Bab 3👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Belle Áme | 03

“Taehyung!”

Panggilan dari Rahee buatkan senyuman Taehyung menjadi lebar. Lantas phone yang dipegangnya tadi dia masukkan kedalam poket seluar. Terus saja Rahee melabuhkan punggung dikerusi kosong disamping Taehyung.

“Kenapa baby Rahee ni? Nampak muram semacam je..” tegur Rahee manja pada Taehyung. Lelaki itu tersengih suka sebelum melentokkan kepalanya pada bahu Rahee. Suasana dewan makan yang sedang riuh itu diabaikan seakan mereka berdua sahaja disana.

“Em.. Tae sakit hati..” rengek Taehyung manja. Rahee mengusap rambut Taehyung yang sedikit tebal itu. Taehyung senyum suka, dia suka diperlakukan dan dimanjakan sebegitu.

Disisi yang lain, Lauren hanya memandang kemesraan tersebut dengan hati yang berdetak kuat. Pernah sakit, tapi tak sesakit ini..

Dia memilih untuk mengangkat punggung untuk pergi dari situ. Namun tanpa diduga, dia terlanggar seorang lelaki buatkan dulang makanannya jatuh diatas lantai. Dewan makan yang tadinya riuh menjadi senyap. Cepat- cepat Lauren menundukkan tubuh dan kata maaf tak pernah habis dari mulutnya.

“Maafkan saya, maafkan saya..” Kata Lauren lalu memungut piring, dulang dan sisa makanan yang bertaburan diatas lantai. Sebuah tangan membantu Lauren memungut piring buatkan Lauren terdiam.

“Tak- tak apa. Saya boleh buat sendiri..”

No, it's my fault. Saya yang jalan tak tengok depan.” balas lelaki itu lembut. Dia membantu Lauren untuk berdiri dan saat itu terdengar suara- suara sumbang yang berbisik- bisik sesama sendiri.

“Sengaja je tu”

“Eleh, dah tak laku tu buatlah cara tak laku. Ni nak try mamat hotz pula. Tahu tak beza dia dengan Jimin tu macam langit dengan bumi?”

“Fuh aku tengok sepadan pun tak.”

Em, terima kasih. Sekali lagi, maafkan saya.” kata Lauren sebelum tergesa- gesa dia melangkah pergi dari situ. Lelaki bernama Jimin itu hanya memerhati, dia mengukir senyum tipis sebelum menghampiri Taehyung yang sedang memerhatikannya dari jauh.

“Alololo dah kotor dah pun baju Jimin kita ni. Kesiannya, meh I tolong lapkan” Jiwoo mengesot merapatkan diri dengan Jimin namun lelaki itu laju menjarakkan diri dari gadis itu.

“Oi, pehal kau comot ni?” tegur Taehyung. Jimin cuma senyum kecil.

“Ada budak junior tadi, aku terlanggar.”

“Yeke kau terlanggar? Tak percaya aku. Yalah, kau ni jejaka hotz, setakat terlanggar tu, mesti ada motif. Nak try la tu” usik Kai. Jimin cuma senyum, tidak membalas. Dia mengeluarkan buku notanya dari beg.

“Budak junior tahun ni aku dengar banyak yang lawa- lawa. Lawa tak, Jimin?”

“Bolehlah, comel” jawab Jimin. Jiwoo mengetap bibir, geram dan cemburu. Budak junior yang mana satu sampai Jimin boleh kata comel ni? Mintak simpang, aku lagi comel dari dia!

“Woo, jarang aku dengar kau puji perempuan ni bro.” kata Kai. Jimin hanya senyum, hai murah betul senyuman kau ni, Jimin.

“Baju kau tu nak buat macam mana? Tak ada spare?

“Biarlah, lagipun kelas tinggal satu je. Alang- alang..” jawab Jimin.

Taehyung masih lagi bermesraan dengan Rahee. Dia yang memandang merasa meluat sedikit. Belum kahwin dan pegang- pegang. Kalau dah kahwin nak buat apa pulak? Heee.


   ⬇
   ⭐

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro