Bab 46👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sayang?

Sayang wake up!

Pekikan itu serentak buatkan kelompak mata Lauren terbuka perlahan- lamar. Samar- samar dia lihat wajah seorang lelaki dihadapannya.

Terdengar Taehyung mengeluh lega sebelum dahi Lauren yang dia baringkan atas sofa itu dia kecup perlahan.

“Kenapa sayang tidur kat dapur? Terkejut saya bila tengok tepi, sayang tak ada. Puas saya cari seluruh rumah dan akhirnya saya jumpa sayang tertidur atas lantai dapur.” terang Taehyung dan bingkas gadis itu bangun dari pembaringannya.

“A- awak jumpa saya kat dapur?”

“Ya, kenapa?” soal Taehyung polos, Lauren terdiam. Dia tundukkan wajah mahu melihat penampilannya. Dia mengeluh lega bila mendapati masih ada baju pada badannya.

“Kenapa ni, sayang?”

“Masa awak jumpa saya di dapur, did i.. still have clothes on my body?

Of course, kenapa sayang tanya?” jawab Taehyung, Lauren menggeleng perlahan sebelum dia menghembuskan nafas lega.

“Awak.. tak dengar apa- apa ke semalam?” soal Lauren dan disambut gelengan dari Taehyung. Lauren mengerutkan dahi. Dia pastinya yang dia sudah menjerit dengan kuat semalam, takkanlah itu tidak dapat membangunkan Taehyung?

Taehyung cuma memerhati dalam diam. Pipi gadis itu disentuhnya lembut.

“Sayang pergi mandi dulu, hari ini tak ada kelas kan? Jadi boleh rest dan siapkan assignment.” ujar Taehyung dan mengusap lembut pipi isterinya. Ralit dia memerhatikan wajah Lauren hingga matanya jatuh pada leher gadis itu. Ada bekas berwarna merah keungguan seperti.. hickey?

Apa ni, sayang?” soalnya dan serentak bekas dileher Lauren dia tekan lembut. Gadis itu cuma mendiamkan diri.

This is hickey sayang , what have you done? Your lips.. it's bleeding. Apa yang berlaku?”

“Saya tak tahu..” jawab Lauren seraya menundukkan wajahnya takut. Resah jika perkara tersebut berlaku pada dirinya.

Bahu Lauren disentuh lembut oleh Taehyung. Wajah risaunya tertayang bila melihatkan Lauren hanya mendiamkan diri saja. Dia takut benda lain terjadi terhadap isterinya itu.

“Lauren.. tell me what happen last night.

Lauren menggeleng perlahan, hujung bajunya dia genggem. Bagaimana jika.. lelaki itu benar- benar melakukannya? Dan bagaimana jika.. dia mengandung namun bukan benih dari suaminya, Kim Taehyung?

“Lauren, awak.. jumpa lelaki lain ke?” tuduh Taehyung dan tak semena- mena Lauren menggeleng laju sebelum menolak Taehyung lalu berlari naik ke tingkat atas.

“Sayang!”

...

Eo, inform aku je kalau ada- apa news yang perlu aku tahu dari pensyarah. Aku off hari ni, maaflah. Terima kasih, ya?” kata Jimin sambil tergesa- gesa melangkah ke tempat letak kereta.

Telefon pintarnya dia selitkan kedalam poket seluar denimnya. Baru beberapa tapak hampir ke tempat letak kereta, pandangannya disapa dengan kelibat seorang lelaki sedang berdiri berhampiran dengan keretanya.

Jimin mengendahkannya kerana lelaki itu dia tidak kenal langsung. Jadi, buat apa nak kesah?

Baru sahaja Jimin mahu membuka pintu kereta, kelibat lelaki itu yang terlihat sedang mendekatinya dari pantulan cermin kereta. Jimin sudah rasa lain macam.

Zap!

Jimin mengelak dari terkena pisau yang diacukan lelaki itu. Terus fail assignment yang dipeluknya jatuh berterabur diatas jalan raya.

“Kau nak apa?!”

Your dead body” jawab lelaki itu sebelum maju selangkah sambil mengacukan pisau lagi. Jimin yang memang terkenal dengan seni pertahankan diri iaitu Karate itu dengan mudahnya mengelakkan diri dari lelaki itu.

Lengan lelaki itu di- lock kebelakang namun lelaki itu sempat memutarkan tubuh sebelum tubuh Jimin ditolaknya. Serentak mask yang dipakai lelaki itu terlepas bila Jimin menariknya.

“K- Kai?”

Kai tersengih sinis.

“Kenapa kau buat macam ni? Apa salah aku pada kau!”

“Jauhi Reisha atau kau, aku bunuh. Tapi, kalau aku tak bunuh kau hari ini.. kau akan expose aku.. kau dah tahu siapa aku. Jadi sebagai solusinya..” kai melangkah satu langkah mahu mendapatkan Jimin yang sedang terduduk diatas jalan raya.

Jimin sunbae!” panggil satu suara dan serentak Kai menghentikan langkah sebelum dia mendengus kasar lalu berlari pergi dari situ.

Jimin terpana. Apa yang baru terjadi? Kenapa Kai sanggup buat macam tu sedangkan dia adalah sahabat baiknya sendiri? Kenapa Kai? Kenapa?

“Jimin sunbae okay?” tegur seorang gadis yang dikenalinya sebagai hoobae kepada dirinya. Gadis itu membantu Jimin berdiri.

“Nan gwenchana.”

Huh.. nasiblah saya cepat kalau tak, lain ceritanya.kata gadis itu. Jimin berkhayal lagi.

Kai.. apa dah jadi?

.

Our mochi almost get killed!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro