Bab 24👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lauren mundar mandir diruang tamu. Jarum pendek yang hampir masuk ke angka 11 buatkan gadis itu menjadi resah. Taehyung cakap dia nak jumpa Rahee sekejap je. But.. dari pukul 7 sampai sekarang tak balik- balik lagi.

Hem. Kalau lelaki itu tidak balik, dia nak tidur kat mana pulak? Lauren sudah berteka teki seorang diri. Puan Kim sudah meminta diri untuk masuk tidur bila menemani menantunya itu sekejap.

Ketika itu, Lauren mendengar enjin kereta menderum diluar rumah. Cepat- cepat gadis itu melangkah untuk membukakan pintu rumah. Sebaik pintu rumah dibuka, Taehyung sudah berdiri tegak dihadapan rumah.

Mereka saling berpandangan sebelum akhirnya Taehyung hulurkan sejambak bunga rose merah untuk Lauren. Dia tak jadi nak keluar dengan Rahee, so, itulah yang dia buat. Nak pujuk isteri kononnya.

Gadis itu jongket kening, dengan wajah pelik dia sambut huluran bunga rose tersebut lalu hidu baunya. Wanginya!

“Kenapa lambat balik?”

“Err, jalan jammed.” jawab Taehyung, berbohong sebenarnya. Boleh ke jalan sesak waktu malam macam ni? Hei, takkanlah dia nak cakap yang dia round satu mall tu semata- mata nak carikan bunga rose hidup untuk pujuk Lauren?

“Thank you” kata Lauren. Taehyung cuma senyum sebelum dia melangkah masuk kedalam rumah. Bila menyedari yang Lauren tidak turut mengikutinya naik ke tingkat atas, Taehyung berhenti melangkah. Lauren yang sedang duduk diatas sofa di ruang tamu dipandangnya.

“Tak nak tidur ke? Kan dah malam?” soal Taehyung dan dia terasa ingin menampar- nampar mulutnya bila menanyakan soalan yang tak sepatutnya. Terbuktilah bahawa dia mahu Lauren mengikutinya untuk tidur!

“Ahh kejap, saya matikan tv dulu” kata Lauren sebelum mencari remote tv sebelum mengekori Taehyung yang sudah naik ke tingkat atas. Taehyung cuma menahan senyum. Aih, bodohlah kau ni, biarlah dia tak nak tidur pun.

...

Lauren duduk bersila diatas katil, unknown number yang menghantar mesej kepadanya tadi petang masih lagi mengantui fikirannya. Telefon pitarnya dibelek- belek sambil dia berulang- ulang kali membaca mesej tersebut.

Hem..

“Kenapa tak tidur lagi? Tunggu aku ke?” soal Taehyung sebaik melangkah keluar dari kamar mandi. Lauren alihkan pandangan sebaik dia sedar yang Taehyung hanya memakai tuala dipinggangnya. Terus wajahnya bertukar merah.

“Erk, ya- ya. Saya ada benda nak cakap dengan awak” kata Lauren. Tergagap sekejap. Lauren menoleh ke samping, bunga rose merah pemberian Taehyung dia pandang. Jantungnya sudah berdegup kencang seakan mahu lepas dari tempatnya.

Taehyung tarik sengih nakal. Dia berjalan dihadapan Lauren, sengaja mahu menayangkan tubuh bidangnya itu. Lauren cuma melirik dari ekor mata. Bila Taehyung melepaskan tuala dari pinggangnya, refleks Lauren menutup mata sambil terjerit kecil.

Taehyung ketawa mengekek. Apa Lauren ingat dia nak tayangkan aset dia depan Lauren ke?

“Main- main jelah, sayang.” usik Taehyung sebelum memakai seluar slek serta baju t-shirt hitam. Selesai memakai baju, Taehyung hempaskan badan diatas katil berhampiran dengan Lauren. Gadis itu masih lagi dengan wajah merahnya. Malu dengan tindakan Taehyung tadi.

“Em, kau nak cakap apa tadi?”

“Sa- saya nak tanya awak satu benda. Masa wedding tu, a-awak jemput siapa?” soal Lauren. Taehyung memandang keatas. Berfikir seketika.

“Tak ada sesiapa, kawan aku seorang pun tak tahu yang aku nak kahwin. Saudara mara yang terdekat je. Kenapa kau tanya?” soal Taehyung sebelum baring menelentang diatas katil.

“Tak ada apa-apalah.” jawab Lauren seraya mengusap pipinya. Taehyung cuma memerhati. Dia duduk diatas katil sebelum merapatkan diri dengan Lauren.

Lauren sudah kalut sendiri. Wajah Taehyung sangat hampir dengannya dan bila bibir Taehyung hampir bersentuhan dengan bibirnya..

Tek!

Bunyi lampu tidur ditutup serentak membuatkan Lauren terjeda. Dia pandang Taehyung yang sudah tersengih- sengih tadi. Jadi Taehyung buat begitu hanya nak matikan lampu dibelakang dia?

“Tidurlah.”

“Hish!” lantas bahu Taehyung dipukul geram. Suka bagi fakehope dekat orang! Taehyung cuma ketawa, dia betulkan posisi baringnya sebelum memejamkan mata.

“Tidurlah, mimpikan aku..” bisik Taehyung sebelum berdengkur kecil. Duh, cepatnya tidur!

.

Nampak tak aura- aura Taehyung tu? Dia dah mula dah nak manja-manja dengan Lauren...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro