PERFECT MURDER

PERFECT MURDER

3,097 1,404 9

Kes pembunuhan bersiri telah berlaku di kawasan tempat tinggal Min Jung Hyuk...penduduk setempat mula hidup dalam ketakutan dan mensyaki Jung Hyuk sebagai pembunuh bersiri kerana sikapnya yang sering berkelakuan aneh...Min Woo Hyun merupakan abang kepada Hyuk dan dia seorang yang peramah tidak seperti adiknya menyebabkan penduduk sering membandingkan dirinya dengan Hyuk.Disebabkan tidak ada bukti yang kukuh, detektif Cha Tae Yoon mula menerima tuduhan orang awam terhadap Jung Hyuk. Pembunuh bersiri yang misteri itu melakukan pembunuhan tanpa cacat cela sehingga kes itu sukar diselesaikan. Kes itu kini dikenali sebagai pembunuhan sempurna. Cara membunuh yang unik serta bunga yang ditinggalkan masih menjadi tanda tanya...mengapa pembunuh itu berbuat demikian?Kim Yu Na yang pernah menjadi tunang Tae Yoon kini berpindah ke rumah lamanya yang bersebelahan dengan Jung Hyuk. Jung Hyuk kembali bertemu dengan cinta pertamanya menyebabkan dia sering mengelak setiap kali bertemu dengan Kim Yuna. Kim Yuna juga berhasrat ingin mengubah Hyuk menjadi lebih baik...Tae Yoon makin tidak menyukai Hyuk dan ingin mencari bukti kukuh agar Kim Yuna kembali padanya...Siapakah pembunuh misteri itu?Benarkah Jung Hyuk dalangnya? Adakah Tae Yoon berjaya menyelesaikan kes itu?Siapakah akan menjadi pilihan Kim Yuna?...Saya amat berterima kasihh kpd App PitzMaker yg memudhkn saya utk menggambar watak2 yg ada di dlm crita saya ni..Walaupun ada banyak yang saya ubah seperti rambut, bentuk muka dan beberapa tambahan lain untk menampkkn perbezaan pada wajah setiap watak2 saya... Dan App Pinterest yg byk bagi saya idea2 baru disamping banyak gambar-gambar yg cantik..❤️…