31|SINCERELY

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bab 31

"Semalam, dia tersenyum."

...

         DUM! Dum! Dum!

        Street!   

        Dengan keadaan posisi kaki tembakan lay-up yang betul, satu jaringan berjaya dilontarkan. Bola jingga itu melantun kembali padanya dan cekap disambut. Kaisar kembali ke kiri dan kanan dalam mengendalikan sebiji bola keranjang. Dia di situ, berjaya menarik perhatian aku. Setiap kali bunyi lecetan tapak kasut Kaisar mengena permukaan lantai licin itu, setiap kali itu jugalah mata aku memanah padanya.

       Pergerakan dia,

       Rentak dia,

       Bahkan setiap riaksi yang dipamirkan,

       Dia telah menarik perhatian aku.

       Cukuplah Adelia, berhenti tipu diri dengan kata-kata tak suka. Lantas aku tertawa kecil di tengah ratusan kerusi stadium The Cares's Highschool yang kosongSyaitan itu undang kesedihan dan kegembiraan. 

       Dum!

       Dum!

       Dum!

      Dengan tiba-tiba,bola itu laju dilantun seiring dengan kaki si kacak yang sedang tajam merenung aku sambil melantun bola. Jantung aku berdebar hebat. Rentak Kaisar semakin rancak mendekati aku. Bum!

       Tiang besi penghadang tempat penonton bergema bila mengena lambungan bola keranjang Kaisar. Serentak itu mata aku terpejam dalam beberapa saat sebelum terbuka semula. Buka-buka sahaja, Kaisar sudah berada di anak tangga ke lapan. Pantasnya dia ke sini! Ah,perut...kenapa meragam tak tentu fasal ni? Cukuplah hati...berhenti berdebar!

       Dum! Dum! Dum! "Pap!" bola itu pegun. Lambat-lambat aku buka mata. Mati seketika jantung ini. Jelas-jelas pandangan aku diliputi dengan objek bulat berwarna jingga yang sebegitu hampir dengan wajah. Hanya beberapa inci sebelum menyentuh pangkal hidungku. Alhamdullilah, terlepas juga nafas ini. Bukan main berdebar lagi. Yelah, mana tahu Kaisar mahu baling bola itu hingga menghantuk kepala aku ke?

       Bola itu beralih kebawah. Latar belakang rona jingga berubah kepada tatapan sang lelaki yang lebih mengecutkan usus perut! Ya Tuhan, bila pula nafas aku dapat bernafas dengan sebetul-betulnya ni? Kenapa Kaisar...dia suka beri renungan yang memukau..

       Sedar tak bahawa dirinya itu terlampau sempurna? Kening yang sebegitu cantik terbetuk di wajah. Iris kelabu cair yang sama sekali tak bisa disangkal kecantikannya. Bahkan tidak mampu diperkatakan mata seorang syaitan. Itu mata malaikat. Angle, Adelia? Begitu..hah,lucu. Dahulu lelaki ini kategori Syaitan dan kali ini diiktiraf sebagai Malaikat pula? Buat siapa? Muhammad Caden Caser?

        Pastikah Adelia? Yakinkah Adelia? Sudah terbukakah hijab dimata itu? 

        "Someone said, seorang wanita tidak seharusnya terus membenarkan pandangan cantik dia bertatapan lebih sesaat terhadap seorang ajnabi. Dan aku dapat tahu..ajnabi itu adalah kaum golongan aku. Dan aku juga tahu, little hoodie tak akan biarkan mata dia berlama-lama di penglihatan seorang syaitan. Aku syaitan Adelia. Sedar tak?"bibir Kaisar tersenyum. 

       Lantas pandangan aku merundum ke bawah. Tanpa sedar juga, satu titisan air mata aku mengalir laju menuruni lekukan wajah. Dalam keramaian manusia, si pencipta neraka ini jugalah...yang menyedarkan aku tentang iktilat dan siapa dirinya. Namun tak pernah sekali, dia cetuskan isu harga maruah diri. Tangan yang pernah sentuh aku tanpa sebarang ikatan halal itu jugalah...pelindung aurat diri ini. Senyuman itulah, kiriman yang tuhan titipkan bahawa tidak semestinya jahat itu syaitan, sengsara itu neraka. 

      Tubir bibir aku menggigil sambil terkemam. Mata aku terpejam menggantikan yang cerah kepada kegelapan. Apa sebenarnya tujuan hidup aku? Apa yang aku harapkan sebenarnya?

       'Wa al qaytu'alayka mah abbantan minni waitushaa'alaa 'aini.'

        'Kuatkan hati Adelia. Kekalkan pada jalan yang betul. Pandanglah tujuan yang sahih. Luruskan fikiran yang serabut. Ketenangan dalam sujud itu sumber segala keabadian seorang pendosa. Mana ada...manusia sempurna?'

         Ya Allah, haramkan aku dari rasa seronok dengan maksiat dan kurniakanlah kepadaku kelazatan dalam melakukan ketaatan. Penat sangat aku berlari dari kurungan memori neraka ini. Tetapi, sendiri yang terperangkap dengan jangka yang lebih lama disini.

         Aku dengar helaan nafas Kaisar hangat melabuh di atas ubun-ubun kepalaku. Tubuhnya rukuk merendah. Tetapi masih tidak biarkan matanya dari melihat aku yang sedang menangis dalam diam ini. Tiba-tiba, aku rasakan sesuatu yang dipakaikan pada kepala.

         "Awak buat apa ni.." Aku terkedu. Baru dongak sedikit sudah berbalas pandangan. Laju aku larikan mata ke gelanggang keranjang. Bibir Kaisar menyerot sengihan kacak. Cap hitam itu dipakaikan dengan elok dikepala aku yang bersarung shawl kelabu. 

        Dari sebuah topi hitam yang dipakaikan, kini kedua telapak tangan Kaisar melekap pada kedua belah sisi wajahku untuk tegak memandang dia. Habis membulat pipi ini bila dia paksa begini.

       "One day, your soul will dance in sunlight, and your heart will be at peace." ujar Kaisar sembari melepaskan tangannya dari kedua belah sisi wajah aku.

        Kata-katanya sangat dalam hingga lama menusuk ditangkai hati ini. Makna ayat itu terasa hangat mengalir. Kenapa Kaisar..sangat pandai menarik diri aku untuk kekal dihadapan dia? Permainan syaitankah ini?

        "Cukup tenang ke saya kalau setiap hari..lelaki yang saya tak teringin untuk jumpa ada setiap masa dihadapan saya? Masih ada ke peluang untuk saya jumpa ketenangan? Lepaskan saya Kaisar. Saya nak jauh dari sini..saya nak lari dari memori ini. Awak tak patut selamatkan saya malam tu."

          Bibir bawah aku gigit. Aduh Adelia, betul ke apa yang katakan tadi? Betul itu yang kau nak? Selama ini pun, kau berdiri belakang Kaisar! Bukan dihadapan dia! 

         "Bukan tak bersyukur tapi..sama je saya dengan gelaran perempuan simpanan kalau terus berada di sisi awak. Saya bukan yang halal untuk awak. Saya bukan perempuan kiriman dari tuhan untuk awak. Kita hanya tersilap langkah. Kita cuma terlanjur lakukan kesalahan. Kalau kata maaf yang awak nak, saya mohon maaf. Maaf kerana terbabas dalam menjaga keindahan seorang wanita hingga awak ter..terbuat lebih ke atas saya. Dan maaf, saya pernah anggap awak sebagai Syaitan yang sepatutnya, saya tak layak gelarkan awak syaitan."

         "Tolong jumpa keluarga saya. Minta maaf pada mereka. Permintaan terakhir...lindungi aib saya untuk kali yang terakhir. Awak..syaitan yang saya percaya."

         "Kebahagiaan saya terletak pada redha umi dan abah. Awak rampas saya dari mereka. Jadi, pulangkan saya..pada pangkuan yang asal. Saya dah cukup terluka dengan awak yang dulu. Tapi Kaisar.."

          Aku tak teruskan kata sebaliknya bangun dari duduk. Dalam tiga tapak kehadapan, tubuh aku sudah hampir dengan dia. Dan untuk kali pertama, aku senyum kepada syaitan ini. "Awaklah lelaki pertama yang saya pandang. Awaklah lelaki pertama yang saya hormati walaupun maruah saya pernah diragut oleh tangan awak sendiri. Awaklah lelaki yang lindungi saya dalam keredhaan dunia dan akhirat. Sejahil apapun awak, masih ada kepercayaan yang saya lembutkan dihati untuk awak."

          Cap hitam milik Kaisar aku tanggalkan dari shawl. Ketinggian aku yang berada di tangga atas dari lelaki itu menjadikan aku sedikit tinggi dari ketinggian asal. "Boleh awak, dekat sedikit?" ucapkan perlahan bersama senyuman.

         Dan untuk selangkah kaki berkonves putih itu melangkah setapak kedepan, bukan memori neraka yang aku bayangkan. Tetapi..memori sepanjang perkenalan kami.

        Di saat-saat genting aku bertarung nyawa demi anak lelaki ini. Di saat aku belum berani membuka mulut untuk bersuara dihadapan ajnabi buat kali kedua. Dan setiap layanan,hidangan malah pengorbanan dia dalam seharian kami bersama. Segalanya, bukan memori neraka. Aku mula sayangkan kebaikan syaitan ini. Caden adalah pantulan bukti wujudnya syaitan ini dalam hidup seorang Adelia Edruce.

       Aku menjijit kaki. Kaisar terdiam kaku ketika tangan aku naik melingkari kepalanya. Cap hitam yang baru beberapa minit terpakai dikepala aku..kembali semula kepala si empunya. Bibir aku tersenyum tatkala merapikan kedudukan cap hitam itu dikepalanya bersama senyuman yang paling ikhlas. Terima kasih atas budi yang diberikan.

       "Terima kasih, syaitan kiriman buat memori."




...

Sedih ke? Takkan? hehe.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro