FEI YANG

FEI YANG

16,295 3,010 29

FAHIM ZARITH - Fei Yang, si white hat hacker dihantar ke lapangan fizikal untuk melindungi kliennya daripada ancaman Grey Wolf. Namun, misinya menemui jalan sukar apabila kliennya sendiri tidak berperikemanusiaan kepadanya.AKMAL HARITH - Namanya seakan sama dengan Fei Yang, namun dia bukanlah mempunyai pertalian darah dengan penggodam itu. Dia, si klien yang mesti dilindungi oleh Fei Yang itu sangatlah kejam demi melindungi pelindungnya sendiri.Fei Yang dan Akmal Harith, kedua-dua manusia itu semestinya tidak sekepala. Dalam dinginnya Fei Yang melindungi si klien, jiwanya sendiri turut digasak hebat apabila terpaksa berdepan dengan perangai kliennya.Demi memecahkan kod rahsia "Aii Jun", kedua-duanya terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang mencabar fizikal serta mental. Dalam keadaan ini, mereka berdua saling memerlukan!"Aku mesti melindungi kau, Akmal." - Fei Yang."Bercerai kita mati, Fei." - Akmal Harith.Kehadiran mengejut si bunga merah ketika misinya sedang berjalan tiba-tiba menyentak keras jantung Fei Yang sehingga ke relung masa lalu. Keberadaan Red Beauty, cinta matinya di pihak Grey Wolf benar-benar menguji rasa hatinya sendiri. Kenapa Adra Diyana yang telah mati pada 10 tahun lepas berada bersama dengan Grey Wolf? Malangnya, skil penggodamannya belum berjaya merungkaikan misteri kehilangan gadis tersebut."Kenapa kau berubah, Zarith?" - Red Beauty."Kau sudah mati, Adra." - Fei Yang.Hidup jejaka senyap berhoodie hitam bernama Fahim Zarith di alam realiti sangatlah sunyi dan sepi. Namun, di alam maya dialah pembunuh profesional yang digeruni oleh musuh berkolar putih. Dia... Fei Yang.Tarikh mula: 4 January 2021Tarikh akhir: -Genre: Thriller ActionCover: InfinityAuniIMPORTANT ⚠️⚠️⚠️Person in the cover book is Xiao Yu Liang, a Chinese actor. The cover book not official. Picture used for illustration only. I'm his fan, actually. Love! ❤️…

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]

190,103 16,740 38

AARIZ IKTIZAR- Pekerjaannya berbahaya tetapi seperti maksud namanya, si agung lagi terhormat itu tidak sesekali akan mengalah dengan permainan tidak diduga yang sentiasa menghambat langkahnya. Nyawanya menjadi taruhan dek ketenangannya dalam menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi tetapi terlindung di sebalik nama: DARK.AMRA KHAYRA - Gadis cantik kecil molek, tetapi awas perangainya jauh berbeza dengan maksud nama yang diberi. Puteri Kebaikan? Jangan percaya! Dia... si gadis yang penuh dengan kejahatan dan kekejaman. Pegawai pemasaran di syarikat pengiklanan ini hanya sekadar topengnya sahaja, sisi gelapnya tiada siapa yang tahu.THE LORD - Apa saja yang ada pada Aariz dan Amra, dia pasti akan mendapatkannya. Mata dengan mata, gigi dengan gigi. Dia akan buru mereka berdua sehingga mati!"Kenapa kau jumpa aku, Aariz?" - Khayra."Kau dalam bahaya!" - Aariz."Di mana-mana pun petaka setia mengintai." - Khayra."Setidak-tidaknya aku ada untuk melindungi kau!" - Aariz.Aariz Iktizar dan Amra Khayra, kedua-dua manusia ini bertemu kerana takdir-Nya. Perkaitan antara masing-masing terlalu kuat sehingga ada-ada sahaja musuh yang memberi salam perkenalan. Permainan emosi, takdir dan identiti, semuanya perlu dirungkai satu persatu demi sebuah kebenaran. DIA... AARIZ IKTIZAR.[SIRI KEEMPAT ABANG BODYGUARD]Tarikh Mula: 08 Oktober 2020Tarikh Akhir: 30 Oktober 2020Jumlah Bab: 33 BabCover by: ReenmedinaNota: Dalam proses editing.…

CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL]

CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL]

160,664 5,282 14

Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir.Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut.Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya."Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHAKes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya.Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan!Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun.Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE.Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba?Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer…

INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)

INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)

485,619 13,030 18

Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang.Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun.Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid."Jangan pandang rendah kat aku."- HANA MIKAYLACampbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka.Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah?"Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIENAdakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja?Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka?Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi!"Selagi bukan ajal, aku takkan mati."…

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK

11,544 2,399 33

TIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais!Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih.Cover: Angel_k20…

HEY, YOU MR. VET!

HEY, YOU MR. VET!

38,182 5,299 26

Pertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'.Dalam meniti tugasan yang penuh mencabar, kedua-duanya saling memerlukan walaupun pada hakikatnya masing-masing tidak memerlukan. Kedengaran pelik bukan? Ya, aneh apabila si doktor veterinar Dr. Adwan Haffaz dan si pembantu peribadi Toh Puan Zainab itu sebenarnya tidak 'mesra alam' sesama mereka."Aku sayang kucing tapi aku tak suka kau." - Dr. Adwan Haffaz."Aku benci kucing tapi kau aku suka." - Kaysa Bussaina.Apalah yang menarik sangat pada Adwan si doktor veterinar itu sampaikan Kaysa sanggup berusaha menyayangi Sayang? Tetapi... apakah yang membuatkan Adwan sangat membenci Kaysa sehinggakan dia sanggup menjahamkan Kacak?[SIRI KETIGA ABANG BODYGUARD]Tarikh mula: 19 September 2020Tarikh akhir:Cover: @Nurhy_dayahNota: Dalam proses editing Bab 1-8. Jadi, harap diabaikan kesalahan tanda baca. 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20.Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan.ANGEL_K2019/09/2020🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺…

HI, ENCIK PROFESSOR!

HI, ENCIK PROFESSOR!

129,365 13,795 37

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang diberi, agensi itu berjaya membongkarkan kes itu dengan jayanya.Profesor Dr. Qarizh Zahwan, itu hanya gelarannya di siang hari. Apabila malam menjelma, si profesor sejuk beku itu akan bertukar karakter dan gelaran. Dia... The King."Hai Mr Sejuk Beku, nak kawan dengan awak boleh?" - Aralyn."Get lost!" - Qarizh.Kerana satu kes pembunuhan tanpa tanda, Aralyn dan Qarizh terpaksa bersemuka walau dalam tak rela. Arahan daripada Ketua Polis Negara, masing-masing perlu akur.Si Aralyn Awliya gadis detektif cengeng dan Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku, mampukah mereka berdua menyelesaikan kes misteri pembunuhan kejam tanpa jejak tersebut?[SIRI KEDUA ABANG BODYGUARD]Tarikh mula: 29/07/2020Tarikh akhir: -Cover: ZanieyzaiNota: DALAM PROSES EDITING. JADI, HARAP DIABAIKAN KESALAHAN TANDA BACA. 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20.Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan.ANGEL_K2029/07/2020🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺…

DAMN, I'M NOT A YOKAI!

DAMN, I'M NOT A YOKAI!

3,299 724 14

YURI KATSUNE - Sejarah keluarganya penuh dengan dosa. Darah menjadi mainan, nyawa seolah-olah tidak berharga. Namun, hidupnya kembali ke pangkal jalan apabila dia mendapat hidayah.KENZAKI RYU- Dia selalu menjadi bayang kepada Noura Arfa. Amanah datuk tirinya, Matsumoto Hiro supaya melindungi gadis si pewaris kepimpinan Yakuza Suichiro itu dipegang sebaik mungkin. "Ryu, aku tak perlukan kau!" - Yuri."Kau takkan mampu halang dia orang, Yuri!" - Ryu.Kerana dendam, Yuri diburu. Kerana kasih, Ryu melindungi. Namun, kerana itu jugalah, bayang tidak selalunya akan menjadi bayang. Disebabkan perbezaan darjat, Ryu terpaksa berundur. Kini, tiada lagi Yuri Katsune di dalam hatinya melainkan Noura Arfa. Begitu juga dengan Yuri, tiada lagi Kenzaki Ryu di dalam fikirannya melainkan Nael Rizq, si penghalang kegengsteran nombor satunya."Bunga sakura takkan kembang di Malaysia." - Kaburagi Kuro.Masa silih berganti, semarak dendam semakin mekar. Yuri dan Ryu, kedua-dua manusia ini tidak akan pernah aman daripada kekacauan. Gelaran mereka: Yokai!Tarikh mula: 28 Jun 2021Tarikh akhir: -Cover: Dinnaz_🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20.Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan.ANGEL_K2028/06/2021🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺…

DERITA YANG KUDAMBA

DERITA YANG KUDAMBA

7,105 1,024 11

Angel_k20…