2|HIS NAME

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adelia Edruce

     "FAT ! Lamanya kau. Naik tebal muka aku ni tahan malu tau!" Sampai saja Fatiha di sebelah aku. Terus lengannya aku pukul. Dia mungkin sakit. Tapi dia tak tahu,betapa lamanya aku tahan malu daripada tadi. Dengan orang yang mula dah ramai. Meja ni,baik-baik aku sorang. Dah hampir penuh satu bulatan. Sudahlah,beberapa kali aku disapa oleh lelaki yang aku tak kenal. Datang-datang minta nombor, dan minta accaount  instagram. Haih.

     "Aduh Ed ! Sakit tahu tak. Perut aku sakit lah. Habistu takkan aku nak tahan-tahan. Karang muntah satu hall ni. Lagi kau malu" dalih Fatiha. Beg hitam miliknya diambil lalu dia melabuh duduk. Handsenitizer Dettol dikeluarkan lalu disapu ke telapak tangan. Sempat lah juga aku minta sedikit.

      "All students and teachers. Please sit down at your place carefully and silents. Give us your perfect and a good personality as the headschool..."

      Keadaan hall berubah gelap. Hanya beberapa lampu sahaja yang masih hidup. Sekarang semua pelajar dan guru lebih tertumpu dengan keadaan di atas pentas dan skrin yang terang menyala. Aku agak,majlis dah mula sekarang ni. Keadaan yang beransur senyap tiba-tiba berubah riuh. Ramai yang bangun dan ada juga yang kekal duduk. Peliknya,handfone masing-masing terus pegang. Aku turut pandang tempat yang mereka pandang.

      Ya,ya. Sebelum terlupa, Fatiha paling excited dekat sebelah aku ni. Masalahnya,apa yang dia orang suka sangat ni? Pelik aku. "Ed ! Eddd ! Weih dia datang lah. Aku fikir dia tak datang"

      "Apa?"

      "Weih tadi kau tanya anak pemilik hotel ni handsome ke tidak kan?" Aku mengangguk saja. Dah memang tadi aku ada tanya. Takkan nak menidakkan pula. Dengan Fatiha pula tu. Eih,baik jangan. "Okay sekarang ni memang rezeki kau. Itu,lelaki yang tinggi-tinggi pakai kot darkblue tu. Dialah Kaisar Caser Ahn ! Auw,handsome sia dia"

      Aku langsung pandang ke arah yang di tunjuk. Memang aku nampak lelaki tu. Tinggi. Rambut gaya terkini. Tapi tak senyum. Em,nampaklah cara tak suka dijadikan perhatian tu.Dan aku tak nafikan kalau nak cakap dia tak handsome. Yes ! dia memang handsome. Indah sangat ciptaan yang tuhan bagi pada dia. Tapi sayangnya,aku tak berapa jelas nak telek dia. Satu,keadaan hall ni gelap. Dua,dia dah duduk dan keadaan orang yang masih berdiri menghalang aku untuk tengok. Takkan aku pula yang nak berdiri. Ugh,memang bukan Adela Edruce lah kalau nak usha anak teruna orang.

      "Em boleylah" itu sahaja komen yang aku keluarkan. Malaslah nak melebih-lebih.

      "Itu je? I mean ITU JEEE respon kau? Ish! Tak bersyukur pada rezeki betul" hm whatever lah Fatiha. Kisah apa aku. Datang sini nak terima sijil. Bukan kutip crush.

      "Weh! Weh! Dia pandang sini lah. Auh..." Haih,naik loya pula aku. Sudah-sudah lah tu perasan. Orang tu pandang member depan dia. Bukan kau.

      "Fat,dia pandang kawan dia lah. Bukan pandang kau" Aku cuba menyedarkan Fatiha. "Ouh ha'ah lah. Hehe. Eh kawan depan dia tu handsome jugak weihhh. Ouh baru aku ingat. Yang sebelah dia tu, Desmond.Ji, alah yang lalu depan kita tadi.Sebelah Desmond tu pun sama. Dia lalu jugak. Em jap aku lupa nama dia.."

      "It's okay. Aku taknak tahu pun-"

      "Okay dah ingat!" Ya-Rabbi Fatiha Rizman. Mengucap panjang terus aku disebelah. Dahi ditepuk kuat.

      "Sebelah Desmond tu, Kriss. Kriss Wang. Handsome dowh dia! Abende sia muka memasing. Em,yang depan dia tu. Daiyan. Daiyan Haqim. Event dia melayu tanpa mix. Tapi dia lelaki melayu paling kacak!"

      Ugh, Fatiha. Dia kalau bercerita. Memang nak gempak. "Senang cerita. Atuk gusi bergerak-gerak lalu sebelah kau pun kau kata handsome nanti"

      "Eah tolong sikit. Mana ada lah"Sangkalnya bersama wajah masam.

      "Ada"Jawab aku dan Fatiha terus menjeling. Dia kembali memerhatikan empat jejaka handsome di seberang sana. Meja lelaki berempat itu,tiada guru atau pelajar lain. Yang duduk hanya beberapa kakitangan atas. Mungkin sebab,anak pemilik hotel di situ jadi tetamu jemputan itu disuruh duduk situ.

      "Fatiha fokus Fatiha. Majlis dah mula" Fatiha buat tak endah. Dia masih terbuai dengan mimpi tak pernah jadi kenyataan dia tu. Aku pula yang lenguh panggil dia yang taknak pusing-pusing. Nampaknya betullah, 'aku sanggup tak berkelip' ah ya. Fatiha memang taknak lepas pandang wajah crush dia.

      "Crush kau ke?"

      "Takdelah crush. Tapi dia handsome sangat. Jadi aku taknak membazir. Emh! Dia ketawa lah" oh. Taknak membazir. Sepatutnya,benda macam tu patut sangat dibazirkan. Tiada yang rugi pun.

      "Asal kau suka sangat eh. Apa yang menarik sangat pasal mamat ni?"

      Dengar aku bertanya seperti itu. Kepala Fatiha terus toleh ke aku. God ! Finally, toleh pun minah ni. Haih,penat aku tanggung malu. "First of all nama dia" huaaa dah start dah cerita dia. Kau tengoklah nanti. Keturunan keluarga sampai ke adik-beradik dia cerita.

      Yang aku tak faham selama berkawan dengan dia ni. Dari mana dia tahu semua maklumat keluarga orang? Kalau dia google. Fatiha memang manusia berhobi kan stalk orang. Hati-hati dengan Fatiha. Bakal-bakal hacker agaknya.

     "Nama dia, Kaisar Caser Ahn. Dia ni anak bongsu dari 5 orang adik-beradik.." kan aku dah kata. Dia bagitau berapa ramai adik beradik sekali.

     "2 kakak and 2 abang. Paling best,abangs dan kakaks dia ni,dah kahwin. Anak pun dah ramai" okay yang ni aku terkejut. Bulat jugak lah mata aku bila dengar abang-abang dan kakak-kakak Kaisar ni dah kahwin semua dan ada anak lagi. Aku..aku tak sangka cepat keluarga dia membesar.

      "Seriuslah? Wah besar nya keluarga dia"

      "Iyes. Serius. Lepastu beb, papa Kaisar ni mix tau. Tan Sri Danial Caser ni,American-malay. Paling gempaknya! Ibu dia, Puan Sri Yuna Ahn tu,Korean. Jadinya, Kaisar ni mix barat asia lah citernya. Sebabtu lah nama dia ada 'Ahn'. Abang kakak dia pun sama. Cuma Kaisar ni,dia lebih suka dikenali Kaisar Ahn daripada Kaisar Caser. "I don't know why " Fatiha angkat bahu.

      Disebabkan penat bercakap. Air mineral aku diteguknya. Memang patut kalau dia penat bercakap. Sebab dia ALWAYS bercakap.

      "Hoho kalau kau nak tahu kan. Kaisar ni siap ada ig fans lagi. Ramai gila pula tu. Kau sorang je tak kenal dia aku rasa. Keluarga Kaisar ni, sampai ke Korea pun orang kenal. Sebab omma dia terkenal dekat sana. Kau takkan tak kenal Yuna Ahn?"

      Yu-Yuna Ahn? Ouh pereka pakaian dan handbag terkenal tu?

      "Yuna Ahn Exclusive Collection tu ke?"

      "Yes ! Exectly right Adelia. Dan kau kene tahu. Omma dia tu,bekas model dekat Korea!! Oh my god kenapa perfect sangat hidup Kaisar ni" Aku terangguk-angguk mendengarkannya. Em betul lah tu. Aku setuju dengan Fatiha. Kehidupan Kaisar Caser Ahn ni nampak sempurna.

      "Seterusnya,Adelia Edruce binti Yusuff dari S.Hagword Girls Highschool , dipersilakan naik ke pentas" Aku terkejut, terkedu, terpana dan segala ter. Erhgh! Fatiha lah ni. Melayan dia sampai aku tak perasan dah tiba giliran agihan sijil. Hall pun dah terang.

      Aku bangun dalam malu-malu. Shawl aku betul kan sedikit sebelum berinjak dari tempat aku ke depan. Seorang wanita berpakaian formal itu menyambut aku dengan baik untuk dibawa ke atas pentas. Ahhh,apa yang aku rasakan sekarang ini adalah malu. Malu bila tak ready apa-apa dah kene panggil. Pulak tu,ramai yang tanya-tanya ;

      "nama awak Adelia eh?"

      "Oh Edruce rupanya"

      Dan ada juga,

      "Ed! Ed! Nanti borak-borak dulu" Eaish,sesuka dia je ber'Ed'-'Ed'. Ed hanya untuk yang rapat je. Aku tak kenal kau!

      Aku senyum sebaik melangkah naik ke atas pentas. Sedikit tertunduk untuk mengantikan salam. Sijil itu aku ambil. Tapi sebelum tu. Emrh! Part  paling aku tak suka. Ambil gambar! Aish, aku benci perkara ini. Yalah untuk spesis pemalu macam aku ni,kalau diambil gambar atas pentas lepastu orang dari bawah tengok je aku senyum-senyum tak ikhlas macam ni, terasa nak mati je. Aish.

[•••]

      "WAW so beauty.." secara tak langsung mulut Kriss memuji. Bila Kriss mula puji. Maknanya,perkara itu memang cantik. "Apa? Mana?" Daiyan mula menyibuk.

      "Itu. Yang tengah tersenyum paksa ambil sijil" Desmond dan Daiyan terus pandang. "Yah. Not bad. Cantik,sopan. Tapi asal muka dia merah-merah eh?"

      "Malu lah tu. Kau tak nampak berapa ramai mata lelaki tengah pandang dia tu" ujar Daiyan. Mata Kriss dan Desmond turut memandang sekeliling. "Ehhei, kau tertinggal satu lah Iyan"

      "Who?"

      "Kaisar Ahn ! Emrh, semestinya maggie. Dia tak akan pandang perempuan punya" Desmond tergelak dengan kata-kata Kriss. Ada betul nya juga. Kaisar semestinya tidak ambil peduli dengan mana-mana kecantikan.

      "Hello sir, this is your drink " seorang pelayan mengejutkan mereka. Pelayan wanita itu meletakkan segelas minuman ke atas meja. Tepat dihadapan Kaisar. Dia tersenyum dan berpamitan untuk pergi.

      "Kai,kau ada pesan air ke?" Daiyan menegur. Kaisar terus mengangguk. "Ada" jawabnya.

      "Tak ajak pun! Aku nak jugak" Tak ada ribut,tak ada hujan. Kriss tiba-tiba sahaja merungut. "Kau ni kenapa Kriss" Desmond menegur tingkah laku Kriss. Desmond ini,boleh di ibaratkan sebagai abang kepada para adik. Lagi-lagi Kriss. Sebab itu lah,dia digelar hyung. Bahasa korea yang dimaksudkan sebagai abang.

      "Kau ni hyung. Asyik nak marah aku je. Kau kenapa eh," haih menjawab. Ya Kriss gemar menjawab. Tapi tak suka bila ditanya. Ditanya senyap pula. "Kau tu kenapa? Bising je dari tadi. Girlfriend lari?"

      Senyap. Kriss langsung tak menjawab lagi. Ouh bagus hyung. Memang ini je cara untuk senyapkan mulut seorang Kriss Wang.

      "Kai..nak sikit air" tapi sekejap je. Em -,-

      "Ha air? Ouh aku baru je habiskan" gelas kosong itu ditayang-tayang. Rahang Kriss yang hampir hendak terjatuh itu ditahan oleh Daiyan. "Tabah lah Kriss. Kau asyik bercakap je. Sampaikan Kaisar minum air tu sampai habis pun kau tak perasan"

      "Weih Kai..cepatnya kau minum" Rungut Kriss bersama bibir yang sudah memuncung sedepa.

      "Dah air ni tak banyak. Cepatlah" ringkas sahaja Kaisar jawab. Langsung tak hirau wajah hampir nak menangis syahdu Kriss. Hm,peduli apa dia.

      Majlis menjadi perhatian mereka kembali. Bukan mereka. Hanya Desmond yang fokus dengan keadaan majlis. Daiyan dan Kriss sudah khusyuk dengan game. Tak pandang depan lagi dah. Kaisar pula dengan Iphone nya. Bermessage dengan Dylan kot. Abang ketiga dia.

      Tiba-tiba riaksi Kaisar berubah. Tangan dia mula naik melurutkan tali leher hingga longgar. Awalnya sedikit. Tapi kemudian nya tali leher itu terus dilucutkan di situ juga. Dan di saat dia mula membuka butang baju dengan kasar,ketiga-tiga rakan Kaisar terus menoleh.

      "Eh,kau pahal ni?" Desmond terus menegur kerana pelik dan risau.

      "Ah-aku tak tahu lah, Aku panas" tangan Kaisar makin ligat membuka butang baju. Leher sudah mula berpeluh. Keadaan itu mencemaskan mereka bertiga.

      "Aku syak dalam air ni ada something " Daiyan terus menebak sesuatu. Dan jangkaan nya itu seperti tepat bila Kaisar tiba-tiba merebahkan badannya ke atas meja. Tangannya dari tadi menarik-narik baju sendiri seolah-olah mahu dibuka di situ.

      "Hyung..tolong aku..please..aku rasa..ah..aku panas.."

      "Okay-okay kita naik bilik. Kau tak boleh dekat sini. Bahaya" Desmond lantas bangun dari kerusi. Dia bergegas untuk membantu Kaisar. Kriss dan Daiyan turut ikut sama.

      Sampai di luar hall. Secara tak sengaja Kaisar terjatuh ke karpet. Dia termengah-mengah disitu. Muka pula,semakin lama,semakin memerah.

      "Kaisar kau okay?" Daiyan mula risau dengan Kaisar. Perasaan bahawa di dalam air itu mempunyai sesuatu semakin kuat. "Hyung?" Desmond menggeleng. Dia pun tak tahu.

      "Wait..wait..ja-jangan sentuh aku dulu.." Kaisar memberi larangan. Dalam susah payah dia bangun untuk berdiri. Butang kemeja putih yang daripada awal ditahan untuk dibuka lantas dibuka di situ juga. Kemudian kot darkblue sekolah itu pula dicampak ke tepi. Kriss langsung mengejar jaket itu.

     "Bawa aku naik" Arahnya dengan lemah.

      Pintu bilik Kaisar di buka. Hampir nak terjatuh juga Daiyan dan Kriss ketika berebut untuk masuk. Nasib tidak tersandung di mana-mana. Dengan terhuyung-hayang,Tubuh Kaisar di bawa masuk. Sampai di hadapan katil,Desmond menolak agar Kaisar terbaring. Tapi mulut lelaki itu masih meracau sendiri. "Ahh" dan "em" adakalanya terkeluar dari bibir seksi itu.

      Kaisar sememangnya seksi. Dan bila jadi seperti ini. Bertambah-tambah seksi pula jadinya dia.

      "Okay guys. Kita keluar. Biar Kaisar rehat"

      "Kai,apa-apa panggil kami tau"

      "Yea,dan aku cadangkan kau mandi. Sejukkan badan kau"

      "Argh,kesiannya kau. Aku faham perasaan menahan rasa tu macam mana" Bila Kriss cakap begitu. Tak pasal-pasal dia dapat pandangan membunuh dari Daiyan dan semestinya Desmond.

      "Ok Kaisar. Aku bawa adik dan BERUK ni keluar dulu. Rest " Kaisar mengangguk tanpa bersuara. Apa yang dia rasakan sekarang ni tersangatlah terseksa. Rasa macam..macam mahukan sesuatu. Tapi..tapi argh! Bantal di atas kepala di ambil lalu menutup muka. Jantung dia daripada tadi berdegup kencang. Nafas pun,tak berapa betul. Dan muka Kaisar waktu sekarang ini,tersangatlah merah!

      Kaisar bangun dari baring. Kemejanya ditanggalkan terus dan hanya t-shirt putih yang masih tersarung di badan. T-shirt itu pun turut di keluarkan dari seluar. Dia bukan pakai slack pun. Hanya jens tetapi tetap hitam. Dia tetap juga harus mengikut syarat. Air muka papa,harus dijaga.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro