Bab 45👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tik..

    Tik..

Tik..

Bunyi titisan air disinki kamar mandi buatkan tidur Lauren sedikit terganggu. Disebabkan gadis itu memang jenis yang senang terbangun dari tidur, jadi bunyi titisan air itu buatkan Lauren bingkas bangun dari pembaringannya.

Dia lirikkan pandangan kearah jam digital diatas meja lampu, sudah menjangkau ke pukul 1 pagi. Dia menoleh kearah Taehyung yang berdengkur halus ditepinya. Hem, kiyo.

Dalam keadaan mamai Lauren melangkah turun dari katil sebelum ke kamar mandi untuk mengetatkan lagi pili paip. Lauren menggosok matanya. Tetiba tekaknya terasa haus dan Lauren memilih untuk melangkah turun ke tingkat bawah dan terus menuju ke dapur.

Ruang tamu yang gelap itu langsung tidak menghentikan langkahnya. Cawan dicapai diatas rak lalu dibawa ke jug air.

Seketika kemudian dia terdengar derap kaki sedang melangkah kearahnya. Lauren cuma berfikir bahawa itu adalah Taehyung. Manalah tahu Taehyung tetiba sleepwalking, kan?

“Maaf sebab buat awak terjaga..” ucap Lauren lembut dan serentak sepasang tangan kekar melingkar pada pinggangnya.

Deruan nafas lelaki yang disangkakannya Taehyung itu menderu- deru pada lehernya bila lelaki itu menyembamkan wajahnya pada leher Lauren.

Lauren sudah rasa lain macam bila Taehyung tidak menjawabnya. Dia letakkan gelas kaca diatas meja sebelum lengan lelaki itu dia sentuh perlahan. Jantung Lauren sudah berdebar kuat, tangan lelaki itu terasa kasar, bila dia tundukkan wajah, Lauren ketap bibir.

Lelaki itu mengenakan hoodie hitam, namun Taehyung yang dia tahu tadi mengenakan kemeja tidur berwarna biru cair. Lelaki itu sudah mulai mencium rambut Lauren dan pelukan pada pinggang gadis itu terasa semakin erat.

Tae- Taehyung?

Who's Taehyung?” jawab lelaki itu dan serentak seluruh tubuh Lauren serta merta menjadi lemah. Lauren mulai meronta- ronta, namun kudratnya sebagai seorang wanita tak dapat melawan tenaga seorang lelaki.

“Let me go!”

“Reisha.. you smells good.” bisiknya sebelum leher gadis itu dia kecup sekilas. Lauren menolaknya kuat dan serentak pelukan lelaki itu terlepas dari pinggang Lauren.

“Jangan datang dekat!”

Why sayang? It's me, your guardian..” ucap lelaki yang bermask hitam itu, namun disebalik topeng itu Lauren masih boleh nampak lelaki itu tersenyum sinis.

You're not!

I am!

Bila Lauren mahu melarikan diri, dengan lelaki itu dapat menghidu perbuatan Lauren. Lengan Lauren ditarik dan ditolak ke dinding. Sakitnya bukannya kepalang, rahang Lauren dicengkam kuat. Gadis itu cuma mampu tayang wajah meminta belas walaupun dia tahu yang lelaki itu tidak akan berlembut.

“Tolonglah.. lepaskan saya..” rayu Lauren.

Reisha.. saat macam ni kau dan aku patut hargai. Lagipun jarangkan dapat jumpa aku? Jadi.. rugi kalau aku lepaskan kau, sayang..” ucapnya dan serentak tangan kasarnya mengusap pipi gadis itu.

“Tolonglah.. apa yang awak nak, saya akan berikan. Please, jangan buat saya macam ni..” rayu Lauren dan serentak sentuhan lelaki itu terhenti. Pandangan tajamnya menikam anak mata Lauren.

“Kalau.. aku minta kau cerai dengan Taehyung, kau nak tak?”

“Sudah tentulah tak!” jawab lelaki itu sendiri.

Dinding ditepi Lauren ditumbuk lelaki itu. Lauren sudah menangis kecil, dia takut untuk berdepan dengan lelaki yang sudah lama menghantuinya itu kini betul- betul berada dihadapn matanya.

Reisha, kau tau tak bila aku tengok kau dengan lelaki lain, kau buat aku bagai nak gila! Jimin, Taehyung, sekarang lelaki polis tu! Aku tak suka! Kau hanya milik aku! Milik aku!” pekiknya dan serentak pipi Lauren ditekupnya. Gadis itu menangis perlahan.

Please..

“Aku sukakan kau Reisha, aku cintakan kau. Kalau bukan disebabkan dendam aku pada keluarga kau, aku dah lama bunuh kau.

Patutnya kau mati! Tapi.. hati aku menghalang, bila aku dah mula sukakan kau.. aku obsess dengan kecantikan kau Reisha. Aku mahukan kau seorang.. aku.. aku terlalu cintakan kau..” bisiknya dan rahang Lauren dia cengkamnya kasar.

“Kalau awak sukakan saya, bukan macam ni caranya!”

“Jadi, patutkah aku bunuh Taehyung? Dan.. kahwin dengan kau?” soalnya. Lauren mengetap bibir sebelum menggeleng kecil. Lelaki itu menyerigai suka. Tubuh Lauren ditarik rapat dengannya.

Please don't reject me..” bisiknya seraya bibirnya rapat dengan telinga gadis itu. Tangan kasarnya mulai menyentuh belakang tubuh Lauren. Gadis itu meronta kuat.

“No!”

You're mine!

Bibir Lauren dicium kasar dan paksa olehnya dan serentak tubuh Lauren menjadi lemah tak berdaya. Gadis itu terbaring diatas lantai didapur dengan pandangan yang samar- samar. Harap semua ini hanya mimpi..

You're mine..” itu ayat terkahir yang didengarinya sebelum semuanya gelap.

.

Weuw, apa aku taip ni?

[👀]:
Tolong tinggalkan bintang kuning selepa anda baca. Thank you.
[😚]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro