29|DEVIL'S HORN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bab 29

                 BUKU itu menjadi kegemaran buat Kaisar untuk dilempar. Kali ini, sudah masuk buku ke 39 dilempar. Habis bersepah keadaan perpustakaan The Cares's Highschool disebabkan Kaisar. Di suruh cari bahan untuk lengkapkan kajian fizik, malah dia boleh pula merenung nasib yang entah sampai ke bila patut direnungkan. 

                  "Aigoo...daripada kau huru harakan sekolah ni, lebih baik kau cerita dengan kami apa yang kusutkan kau sangat?"

                  Air tin minuman alkohol dilemparkan ke atas Kaisar. Kriss berlalu mengutip buku-buku yang telah disepahkan daripada rak. Disebabkan Kaisar, satu perpustakaan ini lengang. Tak ada seorang pun yang berani melepak di perpustakaan. Agaknya jika terserempak, boleh meninggal orang itu.

                  "Kaisar, kau ni punca tertutupnya ilham orang nak menimba ilmu."

                   Pap! Sebuah buku berkulit tebal keras dihantuk pada kepala si raja buaya itu. Kriss mengaduh sakit. Tak perlu disoal siapa yang mengetuk. Sudah tentulah, hyung kesayangan semua! 

                   "Kau pun punca ilham orang nak belajar tertutup. Ramai hati perempuan broken disebabkan kau. Sampai tak boleh nak belajar. Jangan main-mainkan hati perempuanlah buaya tembaga! Dapat yang keras kepala macam tembaga nanti baru kau nak letak jawatan dari bergelar playboy, Nǐ xiǎng shénme shíhòu chéngshú ?"    

                   "Well, perempuan semua sama,"

                   "If ada?"

                    "Then, I took that one."

                   Wah, mudahnya hidup seorang Kriss Wang. Bila jumpa yang tepat terus disauk ambil? Bila tidak diperlukan lagi, adakah akan dibuang tanpa simpati? Jadi, apa nilai wanita di mata lelaki itu? Peminat wanita lah konon..

                   Bebelan Desmond bukan diambil endah. Kriss boleh mengumpat pula bersama Daiyan ketika mengutip buku. Bising sahaja mulutnya. 

                   Tangga kecil di setiap hadapan rak buku dipanjat oleh Kriss. Kemudian buku-buku  itu disusun berdiri mengikut susunan melalui kod nombornya  semula. Kaisar buat tidak endah dengan rakan-rakannya. Dia masih terduduk lemah di tepi rak buku. Penutup tin minuman itu dibuka hingga menghasilkan bunyi clips! Air itu diteguk rakus.

                   Hati ini tidak tenang. Kegusaran di dalam gelombang emosi kadangnya mampu ditahan tetapi berakhir dengan kekusutan juga. Semak!

                  "Kau merepek apa ni Daiyan?  Hish.. sini,sini. Tolong aku kemaskan buku-buku yang bersepah ni. Eh terkoyak?" Bebelan Kriss tersekat dek helaian buku yang terkoyak dari muka surat yang asal. Pasti Kaisar punya kerja!

                  Kriss dan Daiyan berpandangan. Ini kalau pustakawan nampak, pasti mereka yang dituduh. Lekas Daiyan  menyelitkan helaian muka surat itu ke dalam buku tersebut semula sebelum di lambung ke arah Kriss. Tangkapan yang baik, buku itu selamat disusun. That's my man.

                   "Eh Kai, mana kau dapat benda ni?" Desmond menyoal Kaisar ketika melihat minuman yang sudah lama tidak diteguk oleh Kaisar kembali menjadi punca keredaan kekusutan lelaki itu. 

                   Kaisar tidak membalas. Sebaliknya minuman itu diteguk lagi dan lagi. Halkum itu seringkali bergerak menelan minuman keras itu masuk ke rongga tekaknya. Perit akan kesan minuman itu namun, ia tetap ditelan juga. Sama seperti situasi dirinya. Perit tetapi, dia harus layankan juga. Salahkah tindakan dia kini? Ini kehidupan dia, apa hendak dipeduli. 

                   "Aku yang beri. Kenapa? Bukan tak biasa. Lagipun, dia susah nak mabuk. Bukan macam kita."

                   Desmond mendiamkan dahulu. Dibiarkan sahaja Kaisar yang tampak kusut itu. Ada sesuatu yang terjadi ke malam itu? Sampaikan lelaki ini..berubah sedrastik ini. Perangai lama Kaisar dah kembali. Pasti baran lelaki ini, bila-bila masa sahaja boleh meletus. 

                  "Kai,nǐ yǒu wèntí ?" (Kau ada masalah ke?)

                  Kaisar geleng, minuman itu diteguk sehingga habis. Kemudian tin itu renyuk di dalam genggamannya. Perlahan-lahan, aluminium renyuk itu diambil daripada genggaman Kaisar. Sebagai orang yang lama berkawan dengan Kaisar, Desmond risau jikalau tin itu akhirnya melukai kulit tangan Kaisar. 

                 "Kriss dah tahu pasal kau dan Adelia. Dia..terdengar semasa di tangga." wajah Desmond dipandang seketika. Dia dah tak fikirkan lagi soal itu. Tak penting untuk dirinya lagi. 

                 "Tak perlu risau, aku kenal Kriss. Dia nakal tapi sebenarnya, dia yang paling tak suka orang luar tahu tentang keburukan kawan dia. Trust me."

                  Bunyi runtuhan buku menghempap seseorang mengamit suasana sunyi di lorong rak sebelah. Tak lama selepas itu, disambungkan pula dengan pekikan menggila daripada Kriss. 

                 "Apa masalah kau ni Ian!"

                 "Eh nanti dulu, tali kasut kau yang terurai. Bukan disebabkan aku."

                 "Yela terurai sebab kau sengaja pijak! Dari hari kau tumbuk aku lagi, aku geram dengan kau tau. Aku bagi awek free kau tolak. Ini aku suruh letak buku pun kau nak tolak aku. Eh, spesis tembaga macam aku ni kau jangan nak buat main. Aku berdiri tengah jalan sekalipun, masih teguh tak jatuh event dilanggar tahu?"

                 Haih dua manusia ni, kalau tak bergaduh sehari tak boleh. Pasti akan ada perkara yang harus dihebohkan. Kriss mencari masalah dan Daiyan yang tak boleh terima bila dikacau oleh Kriss. 

                  Jeda dalam beberapa detik. 

                 "Aku tak tahu seteruk mana kau buat pada Adelia malam tu tapi, kalau benda tu terjadi pada adik aku pun, aku marah. Tiada soal agama, tapi maruah Kai. Perempuan perlukan maruah Kaisar. Lebih-lebih lagi mereka yang tak rela macam Adelia tu. Dia marahkan kau ke?" soal Desmond lagi. Untuk saat-saat ini dia faham, Kaisar tak akan buka mulut kecuali sepatah ayat. Dan sepatah ayat itu hanya keluar ketika betul-betul itu yang dia pendamkan. Jadi, ia memerlukan kesabaran untuk tunggu luahan dari seorang Kaisar.

                  Walaupun sepatah. 

                  Kaisar menggeleng lemah. Ini yang buatkan dia terdiam seribu bahasa. Adelia mungkin tidak tahu tetapi dia juga turut dilanda keresahan. Bukan gadis itu seorang yang dihurung kesengsaraan. Hati lelaki ini juga sama. Tambahan pula setelah melihat pandangan berkaca-kaca dari sepasang anak mata coklat itu merintih keperitan dalam kesempitan yang dilalui. 

                 Kaisar semakin terkilan dengan semua ini. Dia semakin tergugat untuk bertatapan dengan Adelia lagi. 

                "Dia kecewa."

[...]

                 LANGKAH dihayun keluar dari ruang lif. Caden dipopo gembira. Bila Caden beriaksi comel, makin melebarlah senyuman di bibir ini terhasil. 

               "Tugas Caden sekarang, layan mummy sampai tersenyum. Sebab mummy asyik nak menang..."

                Mood untuk bergembira bersama Caden mati serta merta. Wajah toya terpaling diwajah aku. Dengan lekas aku mengorak langkah untuk beredar jauh daripada dia. 

                "Little aku.."

                Kaisar tak sempat habis berkata. Sayangnya aku terlebih dahulu beredar masuk ke dapur. Maafkan saya Kaisar, benci dan kepercayaan untuk awak seolah dibolak-balikkan. Saya keliru dengan diri sendiri. Namun untuk sementara, biarkan dahulu saya layan kekerasan hati ini.

               "Hai semua!" 

                Wajah aku ceria kembali. Sejak habis berpantang, bolehlah aku merayap ke mana-mana sambil bawa Caden. Dari terperuk di dalam sangkar syaitan, lebih baik ambil udara ketenangan dekat sekitar mansion ini. 

              "Annyeong ! Adelia," sapa semua. Mereka ketawa sakan selepas menyambut aku dengan ucapan bahasa bonda mereka. Puan Sri Yuna Ahn paling manis tersenyum suka. 

              Keluarga ini meriah. Ibu yang penyayang. Adik-beradik yang ramai. Kehidupannya tak sesunyi aku. Sesunyi apapun, insan bergelar 'abah' tetap aku rindui. Dia lelaki terhebat dalam hidup aku. Dan aku harap, aku akan jadi ibu terhebat buat Caden. 

             "Kaisar dah balik ke Adelia? Omma bukan apa, pelik dengan Kaisar baru-baru ini. Dia..lain sekarang." ujar Puan Sri Yuna Ahn sambil membancuh minuman di teko. 

             Mendengarkan nama lelaki itu meniti dibibir Puan Sri Yuna Ahn, wajah aku merundum secara tiba-tiba. "Ouh, dia dah balik."

            "Adel naik dulu lah omma,"

            Baru mahu melangkah turun dari kerusi table top ada tangan yang menolak agar aku terduduk semula ke atas kerusi tinggi tersebut. Terkebil-kebil aku tatkala Caden pula dirampas dari pelukan. 

            Bracelet hitam. Kaisar..

           "Kau teringin nak berpantang balik ke apa? Baru baik, dah nak terjun sana, sini? Sedar sikit diri tu rendah. If kaki tak cecah lantai, aku boleh sediakan tangga dekat setiap stool dalam rumah ni," Suara Kaisar berbisik dalam nada rendah di telinga aku. Meluatnya rasa! Tak perlulah nak tunjuk prihatin sangat. Aku tahulah jaga diri aku. 

           "Ha! betul apa ucu cakap!"

            Sokongan suara seorang kanak-kanak kecil di celah antara aku dan Kaisar benar-benar mengejutkan aku ketika ini. Masya-Allah sejak bila pula ada budak kecil di tengah ini?

            Kaisar pamir riak biasa. Rambut bertona dark brown milik lelaki kecil itu menerima usapan daripada Kaisar. Sungguh, aku seolah menyaksikan telatah romantik si bapa kepada dua orang anak. Seorang di dukung, seorang lagi memeluk kaki panjangnya. Mudanya jadi ayah?

            "Qalish! nak ibu cubit ke? Kan dah kata jangan mencelah dekat orang tua. Hish, ibu beritahu ayah." Amaran Quraisya tidak diambil endah. Malah terasa lebih selamat kerana kini, Kaisar sedang menyebelahinya. 

            "Ucu ada dengan kita. Kita tak takut. Kan kakak Cola?" 

            Aku terpinga-pinga. Aih dah kenapa pula aku pula dipetiknya. Berkaitan Kaisar pula itu. "Er..iy...iye," Teragak-agak mahu membalas. Kaisar pula, setajam pedang samurai mahu pandang aku disini! Teringin nak belah tubuh aku ke apa?

            "Qalish Emeir..." Suara Quraisya sekali lagi menegur anaknya. Ramai sepupu di depan. Kenapa tidak ikut bermain? Haish, sudahnya menyibuk di sini pula.

            "Ye la ye la. Qalish tak ada kawan je. Semua pakai bikini. Ayah pun pakai bikini. Abang kakak semua pakai bikini. Haniq, Aqil, Muaz, Haider, Hif, Ovy, Syomel dengan hurm...tak payah lah Qalish sebut semua. Penat nak cakap, dia orang ramai. Tapi ibu, Qalish tak suka la..semua paksa Qalish bikini,bikini juga."

             "Ayah pakai bikini?" Suara Angle naik seoktaf. Setelah itu, gelak dia dan Dylan bercampur menjadi satu. Habis bergegar dinding dapur ini disebabkan ketawa mereka. 

            "Haah."

           Makin berganda kuat kilaian ketawa dua beradik itu. 

            "Habis itu Qalish tak nak join sekali ke?"

           Qalish menggeleng. "Ugh, thank you aje lah. Qalish tak rela nak pakai spider je dekat pool tu,"

           Spi..spider?

           "You meant spender right? Boxer Qalish?" Soalan Kaisar menerima anggukan daripada Qalish. "Then you just same like me." Kaisar dan Qalish berbalas high-five.

           Mata aku terpejam. Ah, apa yang sedang berlaku sekarang ini!

          "Eh, Adel nak kemana?"

          Niat aku tergendala semula. Lambat-lambat aku duduk semula bersama sengihan kekok ke arah Puan Sri Yuna Ahn. 

           "Duduklah dahulu. Omma nak minta tolong awak sesuatu, boleh?"

           "Ap..apa dia tu omma??" Sebelah kening aku terangkat. Ya Tuhan, harapnya permintaan Puan Sri Yuna Ahn bukan yang merepek-repek belaka. Tapi Adelia, tak salah berkorban bukan? Jasa wanita itu lebih besar. 

            Senyuman lebar melakar dibibirnya. "Eh bukan sesuatu, tapi dua."

            "Du..dua?"

            "Belikan bahan untuk buat kek,"

            Lah, beli bahan? Ouh mudah sahaja! Semestinya boleh! Lagipula aku dah lama tak keluar rumah. Ya, terperuk di tingkat tiga. 

            "Boleh om.."

            "Dan buatkan sekali. Untuk kami semua. Boleh?"

             Tak boleh!!

             Namun, teriakan itu hanya terlepas di hati. Bibir bawah menjadi sasaran gigitan aku. Stool ini berkali-kali menerima ramasan usapan hasil daripada kegemuruhan aku. Adelia Edruce...Tak pandai bekerja di dapur!!

             Hidup aku hanya belajar, belajar dan cukup masa menjawab kertas peperiksaan pula. Tak pernah ada istilah untuk belajar memasak! Soal dapur memang aku ketepikan. Lebih-lebih bila disokong oleh abah. Abah tak pernah galakkan aku buat kerja di dapur. 

             "Boleh Adel?"

            "Adel..cari bahan dulu," balasku perlahan. Haih, tak rela namun..kebaikan harus dibalas. Dah jadi ibu pun sekarang!

            Puan Sri Yuna Ahn pamir wajah lega. Senyumannya bertambah-tambah lebar.

            "Biar aku temankan kau. Kau baru baik, bahaya jalan sendir..."

            "Lebih bahaya berjalan dengan awak kan?" Laju aku potong kata-katanya. Tetapi, aku perlahankan nada daripada keluarga lelaki ini dengar. 

            Kaisar mengeluh hampa. Tiba-tiba sahaja pergelangan tangan aku ditarik agar turun daripada stool table top. Lelaki ini memang sengaja kan? Sengaja mengambil kesempatan! Mentang-mentanglah aku tak boleh nak menolak atau memberontak lebih dihadapan keluarganya ini, maka dia dengan senang pergunakan aku. 

             "Omma, Kai-geunyeoui chingu,"(Kai temankan dia,)

             "Joh-a,eommaga agileul dol bwajwo."(Okay, omma jagakan baby.) 

             Oh tidak Puan Sri! Tak perlu jaga anak saya, tetapi Kaisar ini yang harus dijaga. Debaran hati aku menjadi-jadi. Aku..lebih takut akan Kaisar sekarang. Dihadapan dia, bolehlah berlagak berani, tapi di dalam ini...trauma.

             Caden bertukar tangan. Dengan mudah Kaisar menyerahkan Caden untuk dijaga oleh Puan Sri Yuna Ahn. Kemudian matanya tertuju kepada aku semula.

              "Eh lepaskan saya Kaisar!"

               Tubuh aku diheret secara paksa masuk ke dalam lif. Puas aku meronta malah kesakitan yang aku terima. Genggaman Kaisar terlampau kuat. 

               "Sakit Kaisar..tangan saya sakit!"

               Genggaman itu dilonggarkan. Aku menunduk ketakutan. Menyesal kerana abaikan kewujudan dia tadi. 

               "Aku syaitan kau. Aku lelaki yang dah takluki kau. Jadi jangan pernah mimpi untuk elak daripada aku. Kau kecewa? Aku pun sama,"

                Selagi terpancarnya sinar matahari, Kaisar bukanlah lelaki bertopengkan malaikat. Tiada nakalnya seorang Kaisar. Tiada kecomelan dari telatahnya. Tiada sifat manja dan prihatin yang lemah lembut. Dia syaitan memori neraka ini, bukan si pemalu yang seringkali menunduk wajah disebalik topi.

                "Awak semakin takutkan saya," Lightgrey itu aku tatap dengan berani. Bila tidak berada di tingkat tiga. Bila hari masih siang. Hati ini terdetik menginginkan malam menjelma dengan pantas. Kaisar...dia berbeda. 

                "Jadi tundukkanlah tanduk syaitan ini."

                "Little..hoodie." Senyuman membunuh melakar di bibirnya.

                 Salam sayang, pencipta memori.



CONTINUE!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro