THE FALLEN NOBLE

THE FALLEN NOBLE

29,401 3,311 99

Lahir dalam keluarga bangsawan dengan kedudukan yang tinggi dalam Clover Kingdom.Mempunyai seorang kakak yang sangat cantik dan sempurna dalam semua perkara sebagai seorang bangsawan.Dirinya tidak mempunyai sebarang istimewa. Paras rupanya langsung tidak dapat dibandingkan dengan kakaknya.Dia juga tidak seceria dengan kakaknya.Malah, wanita yang memegang gelaran sebagai ibunya selalu memukulnya sehingga dia akan pengsan.Dia tidak dibenarkan keluar.Dia juga duduk di rumah agam yang berbeza dengan keluarganya, jauh daripada mereka.Penemannya hanyalah pekerja di rumah agam tersebut, yang melayannya dengan penuh kebaikan.Walaupun begitu, gadis itu masih belum terselamat sepenuhnya. Dia takkan dapat lari daripada nasib malang yang menimpanya.Dia hanyalah seorang gadis, yang tidak mampu larikan diri daripada keluarga yang menyeksanya.Dia hanya mampu, menunggu seseorang untuk selamatkannya....Itu bukanlah sesuatu yang akan dilakukan oleh dia.Dia takkan berdiam diri tanpa melawan.Dia tiada sebarang niat untuk menunggu orang lain selamatkan dia, hulurkan tangan kepada dia, bawa dia lari daripada kegelapan yang menyebulungi hidupnya.Dia akan lakukannya sendiri.Dia akan kumpulkan banyak buah catur yang akan membantu dalam menjayakan rancangannya.Itulah gaya kehidupan dia sebagai seorang gadis bangsawan, yang akan hancurkan segala halangan dalam hidupnya.Namun, apa yang akan menanti dia, di akhir rancangannya?Adakah ianya sebuah kebahagian, atau kemusnahan yang tidak akan dapat dia lari buat selamanya?START:27 MARCH 2022…

THIRD LOVE:THE HISTORICAL

THIRD LOVE:THE HISTORICAL

8,901 1,025 67

Sejarah.Setiap perkara ada sejarah tersendiri untuk diketahui.Begitu juga dengan kehidupan manusia.Kisah kehidupan mereka menjadi sejarah mereka.Tak kira ianya kehidupan yang menarik atau membosankan,gembira atau sedih,ianya tetap sejarah mereka dan sebahagian dari diri mereka.Namun,terdapat juga beberapa perkara yang tak tercatat dalam sejarah untuk kebaikan.Kebaikan untuk apa?Untuk dunia atau manusia sejagat?Mungkin untuk dunia,kerana kejahatan yang berlaku di dunia ini selalunya dimulakan oleh manusia yang dikawal dengan sifat kejahatan dalam diri mereka.Tapi,sejarah yang disembunyikan dari orang ramai juga akan rosakkan kehidupan seseorang yang berkaitan dengan sejarah tersebut.Seperti yang berlaku kepada Ruler of Asteon Kingdom.Sejarah yang disembunyikan oleh First Ruler of Asteon Kingdom,dapatkah dirungkai oleh Ruler yang terkini,iaitu Einhart von Asteon?START:31/8/2019END:15/8/2021…

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]

Second Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]

121,485 9,508 131

Bekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik mereka,Mimi.Ketika mereka menjalankan satu misi,muncul seorang gadis.Gadis itu seperti mengetahui diri mereka.Siapakah dia?Pertembungan mereka bertujuh dengan seorang gadis misteri yang mempunyai hubungan dengan Mimi telah mengungkap segala misteri berkaitan mereka.Organisasi telah mendapat berita yang mengejutkan,iaitu perang akan dilancarkan oleh kerajaan Alvisa!Dapatkah perang itu dimenangi oleh mereka?Adakah Seven Princesses berjaya balas dendam dan membangunkan semula kerajaan mereka?Atau perkara yang akan terjadi,adalah sebaliknya..?START:Tak ingat😂END:17 Disember 2018[SILA BACA FIRST LOVE:SEVEN PRINCESSES,SEVEN SPIRITS OF ELEMENTALS TERLEBIH DAHULU]…

First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]

First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]

49,619 4,138 37

Perkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh satu organisasi dan dibawa untuk bersembunyi dipangkalan organisasi tersebut.Ketujuh puteri tersebut mahu menyelamatkan rakyat mereka dan membangunkan semula kerajaan Alveon yang ditakluki oleh kerajaan Alvisa.Kerana mereka tiada perngalaman bertarung,ketua organisasi mengarahkan salah satu kumpulan elit organisasi untuk melatih mereka mereka.Kumpulan tersebut digelar sebagai Spirit of Elemental kerana tujuh jejaka dalam kumpulan tersebut dipercayai dirasuki semangat elemen,.Dapatkah ketujuh puteri tersebut memperolehi kekuatan untuk selamatkan rakyat dan membangunkan semula kerajaan mereka?…