak jadi...",Heejin dengan sabar menunggu jawaban.

"Jeon Heejin namchin(teman lelaki)",Hyunjin berkata dengan tenang.Dia pun mendekati Heejin yang masih terkejut dengan apa yang baru Hyunjin katakan.Jantungnya berdegup kencang melihat Hyunjin yang semakin menghampiri.

"Saya suka awak.",Hyunjin memgungkapkan perasaannya.Baginya itulah masa yang sesuai.Heejin masih terkedu diam tak berkata apa-apa.Hatinya berbunga-bunga.Dia menyangka selama ini hanya dia yang menyimpan perasaan pada Hyunjin.Tanpa menunggu lama,dia memberanikan diri memandang muka Hyunjin.

"Saya pun.",jawabnya sepatah namun masih menggembirakan hati Hyunjin.Hyunjin melompat kegembiraan.Buat kali pertama dalam hidupnya dia merasa berjaya.Berjaya dalam perasaan yang belum pernah dia rasai.

Malam itu terasa hangat walaupun cuaca agak sejuk.Mereka pulang beriringan sambil memegang tangan.

                             •••••••••

Terkejut Puan Choi dibuatnya melihat Hyunjin sedang menyediakan sarapan.Encik Hwang sudah mengambil tempat di meja makan.Hyunjin menarik tangan Eommanya menuju ke ruang makan.Puan Choi melihat jam dinding yang baru menunjukkan pukul 7.15 pagi.

Puan Choi memandang anaknya yang kelihatan gembira.Gembira daripada biasa.Encik Hwang yang perasan dengan pandangan Puan Choi mencuit lengan isterinya.Puan Choi mengawal mukanya.

"Hyunjin?Hyunjin sakit ke?Pelik Eomma tengok kamu pagi ni.Bukan sekarang waktu tidur kamu lagi ke?",akhirnya Puan Choi bersuara setelah lama memerhati gerak geri anaknya.

"Hyunjin sihatla...Ni azam baru Hyunjin.Eomma dengan Appa jangan risau ok.",Hyunjin memberi senyuman yang semanis madu itu pada ibubapanya.Encik Hwang hanya tersenyum tanpa membantah.Bagus juga anaknya ada azam baru. 

                              •••••••••

Hyunjin datang awal ke sekolah pada pagi itu walaupun agak lambat daripada pelajar lain,namun awal bagi Hwang Hyunjin si raja tembok.Pelik guru-gurunya melihat sikap Hyunjin pada hari itu.Senyum sampai ke telinga.

"Annyeong,Soobinnie.",sapanya ramah.Soobin membelakangkan sedikit kerusinya bila Hyunjin bersikap pelik.

"Annyeong....kau sihat tak?"Soobin melekapkan belakang tangannya dindahi Hyunjin.Normal jadi apa yang tak normal sekarang?Heejin yang baru melangkah masuk tersenyum malu memandang Hyunjin lalu kembali ke tempatnya.Sempat Hyunjin melambai tangan ke arah Heejin.

Soobin yang menyaksikan sesi lambaian itu akhirnya dapat menangkap apa yang sedang berlaku.Apa lagi kalau bukan cinta berputik.Dia tersenyum nakal.Yuna memuncungkan mulutnya melihat Hyunjin yang memandang Heejin.Dia merengus lalu keluar dari kelas.Sakit hati melihat lelaki idamannya dilamun cinta.

Park seonsaeng masuk ke kelas diiringi seorang lelaki yang sederhana tingginya namun wajahnya cukup tampan untuk mencairkan hati perempuan.

Kelas Boseok menunggu guru kelasnya mengenalkan lelaki yang berdiri di sebelahnya.

"Ok kelas...hari ini ada pelajar baru.Dia baru pindah ke sini.Sebelum ni dia sekolah di Seoul.Saya harap korang bolehla kenal- kenalan dengan dia.Perkenalkan diri kamu.",arah Park seonsaeng.

"Annyeonghasayeo...Lee Minho imnida.Boleh panggil Minho.",Minho memperkenalkan dirinya ringkas.

"Minho bolehla duduk di kerusi kosong belakang tu.Sesuaikan diri kamu,kalau ada apa-apa kamu tanya je kawan sebelah kamu tu.",pesan Park seonsaeng.Minho mengangguk faham.

"Yuna tak datang ke hari ni?",tanya Park seonsaeng sebaik melihat kelibat Yuna tiada.

"Ke tandas kot",Hyunjin menjawab.Park seonsaeng meninggalkan kelas selepas mengambil kehadiran kelasnya.

Yuna duduk di tempatnya tanpa menyedari kewujudan Minho.Minho menegur Yuna sebaik Yuna mengambil tempat.

"Annyeonghasayeo",ramah Minho.Yuna terjerit kecil bila Minho menyapanya.Dia menampar-nampar pipinya tak percaya.Baru tadi hatinya hancur melihat kemesraan Hyunjin dan Heejin.Kali ini hatinya yang baru hancur berkecai,bersatu semula melihat wajah kecil milik jejaka bernama Minho.

-----------------------------------------------------------

               

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro