His Only One

His Only One

69,147 3,317 29

cover by : @SyuhadaAbshahIzara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya akan bertemu dua orang adik beradik yang berbeza sikap bak langit dan bumi. Tengku Hael Izwan, CEO dan seorang peragawan segak lagi tampan. Hidup dikelilingi perempuan diatur nenda buat dia muak. Hampir sahaja dia larikan diri ke luar negara. Pertemuan dengan Izara sesuatu yang tidak disangka. Seperti ada magnet yang memaksa dia untuk terus mendekat.Bagi Izara pula Tengku Hael seseorang yang serius langsung tak boleh nak dibawa berbincang. Suka memaksa itu ini. Silap hari bulan dia baling meja kerja itu tepat ke muka bos. "Tengku saya tak naklah duduk sekali dengan Tengku dalam bilik ini, tolonglah."- Izara Aisyah"Sekarang I bos ke you bos. Nak tak nak you kena juga duduk sini. Kalau you degil I rantai you dekat sini."- Tengku HaelSiapa sangka mereka mampu mengikat satu hubungan bersama. Ikatan untuk membuktikan satu perasaan si teruna yang bergelora . 3 bulan percubaan untuk Izara. Itu yang Tengku Hael berikan dengan satu perjanjian perpisahan.…

DIAN UNTUK DIANDRA |  TERBIT

DIAN UNTUK DIANDRA | TERBIT

99,885 2,095 23

Disebabkan kecewa gadis idaman dimiliki oleh si abang tiri sendiri, tubuh sahabat menjadi korban. Amsyar melafazkan akad nikah buat Diandra bukan kerana cinta tetapi kerana tanggungjawab. Tanggungjawab atas nyawa yang hidup dalam rahim Diandra. Kesilapan lalu menjadi satu titik permulaan untuk beralih dari jalan yang hitam.Dalam diam Diandra rela dengan masjid yang dibina. Biarpun dicela oleh orang sekeliling namun dia redha kerana akhirnya dia menjadi milik Amsyar. Persahabatan yang terjalin sejak kecil membuahkan bibit cinta dalam diri tapi sayang Amsyar buta untuk menyedari cintanya. Tapi bila Amsyar mahu bertanggungjawab terasa bagai mimpi menjadi kenyataan. Disebabkan cinta dan sayang yang menggunung terhadap Amsyar, lautan berapi pun dia sanggup redah tanpa perlu fikir dua tiga kali."I betul-betul sayangkan you. You nak I ubah penampilan dan perangai I macam Ari pun I sanggup. You nak I buat apa lagi? Buat pembedahan plastik?"- Diandra Hafina.Tetapi bagi Amsyar pula perkahwinan ini makin buat rasa bersalah dalam diri makin bertambah-tambah. Dia sedar yang dirinya cela! Jahil! Macam mana dia nak bimbing isterinya jika dia tiada ilmu di dada? Dia ibaratkan sehelai kertas kotor yang terbang dibawa angin tanpa arah tuju. Buntu!"Aku tiada ilmu di dada Dian. Kau takkan bahagia dengan aku. Aku tak sempurna. Aku bukan seperti lelaki alim di luar sana yang menjadi idaman para wanita. Malah idaman kau! Aku bukan orangnya. You deserve better." - Amsyar Rizal.Namun tak semudah itu untuk seorang wanita mengibar bendera putih. Hatinya mahukan Amsyar. Tak kira walau sekuat mana pun ribut yang mendatang, sekuat mana pun hati Amsyar goyah dia tetap mahukan Amsyar menjadi ayah buat bakal anak-anaknya."Jangan semudah itu awak mengalah. Berubah Amsyar. Itulah satu-satunya jalan yang awak ada. Pintu taubat sentiasa terbuka."-Diandra Hafina.Berjayakah Amsyar membalas cinta suci Diandra?Ataupun perkahwinan cinta sebelah pihak ini akan tersekat di tengah jalan?…

BAHAGIA SESUDAH DERITA (TERBIT)

BAHAGIA SESUDAH DERITA (TERBIT)

183,629 2,188 23

DHEA HUMAIRA gadis cantik berpewatakan lembut dan tegas di luar namun di dalam hatinya cukup rapuh sekali. Tetapi sayang, dia sudah tidak punya ibu. Membesar hanya bertemankan seorang bapa yang penyayang menutup segala ketidaksempurnaan hidup. Saat umur menjangkau 17 tahun, dia harus akur untuk mengikat tali pertunangan dengan Aidan Hafeez sepupunya sendiri. Namun, dek kerana coretan hitam papa sendiri, dirinya terkena tempias. Aidan yang baik hati dan sentiasa ada untuknya sudah perlahan-lahan berubah bengis. Kata sayang yang pernah meluncur keluar dari bibir diganti dengan kata cerca dan nista. Aidan sepenuhnya dikuasai benci dan hasutan syaitan bertopengkan manusia. "Jangan biarkan Dhea kaburi mata kau Aidan. Mak dia perempuan jalang dulu. Kalau mak jalang tentu anak dia pun jalang sama. Sebab itu dia lahir sebagai anak haram!"-Sarah Amelyn. "Jenis perempuan murahan. Mak dengan anak sama sahaja." -Aidan Hafeez. "Saya benci awak!" -Dhea Humaira. Bertahun lamanya menghilangkan diri kini sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga, fikirnya segala-gala akan menjadi lebih baik. Toleransi, cinta dan kasih sayang dapat dipupuk tapi taman bunga indah yang dia sangkaka n rupanya penuh dengan onak duri. Aidan sudah ada pilihan hatinya sendiri."Kenalkan ini Marsha. Dia kekasih aku dan dia juga madu kau." -Aidan Hafeez. Hati kecil meraung kesedihan mengharapkan secebis kasih dan cinta sang suami. Dalam melayan kepiluan hati ada pula jejaka dari masa silam hadir menyambung semula tali persahabatan yang terputus di pertengahan jalan. Dalam masa yang sama tidak pernah berputus asa untuk mencapai matlamat utama. "Did you remember the past, Dhea?"-Tengku Rezza. Dhea dalam kebuntuan. Dia juga manusia biasa yang mendambakan cinta dan kasih sayang. Antara Aidan yang tak habis menyakiti hati dan Tengku Rezza yang setia menunggu. Siapa yang harus dia pilih?…