carnage - bila langit menghempap lautan

carnage - bila langit menghempap lautan

60 6 3

Dunia semakin tenat.Manusia dibahagikan kepada tiga kumpulan yang dipanggil coterie untuk menjernihkan kembali ketamadunan manusia yang dihakis selepas peperangan beribu tahun lepas. Bumi bukan sahaja dihuni oleh manusia biasa, malah ada makhluk yang mempunyai magis dalam diri turut menghiasi bumi yang semakin parah ini. Mereka dibahagikan dalam satu coterie yang sama. Sistem coterie yang dibina oleh masyarakat awal kini dihakis ketenangannya oleh pihak-pihak yang mahukan kekuasaan. Yang mahu berebut kuasa, memastikan coterie mereka ialah yang paling berkuasa.Penindasan.Pembunuhan.Pengkhianatan.Aelius dan Alsephina tidak tergolong dalam mana-mana coterie. Mereka dipanggil The Outcasts, dalam jiwa masing-masing mempunyai satu dendam yang sama. Mereka mungkin bekerjasama untuk menjatuhkan segala kegiatan New Order, tetapi adakah mereka mampu mempercayai antara satu sama lain?Aelius, lelaki misteri berbaju hitam dengan naga yang sama warnanya. Alsephina, wanita bersisik penyembuh yang bersembunyi sebagai manusia biasa. Berjumpa dalam satu keadaan yang memaksa mereka bekerjasama. Mempunyai kelebihan yang dapat membantu mereka untuk hentikan permainan dunia yang membunuh setiap jiwa yang ada.Mereka bukan penyelamat.Mereka hanyalah pendendam teramat.…