DEWI JERUNG

DEWI JERUNG

6,829 611 65

BLURBDua insan terjebak di dalam dunia JERUNG.Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya.Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa.Muncul Alif Perwira Nadim yang menjadikan ketenangan hidup Amani porak-peranda..Lelaki itu bukan mencari cinta. Dia ada tugas yang harus dilaksanakan dengan sempurna. Di sebalik wajah kacaknya dia pengutus kemusnahan. Namun, pertama kali melihat perempuan yang harus menjadi mangsanya, dunianya terbalik. Dia terpana dengan perasaan yang aneh. Semakin masa berlalu, semakin mendalam perasaan itu sehingga menjadi obsesi. Berjayakah Alif memiliki Amani untuk mengisi ruang dalam hidup ganasnya yang kosong?Amani merasa dirinya kebal daripada sebarang godaan. Justeru dia tidak memahami tarikan yang dia rasa terhadap lelaki yang dilihatnya suka bermain kata-kata itu. Dia mahu bersamanya, walau pun tahu permainan apa yang direncana oleh lelaki itu. Mengapa seluruh gerombolan Jerung mahu melindungi lelaki itu sedangkan mereka tahu apa niatnya mendekati Amani?Berani kau permainkan aku dengan hantaran bunga tahi ayam! - Amani.Tu m'as sauvé la vie, chérie - Alif.Dewi Jerung tidak percaya pada cinta.NOTA UNTUK PEMBACA:Cerita ini Antithesis kepada kebanyakan cerita yang sering menggambarkan 'perigi mencari timba' dan perempuan menderita kerana mencintai lelaki yang dingin.Cerita ini terbalik ya ... Dalam novel ini ada watak dalam Solutions For Network Application and Paradigm (SNAP) sebagai aktor pembantu.Cerita ini rekaan semata-mata. Sebarang persamaan sama ada dari segi nama, atau entiti adalah kebetulan semata-mata.*****Dilarang PLAGIAT!…

JERUNG-JERUNG

JERUNG-JERUNG

14,175 1,328 63

PEMENANG: BEST THRILLER (SILVER AWARD 2020)⚜️ MEJOR SUSPENSO (DE GODEN LIVRE AWARD 2020)⚜️ THE STAR BEST WRITING (ADBT 2020/ 2021)⚜️BEST CHARACTER THRILLER (THE AMINE AWARD 2020) ⚜️THE BEST THRILLER *2 (DREAMHIGH AWARD 2020)⚜️.BLURB:Ini bukan kisah ikan. Dari cebisan sisa mangsa jerung yang terdampar di pantai Venezuela, sehingga kepada rahsia keluarga. Mereka adalah jerung-jerung pemangsa yang punya hati kering di sebalik wajah yang kacak. Mereka dididik dan dilatih agar tidak punya rasa belas kasihan kepada musuh dan pengkhianat. Mereka hanya bekerja untuk jerung-jerung korporat yang mempertahankan harta duniawi demi wang ringgit dan kekayaan duniawi.Namun, satu demi satu jerung-jerung pemangsa pula terperangkap dalam jaring cinta yang sukar dimengerti.Zuhal dan Iman bertemu di atas beting pemisah antara lautan dendam dan cinta. Adakah pertemuan ini mematikan langkahnya dan semua percaturan hidupnya?Haruskah dia korbankan cinta kerana dendam yang membara?Bagaimana dengan hati mereka yang selama ini berdiri di sebelahnya, membantunya semasa susah, merawatnya ketika cedera? Adakah mereka tidak penting lagi demi mempertahankan cinta atau terus melayan dendam yang membara?Masih adakah ruang bagi jerung-jerung untuk kembali menjadi manusia yang punya hati, berhemah dan tawadduk? Atau terus kekal sebagai jerung yang angkuh?*****NOTA UNTUK PEMBACA TERSAYANG:[Cerita ini tidak boleh berdiri jika dibaca dengan melompat-lompat. Sis tak jamin kalian akan memahaminya, jika tak baca semua. Setiap bab digarap untuk saling menyokong perkembangan cerita ini]{Cerita ini Genre entah apa. Mystery - Thriller - Action. Semua ada.DILARANG PLAGIAT]CERITA INI SEDANG DIEDIT.…

RINDU KAMILAH

RINDU KAMILAH

9,602 416 32

BLURB:Puspa Kamilah - peguam. Merindui bekas banduan akhir yang berjaya dilepaskannya daripada tali gantung. Peribadinya seindah namanya, begitu berdedikasi mendidik remaja menghindari dadah dalam sukan. Tetapi diri sendiri menjadi mangsa kartel dadah.Arman Naim - jurutera automotif. Terperangkap kerana kejujurannya. Ditinggalkan tunang yang hilang kesetiaan ketika dia dipenjara, kerana keluarga yang dambakan harta dunia. Arman mencari kepuasan baharu melalui usahanya dalam bidang pertanian modern. Tetapi ego hati yang tercalar bukan mudah untuk dihadapi.Bersama bantuan sahabat, Malik dan Nelly, mereka bersama-sama menempuh dugaan dan segala kemungkinan, walau ada kalanya pahit untuk ditelan.Tanpa Puspa dan Arman sedari, perjalanan hidup mereka dicatur Datuk Haidar, yang ingin menyambung kembali kisah cinta di zaman silam yang terputus akibat pengkhianatan. Khadijah dan Zahari - umi dan walid Arman. Perjuangan mereka mempertahankan kedamaian alam sekitar kampung menyeret Puspa dan Arman melencong daripada usaha mencari tapak kesemprnaan.Berjayakah gabungan sains dan teknologi dengan elemen paranormal dalam memerangi kejahatan?Dapatkah tiga generasi membina sinergi di atas kerinduan kepada kesempurnaan yang berliku-liku penuh cabaran?Atau mereka akan kekal merindui kamilah yang masih jauh untuk digapai umpama pelangi di alam firdausi?*****NOTA PENULIS:Cerita ini rekaan penulis semata-mata. Jika ada persamaan nama dan tempat-tempat ia hanya kebetulan. Nama-nama agensi dalam cerita ini juga rekaan dan tidak kena-mengena dengan agensi-agensi kerajaan mana-mana negara.Cerita ini tak tahu genre apa. Romance-Random-General Fiction.Novel ini merupakan percubaan penulis untuk menyampaikan mesej bagaimana menjana ekonomi dan menangani gejala remaja nakal menerusi naratif fiksyen.[DILARANG MEMPLAGIAT]Ranking:#1 paranormal out of 491 stories (31 January 2020 - 12 Februari 2020)#1 cita-cita out of 33 stories (sehingga ...)…

MANDRAGUNA ADIRATNA

MANDRAGUNA ADIRATNA

5,130 54 2

Sebuah kisah yang merungkai hubungan antara dua dunia dalam dua dimensi - gelap dan terang, diceritakan dengan perisa baharu. Ini sebuah kisah dalam kisah. Insan-insan yang menerima dugaan yang sama daripada sumber yang sama, walaupun tidak menyinggung diri si pendendam pun.Mampukah mereka melakukan keajaiban supaya sejarah tidak berulang?Cerita orang Melayu yang menggunakan sihir untuk memenuhi kehendak sumpah dan nafsu serakah.Ini bukan semata-mata cerita hantu mata merah, gigi tajam dan rambut menggerbang!Sungguh!Putri Rizwana Adiratna tidak pernah percaya kepada sihir. Atau hantu. Jauh sekali dia percaya kepada apa-apa sahaja perubatan yang melibatkan pawang, bomoh atau yang sejenama dengannya.Baginya itu adalah mentaliti Melayu tak cukup akal. Tak gila. Tak bodoh. Cuma tak cukup akal.Sehingga satu kejadian yang dia tidak dapat mencerakin apa sebenarnya yang berlaku.Sejak itu dia terfikir - Benarkah sihir itu mampu merubah nasib manusia? Syirik jika percaya kepadanya.Tetapi mengapa libatkan Putri Dewi Aliya?Tidakkah manusia ini mampu menjadi insan zaman milenium?Mampukah Firman dan Putra menempuh segala cabaran mehnah dan musibah natijah mencintai wanita yang punya masa silam yang rumit?. Most Impressive Ranking# 4 paranormal out of 488 stories (1-4 Januari 2020)…

DUNIA KECIL

DUNIA KECIL

1,590 155 23

SINOPSIS:Inilah pertama kali Adila Mustafa didekati oleh seorang yang tidak mempamerkan keterujaan dengan otak geniusnya. Lelaki itu tidak bersoal jawab tentang berapa peratus yang dituntut olehnya, sebagai pencipta dadah untuk merawat penyakit kronik yang akan dihasilkan oleh pihak firma farmasi. Zarif hanya mendambakan cintanya sebagai manusia biasa. Amat mudah kan?Namun Daddy masih terperangkap oleh dendam silam dua keluarga yang sudah berusia lebih 100 tahun. Mustafa syak dia kenal Zarif, sebab nama bapanya. Dia ada keraguan. Bukan sedikit, tetapi bertan-tan matrik keraguan.Zarif tidak sangka cintanya kepada Adila akan membawa dirinya semakin rapat dengan Arman, lelaki yang berjaya menawan hati kekasih pertamanya.Arman pula semakin beralih arahnya. Apakah terjadi kepada cita-cita asalnya untuk menjadi petani moden.Perubahan ini menjadikan Puspa semakin keliru dengan obsesi Arman, bukan kepada ragbi tetapi kepada sesuatu yang yang dia pasti dirancang Datuk Haidar.Puspa tertanya-tanya, apa hubungan Arman dengan sepupunya Erina Balqis?Cerita ini rekaan penulis semata-mata. Jika ada persamaan nama dan tempat-tempat ia hanya kebetulan. Nama-nama agensi dalam cerita ini juga rekaan dan tidak kena-mengena dengan agensi-agensi kerajaan mana-mana negara.*****Cerita ini tak tahu nak letak Genre apa, sebab ada banyak dunia di dalamnya. Dunia orang asli, orang biasa dan orang super modern.[DILARANG MEMPLAGIAT]…

WADI-WADYA

WADI-WADYA

828 70 19

Negaranya menghadapi perang saudara sejak dia dilahirkan. Kini negara itu diperintah oleh seorang diktator yang mendapat sokongan negara penyangak dunia. Pemerintah De Facto tersebut tidak pernah diiktiraf oleh pemberontak yang menguasai sebahagian daripada wilayah negara itu.Pemerintah menguasai kawasan bandaraya yang menjana hasil daripada perjudian menerusi operasi beberapa buah kasino dan kelab malam. Wang mana-mana diktator lain dalam bank-bank di negara itu tidak diganggu kerajaan asalkan membayar cukai. Pemberontak menguasai kawasan pergunungan dan lembah di sekelilingnya. Punca rezeki penduduknya, penanaman delima, susu kambing dan pelancongan khusus untuk peminat-peminat ski gunung. Di sanalah juga terbentang luas Dağdaki Göl yang airnya menjadi nadi penyambung nyawa penduduk negara itu. Dan di dalam perut bumi di lembah itu tertanam rahsia yang boleh merubah peta dunia bagi siapa yang mengusainya.Kerana itulah diktator itu mahu berdamai. Lalu mereka mengadakan gencatan senjata. Tetapi bagi Ketua pemberontak mereka tetap menuntut kerajaan kembali kepada sistem demokrasi.Wadi terseret ke dalam kancah peperangan saudara ini sejak masih bayi. Tetapi kali ini dia diberi tugas aneh mencari seorang gadis, cucu kepada datuk angkat/gurunya, Tok Andika yang memeliharanya sejak kematian kedua ibu bapanya. Nur Wadya ZaxaMudah sahaja dia menemui gadis itu. Tetapi yang tidak mudah ialah - Bagaimana menangani penemuan berikutnya?Tidak disangka! Masa depan negaranya terletak di tangan gadis itu.Cerita ini hanya rekaan penulis. Jika ada persamaan dengan mana-mana individu atau entiti, itu hanya kebetulan.Dilarang plagiat!…

ADIRATNA AWARD 2021 (CLOSED)

ADIRATNA AWARD 2021 (CLOSED)

4,515 1,062 25

Award untuk penulis TERHEBAT dalam DUNIA OREN!SEMUA boleh turut serta asalkan memenuhi SYARAT. Tak kira sudah berapa kali MENANG pun.TUJUAN Akak ialah mencari NOVEL TERHEBAT untuk dijadikan skrip DRAMA BERSIRI, InsyaALLAH.…