𝐊𝐑𝐎𝐍𝐈𝐊𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐍𝐀

𝐊𝐑𝐎𝐍𝐈𝐊𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐍𝐀

3,981 708 34

Membesar sebagai anak keluarga pahlawan, hidup yang diketahuinya berubah drastik saat Karunia, kuasa sakti diraja tercetus di dalam diri. Serta-merta dia menjadi putera pewaris takhta, sedang nyawanya diancam musuh yang ingin melenyapkan kerabat diraja Inderagana."Beta tidak memilih untuk lahir sebagai putera raja, tapi beta berhak untuk kekal hidup! Mereka yang lebih dahulu mengacukan senjata ke leher kita! Maka, mereka harus membayar setiap titik darah kita yang tumpah!" - Putera Zulkarnain Shah Indera -Putera Zulkarnain kembali ke Inderagana dengan niat melunas dendam dan melepaskan haknya ke atas takhta. Setelah itu, dia ingin bebas menentukan hidupnya sendiri. Namun, satu demi satu rahsia terbongkar, mendedahkan negerinya lebih tenat dari yang sangka. Mahu tidak mahu, dia harus bertindak sebagai putera raja Inderagana, atau dia akan kehilangan segala-galanya.•❅───✧❅✦❅✧───❅•Update setiap hari Jumaat!…

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒

92,860 10,802 46

[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇]ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess.Hanya itu!Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah meteor membelah langit malam itu lalu menghentam bumi. Tanpa diduga, sebuah gelombang aneh melanggar tubuhnya dan dia pengsan di situ.Meteor itu mencetuskan kekecohan di Rionzess. Tetapi, dua beradik ini tidak peduli. Arash hanya mengetawakan yang huru-hara yang dicetuskan remaja termutasi berkuasa super. Baginya, itu mengarut!Sampailah dia sendiri memliki kuasa itu. Eizham ketakutan, sebab semua remaja termasuk adiknya akan ditangkap untuk mengesan siapa yang termutasi. Dia cuba menghalang, namun tentera kerajaan pusat tetap membawa adiknya pergi.Arash berdepan cabaran dan masalah yang tidak diduga. Kerajaan Daviex masuk campur dalam ujian saringan itu dengan memaksa semua remaja Rionzess yang ditangkap untuk bermain sebuah permainan di dunia 'Virtual reality'.Masalahnya, dalam permainan bunuh-membunuh itu, semua orang akan hidup pada akhirnya. Semua, kecuali para Meteoris iaitu mereka yang termutasi.Dan, Arash ialah seorang Meteoris.[Sloooooow Update.]…

𝐊𝐚𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮

𝐊𝐚𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮

394 75 8

Ini kisah tentang Safira, seorang gadis kampung yang ingin menangi sayembara mereka cipta baju kebal yang dianjurkan oleh istana. Pulangnya dari pekan, dia tergesa-gesa menemui kawan baiknya yang juga merangkap jirannya, Damiras yang sedang bertugas mengawal gerbang kampung."Sayembara mencipta baju kebal?" "Benar! Lihatlah, ini anjuran istana dan sesiapa sahaja dapat menyertainya!" kata Safira dengan teruja. "Bukankah ini suatu kebetulan, Damiras? Aku telah lama berimpian mencipta baju kebal!"Damiras hanya diam memerhatikam kesungguhan Safira berceloteh dengan teruja. Dia menanti Safira habis bercakap, barulah dia membalas, "Beruntunglah engkau. Bukankah engkau sudah lama mencari cara untuk menyiapkan baju kebal itu? Bagai mengantuk disorongkan bantal. Sekarang, engkau ada peluang untuk merealisasikan cita-citamu."Bersinar-sinar mata Safira. "Adakah kau rasa aku boleh mengikuti pertandingan ini?""Engkau yang beria-ria, mengapa bertanya kepadaku?" Damiras mengangkat bahu. "Apa salahnya mencuba?""Baik! Aku akan mencuba! Kau akan menolongku, kan?" Safira menggenggam tangannya kejap lalu menoleh pada Damiras."Tentu sahaja. Tapi, kau harus berikan aku satu baju kebal ciptaanmu.""Aku akan menjadikan kau kebal, sehingga tidak tertembus peluru istinggar atau terakul sekalipun!""Baiklah, aku akan menunggu."…

IN2IT COFFEE SHOP

IN2IT COFFEE SHOP

523 40 4

Yoo, Jiahn, pemuda yang lari dari keluarganya sendiri,Jung Yeontae, tercampak ke Seoul demi wasiat ayahnya,Hwang Inho, busker jalanan yang menyara 5 kanak-kanak,Han Hyunuk, arkitek yang hilang kerjaya kerana pengkhianatan,Isaac Voo, pelajar dari Malaysia yang merantau ke Korea dan Lee Inpyo, menyembunyikan perang dalaman di sebalik senyum sipunya. 7 pemuda, 7 latar belakang berbeza dan 7 rahsia. Kerana secawan kopi, mereka bertembung dan takdir mereka terpaut di sebuah kafe. Namun, kerana rahsia masing-masing juga, persahabatan yang terbina bakal terancam. ☆☆☆☆☆☆☆☆☆ Sebuah Fiksyen Peminat IN2IT☆[IN2IT ialah band Kpop yang dibentuk dari pemenang rancangan survival idol Mnet, Boys24 iaitu Yoo Jiahn, (92')Jung Yeontae (92'),Hwang Inho (93'), Isaac Voo (94'), Han Hyunuk (94'), Lee Inpyo (95')Kim Sunghyun (96')P/s: Sunghyun keluar dari IN2IT Ogos 2019 dan Isaac merupakan artis Kpop pertama berwarganegara Malaysia. IN2IT kembali pada 14 November dengan album terbaru Puzzle dengan title track ULlala:Poisoning. Check them out!…

Kompilasi Tips Penulisan IBC

Kompilasi Tips Penulisan IBC

1,855 182 6

Ilham dan idea berada di mana-mana, di sekeliling kita. Ia terpulang pada bagaimana kita mengutipnya lalu mengolahnya menjadi cerita. Takut cerita klise? Jangan risau. Bumi sudah berumur berbillion tahun. Jadi, semua cerita sudah diceritakan. Oleh itu, tak ada cerita yang benar-benar original. Hanya yang ada ialah cerita klise yang dikitar semula dengan kreatif. Bagaimana menjana idea cerita? Bagaimana merancang plot?Bagaimana membina watak yang mengesankan?Bagaimana menghasilkan karya yang sangat kreatif?Persoalan-persoalan seputar penulisan fiksyen akan cuba dikupas oleh Inkfinity's Book Club dari membina premis sehinggalah cara menghantarnya ke meja editor untuk diterbitkan. Dan, di dalam buku ini, kami akan kongsikan hasil perbincangan kami untuk tatapan anda. Semoga bermanfaat.Tulis, jangan takut-takut! Kredit cover: @1NKFINITY…