Nineteen | 열 아홉

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Behind every smiling face, there is an untold story of sabr.

Right ?

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡





"Kau perasan tak dengan Seokjin tu?"

Kata-kata yang keluar dari mulut Jungkook membuatkan Jimin dan Namjoon yang sedang bermain Among Us memandangnya sekilas. Sudah hampir larut malam namun mereka masih melepak di kafe yang sudah mereka sewa.

Nak buat macam mana. Orang kaya...

"Waeyo? Aku tengok dia dingin macam selalu je. Nak kata hodoh tak la pula. Hensem tu hensem jugak tapi dingin." ujar Jimin. Dia meletakkan telefonnya di atas meja. Puas bermain. Namjoon pula mengambil jus dan menyisip. Dia pun sudah puas bermain.

Bayangkanlah dari petang tadi je main benda sama. Hajat dieorang nak balik tapi hujan pula. Nasib baiklah mereka menyewa salah satu bilik kafe. Alang-alang.

"Aniya-" Jungkook menggeleng. "Aku rasa dia dah jatuh cinta."

Namjoon yang sedang menyisip jus tersembur tepat mengenai muka Jimin yang kebetulan menoleh ke arahnya.

"Woi!!!"

Jungkook ketawa berdekah-dekah.

"Ee tak guna-" Jimin mengambil tisu yang sudah tersedia di situ.

"Maksud kau? Dia feeling love? Dengan siapa? Wahh... Dunia dah terbalik ke?" Namjoon menyoal dengan penuh minat.

"Serius la kau? Mamat tu jatuh cinta?" Jimin tidak percaya. Bukan dia tak kenal dengan Seokjin tu. Dingin je 24 jam!

"Aku tahu. Eum..." jeda Jungkook. "Aku nampak dia cium Aera-"

"Mwoo??!!!"

****

Berus lukisan yang dipegangnya untuk mengecat potret akhirnya diletakkan di atas meja. Beberapa cat warna air dilapnya. Suasana biliknya agak berserakan. Peluh yang hampir menitis di wajahnya diseka pelan. Senyuman terukir di bibirnya tatkala melihat hasil dari usaha keras beberapa jam lalu.

"Perfect!"

Soobin tersenyum sendiri. Melihat hasilnya yang sudah berjaya. Lantas dia meletakkan bingkai itu dengan penuh hati-hati.

Itu adalah salah satu gambar Aera yang sempat dia snap diam-diam beberapa hari lalu. Tak sengaja nampak Aera  keluar beli barang. Nak tegur dia masih lagi terkilan dengan kata-kata Yeonjun beberapa hari lalu.

Soobin perlukan masa. Taknak jadi childish. Asal crush keluar ngan orang lain mula nak meroyan hidup tak tenang makan tak lena apa semua. Soobin sudah terlalu matang untuk itu.

Yeke kau Soobin?

"Soobin ah!"

Laungan pakcik Sukjin dari dapur mengalihkan pandangan Soobin dari menatap art Aera. Dia harus menyimpan di tempat lebih selamat. Bukan dia tak kenal pakcik Sukjin akan mengechek biliknya setiap kali ke sekolah untuk memastikan biliknya itu kemas dan bersih. Kalau kotor kena membebel.
Jangan cakap pakcik Sukjin tak garang!

"Wae?" soal Soobin sebaik sahaja tiba di dapur meja. Melihat pakcik Sukjin yang sedang mengacau sup ayam. Sedap nya bau...

"Esok pakcik dah start berniaga dekat sekolah."

"Wah, jinja? Baguslah!" Soobin mengukirkan senyuman lebarnya.

"Syukurlah-" pakcik Sukjin tersenyum tipis seraya mencedok kuah sup dan memasukkannya ke dalam mangkuk.

"Kamu buat apa lama sangat dekat bilik tu? Balik-balik je terperap dalam bilik sampai sekarang. Banyak sangat ke kerja sekolah hari ni?" mangkuk yang sudah diisi kuah sup itu dihulurkan pada Soobin.

Soobin mengambil huluran pakcik Sukjin.

"Hmm. Banyak jugak" ujarnya sembari tersenyum.

"Baguslah. Belajar elok-elok. Nanti boleh masuk universiti dan capai cita-cita kamu."

Soobin hanya tersenyum kekok. Haih.. Kalau pakcik Sukjin tahu apa yang dibuatnya tadi.. Habislah..

"Hmm...pakcik.. Err... Nak tanya boleh?"

"Waeyo?"

Soobin menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Boleh tak pakcik ceritakan macam mana pakcik dengan makcik jumpa dulu?"

Sumpit yang dipegang pakcik Sukjin terhenti sejenak. Dia memandang ke arah Soobin yang terlihat agak takut dengan tatapannya.

Tidak lama kemudian pakcik Sukjin mengukirkan senyuman tipis. "Kenapa kamu nak tahu?"

"Entah. Tiba-tiba nak tahu." ujar Soobin.

Pakcik Sukjin tergelak kecil. Dia memandang Soobin sekilas sebelum beralih pada makanannya.

Tahun 1984

(sape2 yang tengok cerita 18 again tu, korang anggapnye ni Jung Da jung dan Hong Dae Young masa muda..hehe)

"Yak!  Dah lambat!"

Sukjin gegas berlari ke arah pintu pagar yang sudah hampir tertutup.

"Kamu lagi?" suara guru disiplin memetir gegendang telinganya membuatkan Sukjin menundukkan kepalanya.

"Setiap hari datang lambat! Kamu ni dah kenapa?"

"Mianhae."

"Pergi pusing padang 10 kali!"

Sukjin menghela nafas beratnya.

Kini sudah hampir lima pusingan yang telah dia tempuhi. Berbaki lima lagi pusingan. Sudahlah hanya dia sahaja yang berlari di padang itu.

Sukjin memegang lututnya. Mukanya lencun dengan peluh. Begitu juga dengan bajunya.

"Jangan putus asa- Fighting!" tiba-tiba kedengaran suara lunak menyapa gegendang telinganya. Ditolehnya, kelihatan seorang gadis, memakai pakaian seragam sekolahnya mengukirkan senyuman manis. Namun melihat wajah gadis itu kelihatan agak berkeringat. Seolah-olah baru menyelesaikan larian.

"Nugusaeyo?" soal Sukjin. Tiba-tiba je tegur. Hantu ke? Setahunya hanya dia sahaja yang berlari tadi.

"Choi Jihyo imnida." ujar gadis bernama Jihyo.

"Kim Sukjin."

Jihyo tersenyum. "Kajja! Jom kita teruskan larian ni!"

"Yak! Tunggu!" jerit Sukjin. Mengejar Jihyo yang sudah jauh ke hadapan.

"Awak siapa?" soal Sukjin sebaik sahaja mereka menuju ke kelas.

"Saya Jihyo. Saya dah kata kan?" ujar Jihyo dengan nada hairan.

"Ya tahu. Tapi tak pernah nampak.."

Jihyo menatap Sukjin sebelum tersenyum nipis. "Saya pelajar baru kat sini. Tadi datang lewat tiba-tiba kena denda.."

"Mwo?" Sukjin terkejut.

"Saya dah daftar semalam. Sebab tu saya datang sendiri hari ni. Tak sangka lewat pulak. Haish.." Jihyo tertawa kecil.

Sukjin hanya terdiam. Dia melihat raut wajah Jihyo.

Cantik..

"Awak kelas apa? Semalam cikgu bagitahu saya kelas 5-A2-"

"Jinja? Sama dengan saya."

"Yakah? Baguslah! Kajja! Kita ke kelas sama-sama!" lengan Sukjin ditarik Jihyo.

"Yak!!"

Pakcik Sukjin tersenyum mengenangkan kembali pertemuan pertama dengan cinta pertama yang kini sudah bergelar isterinya. Dia menatap luar jendela dengan senyuman tipis. Angin pada malam itu menerpa tubunya. Matanya beralih menatap jutaan bintang di langit.

Sungguh cantik.

"Apa khabar sayang dan anak kita? Baik-baik kat sana? "

Sukjin tersenyum melihat beberapa bintang kelihatan berkelip. Menganggap itu adalah balasan Jihyo dan anak mereka.

Soobin yang baru sahaja menuju ke biliknya, terhenti langkahnya melihat pakcik Sukjin yang sedang menatap bintang. Sungguh dia tahu apa yang dibuat oleh pakciknya itu.

Soobin mengukirkan senyuman tipis. Dia kemudian menuju ke biliknya dan mengunci pintu. Lantas dia melangkah ke katil dan duduk. Satu bingkai gambar yang berada di meja lampu digapainya.

"Eomma-" Soobin mengusap gambar itu. Gambarnya sewaktu berumur lima tahun bersama ibunya, Kim Hyunjung.

"Soobin rindu eomma. Tapi eomma jangan risau, Pakcik Sukjin jaga Soobin baik sangat." Soobin tersenyum.

"Eomma tahu tak? Soobin rasa dah ada hati kat seseorang ni.. .. Eum.. Tapi Soobin takut dia dah ada seseorang dalam hati dia...

Kalau eomma ada, dah lama Soobin ajak dia jumpa eomma. Dan kata dia ni orang yang bermakna bagi Soobin selepas eomma."

****

"Apa maksud h-hyung?" tergagap Seokjin menutur bicaranya, menatap figura Yoongi yang sedang menatapnya dengan tatapan kosong.

"Kau ingat aku serius?" Yoongi masih menatapnya kosong. "Lagipun kenapa kau kurang ajar pergi tutup call tadi? Yaish, tak sopan betul"

"Yah! Kenapa dengan hyung ni?" Seokjin mencekak pinggangnya.

"Molla-" jeda Yoongi. "Tapi... macamana Aera boleh ada dengan kau ye?"

Seokjin menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Em, aku jumpa dia menangis kat halte bus, pastu tiba-tiba dia pengsan."

"Kenapa tak hantar balik atau klinik dan kenapa mesti rumah kau?"

"Aku lupa jalan rumah dia-"

"Ke kau nak amik kesempatan?"

Seokjin membesarkan matanya. "Yah! Kenapa dengan hyung ni?"

Setelah lama bertanya dengan wajah yang datar, Yoongi tertawa terbahak-bahak. Terasa geli hati dengan wajah Seokjin yang seperti kena 'tangkap basah'. Menjawab soalan yang diajukannya dengan teragak-agak dan takut.

"Rileks. Aku gurau je." sela Yoongi di sebalik tawanya.

"Suka lah. Suka. Tak guna!" cela
Seokjin, geram.

"Mianhae." tawa Yoongi semakin reda, kemudian dia menatap Seokjin.

"Terima kasih-"

Seokjin mengangkat sebelah alisnya. "Untuk?"

"Kenal Aera. Aku tak tahu apa yang berlaku kat Aera kalau orang lain yang kenal dia. Kau, aku dah kenal lama. Jadi aku tahu kau ni macam mana, boleh jaga hati seseorang. Aku kenal kau. Walaupun kau dingin, dalam hati ada taman... "

Seokjin salah tingkah mendengarkan itu. Yak!

"Macam-macam lah hyung-"

Tiba-tiba pintu diketuk membuatkan dua jejaka itu berpaling ke arah pintu.

"Hyung ah, Aera dah sedar. Dia nak jumpa kau seorang."

Yoongi bingkas bangkit lalu mengikuti Hoseok. Meninggalkan Seokjin yang hanya tersenyum tipis. Memberikan semangat bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.

Kaki Yoongi perlahan-lahan menapak ke arah Aera yang masih mengelamun.

"Aera-ya." panggil Yoongi lembut. Dia duduk di sebelah adiknya itu. Tangan Aera yang sejuk itu digenggam perlahan.

Aera agak tersentak apabila Yoongi mengenggam tangannya. Ditatapnya ke arah Yoongi dengan tatapan yang sendu.

"Oppa..." Aera cuba bangkit dan dibantu Yoongi untuk bersandar di dashboard katil.

"Mianhae. Maafkan oppa sebab abaikan adik cantik oppa ni-" air mata yang mengalir di kelopak mata Aera diseka Yoongi. Tangan Aera masih lagi dalam genggamannya.

"Kenapa oppa mungkir janji? Oppa memang buang Aera ke?"

Yoongi menggeleng sembari tersenyum kelat. "Aera tahu? Masa Aera pergi, oppa selalu gelisah apa yang jadi kat Aera. Dah hampir seminggu oppa cari Aera dekat daerah Daegu. Serius oppa cakap oppa hampir putus asa sehinggalah Hoseok datang tolong oppa. Setiap hari, oppa akan tanya Hoseok oppa apa yang Aera buat-"

Aera mengangguk pelan. Hoseok telah menceritakan semuanya kepadanya sebelum dia mendengar semua itu dari Yoongi.

Selama ini Hoseok memerhatikannya dan melaporkan pada Yoongi. Sempat dia merajuk pada Hoseok kerana berpura-pura selama ini.

"Omma dan appa?"

Yoongi mengukirkan senyuman. "Oppa lama dah tak balik sana lepas Aera pergi. Dieorang minta oppa perhatikan Aera."

Aera terkedu.

"Aera-ya. Omma dan appa sayangkan Aera. Mungkin sebab masa tu mereka tak terima keputusan Aera untuk pindah agama. Tapi, mereka tetap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah yang prihatin pada anak dia."

Aera kembali menangis. Yoongi menangkup kedua-dua pipi Aera dan mencium dahi Aera, lama. Menyalurkan rasa rindu yang terpendam. Kemudian dia memeluk Aera. Digosok pelan belakang Aera yang tersedu-sedan.

Seokjin yang sedari tadi melihat gelagat dua beradik di sebalik pintu hanya mengukirkan senyuman tipis.

'Aku harap  kau sentiasa bahagia dengan keluarga kau.. Aera shi.. '



.
.
.
.
.
.
.

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro