Kapten Fateh Ezkandar, Jodoh Dari Langit

Kapten Fateh Ezkandar, Jodoh Dari Langit

369 29 1

Kapten Fateh Ezkandar X Kuntum AndreaMalang tidak berbau, insiden tidak terduga mengakibatkan Fateh Ezkandar terdampar di kawasan hutan belukar. Paling menyedihkan, dia telah hilang ingatan. Tidak kenal siapa dirinya lagi padahal pernah menyandang gelaran Kapten. Kasihan sungguh... Sikap bengisnya dahulu bertukar jadi lain. Kini, dia menjadi seorang jejaka yang suka berlelucon. Tak kering gusi meladeni perangai baru si Fateh Ezkandar. Ada aje akalnya mengusik keluarga baru yang sudi merawatnya sehingga sembuh. Sikap Kuntum Adrea itu sering mengoyah hati, namun dia dapat rasakan semua yang dialami ini adalah sebuah mimpi semata. Tak mungkin dia akan kekal dalam dunia itu. Dia perlu bangkit dalam mimpi indah ini.Pak Pandir, seorang bapak yang menjaga dua orang anak itu sudah menganggap lelaki asing itu sebagai anak kandungnya. Sikap ringan tulang Fateh Ezkandar juga sangat disenanginya. Namun, sampai bila identiti sebenar Fateh Ezkandar akan kekal tersembunyi? Keluarga Fateh Ezkandar tidak pernah berputus asa untuk menjejaki anak tunggal satu-satunya mereka. Dan, tunangnya si Zahlea Miyanda juga kekal setia menanti kehadiran Fateh dalam kehidupannya semula.Zayfel Luqman. Kapten muda, yang menjadi sahabat Fateh Ezkandar sedari dulu rupanya menyimpan seribu satu rahsia yang terjadi dalam peristiwa kehilangan Fateh Ezkandar. Bagaimanakah pengakhiran kisah ini? Berakhir duka ataupun bahagia? Adakah Zahlea Miyanda menyatu bersama Fateh Ezkandar? Ataupun Kuntum Adrea? Gadis pembawa cahaya pelangi dalam hidupnya yang penuh kelam dan suram itu?Cover by : PutraRize_…

Zein Alsheirash, Tertawan Hati

Zein Alsheirash, Tertawan Hati

443 58 7

Puan Khaleeda, asbab tidak boleh mengandung lagi. Dia membuat satu keputusan untuk mengambil Helia Adhara menjadi anak angkatnya. Keputusan tersebut membuka satu lembaran baru dalam hidup Helia Adhara. Pertama kali dia menjejakkan kaki di 'Villa Impian' sangkanya, dia akan melayari kehidupan yang penuh dengan bunga-bunga bahagia. Namun, siapa sangka kehadirannya di Villa tersebut tidak diterima baik oleh satu-satunya anak lelaki Puan Khaleeda, Zein Alsheirash. Helia benar-benar rasa dirinya terlalu kerdil tatkala, dia perlu berhadapan dengan segala hinaan dan tohmahan daripada Zein seolah-olah kehadirannya di dalam keluarga itu umpama parasit yang tidak diundang. Kata Zein wajah Helia tidak ubah seperti belakang kuali, hitam legam. Kerana itu, seringkali Zein gunakan hal itu sebagai modal untuk terus menghina Helia. Hinaan demi hinaan yang Zein lontarkan kepada Helia buatkan Helia bertekad untuk pergi jauh dari keluarga itu. Namun, saat satu peristiwa merenggut keberanian Helia untuk teruskan niat tersebut. Dia tersepit!Di saat Helia tertanya-tanya apa yang harus dilakukan. Hadir seorang lelaki sempurna yang tiba-tiba saja menghulurkan salam perkenalan. Bukan mudah untuk Helia hapus segala ketakutan yang cuba dia lawan. Kerana itu, dia takut untuk memberikan peluang.Dalam pada masa yang sama. Puan Khaleeda dan Dato' Mateen berhasrat mahu Helia mendirikan rumah tangga. Keadaan itu membuatkan Helia serba-salah. Haruskah dia menerima atau sebaliknya menolak saja? "Mama dah berbincang dengan papa nak jodohkan Dara dengan seseorang." - Puan Khaleeda"Siapalah nak jaga dia, mama. Kalau kahwin, hari-hari suami dia muntah hadap muka dia." - Zein AlsheirashTatkala, hati Helia sudah bulat dengan keputusannya. Datang pula angin taufan menghentam sehingga Helia jatuh tersungkur.Adakah seorang insan bernama Helia Adhara tidak layak memiliki erti kebahagiaan? Jika kebahagiaan itu benar-benar wujud. Adakah nama Helia Adhara akan terpahat dalam kata bahagia itu?…

Tuan Yusuff, The Heartless Love 2

Tuan Yusuff, The Heartless Love 2

3,977 368 10

Sambungan Isteri Tuan Yusuff/ Heartless LoveHujan tak berguna lagi bagi pohon yang mati."Tak pandai jaga anak ke? Anak melalak di biarkan macam orang bodoh?" Asiah seakan hilang punca. Semakin hari perangai dan sikap Yusuff berubah menjadi dingin. Kemesraan dahulu perlahan-lahan menghilang dibawa angin lalu. Beginikah rasa dicintai lelaki kacak seperti Yusuff? Lelaki yang diagungkan dan dikejar sehingga sanggup membuang maruah diri, akhirnya memakan diri. Kadang kala, Asiah merasa kebahagiaan selama ini yang dikecapi hanyalah sementara semata. Disaat diuji dengan ujian paling berat kerana kehilangan insan yang paling disayangi, Asiah jatuh terduduk. Gelap dunianya. Namun, suaminya tetap bersamanya memberi semangat untuk meneruskan hidup meskipun lama kelamaan sikap itu kembali dingin. Ujian hidupnya tidak berakhir di situ, mahligai mereka berantakan dan retak seribu kerana orang ketiga, iaitu bekas tunang suaminya. Zulaikha menuntut semula haknya, katanya dia berhak merampas semula bekas tunangnya kerana dahulu Asiah merampas Yusuff daripadanya. Asiah menjadi nanar, namun dia sedar dia layak terima dugaan ini kerana khilafnya dahulu. "Kenapa kau tak larang aku?" - Yusuff"Saya reda, abang. Saya sedar diri dan saya terima hukuman Allah. Semoga abang bahagia bersama perempuan yang abang cintai." - Asiah"Kau pasti kau boleh reda? Kau pasti kau boleh reda bila hati ni, aku bagi hanya pada dia? Kau pasti kau boleh reda bila dia jadi penghangat katil aku? Kau pasti kau boleh reda semua tu?" -Yusuff"Ya, saya reda..." -AsiahAsiah pasrah. Jika Yusuff melepaskan dia sekalipun, dia akan terima. Hatinya benar-benar hancur. Tiada rasa untuk bersedih mahupun bahagia. Hidupnya kosong, semangatnya juga meruntuh. Hadir pula Sean, kembar Yusuff mahu menggapai tangannya. Namun, dia menolak. Hatinya hanya satu, dan hanya nama Seif Zelan Yusuff saja tertanam hingga hujung nyawanya.Cover by @PutraRize_…

Tuan Rafayel, Duda Kasanova

Tuan Rafayel, Duda Kasanova

647 42 3

Sinopsis Tuan Rafayel, Duda KasanovaPertemuan secara tak sengaja ketika Tuan Rafayel dating bersama girlfriendnya, membuatkan dirinya gila bayang. Tidak mengenali, namun hatinya seakan terpaut dengan seorang gadis ayu bertudung litup itu. Takdir ternyata memihak kepadanya, mudah saja dia dapat menemui gadis yang berjaya menjadikan dia seorang kasanova yang mahu pencen. Bila sang gadis sudah di depan mata, dia sambar. Tak kiralah gadis itu siapa! Meskipun Mayang Kesuma adalah seorang bibik. Berbeza taraf dengan dia. Satu lamaran dibuat supaya Mayang Kesuma kekal dalam pemerhatiannya, dia nekad rampas bibik comel itu daripada tuan rumah lama Kesuma. Kedengaran lucu, bukan? Bibik orang lain pun dia nak. "You lambat sangat kenapa? I tunggu berejam. Nak I suruh Zayne pecat you ke?" - Tuan Rafayel "Maaf, Tuan Rafayel. S... saya sakit perut tadi, tu lambat. Janganlah sebab ni tuan hasut majikan saya." - KesumaSuka sangat menyakat, Tuan Rafayel terhibur. Seronok bila berada dekat dengan Kesuma. Hai, duda kasanova ni kalau tak gatal tak sah! "Tuan, kenapa pandang saya je? Tuan ada masalah mata ke? Nak saya tengokkan? Manalah tahu saya boleh bantu..."- Kesuma"Mata I dah terpanah dengan kecantikan you, sayang..." -Tuan Rafayel Tak dapat dikikis sikap kasanovanya, dengan Kesuma pun dia balun dengan ayat-ayat manis. Bikin hati Kesuma libang libung pula. Bila segalanya nampak indah dan sempurna. Tuan Rafayel alpa, ada satu rahsia yang tersimpan rapi namun masih belum terbongkar. Kesuma yang didamba, semakin menjauh dari gapaiannya. Bagaimana dia hendak meneruskan hidup? Apakah yang terjadi di antara mereka?Gorgeous cover by @PutraRiez…

Takdir Buat Fatima

Takdir Buat Fatima

447 37 2

Sinopsis Takdir Buat FatimaTerkadang, mencintai bukan bererti harus memiliki. Namun, takdir di luh mahfuz telah tercatat jodohnya adalah Yusouf, lelaki yang sangat dicintainya. Bagaimana mungkin dia bisa menolak takdir yang dianggap indah itu? Hidup bersama Yusouf, tidak semudah Fatima bayangkan. Cacian dan makian Yusouf bagaikan hidangan ruji buatnya. Dan, di luar rancangannya ada satu nyawa baru yang sedang membenih di dalam rahimnya. Kehadiran malaikat kecil yang bakal menjadi penyeri dalam hidup Fatima membuatkan kebencian Yusouf semakin menjadi-jadi. Yusouf nyata tidak mengalu-alukan kehadiran cahaya mata mereka. Jijik dia hendak mengakui anak dalam kandungan Fatima itu adalah daripada darah dagingnya sendiri. Yusouf, suami yang tidak punya hati. Jiwanya di balut dengan kebencian hanya kerana perkahwinan yang terbina bukan atas kemahuannya. Fatima tahu dia tidak punya apa-apa untuk dibanggakan oleh Yusouf. Yang ada hanyalah ketulusan cinta yang tidak pernah dianggap oleh suaminya sendiri. Takdir sepertinya mempermainkan mereka sehingga keduanya kelu ibarat lidah terpasung lama. Satu peristiwa, merubah segalanya. Secebis bahagia kian sirna untuk didakap erat. Fatima redha dengan ketentuan dari Sang Pencipta. Hanya sejenak, bahagia itu menjelma. Tanpa disangka-sangka bahagia itu bakal direntap semula. Yusouf adalah anugerah terindah yang pernah hadir dalam kisah hidupnya. Namun, andai kisah ini perlu ternoktah meskipun tanpa kerelaan hatinya. Fatima redha. "Aku kehilangan kau yang aku sayangi. Terseksa batin, menjerit luka. Aku merana dalam putus asa. Kita terpisah kerana takdir telah lama tercipta. Ku titipkan doa, buat suamiku. Selamat tinggal, sayangku." - Fatima…

Maid Tuan Seth Reykarl (Ebook)

Maid Tuan Seth Reykarl (Ebook)

896 86 3

Dulu musuh, sekarang jadi majikan dengan maid pula. Juwita tak keruan jadinya! Sudahlah tak ada duit, kena buang kerja di tempat lama. Kini terpaksa hadap Si Seth, pembulinya zaman sekolah! Selalu mengejeknya badak, gajah, dan bermacam-macam binatang berbadan besar. Tiap kali jumpa, mesti dia akan dikutuk bersama geng nakalnya sampai Juwita nangis! Seth pula, bukan seorang bujang. Suami orang pulak tu! Selamatlah sikit hati Juwita. Suami orang takkanlah nak buat perangai setan macam dulu, kan? Lega! Tapi... tak semudah itu kehidupannya di dalam rumah agam itu. Perangai bini Seth, memang tak terjangkau dek akal. Pelbagai dugaan dia terpaksa hadap. Dan-dan, satu peristiwa telah mengubah segalanya. Juwita jatuh terduduk. Mimpi buruk menghempap pundaknya. Ah, hampir nak gila! Kenapa takdir begitu kejam? Juwita nak lari sejauh mungkin! "Juwita... Kau bawak beg ni nak kemana? Siapa izinkan kau keluar dari rumah ni?" - Tuan Seth Reykarl"Saya nak balik rumah mak saya. Awak faham tak?" - Juwita"Aku rasa kau ni hilang ingatan kut. Kau tak ingat aku ni siapa?" - Tuan Seth Reykarl"Tahu! Awak tu bala dalam hidup saya!" - JuwitaGorgeous cover by @PutraRize_…

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 |  √

𝐌𝐫 𝐄𝐯𝐢𝐥 𝐁𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞 𝐘𝐨𝐮 | √

335,091 7,710 28

🏆 The Best Action | Patahan Ranting Awards 2020🏆 Vote Terbanyak Winner | Patahan Ranting Awards 2020Dikenali sebagai That Man Is EvilAmaran : ⚠️Depressing and Insane love story ⚠️Ash, Dia jejaka yang sempurna dari segi luaran. Dia mempunyai segalanya, wanita dan pangkat. Ketampanannya pula tidak dapat ditidakkan, namun perangainya tak ubah seperti evil. Bila bibir itu bertutur, tidak ada kemanisan dan kelembutan. Meskipun dia seteruk itu, hatinya tenat dalam dunianya, dan tiada siapa tahu betapa sengsaranya jiwanya selama ini. Kehadiran Ara, menjadi penawar.Seorang wanita yang serba serbi kurang, tiada istimewanya dia jika dilihat dari luaran. Wajahnya tidak memikat para jejaka sedikitpun dan sudah tentu Ash tidak terkecuali. Setiap kali bertemu, Ash lancarkan perang. Dan, seringkali dia tidak dapat mengawal barannya ketika bersama Ara. Ara, bukan wanita biasa-biasa. Dia ada sesuatu yang dapat membuka pintu hati Ash yang tertutup rapat selama ini. Namun begitu, segalanya tidak mudah.Takdir mereka penuh ranjau berduri.Mereka tidak kenal identiti masing-masing yang sebenar-benarnya.Ada rahsia yang tersembunyi antara mereka.Akankah takdir mereka terlerai ataupun terikat utuh?...Bisakah seorang wanita hodoh bahagia bersama jejaka evil yang kacak?Bisakah seorang wanita berhati lembut menakluk jejaka yang hatinya keras? ...Start : 2019End : 10/1/2021Cover : @azleyanna…

Tengku Haedar, Devil In Love (EBOOK)

Tengku Haedar, Devil In Love (EBOOK)

382 18 2

Tengku Haedar Zafeer X Lara Alana…

MR HACKER ; QAEED ASHTAR (COMING SOON)

MR HACKER ; QAEED ASHTAR (COMING SOON)

396 42 1

(Spin off lecturer itu duda aku. Kisah adik Dr. Qais) QAEED ASHTAR & DHILA JENONQAEED ASHTAR - Terkenal dengan sikap gila-gilanya, namun siapa sangka dia merupakan Mr hacker yang professional. Paling hebat, dia pandai hacker hati wanita disekelilingnya. Cuma, ada kisah cinta dahulu yang tertinggal sepi. Dia tak sedih, tapi kerana wanita itu telah jadi milik orang lain. Dia pasrah sajalah. Cari awek lain, yang lagi ganas dari crush dia. DHILA JENON - Rupa kurang, pakaian macam lelaki. Siapa cari pasal memang kena penumbuk. Ada orang cakap dia ni macam perempuan tak cukup sifat. Bicara sentiasa kasar. Tak pernahlah berlembut. Punya abang yang agak lain... Sotong kurita orang kata. Tapi abang dia ada kawan gila-gila. Haish, sakit jiwa bila berdepan dengan Qaeed. Macam nak gantung Qaeed atas pokok, kasi tinju bertubi-tubi. Siapa sangka, angkara satu peristiwa... Dhila berubah tingkah, manakala Qaeed semakin menjauh. Tarik tali, jual mahal. Qaeed sengaja, nak juga merasa dikejar perempuan kasar macam Dhila. Bila mengusik, sakit tubuhnya dipukul-pukul. Ish, mengada! Sedang memadu kasih, datang pulak ribut taufan melanda. Sang penjenayah mulalah beraksi, macam-macam berlaku. Qaeed terpaksa pergi tinggalkan Dhila buat sementara. Bila pulang kepangkuan Dhila ada pulak lelaki lain di samping perempuan itu. Qaeed patah hati sekali lagi. Apa dia kena buat? Rampas atau biarkan pisang berbuah dua kali? Cover by : theisyaela…

RED FLAG ; RADEN CASERE (SLOW UPDATE)

RED FLAG ; RADEN CASERE (SLOW UPDATE)

6,710 733 11

Raden X Nesa Nesa Suhayla merupakan gadis yang tidak pernah punya kekasih dari usia remaja sehinggalah dewasa. Agak pemalu, tapi kadang tak reti malu. Dia punya perasaan suka terhadap kekasih kawan baiknya sendiri, Tiara Melissa. Dalam diam, menyimpan perasaan dan membayangkan membina bahagia bersama si dia. Malam itu, dia menyaksikan dengan kedua retina matanya aksi kecurangan Raden Casere. Kerana itu, sikap Raden yang dingin terhadapnya bertukar mesra. Mesra yang menggoda. Nesa hilang punca, setiap hari dikejar oleh bayang-bayang Raden sedangkan dalam masa setengah tahun lelaki itu akan menjadi milik Tiara Melissa. Kerana ugutan, dia menyahut seruan menjadi skandal Raden. Gilakah dia? Ya, dia tidak waras.Bagaimana pengakhiran kisah mereka? Adakah skandal ini terbongkar? Bagaimana penerimaan Tiara Melissa? Dan... Haden... Siapakah gerangan lelaki itu? Mengapa gerak gerinya bagai diperhati oleh Haden? Tiap kali bertemu dengan Raden, dia sedar ada sepasang mata mengintipnya dari jauh. Apa niat Haden? "Wanna be my scandal?" -Raden Casere"He is a jerk!" -Nesa Suhayla"You're so daring..." -Haden Benjamin"You're bitch!" -Tiara Melissa…

Kerana Setia Itu Bukan Percuma [C]

Kerana Setia Itu Bukan Percuma [C]

3,711 273 7

SINOPSISDikira panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan. Kebahagian yang dibina hancur berkecai tatkala, hadir orang ketiga dalam hubungan Sofea dan Aryan. Hasrat Aryan ingin berkahwin lagi sekali gus memadukan Sofea dengan musuh ketatnya sejak di bangku sekolah benar-benar meremukkan hati Sofea. "Fea... Abang silap, maafkan abang ya? Abang tak boleh putus dengan dia. Abang sayangkan dia."- Aryan Zafran. "Abang, Fea sayang abang. Abang tak boleh menduakan, Fea."- Sofea Anara. Puas Sofea tegah dan... puas Sofea cuba menghalang. Namun, pendirian Aryan tetap tidak berubah untuk menjadikan Lisa sebagai isteri keduanya. Apa pilihan yang Sofea punya? Mahu berpisah, hatinya masih lagi sayang. Mahu terus mempertahankan, hatinya sudah parah terluka. Namun, kerana sayang... Sofea rela menelan segala kepahitan yang ada walaupun pahitnya umpama hempedu. Bahkan, Sofea juga rela meskipun, kepahitan itu perlahan-lahan bagaikan membunuh jiwanya sendiri. Sofea tidak sanggup kehilangan Aryan kerana dia mahu tetap berada di sisi suaminya itu sehingga ajal memisahkan. Kemunculan kekasih lama bagai membawa satu sinar baru buat Sofea. Tetapi, sebagai isteri, Sofea memilih untuk terus setia. Mustahil dia mahu berpaling tadah sementara dia masih bergelar isteri orang. "Oh, isteri orang... Tapi, tak salahkan untuk berteman?"- Zeth Rayzen. "Saya tak berminat..."- Sofea Anara. Salam persahabatan yang cuba dihulurkan oleh Zeth ditepis tanpa berfikir panjang. Kerana baginya, boleh jadi Zeth juga sama sahaja seperti Aryan tidak cukup dengan satu perempuan!Pada akhirnya, Sofea memilih untuk kekal setia. Andai kata, suatu hari nanti Aryan sudah tidak sudi maka, Sofea sendiri akan undur diri. Buat apa terus setia andai luka yang ada semakin bernanah. Jika Lisa mahukan Aryan hanya untuk dia seorang. Rampas saja! Kerana Sofea rela. Sofea juga mahu bahagia.…

Tuan Yusuff, Heartless Love (Ebook)

Tuan Yusuff, Heartless Love (Ebook)

42,509 1,740 14

Dikenali sebagai The Heartless Love / Isteri Tuan Yusuff (Cut Scene)Kerana pertemuan pertama, hati Asiah berdetak cinta untuk jejaka kacak bermata hazel itu. Cintanya bukan sembarangan, cintanya luar biasa sehingga dia nekad merampas cinta jejaka bernama Yusuff. Seperti kisah-kisah cinta lain, Yusuff sering bergandingan bersama Zulaikha. Kisah cinta mereka diagungkan sehingga menjadi retold karya-karya penulis novel. Yusuff juga mempunyai Zulaikha, sebagai tunang kesayangannya. Dia mencintai Zulaikha dan tidak mempedulikan cinta Asiah yang dianggap sampah. Asiah keraskan hatinya, menanam kasih kepada Yusuff yang telah berjaya dijadikan sebagai suaminya hanya kerana peristiwa yang tidak disangka-sangkanya berlaku. Asiah pada mulanya bergelumang dengan duka dan sengsara, namun lama kelamaan Asiah tegar menjadi wanita yang tabah menghadapi ranjau berduri hanya untuk menjadi suri hati di hati Yusuff.Namun siapa sangka dan menduga, hatinya yang keras umpama kerikil akhirnya hancur berkecai. Dia tersungkur dalam kancah kebencian Yusuff. Dia pasrah seandainya Yusuff tidak dimiliki. Dia juga kelelahan mengejar cinta Yusuff. Akankah dia temui kebahagian bersama Yusuff? Ataupun terkapai-kapai sendirian tanpa cinta dari insan bernama suami?"Bagus. Ini yang kau nak, Asiah. Mama kau dah buang kau. After that, aku akan hancurkan hidup kau sampai kau rasa nak mati." Yusuff"Ceraikan saya, Yusuff! Ceraikan saya! Saya takkan ganggu hidup awak lagi!" AsiahCover by : @yoonasara…

Lecturer Itu Duda Aku! ✓

Lecturer Itu Duda Aku! ✓

952,074 12,883 14

Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut tidak menyukainya. Sikap manusia, kan? Berubah-ubah. Laila bangkit dan mahu sambung pelajaran di peringkat Universiti, menebus kembali masa yang dibazirkan selama bersama Qais Ukasy! Sekurangnya, jika dia punya segulung ijazah, dapatlah juga dia berlagak depan Qais yang sombong dan bongkak itu! Baru nak bahagia pada hari pertama menuntut di Universiti, segalanya terasa seperti langit runtuh atasnya. Lecturernya, adalah Qais. Dr Qais lebih tepatnya, terkejut... Walaupun dia tahu pekerjaan bekas suaminya, tapi ini sangat-sangat mustahil berlaku. Dia tak pernah tahu Qais dahulu mengajar di sini. Kalau tidak, dia sudah angkat kaki ke tempat pengajian lain. Bermulalah dari situ, kesinisan, ketegasan, dan kenakalan Dr Qais mengganggu dia. Laila tidak melayan, malah menjauhkan diri. Namun makin dia berlari, makin dikejar pula. Gila! Dr Qais itu gila! "Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau."-Dr Qais Ukasy "Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." -Laila KaisaraMacam anjing dengan kucing tapi setiap sindiran itu sedikit melukakan hati Laila, cuma dia pendam saja. Mujur ada adik perempuannya, yang turut belajar bersamanya. "Beri abang peluang untuk tebus salah abang..." -Dr Qais Ukasy"Oh, sorry! Saya dah ada kekasih hati... Tak lama lagi nak bertunang. Selamat tinggal, bekas suami berlagak!" -Laila KaisaraStart : 27 Okt 2022Ending : 29 Dec 2022…

𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐫 𝐃𝐮𝐝𝐚 | 𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤√

𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐫 𝐃𝐮𝐝𝐚 | 𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤√

30,486 811 12

SAD ENDING 🚩Complete Ebook√Aryana terpaksa mengajak Tengku Hayden, duda jutawan itu agar mengahwininya kerana ingin dilindungi oleh lelaki bergelar suami. Dia terdesak, hanya Hayden yang dia percayai ketika itu. Kerana malam pertama, rahsianya terbongkar. Hayden membencinya. Kasih sayang dan layanan baik yang diharapkan hanya tinggal angan. "Berapa ribu kau dapat dari Aryan?" Tuduhan suaminya tidak berasas. Bila diceritakan perkara sebenar, Hayden berkeras tidak mahu mempercayai kerana hatinya terlanjur luka. Trauma kerana dikhianati cinta oleh bekas isterinya, Helena telah membuatkan dia membenci Aryana separuh hati sehingga dia tergamak menghalau Aryana pergi. Tengku Aryan, lelaki durjana itu cuba memusnahkan rumahtangga Hayden dan Aryana. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk menghancurkan kebahagiaan mereka berdua. Apabila kesumat dendam itu terlunas, Aryana ditimpa kecelakaan yang sangat menyayat hati. Semua perbuatan terkutuk Tengku Aryan terbongkar, Tengku Hayden jatuh terduduk. Kesalahan menuduh isterinya akhirnya kembali memakan diri. Tubuh isterinya tersadai lemah dengan luka berdarah itu merentap jiwanya. Tika itu, dunianya gelap. Khilafnya menggunung. Nyawa isterinya dalam bahaya, dia kemungkinan tidak sempat menyelamatkan sang isteri jika dia terlambat bertindak.Adakah perkahwinan kedua ini berhujung bahagia? Ataupun Aryana hanyalah isteri pinjaman dari Allah?Cover by : BellonComell…

𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐘𝐀𝐈𝐑𝐈 | 𝐂

𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐒𝐘𝐀𝐈𝐑𝐈 | 𝐂

11,530 574 9

COMPLETE ✓ Nur Adawiyah & Adha KhusyairiSedutan kisah ~"Sayang. Abang... minta maaf ya. Abang silent handphone. Tak dengar sayang call." Tangan kekarku berlabuh atas bahunya, mengusap lembut hendak memujuk duka isteriku. Namun, pantas saja ditepis. Ah, sudah. Aku tersentak juga kerana jarang dia berperangai begini. Seingat aku, dia pernah merajuk tika aku terlupa hari jadinya. Itu pun dah lama sangat. Masa tu kami belum bercinta. Masih belum habis belajar. "Buang je handphone tu kalau tak nak jawab!" Dia merenggus geram. Wajahnya diangkat dari tersembam terus di lutut. Jelas riak kesedihan menghias wajah isteriku. Serba salah sangat aku melihat itu. Aku juga terasa sakit melihat sebutir air mata mengalir di pipinya. Hendak saja aku seka tapi nanti dia tepis. Marahnya begitu tebal untukku. Kesalahan aku besar kali ini. Aku khilaf. "A... bang dah tak sayang saya. Abang tak pernah tak jawab call saya. Abang benci saya ke sebab ada a... anak dalam ni?" Terburai lagi air hangat itu. Mengalir lesu, menggambarkan kekecewaannya. Aku menggeleng lemah. Bukan itu maksudku. Aku tak pernah tidak menyayangi dia. Sedetikpun rasa sayang ini tidak menghilang. Mengapa dia terfikirkan kerana anak aku berubah laku? Aku juga ditebus kecewa kerana sangkaan dia, namun aku faham akalnya tidak seperti aku. Dia insan istimewa yang kurang daya fikir, sedikit lembab berbanding manusia normal.Pretty cover by : sfairna…

𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐇𝐈𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐈𝐋𝐄𝐍𝐓 | STOP UPDATE/HIATUS

𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐇𝐈𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐈𝐋𝐄𝐍𝐓 | STOP UPDATE/HIATUS

6,352 737 8

STOP UPDATE/HIATUS! Isya Insyirah x Noah MikhaelFirst Collabaration (Fahizah_Reena & _Syafiera)Setelah sekian lama tidak bersua, aku dipertemukan kembali dengan si dia. Si dia yang pernah aku puja, Noah Mikhael.Tidakku sangka, wajahnya kacak betul.Tapi sayang seribu kali sayang, dia 'bisu' rupanya...Seribu patah aku cakap, sepatah saja yang dibalasnya.Tok Ma dan mama Mikhael ingin jodohkan kami, dan aku dengan rela hati menerimanya walaupun sedikit ragu dengan kuputusanku itu. Ragu andai kami berumah tangga, hanya cengkerik yang menjadi peneman kami berdua.Belumpun diijabkabulkan, aku bagaikan sudah 'ditalak'. Jawapan 'No' yang terbit dari bibir itu sedikit sebanyak membuatkan hati terasa seperti dicampakkan ke lantai tanpa belas kasihan."Lambat awak balik harini. Isya baru ingat nak makan malam sama-sama dengan awak."~Isya"Aku dah makan."~MikhaelSetiap hari, aku makan hati. Dia sibuk dengan kerjayanya sebagai doktor, aku pula terkial-kial dirumah sebagai suri rumah sepenuh masa. Itupun atas suruhan dia.Aku yang agak gila-gila perangai, makin lesap sedikit demi sedikit. Habistu, apa yang perlu aku buat jika hanya aku saja berbicara didalam istana kami itu, dia pula?Sering tidak mengendahkan aku.Aku juga manusia biasa, walaupun banyak bersabar pasti kesabaran itu menipis dari hari ke hari. Sepertinya dalam tempoh perkahwinan kami, sedikitpun tak membuahkan rasa cinta dihati dia buat aku... Dan aku...Terpaksa memilih untuk pergi. Mungkin itu yang terbaik untuk dia dan untukku...Credit cover by @flwrparkStart : 15 nov 2020…

HER SWEETHEART ✓

HER SWEETHEART ✓

77,920 5,335 72

REPUBLISH (COMPLETE)Dikenali sebagai Biar Ku Pendam SemuaPencapaian - The Popular Besties Award 2019 , tempat ke 4 Romance Exanderawards2019Nur Arina - Dia hanyalah seorang kakak angkat kepada seorang jejaka bernama ayyan irhan. Bukan pilihannya, tetapi kehendak jejaka itu memaksa dia menerima pelawaan itu. Tak disangka, sepanjang tempoh hubungan itu, dalam diam hatinya mulai tersentuh dengan kehadiran sang jejaka. Rasa sayang mulai tumbuh sehingga dirinya merasa benci memiliki perasaan ini kepada si dia. Pernah dia angankan untuk meluahkan segala perasaannya kepada ayyan, namun begitu belum sempat ruang itu terbina. Segalanya tercantas sehingga dia terkaku menerima takdir ilahi.Ayyan Irhan - Seorang jejaka yang begitu menyayangi nur arina. Bukan sebagai kekasih tetapi cukup sekadar dia berteduh mengait kasih sayang seorang kakak. Dia sanggup menjadi hero buat arina, asalkan perempuan itu bahagia. Namun, kasih arina menjauh secara mendadak, tanpa sempat dia ketahui apa puncanya. Dia keliru. Dia tidak mahu arina menjauhi dia. Dia merasa kehilangan yang sangat menyeksa jiwa dan raganya. Sebagai jejaka, dia melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan arina semula. Dia inginkan arina rapat dengannya seperti dulu.Dan... Tanpa diduga, sesuatu peristwa berlaku, dan mengubah segalanya...Perasaan cinta tetap terpendam ataupun akhirnya melepaskan diri?Adakah ruang bahagia akan bersinar di antara mereka ataupun, air mata?Cinta... Walau terpisah oleh waktu,Rasa hati ini tetap tidak mampu terbang pergi,Sepertimana aku rindukan wajahmu,Tika kita terpisah dibawa angin sepi.Novel ini hak milik saya. Dilarang ciplak. Berdosa.Start : 2/5/2019END : 29/12/2019 (Will update sikit demi sedikit)Cover by : @amshalis…