Fourty | 십사

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sometimes I wonder why are we so worried of what others will say about us. Even myself, I am sometimes worried of what others think or talk about me. I am an overthinker and anxious all the time. I wonder why, why life has to be like this?

♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.


Happy Reading ♡








"Aera, bangun..." bisikan halus menerpa gegendang telinga Aera yang sedang tidur. Pelan-pelan dia cuba membuka matanya yang masih kuyu.

"Eung? Kak Aira?"

"Aera, bangun. Kita sahur. Nanti habis waktu." bisik Aira. Bukan apa, memandangkan makcik Lee sedang tidur, bimbang menganggu.

"Okey, Aera basuh muka dulu..."

"Baiklah. Akak tunggu bawah ya? Ni tudung sarung. Senang Aera nak pakai, tak perlu turun bawah pakai kain semalam lagi,"

"Nae, terima kasih akak."

Aera segera menuju ke bilik air dan membasuh wajahnya. Setelah siap, dia menyarungkan tudung pemberian Aira.

"Hm, kalau ada kat Korea mesti aku beli dah. Mesti dari Malaysia." omel Aera. Setelah selesai menyarung tudung ke kepalanya, Aera menutup pintu pelan dan bergegas turun. Dapat dia lihat semua sudah berada si bawah kecuali makcik Lee.

Aera masih lagi mengesat matanya. Entah mengapa matanya masih lagi mengantuk. Namun dilihat muka semua orang di sekelilingnya seakan
segar.

"Eo? Aera dah bangun ya?" tegur Puan Aisyah yang sedang membawa beberapa piring makanan ke atas meja. Hal itu membuatkan semua orang memandang ke arahnya.

Aera tersenyum malu. Dia duduk di antara Ayana dan Aira.

"Abi baru perasan nama Aera dengan Aira sama," kata Tuan Hanafi bersama senyuman manisnya.

"Kan, abi? Tapi still boleh bezakan lagi kan?" sahut Aira sambil tersengih.

"Beza sangat sebutan tu," sambung Adam dengan tawaan kecil.

Puan Aisyah dan Ayana hanya tersenyum melihat telatah mereka.

"Macam mana bangun sahur? Mengantuk lagikah?" Ayana memegang lembut bahu Aera.

Aera mengangguk halus. "Tapi kenapa mata semua segar ya? Cuma Aera je tak?"

"Mungkin ini first time puasa bagi Aera? Aera mungkin tak terbiasa lagi. Tapi, InshaAllah lama-lama oke la tu," ujar Puan Aisyah.

"Aera dah niat puasa semalam?" kini Adam bertanya. Aera hanya memgangguk mengiyakan.

Setelah itu, mereka menikmati waktu sahur dengan dimulai bacaan doa makan oleh Adam.

****

Seokjin menoleh ke arah jam dinding ruang tamu. Sudah dua hari dia duduk bersendirian di apartment itu tanpa si tuan rumah.

Tuan rumah, si Taehyung jarang berada di rumah dan sering tidur di hospital kerana sering oncall. Kasihan juga Seokjin melihatnya namun itu adalah kerjaya dan cita-cita Taehyung.

Air coklat yang disedianya dihirup pelan saking panasnya. Dia menghela nafas berat. Apakah Tuan Kim mencarinya? Kalau mencari adakah ayah dan ibunya akan risau?

Sepanjang 17 tahun hidup sudah terbiasa dengan tanpa ibu dan ayah di sisi bersama keluarga. Apa yang dirisaukan Seokjin? Fikirnya, pasti ibu dan ayahnya sekarang sedang bermesyuarat dan berkerja.

Bunyi loceng apartment membuatkan Seokjin yang sedang menghirup secawan coklat panas itu segera menuju ke pintu dan membukanya.

"Seokjin ah!"

Jimin terus memeluk Seokjin. Manakala Jungkook dan Namjoon membuntuti dari belakang.

"Hye bro,"

"Yah! Kau kenapa huh? Kau tahu tak kiteorang sendu gila kat sekolah?" bebel Jimin setelah melepaskan pelukannya pada Seokjin membuatkan jejaka itu tertawa. 

"Kan? Tanpa aku siapalah Disaster Four," bangga Seokjin membalas dan lantas menutup pintu.

"Ceh, By the way kenapa kau hilangkan diri huh? Patah hati?" Namjoon membidas. Mulut si Namjoon ni tak pernah tak pedas.

"Siapa cakap aku patah hati huh?" Seokjin mencebik.

"Aku!" Jungkook buat-buat angkat tangan.

"Dah, dah. Masuklah, korang jangan buat macam rumah sendiri lak. Ni bukan rumah aku."

"Yalah kiteorang tahu hekkss..."

Jungkook, Jimin dan Namjoon menuju ke sofa.

"Weh Seokjin kau sedar tak kita nak dekat exam? Kau tu dah lah ei aku maki kang," Namjoon mula meleter.

"Kenapa?" acuh tak acuh Seokjin membalas sambil mengacau tiga cawan air untuk tetamunya itu.

"Kau tau kan cikgu Bang tu suruh buat studygroup untuk subjek Inggeris? Aku kena ajar double J ni ei terseksa weh,"

Jimin dan Jungkook ketawa geli hati. Begitu juga Seokjin.

"Haha, nasiblah. Kau kan bijak dari aku! Eei arrogant ah!" tempelak Jimin.

"Shut up!"

"Dah, dah. Ni air..." Seokjin meletakkan ketiga-tiga cawan di atas meja. Jimin, Jungkook dan Namjoon menghirupnya dengan senang hati.

"Kau ada masalah?" tanya Namjoon sembari menghirup air yang dihidangkan. No bad.

"Hum..." Seokjin menghela nafas panjang.

"Kiteorang cuba nak tanya appa dan eomma kau. Tapi, tak tahula rasa macam tak terfikir, he..." Jimin menggaru belakang tengkuknya.

"Masalah keluarga?" duga Jungkook setelah dia selesai menghirup air yang dihidang.

"Lebih kurang tapi ianya lebih besar. Appa aku ada tanya apa-apa tak sepanjang aku tak ada?"

Bicara Seokjin membuatkan mereka bertiga bingung. "Kau... Lari dari rumah?"

"Mungkin,"  balas Seokjin lalu menyandar pada sofa.

Dan hampir bunuh diri... Namun perkataan itu hanya terlahir di batinnya. Tidak mahu menambahkan kerisauan kepada rakan-rakannya itu.

Seokjin menghubungi mereka semalam serta memberikan alamat apartment Taehyung. Dan juga meminta agar mereka bertiga datang ke sini tanpa pengetahuan Tuan Kim. Memandangkan hari ini merupakan hari minggu, mudahlah untuk mereka keluar.

Seokjin menghembus nafas pelan. Dia menatap ketiga-tiga sahabatnya dan akhirnya menceritakan segalanya tanpa meninggalkan setitik pun kecuali pertemuannya dengan Aera.

****

"Terima kasih Tuan Kim, sebab belanja saya makan tempat macam ni. Saya sebenarnya em, segan tapi nak buat macam mana. Rezeki..." ujar Sukjin sambil memandang persekitaran restoran mewah itu tanpa berkedip.

Tuan Kim hanya tersenyum.

"Sama-sama,"

Mereka kembali hening selama beberapa saat sebelum Sukjin membuka bicara.

"Seokjin mana ya? Saya dah lama tak nampak dia sejak dua menjak ni,"

Persoalan Sukjin membuatkan Tuan Kim terdiam.

"Dia sakitkah? Sakit apa?"

Raut wajah lelaki tua itu seakan risau. Persis risaunya seorang bapa kepada seorang anak. Dalam diam, Tuan Kim berasa malu dan bersalah kerana tidak pernah serisau itu kepada Seokjin.

"Oh, Seokjin. Dia baik." Tuan Kim tersenyum kelat. "Sayang juga ya? Encik pada Seokjin?"

"Mestilah, saya anggap Seokjin sebagai anak.. " Sukjin tidak mengucapkan kata-katanya membuatkan Tuan Kim bungkam. Raut wajah Sukjin seakan mahu mengekalkan reaksi baik-baik sahaja namun tipu kalau Tuan Kim tidak tahu apa yang tersirat di sebaliknya.

Pesanan yang dipesan Tuan Kim telah tiba. Sekaligus melenyapkan kecanggungan suasana tadi. Setelah pelayan selesai menaruh semua yang dipesan, Tuan Kim meminta Sukjin menjamahnya dengan ramah.

"Encik ada anak? Lelaki ke perempuan?"

Meskipun agak takut bertanyakan, namun Tuan Kim harus bertanya untuk menghilangkan canggung antara mereka.

"Ada," Sukjin tersenyum tipis. Dia memandang ke arah makanan yang dihidangkan.

"Lelaki,"

"Oh yakah? Dia belajar luar negarakah?" Tuan Kim pura-pura bertanya, meskipun ia amat tahu.

"Ani,"  Sukjin mengukirkan senyuman tipis. "Dia meninggal semasa isteri saya lahirkan dia tujuh belas tahun yang lalu,"

Tuan Kim hanya terdiam.

"Oh..."

"Macam mana kamu kenal anak saya ya?" tanya Tuan Kim dengan tenang. Padahal batinnya bergelonjak ingin tahu.

"Saya tak ingat hari apa, tapi masa tu waktu malam. Saya pergi ke halte bas dan kebetulan nampak dia dengan masih berpakaian sekolah." tutur Sukjiin.

"Erm, maaf kalau saya masuk campur tapi Tuan ada masalah ke dengan Seokjin?"

Tuan Kim terdiam seketika sebelum tersenyum miris. "Biasalah, masalah antara anak sentiasa berlaku."

"Semua anak perlukan kasih sayang. Sesibuk mana pun kita, jangan pernah abaikan dia. Anak-anak, sentiasa perlukan masa dengan ibu dan ayah untuk hidup mereka. Walaupun kerja sentiasa membebani kita, jangan sesekali mengabaikan masa dengan anak."

Suara Sukjin seakan hampir serak membuatkan Tuan Kim yang mendengarkan menjadi sesak. Jelas perkataan yang dikeluarkan oleh Sukjin seakan menghunus hatinya.

"Mianhae, saya jadi teremosi." Sukjin tersenyum kekok. Dia berasa bersalah apabila mengatakan hal itu.

"Huh? Hm, tak mengapa. Terima kasih nasihatnya. Saya akan cuba menjadi ayah yang disebutkan encik tadi."

"Maafkan saya sekali lagi tuan," Sukjin berasa bersalah yang teramat.

"Tak mengapa. Betul apa yang dikatakan encik. Saya setuju," Tuan Kim menenangkan Sukjin.

Mereka melanjutkan kegiatan makan mereka. Dalam diam, Tuan Kim berasa sangat bersalah.

Kalaulah dia tidak ambil Seokjin waktu itu, pasti 'anak'nya mendapatkan kasih sayang yang sewajarnya.

****

Aera cuba memejamkan matanya. Pandangan matanya tidak lepas daripada melirik  jam di dinding.

12.32 tengah hari.

Dia sekarang berada di bilik Aira. Mahu ke biliknya, pasti makcik Lee sedang makan sekarang memandangkan waktu itu adalah waktu makan tengah hari.

Perutnya yang berbunyi ditahannya kuat-kuat. Baru dia merasai begini rupanya puasa.

"Aera, tolong akak boleh?"

"Ya kak?"

"Tolong akak susun novel-novel akak ni. Kalau Aera bosan ke apa boleh la baca,"

"Okey kak," Aera menurut. Wajahnya cuba dimaniskan meskipun batinnya berteriak mahu diberi asupan.

Aira terkekeh kecil melihat wajah Aera yang seakan tidak berdaya.

"Aera okey tak puasa ni? Eum?"

"Huh...em okay," Aera cuba ketawa sambil membelek-belek buku novel itu.

"Tak apa Aera. Aera cuba je tahan. Zikir banyak-banyak. Biasalah tu tahan je, semakin kita tahan dan sabar, semakin banyak pahala kita dapat tau."

"Maksudnya?" Aera kurang faham.

"Bulan puasa ni bulan yang kita buat perkara baik yang kecil, dapat pahala. Contohnya ibadah sunat. Sebab itulah ia dipanggil bulan yang mulia oleh umat Islam."

Aera terpegun dengan kata-kata Aira. Baru dia mengerti dan faham betapa banyak keistimewaan bulan tersebut.

"Em, kak. Ni buku apa ya?" tanya Aera sambil mempamerkan buku tersebut kepada Aira.

"Percious Rain? Oh ni buku dari penulis Malaysia. Akak suka gila buku dia. Bahkan ramai yang feedback dan review buku ni,"

"Oh yakah? Tapi kan kak..." Aera menjeda seketika.

"Kenapa?"

"Semua buku yang akak minta Aera susun ni semua buku bahasa Malaysia,"

"Alamak, yakah? Maaflah sebab akak memang tinggal kat sana dulu. Jadi dah terbiasa baca novel dari sana. Lagipun kat sana tak ada jual novel bahasa Korea. Yang ada pun kedai online, tapi buku belajar Korea la." Aira tersengih sebelum mereka berdua tertawa.

Aera tersenyum dalam tawanya. Meskipun dia pernah tinggal beberapa bulan di sana, dia tidaklah terlalu memahami, kerana kebanyakan mereka menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang program.

****

Soobin memerhatikan gelagat pakcik Sukjin yang dari tadi asyik mengelamun sejak mereka menjamah hidangan makan malam. 

"Pakcik kenapa? Sakit kah?" soal Soobin sebaik sahaja dia selesai mengunyah nasi kimchi yang berada di hadapannya diambil menggunakan chopstick.

"Hah? Tak, tak..." Pakcik Sukjin mengukirkan senyuman tipis.

"Bila keputusan exam diumumkan?"

"Minggu depan rasanya. Huwa, nervous!" Soobin memejamkan matanya.

"Yalah tu,"

Soobin ketawa. "Oh ya, Soobin lama tak nampak Aera noona. Dia tak kerja dengan pakcik ke?"

Pakcik Sukjin mengerutkan dahinya. Aera? Sudah lama dia tidak mendengar khabar gadis itu sejak beberapa hari yang lalu.

"Pakcik..."

Suara itu membuatkan Sukjin yang sedang mengacau adunan tepung menoleh.

"Oh, Aera. Kenapa?"

Aera mengukirkan senyuman. "Hujung minggu ni dan seterusnya Aera tak datang dah sekolah sebab Aera ada urusan,"

Kata-kata Aera membuatkan aktivas Sukjin terhenti.

"Oh yakah? Tak apa je. Lagipun Aera kan ada kehidupan juga."

"Gomawo," Aera melemparkan senyumannya.

"Lama juga ke?"

"Ya,"

"Jaga diri baik-baik ya,"

Soobin membulatkan matanya. "La, Aera noona pergi mana?"

Pakcik Sukjin hanya menjeling ke arah anak buahnya itu. "Kamu tu kenapa? Takkan kamu tak ada nombor telefon dia? Lagipun bukan kamu berdua rapat huh?"

Soobin menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Err..."

"Soobin tertukar nombor sebab nombor lama expired. Tak ingat pula nombor dia."

Remaja itu menghela nafas kasar. Dia berasa sangat kesal dan melupakan gadis yang berjaya mencuri sedikit hatinya. Sesekali dia agak menertawakan dirinya kerana menyukai seorang yang tua darinya.

Tidak salah kan?

"Pulak. Eum, tapi Aera tak bagitahu la pula dia pergi mana." ujar pakcik Sukjin.

"Ouh yakah..." Soobin menghembus nafasnya. Sepanjang exam yang berlangsung sehinggalah habis, dia agak jarang menjumpai Aera. Pertama, kelas tambahan yang agak padat dari pagi sehingga malam dan kedua tugasan berkumpulan yang menggunung.

Pakcik Sukjin memerhatikan sahaja raut wajah Soobin yang seakan kesal meskipun dalam fikirannya memikirkan hal yang lain, iaitu perbualannya dengan Tuan Kim beberapa jam yang lalu di restoran.

Terasa hairan apabila Tuan Kim tiba-tiba sahaja mahu mengenalnya. Tapi, kenapa dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Tuan Kim? Dia dapat melihat dengan jelas reaksi raut wajah Tuan Kim ketika berbincang tentang Seokjin.

Dia segera menjauhkan fikiran negatif itu. Dia tidak mahu bersangka buruk dengan sesiapa.

.
.
.
.
.
.
.

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro