Forever, I'm Yours (E-book)

Forever, I'm Yours (E-book)

877 56 10

Tiga tahun Alanna Dahlia membawa diri sejak Arjuna Al-Haq menyatakan hasrat ingin menikahi wanita lain. Bukan sahaja dia menyepi daripada lelaki itu, bahkan daripada semua ahli keluarganya. "I tetap dengan keputusan I. Kita berpisah dan you pergilah kahwin dengan dia." - Alanna Dahlia -"Kalau you tak rela poligami, I'll let you go. As you wish. - Arjuna Al-Haq -Dan saat dia kembali semula, tiada apa yang berubah. Statusnya masih lagi sama. Arjuna Al-Haq kekal sebagai suaminya. Dia kekal menjadi isteri kepada lelaki itu. Perpisahan yang dipinta sebelum dia meninggalkan sang suami seakan tiada bermakna.Kedinginan Alanna Dahlia membawa resah dalam jiwa lelaki Arjuna Al-Haq. Dia tahu wanita itu terseksa hidup dengannya namun pada masa yang sama dia sedar cintanya sudah lama tersemai buat insan bergelar isteri. Lebih-lebih lagi saat dia mengetahui hadir seseorang yang merupakan zuriatnya daripada wanita itu."Kita mulakan balik semuanya. Bagi I peluang, sayang. I akan bahagiakan you dan anak kita." - Arjuna Al-Haq -"Macam mana dengan Kak Leen, isteri you yang sebelah sana? You nak I terima poligami sedangkan sejak awal I beritahu you, I menolak poligami? Hati I tak sekuat Kak Leen yang boleh menerima poligami dengan merampas bahagia wanita lain." - Alanna Dahlia -Kini, dia harus berhadapan dengan takdir yang telah tertulis. Dua wanita yang terikat dengannya. Seorang yang dicintai dan masih dicintai, namun meminta perpisahan dan kebebasan. Seorang lagi yang pernah dicintai dan tidak lagi dicintai, namun menuntut harapan dan pembelaan. Sungguh, bukan sahaja Alanna Dahlia yang parah terluka, namun Arjuna Al-Haq juga turut tersakiti dengan semua yang berlaku sehingga terpaksa menyakiti dan melepaskan wanita yang dicintai sesungguhnya..."Cukup you terseksa hidup dengan I. I dah tak sanggup tengok wanita yang I cinta menderita di sisi I. Demi kebahagiaan you, Alanna Dahlia... I akan lepaskan you daripada ikatan pernikahan kita."…

RAYISHA | Short Story Series

RAYISHA | Short Story Series

567 42 9

Kisah perkenalan Iman Raykal dan Raisha Hanani yang membibitkan perasaan indah di antara mereka sejak di alam persekolahan. Kerana komitmen sebagai pelajar dan anak, mereka melepaskan rasa dalam hati masing-masing tanpa sebarang luahan perasaan.Berpisah kerana masa depan, bertemu kembali kerana jodoh ~× °•°•°•°•°•°•°•°•°•°•° ×Buat peminat Iman Raykal dan Raisha Hanani, this is for you...Pstttt!!! Sementara tunggu mereka muncul versi fizikal, kita layan dulu zaman sekolah mereka. Hehehe.~Beautiful cover from mrsmeow_…

Tidak Layak Dicintaimu

Tidak Layak Dicintaimu

2,475 63 7

Dosa masa silamnya, merogol seorang wanita hamil yang pernah dicintai. Entah di mana akalnya pada ketika itu. Hidup bergelumang dengan noda, buatkan dia menjadi rakus... tercabar sehingga rayuan wanita yang dirogol pada malam itu dibiar sepi.Pada masa dia disabitkan kesalahan dan berada dalam penjara, berita tentang mangsanya itu sampai pada pendengaran. Wanita itu mati bunuh diri! Tertekan setelah dibuang suami dan dirogol dirinya.Kerana itu, penyesalan terbeban di pundaknya. Lebih-lebih lagi pada masa cahaya kebenaran singgah mengetuk pintu hati. Dia inginkan jalan hidup bertuhan, namun itu semua tidak mudah setelah apa yang pernah dilakukan kerap menghantui dan menjadi mimpi ngeri.Setelah bebas daripada hukuman dunia, dia berusaha mencari makna hidup yang sebenar. Tetapi, seakan sumpahan... apa yang dicari tidak sekali dijumpai. Sehingga dia tertanya, adakah Tuhan membencinya dan tidak akan pernah menerima taubatnya?Dalam bahagia yang cuba digapai, Wardah Imani hadir mengetuk pintu hati. Dia ingin mencipta bahagianya bersama wanita itu biarpun masa hadapan mereka masih samar-samar. Dan saat kebenaran terungkap tentang Aazeen Adara, dia tahu dia telah gagal sebagai seorang lelaki, seorang suami... dalam meraih bahagia antara mereka."I choose to stay. Sakit macam mana pun Iman rasa, Iman tetap nakkan abang." - Wardah Imani -Layakkah dia dicintai wanita sebaik itu, sedangkan masa silamnya masih belum dapat ditinggalkan? Dapatkah dia menjadi suami sempurna buat wanita itu sedang dosanya banyak tidak terampun? Akankah juga Wardah Imani bertahan tatkala khilaf jahiliyahnya tersingkap tirainya?"Abang tak nak sayang bebankan diri dengan kesilapan abang. Kehinaan abang tak layak untuk keindahan dan keikhlasan sayang. Abang minta maaf..." - Uwais Al-Qarni -…

Lebaran Aidilfitri Rayisha | E-BOOK

Lebaran Aidilfitri Rayisha | E-BOOK

1,724 100 11

Jikalau kelahiran pertama Iman Raykal tidak dapat menemani si isteri, kali ini dia berpeluang merasainya dengan kehadiran bakal kembar mereka."Abang janji, abang yang akan jadi orang pertama azankan anak-anak." - Iman Raykal -Sangkakan bahagia yang terasa bakal berpanjangan, namun tidak terduga mendung hadir membawa hujan duka. Pada saat dia harus memilih antara isteri dan anak-anak, permintaan isteri menjadikan pendiriannya berada di persimpangan."Choose our babies. Pilih anak-anak dan lepaskan Sha." - Raisha Hanani -Siapa duga kemanjaan yang ditonjol si dia sebagai petanda, itu adalah kenangan manis yang bakal berakhir dengan air mata.Notes: self publish.…

Mencintaimu Hanya Sia-Sia | E-BOOK

Mencintaimu Hanya Sia-Sia | E-BOOK

1,149 49 4

SEPULUH tahun dia hidup dalam penjara, hanya kerana kesalahan yang tidak pernah dia lakukan. Dituduh merogol dan mencederakan rakan sekerjanya. Lima tahun perkahwinan dia dengan isterinya, Elnara Nailah semuanya terasa sia-sia apabila kepercayaan wanita itu hilang pada masa dia sangat memerlukan. Dan lebih dikesalkan lagi tatkala wanita itu sanggup menggugurkan kandungan yang membawa zuriatnya. Zuriat yang ditunggu-tunggu selama perkahwinan mereka termeterai."Saya dah gugurkan kandungan saya. Saya tak nak benih seorang perogol, ada dalam rahim saya." - Elnara Nailah -Setelah diberikan kebebasan tatkala pengakuan dibuat wanita yang menabur fitnah ke atasnya, wajah pertama yang dia lihat adalah wajah si isteri. Isteri yang telah memberi luka terbesar dalam hidupnya."I'm sorry for what has happened to us. Nara bersalah pada abang, pada anak kita... Bagi Nara peluang, abang. Kita mulakan hidup yang baru bersama." - Elnara Nailah -Berkali-kali wanita itu memohon kemaafan daripadanya, meminta dia untuk memberi peluang agar mereka mampu bahagia seperti suatu masa dahulu. Namun, pedih di jiwanya tidak mungkin terhapus dengan mudah."10 tahun aku tanggung sendiri semuanya. Aku hadap hukuman atas kesalahan yang aku tak pernah buat... Aku tak hukum kau, Nara. Kau yang hukum aku saat rumah tangga kita diuji. Aku nak sangat maafkan kau. Sekejam mana layanan kau pada aku, aku masih cintakan kau. Cinta ni tak pernah padam dalam hati aku. Tapi, kecewa yang aku rasa ni... semuanya membunuh keinginan aku untuk terus hidup di samping wanita yang aku cinta." - Muhammad Ardani -Memang dia cinta dan sayangkan Elnara Nailah, tetapi saat dia hilang kepercayaan wanita itu sepuluh tahun lalu, di situ juga sepi cintanya bermula. Hanya masa yang diharap dapat menyembuh luka, walaupun sepuluh tahun dia pernah hidup dengan luka yang begitu dalam."Let's end this marriage."P/s: single e-book ASMR. Boleh PM untuk pembelian.…

Lebaran Aidilfitri Airayyan | CERPEN E-BOOK

Lebaran Aidilfitri Airayyan | CERPEN E-BOOK

1,694 141 10

♥️ CERPEN ♥️(Kisah Rayyan Harith dan Aisyah Humaira versi raya)Wadi Aakeef...Menjelang ramadhan, anak kecil itu hadir tanpa diduga. Pada mulanya mereka menganggap kanak-kanak itu hanya anak jiran yang berkawan dengan anak mereka.Namun, tatkala mengetahui berlaku satu peristiwa yang menimpa Wadi Aakeef... Rayyan Harith dan Aisyah Humaira tidak teragak-agak untuk ikut campur dan menjadikan si piatu itu sebagai sebahagian hidup mereka menjelang syawal."Aakeef nak jaga Nia. Boleh tak, Baba Nia?" - Wadi Aakeef"Aakeef... Aakeef kuat, kan? Lelaki kuat tak boleh menangis. Orang yang paling kuat adalah orang yang bersabar. Aakeef kecil lagi, tapi Allah dah uji Aakeef untuk jadikan Aakeef lelaki kuat dan sabar." - Rayyan HarithNota buat pembaca: diterbitkan di bawah Penerbitan AHA dalam Kompilasi Cerpen Aidilfitri Aha Vol 1. Wajib dapatkan cerpen ini untuk baca Spin Off Airayyan Collection, Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef.…

Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)

Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)

2,819 217 20

CINTA bermula seawal 7 tahun. Cintakan anak bongsu perempuan kepada seorang lelaki yang digelar baba dan mama, ibu bapa angkatnya. Mereka tahu dia yang sentiasa menyayangi Raissa Hanania lebih daripada seorang adik, namun banyak halangan antara dia dan cinta dambaannya untuk bersatu.Hasyaf Asyriq, lelaki yang pernah bergelar suami si dia. Kasih Nur Irdeena, tunangan yang mengikat dirinya. Dan juga Liyasna, wanita yang menjadi pilihan keluarga kandungnya sendiri.Sungguh, Wadi Aakeef sebal. Keluarga kandung yang selama ini membuangnya bagai sampah kembali dalam hidup dan meminta dia mengahwini gadis pilihan mereka! Dia tidak mahu! Dia punya pilihan sendiri! Dia nekad, menolak permintaan keluarga kandungnya. Bahkan dia tinggalkan keluarga kandungnya demi mengahwini pilihan hatinya sendiri. Kerana dia sudah berjanji, hanya Raissa Hanania yang bakal bertakhta di hati sampai mati.Tatkala dia hampir mengahwini wanita idamannya, berlaku pergolakan keluarga yang menyebabkan dia rasa selamanya dia tidak layak berada dalam keluarga Rayyan Harith. Biarlah dia mengalah. Biarlah dia kembali kepada keluarga kandungnya. Mungkin memang tertulis anak bongsu bapa angkatnya itu bukanlah jodohnya.Namun, si dia pula yang muncul memujuknya. Dia kalah! Kalah dengan pujukan cinta dambaan. Kalah dengan kehendak hati yang sentiasa mahukan wanita itu. Akhirnya, pernikahan termeterai. Mereka rasmi sebagai suami isteri.Dugaan demi dugaan kembali menjadi duri dalam hubungan mereka. Terkadang lelah, tetapi mereka tekad terus memperjuangkan sehinggalah lelaki yang pernah menghancurkan si isteri muncul, status sebenar dirinya terbongkar, berita tentang bekas tunangnya kedengaran. Akankah mereka terus kuat berjuang mempertahankan hubungan yang semakin goyah? Cukupkah sekadar cinta yang ada dalam hati untuk terus kekal bersama sehingga ke hujung nafas?"Nia berkorban untuk kebahagiaan abang.""Hanya Nia... kebahagiaan abang."…

Cik Pendebar Jantung

Cik Pendebar Jantung

756 117 6

- [ H I A T U S ] -QARIZH MAHFUZ - Seorang lelaki berusia awal 30-an yang tiada pengalaman dalam percintaan. Bukan sahaja percintaan, bahkan tidak pernah juga mencintai sesiapa secara diam-diam. Kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga terdekat membuatkan dia larut dalam kesibukan berkerja sehingga tiada masa untuk memikirkan hal lain. Rakan-rakan juga hanyalah beberapa orang dan mereka semua sangat faham tentang peribadi dan pendirian Qarizh Mahfuz.ULYA QATRUNNADA - Dia punya segalanya walaupun dia hanya tinggal di sebuah kampung. Kehidupannya mungkin tidaklah mewah, tetapi ia cukup serba-serbi. Keluarga sempurna, kerja tetap sebagai seorang guru dan dia juga punya seseorang sebagai teman lelaki. Hidupnya dihiasi dengan senyuman pada saban waktu. Apatah lagi apabila bergayut di talian bersama teman lelaki adalah rutin setiap malamnya. Maka, hidupnya tidak pernah sunyi."Prinsip hidup aku, tiada cinta. Kerana kesejatian dan kesetiaan dalam cinta itu, tidak pernah wujud secara realiti." - Qarizh Mahfuz"Mana ada lelaki lain. Kan saya tunggu awak jumpa mak ayah saya. Kata nak nikah hujung tahun ni?" - Ulya QatrunnadaDitakdirkan mereka bertemu apabila Qarizh Mahfuz singgah di kampung itu semasa dalam perjalanan melawat tapak projek pembinaan syarikatnya. Pertemuan pertama yang berjaya mendebarkan jantung lelaki Qarizh yang selama ini tidak pernah kenal erti cinta membuatkan lelaki itu tekad untuk menawan hati si gadis. Tidak teragak-agak dia turun ke kampung setiap minggu dan berkenalan dengan seluruh ahli keluarga Ulya Qatrunnada."Jarang orang kampung ada nama cantik dan manis. Secantik dan semanis tuan punya badan! Nak jumpa mak ayah boleh?" - Qarizh Mahfuz"Jarang orang bandar turun kampung setiap minggu ni. Macam tak ada kerja lain yang boleh buat. Hati tertinggal dekat sini erk?" - Ulya Qatrunnada…

Cinta Pianis Terindah

Cinta Pianis Terindah

343 21 5

Kisah tentang Qhalif Arqhi yang pernah kehilangan satu-satunya wanita yang dicintai dengan cara yang tragis. Serba-salah dan kesal menjadi mimpi ngeri sehingga dia menutup pintu hatinya rapat-rapat buat mana-mana gadis lain.Piano menjadi tanda cintanya. Setiap kali teringatkan si dia yang telah tiada, piano itu yang dimainkan bagi menutup rasa hati.Bertahun kemudian, muncul pula seorang gadis baru dalam hidupnya. Menjadi pelanggan setia di tempatnya bermain piano. Dia akui wajah gadis itu penuh aura kemanisan yang menenangkan pandangan. Namun, dia cukup tidak selesa dengan kegedikan si gadis! Merenyam tak sudah setiap kali melihatnya!"Hey, abang pianis! You are so handsome. I think I'm falling for you. Can I get your number?" - Cinta Aara"Memang dengan semua lelaki handsome, cik cakap dan kelip-kelip mata macam ni ya?" - Qhalif ArqhiMulanya dia rimas, gadis itu tidak habis memancing perhatiannya. Menganggu ketenteraman hidupnya. Lagi parah gadis itu berani datang ke rumah orang tuanya untuk tujuan meminang! Meminang? Dia perempuan, meminang aku yang lelaki? Gila!"Kau budak-budak lagi, kan? Sibuk sangat nak kahwin dengan aku kenapa? Habiskan study kau dululah!" - Qhalif Arqhi"Okay. Cinta sambung belajar. Tapi... lepas Cinta habis belajar, janji kita kahwin ya?" - Cinta AaraGadis itu terbang jauh meninggalkannya demi sebuah cita-cita. 3 tahun bukan masa yang singkat. Yang aneh, mengapa dia merindu tatkala wajah manis itu tidak dapat ditatap?"Kau tak ingat aku ke, budak? Busy sangat ke dekat sana sampai tak boleh nak mesej atau call aku?" - Qhalif Arqhi"Saya tak dapat teruskan dengan awak. Kita batalkan janji tu. Let's not get married." - Cinta AaraApa yang berlaku sehingga Cinta Aara berubah fikiran? Apakah kesudahan cinta Qhalif Arqhi? Tidak layakkah dia bahagia sehingga gadis kedua yang berjaya bertempat di hatinya juga pergi menjauh?"Again... I'm a loser, bang."Nota: berkait dengan Cinta Barista Termanis Edisi Penuh, kisah adik dan abang.…

Permata Cinta Thaqif Azhar | CERPEN E-BOOK

Permata Cinta Thaqif Azhar | CERPEN E-BOOK

363 48 5

BLURB - PERMATA CINTA THAQIF AZHAR ❤Buta? Akulah lelaki itu. Lelaki buta yang hidupnya dihantui dengan kematian gadis yang telah menyelamatkannya daripada panggilan malaikat maut.Empat tahun aku hidup dalam kekesalan kerana telah menafikan hadirnya dia dalam hidupku dahulu. Sehinggakan apabila aku temui orang baru dalam hidupku kini, aku memandang serong terhadapnya.Aulia Hanina - gadis perhatianHasya Mikayla - gadis singgahanAiyana - gadis permataMengapa Aiyana menjadi gadis permata? Kerana dia yang mendoakan aku bertemu permata hidupku... dan tatkala permata itu sudah aku temui, dia menjauh.Maafkan aku, wahai gadis permata...#penerbitanaha#permatacintathaqifazhar#aliahsyuhada#cerpen2022Note: berkait dengan Manuskrip Cinta Untuk Dia, cerpen yang diterbitkan di bawah Kompilasi Cerpen Romantik AHA Vol 4.…

Cinta Barista Termanis | E-BOOK

Cinta Barista Termanis | E-BOOK

374 17 5

KISAH Khalish Ardhi yang nak hidup berdikari walaupun keluarganya kaya. Menjadi seorang barista dan berkenalan dengan gadis bernama Marissa membuatkan hidupnya terasa bahagia."Kalau cik nak order americano, saya bagi pakej dengan hati dan nombor telefon saya." - Khalish Ardhi"At least, you... handsome." - MarissaKesempurnaan tercipta apabila mereka mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Khalish Ardhi mahukan Marissa sebagai 'swan' yang paling cantik dalam hidupnya."Nanti dah kahwin, I nampak kecantikan dan ketampanan anak-anak kita pula... and when the time comes, I will call them... my little swan." - Khalish Ardhi"You ni... kalah I yang perempuan! Berangan pasal anak pula dah." - MarissaNamun, impian mereka musnah di tengah jalan tatkala muncul Qhalif Arqhi yang membawa watak sebagai seseorang di masa silam Marissa. "Kenapa Mar, bang?" - Qhalif ArqhiAdakah Qhalif Arqhi bekas kekasih Marissa? Itu yang Khalish Ardhi tertanya. Apabila Marissa putuskan pertunangan dan tinggalkan Malaysia, Khalish Ardhi datang jejak Marissa demi mendapatkan jawapan. "I've left the universe behind to get to you. Tak kesian dekat I, sayang?" - Khalish Ardhi"Tak ada siapa paksa you ke sini." - MarissaAdakah jawapan Marissa memuaskan hati Khalish Ardhi? Dan mampukah Khalish Ardhi buka hatinya tatkala jawapan yang diterima terasa mencalar pedih luka di jiwanya?"Apa silapnya di antara kita, Mar?" - Khalish Ardhi"This is our ending. Tolong terima dan hormat keputusan I." - MarissaCinta... ada apa dengan cinta? Komitmen... ada apa dengan komitmen? Dan perpisahan... ada apa dengan perpisahan?…

Manuskrip Cinta Untuk Dia | CERPEN E-BOOK

Manuskrip Cinta Untuk Dia | CERPEN E-BOOK

357 35 6

BLURB - MANUSKRIP CINTA UNTUK DIA ❤Har yang seksi. Dehamannya. Suaranya. Tawanya. Hanya kerana sebuah manuskrip dan panggilan telefon yang aku terima daripada lelaki bernama Har, aku jatuh cinta dan mengharapkan hadirnya. Namun, kehadirannya yang penuh misteri itu membuatkan aku tertanya-tanya. Siapakah dia di sebalik singkatan HA? Di sebalik panggilan Har? Benarkah dia adalah lelaki buta yang aku temui semasa di kampung? Atau dia adalah lelaki yang datang bersalaman dengan abah... menyatakan bahawa aku seorang wanita yang cantik?"Tunggu I datang untuk halalkan you sebagai suri hidup I ya!" -HAR#PenerbitanAHA #manuskripcintauntukdia #aliahsyuhada #cerpen2021Nota: diterbitkan dalam Kompilasi Cerpen Romantik Vol 4 (e-book) di bawah penerbitanaha.…

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu Bidadariku

Mencintaimu, Bidadariku : Raisha Hanani | Spin Off Penghulu Bidadariku

75,331 4,516 51

Known as Surat Cinta Untuk Raisha HananiALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU!DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebelum kesakitan yang kakak aku tanggung sepanjang tiga tahun ni terbayar. Semuanya masih belum terlunas. Takkan terlunas selagi kau... tak mengandungkan benih aku dalam rahim kau."_IMAN RAYKAL_"Sha tak nak sekat kebahagiaan suami Sha. Sha harap abang gembira bila Sha tak ada di sisi abang nanti. Sha harap abang dapat kepuasan hati abang sebab apa yang kak Aira tanggung dulu... Sha akan tanggung sama."_RAISHA HANANI_Setelah lima tahun berlalu, Raisha Hanani kembali ke pangkuan suaminya dengan tujuan menuntut penceraian, tetapi Iman Raykal berusaha untuk menakluki semula sekeping hati itu."Jangan sesekali Sha tanggalkan cincin ni selagi abang masih hidup dan menjadi suami Sha."_IMAN RAYKAL_"Abang... Sha nak abang. Sha tak nak berpisah. Sha tak nak berpisah dengan abang..."_RAISHA HANANI_Iman Raykal fikirkan dia sudah berjaya memujuk sekeping hati itu untuk kekal dengannya, namun dia terlupa bahawa ada satu kesakitan besar yang sudah dia calarkan pada sekeping hati si isteri sehingga dia terpaksa melafazkan talak tatkala wanita itu sudah tidak mampu bahagia bersamanya."Mulai saat ini... abang lepaskan sayang daripada perkahwinan kita."_IMAN RAYKAL_Apa kesakitan yang dimaksudkan? Benarkah perpisahan terjadi? Sudah tiada cintakah di antara mereka sehingga perlu bertemu di mahkamah syariah?…

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]

139,106 4,447 30

Demi cinta, dia mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu, tanpa gentar, tanpa diluah apa yang tertakluk di hati, perpisahan menjadi jalan pilihannya. Hanya kerana satu perkhabaran yang meragut kebahagiaan sekaligus membuatkan dia tekad. Tekad untuk mengundurkan diri sehinggakan..."Aisyah Humaira binti Khalid, saya ceraikan awak dengan talak satu."_RAYYAN HARITH_Setelah tiga tahun berlalu, dia kembali semula. Kembali dengan keadaan diri yang sudah pulih. Kembali dengan tujuan untuk menuntut apa yang pernah dimilikinya. Walhal diri sangat menyedari bahawa dua insan kesayangan itu sudah menjadi hak mutlak lelaki lain."Saya nak awak, Aira... Saya cuma nakkan awak kembali dalam hidup saya."_RAYYAN HARITH_"Kemaafan yang awak pinta takkan mampu ubah apa-apa, Rayyan." _AISYAH HUMAIRA_Sangkanya jalan takdir mereka tidak akan menyatu. Namun, apabila dia sedang belajar untuk redha dengan liku suratan hidup, satu berita sekali lagi hadir dan membuatkan dia hilang arah. Jiwa terasa kembali parah. Sungguh, bukan ini pintanya walaupun dia tahu hanya ini satu-satunya jalan yang dia punya untuk memiliki kembali kebahagiannya dahulu."Demi Allah, hati saya masih sama. Perasaan ini masih utuh dan takkan pernah berganti. Awak, ibu kepada anak-anak saya... dan saya masih berharap awak menjadi isteri dunia akhirat saya." _RAYYAN HARITH_"Cinta saya dah berkubur dengan segala kenangan di antara saya dan arwah suami saya. Awak mungkin bapa kepada anak saya, tetapi awak takkan mampu kembali menjadi pendamping hidup saya."_AISYAH HUMAIRA_Dia pergi, bukan kerana mengalah. Namun, demi memberi ruang dan masa. Dia pergi, bukan bermakna hati sudah pudar rasa. Namun, demi memberi peluang wanita itu menenangkan jiwa. Biar waktu terus berputar. Biar masa berlalu pantas. Biar kenangan berganjak pergi. Andai jodoh sudah tertulis di luh mahfuz, kau dan aku, pasti dipertemukan kembali.…

AIRAYYAN | E-BOOK

AIRAYYAN | E-BOOK

204,448 4,339 13

Rayyan Harith - seorang remaja yang terperangkap dalam kisah silam yang menyakitkan bersama si ibu kandung membuatkan dia tegar menyakiti saat ada seseorang yang cuba menghulur tangan. Menawarkan keprihatinan. Aisyah Humaira - seorang guru sementara yang masih muda cuba menyelami kisah duka terpendam dalam diri anak murid. Namun, tingkah yang sekejap manis, sekejap lagi kasar serta dingin daripada sang jejaka membuatkan dia penasaran.Hubungan mereka terbatas sebagai guru dan anak murid. Tapi, hati mereka terikat sebagai seorang lelaki dan wanita. Akankah cinta pertama ini bersatu tatkala pada akhirnya sekeping hati milik si guru kalis daripada sebarang permohonan maaf setelah disakiti berkali-kali? [ C O M P L E T E D ]~Beautiful cover from mrsmeow_…