Bab 31👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

“Buat masa ni, kau pakai contact lens dulu. Cermin mata kau perlukan waktu yang lama jugalah untuk dibuat.” kata Taehyung.

Sebaik balik dari kedai cermin mata tadi, terus dia bawa gadis itu beli contact lens, dia sendiri yang pilih. Hem, warna biru. Warna yang sesuai untuk Lauren Reisha tambahan lagi gadis itu mempunyai darah Perancis. Nampak kebaratannya melalui alis matanya yang cantik itu.

Gadis itu mengangguk kecil, dia masih tidak selesa dengan contact lens tersebut. Entahlah, mungkin sebab dia jarang- jarang pakai? Taehyung yang sedang memandu itu dia lirik dari ekor mata. Bila Taehyung pandang dia, gelabah dia pandang depan. Taehyung cuma tersenyum, geli hati dengan tingkah laku Lauren.

“Kenapa?”

Em.. Thank you.” ucap Lauren perlahan. Taehyung cuma membalas dengan deheman.

“Mama tahu ke kita nak pindah?” soal Lauren, dia kekok sebenarnya. Dia mana pernah keluar berdua dengan Taehyung. Kalau ya pun, mesti ada orang ketiga. Macam hari tu, keluar dengan Jimin along with Taehyung.

“Tahu.. kau tak perasan ke yang dia memang nak kita cepat-cepat keluar dari rumah tu dan start tinggal berdua? Katanya dia tak sabar..” Taehyung menggantung ayatnya sebelum dia memandang Lauren dari ekor mata. Dia senyum kecil bila melihat wajah Lauren yang sudah merah.

“Kau pun tahu kan?”

“Tapi awak masih belum boleh lupakan Rahee.. macam mana nak bina keluarga sendiri kalau.. awak tak cintakan saya?” soalan dari Lauren buatkan senyuman Taehyung pudar. Genggaman pada stereng kereta dikuatkan.

“Ma- maafkan saya..”

“Boleh tak kalau kau jangan ungkit perkara tu?” tanya Taehyung dingin. Dia tak suka bila benda berkaitan dengan hatinya dipersoalkan.

“Maaf.”

Taehyung mendengus kasar.

...


Selamat datang ke rumah baru kita.” pelawa Taehyung acuh tak acuh seraya membukakan pintu rumah sebelum dia dan Lauren masuk kedalam rumah.

Lauren memandang keseluruhan rumah tersebut, walaupun dekorasi moden namun ia nampak kemas tambahan lagi dengan warna dinding yang dicat dengan warna putih. Nampak kemas.

“Kalau kau nak round satu rumah ni. Buatlah, aku nak tidur. Tidur petang.” kata Taehyung sebelum mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Lauren cuma memandang kepergian Taehyung dengan pandangan yang redup. Dia mengangkat beg pakaiannya naik ke tingkat atas.

Dia melintasi bilik yang menempati Taehyung. Disebabkan pintu bilik lelaki itu masih terbuka, itu membuatkan Lauren dapat mendengar panggilan Taehyung. Lelaki itu sudah berdiri didepan pintu bilik.

“Nak kemana?”

“Bilik saya.” jawab Lauren seraya memuncungkan bibirnya ke bilik yang bersebelahan dengan bilik Taehyung. Lelaki itu melirik dari ekor mata bilik yang dimaksudkan Lauren.

“Itu bilik tetamu”

“Yalah, itu bilik saya-”

Ucapan Lauren tergendala bila Taehyung menariknya masuk kedalam bilik dengan lengan yang dilingkarkan pada pinggangnya.

“Ini bilik kita.” bisik Taehyung dengan jarak wajah yang sangat rapat yang membuatkan Lauren boleh merasa deru nafas Taehyung pada pipinya. Lauren sudah telan liur. Bibirnya diketap.

“Tae..”

Taehyung merapatkan wajahnya dan belum sempat bibir mereka bertemu, bunyi kaca pecah menghentikan mereka.

Prang!

Apa tu?” soal Lauren, pelukan erat Taehyung pada pinggangnya dia leraikan paksa. Sungguh dia cakap, dia tak selesa!

“Tak ada apa-apalah.. kucing je kot.” Taehyung menarik perlahan tangan Lauren namun perhatian gadis itu sekali lagi terganggu bila untuk kedua kalinya bunyi kaca pecah berbunyi. Kedua mereka mendiamkan diri.

“Jomlah tengok”

“Kucing je tu..”

Taehyung meraup rambutnya geram bila Lauren tidak mahu mendengar kata. Gadis itu terus melangkah keluar dari bilik. Ya ampun, siapa lagi yang spoil sangat ni!

Lauren turun ke ruang tamu semula, disitu dia lihat dua buah pasu bunga kecil pecah berderai diatas lantai. Pandangannya teralih pula ke pintu rumah yang terbuka, hatinya sudah berbisik tidak sedap hati.

“Taehyung- ah. Awak ada tutup pintu ke tadi?”

“Ada, kenapa?” wajah risau Lauren dipandangnya. Gadis itu menggeleng dan mulai mengutip serpihan kaca yang pecah diatas lantai. Namun tak semena- mena jarinya berdarah terkena serpihan kaca yang halus. Lauren meringis perlahan.

“Lauren. Jangan buat lagi, nanti tambah terluka.” kata Taehyung, jari Lauren yang terluka dia tarik lalu masukkan dalam mulut.

“Tae..”

“Sakit tak?” soal Taehyung. Lauren menggeleng, phone-nya yang bergetar didalam poket seluar buatkan Lauren cepat- cepat mengeluarkan phonenya kerana berfikir bahawa itu adalah mesej dari rakan kuliahnya. Lauren membulatkan matanya bila sangkaannya meleset sama sekali.

[Unknown number]

+maaf terpecahkan pasu bunga kau.
+and by the way, cantik rumah baru kau.

Lauren, kenapa ni?” bahu gadis itu digoncang perlahan bila gadis itu nampak shock.

Lauren!”

“D- dia tengah perhatikan kita” kata Lauren buatkan Taehyung mengerutkan dahinya. Phone Lauren diambilnya.

“Siapa dia ni?”

He's the reason why I need you.” jawab Lauren seraya memandang tepat ke anak mata Taehyung.


.

Ecing!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro