Darlingku Mr Aariz Nadwa (ONGOING)

Darlingku Mr Aariz Nadwa (ONGOING)

24,957 1,048 7

(BOOK 2 : DARLINGKU MR COLD MAFIA)Dia... AARIZ NADWA. Perangainya tak ubah seperti papanya sendiri. Beku dingin dan adakalanya kejam. Darah, pistol, jeritan dan seksaan sudah menjadi darah dagingnya. Disebabkan sifat nya yang licik telah membuatkan kumpulan Black Rose menjadi kumpulan mafia yang paling berkuasa di dunia.Kontra pula dengan ANNUR HAYAT seorang gadis yatim piatu yang tidak mempunyai pangkat dan harta. Di sebalik kenaifan gadis itu, tersembunyi rahsia hitam dan gelap yang sudah tersimpan kemas. Perwatakan yang ceria, nakal dan bermulut bising membuatkan seorang lelaki mafia yang beku ingin mengenali dirinya.Disebabkan desakan hidup, Annur Hayat terpaksa berhenti belajar dari universiti dan menerima dua kerja dalam satu masa iaitu menjadi pengawal keselamatan dan pelayan bar.Pertemuan tidak sengaja antara Aariz Nadwa dan Annur Hayat menyebabkan lelaki itu tekad untuk memiliki gadis itu dengan apa cara sekalipun. "Kenapa Tuan Aariz selalu ikut saya, hah? Please stop that! It so annoying!" - ANNUR HAYAT"Sebab aku tak boleh kalau tak tengok 'budak pau' aku setiap hari. " - AARIZ NADWADisebabkan sikap diktator Aariz Nadwa menyebabkan Annur Hayat terpaksa bersetuju berkahwin dengan lelaki mafia itu. Sudah banyak cara Annur Hayat cuba mengelak, tapi kalau dah jodoh tidak kemana.Kebenaran dan rahsia gelap Annur Hayat tersebut akhirnya terbongkar. Satu persatu kejadian menyebabkan kedudukan Black Rose semakin goyah dan kepercayaan Aariz Nadwa terhadap isterinya semakin rapuh. "Kau penipu! Kau memang penipu!" - AARIZ NADWA"Saya terpaksa..." - ANNUR HAYATBagaimanakah nasib rumahtangga antara Aariz Nadwa dan Annur Hayat? Siapakah dalang di sebalik goyahnya kumpulan Black Rose itu?"I'll never let you go." - AARIZ NADWA"Why?" - ANNUR HAYAT"Because you're the one, cutie pie." - AARIZ NADWASTART : 17/09/2022END :GENRE : Action RomanceSTATUS : Ongoing…

Darlingku Mr Aidil Fitri (E-BOOK | KOMPILASI CERPEN VOL 3)

Darlingku Mr Aidil Fitri (E-BOOK | KOMPILASI CERPEN VOL 3)

2,631 144 9

#4 - DARL SERIES BY SHADHIA[KOMPILASI CERPEN RAMADAN / SYAWAL PENERBITAN AHA 2021][VOLUME 3]NURUL FATHONAH, seorang gadis berbadan gampal yang sangat disayangi oleh opahnya. Dalam diam, dia mencintai sepupunya sendiri iaitu MOHD AIDIL FITRI. Dek hasad dengki seseorang, Fathonah difitnah dan menyebabkan Aidil bukan sahaja hilang kepercayaan bahkan membenci gadis comel tersebut. "Aku tetap tak percaya. Sebab kau tak ada bukti yang kau tu bukan pencuri. Boleh tak lepas ni kau tengok cermin. Tengok diri kau tu. Badan kau tu dah macam badak air. Kau dahlah buruk, Fathonah! Jangan perangai pun buruk juga!" - AIDIL"Aku menyesal suka orang macam kau! Kiffarah Allah tu wujud." - FATHONAHFathonah pasrah. Tiada siapa yang percaya dirinya tidak bersalah. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berpindah dari kampung tersebut dan melanjutkan pelajarannya di asrama penuh. 10 tahun sudah pun berlalu, Fathonah pulang ke kampung semula untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal atas permintaan opahnya. Dari situlah Aidil dan Fathonah bertemu semula. Disebabkan kebenaran sudah terbongkar, Aidil diburu rasa penyesalan"Abang nak minta maaf kat Fathonah. Abang memang menyesal." - AIDIL"Macam-macam benda yang dah jadi selama Fathonah tak balik kampung ni. Dan setiap orang layak untuk dapat peluang kedua." - OPAHFathonah dilema. Rahsia yang disimpan terungkap satu persatu. Apakah rahsia itu? Adakah Aidil mendapatkan kemaafan dari Fathonah? Masih adakah cinta di antara Fathonah dan Aidil? Adakah bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini memberikan sinar baru dalam perhubungan mereka?…

DARLINGKU MISS YOUTUBER (Terbit | E-Book)

DARLINGKU MISS YOUTUBER (Terbit | E-Book)

838 74 6

[LOVE NOVEL PUBLISHING]SURAYA NAFISAH, seorang gadis berkaca mata yang ceria tetapi sangat kelam kabut. Dalam diam, gadis itu mencintai majikannya sendiri WAN ZARIQ HANAFI iaitu seorang lelaki yang berlagak, ego tinggi dan dingin. Dek perancangan jahat seseorang, Suraya difitnah dan menyebabkan Zariq bukan sahaja hilang kepercayaan kepada gadis itu bahkan Suraya dipaksa untuk berhenti kerja di syarikat minyak wanginya. "Kau ada dua pilihan. Kau nak bayar semua barang dicuri tu atau kau nak berhenti kerja?" - ZARIQ "Saya tak akan sesekali mengaku apa yang saya tak buat. Saya lebih rela berhenti kerja dari tanggung kesalahan orang lain." - SURAYASuraya pasrah. Tiada siapa yang percaya dirinya bersalah selain kedua-dua rakan karibnya, Hasanah dan Syeera. Akhirnya, Suraya membuat keputusan untuk berhenti kerja di syarikat tersebut dan membawa haluannya sendiri. Lima tahun berlalu, Suraya sudah menerpa namanya sebagai seorang Youtuber terkenal di Malaysia. Atas permintaan Hasanah, Suraya terpaksa menerima tawaran sebagai model untuk produk minyak wangi syarikat milik Wan Zariq Hanafi. Dari situlah Zariq dan Suraya bertemu semula. "Bos memang suka sakitkan hati saya ke? Selalu sangat buat darah saya menyirap?" - SURAYA"Sebab aku suka kau." - ZARIQSuraya dilema. Lebih-lebih lagi kebenaran peristiwa lima tahun yang lepas terungkap satu persatu. "Aku minta maaf." - ZARIQ"Ramai dah tahu sebenar pasal kes fitnah dulu." - HASANAHSuraya juga dihantui hadiah pelik dari pengirim misteri. Haters? Prank? Ataupun peminat fanatik? Suraya buntu. "Gincu patah... cermin pecah... apa maksudnya ni?" - SURAYAApakah kebenaran yang terungkap?Masih wujudkah lagi cinta Suraya buat Zariq?Adakah Zariq mendapat kemaafan dari Aidil?Siapa pengirim misteri hadiah pelik itu?Adakah pertemuan semula di antara Suraya dan Zariq memberikan sinar baharu untuk kisah mereka?…

Darlingku Mr Bad Crush

Darlingku Mr Bad Crush

268,615 20,759 48

#2 - DARL SERIES BY SHADHIA(COVER BY : @patahanranting-)SITI SAFEASeorang gadis yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri dan membuatkan dirinya senang untuk dipijak. Naif dan lurus bendul, itu sifat semulajadinya. HAZIQ ARFANBukan anak dalam golongan VVIP, mahupun pangeran di raja. Dia hanyalah anak orang biasa yang tidak mempunyai nama dan pangkat. Tetapi... Haziq merupakan seorang atlet sekolah yang tampan yang sangat terkenal di sekolah membuatkan ramai perempuan cair melihat ketampanannya.Cinta Siti Safea kepada Haziq Arfan begitu mendalam sampaikan hati sendiri tersakiti jua kerana nama dalam hati lelaki itu sudah dimiliki oleh orang lain. "Saya tak pernah tipu awak. Hanna... memang curang dengan awak. Sumpah! - SITI SAFEA"Enough! Kau dengar sini! Kau bukak telinga kau tu luas-luas. Aku takkan sesekali suka atau cinta perempuan macam kau ni! Dahlah muka buruk! Hati busuk!" - HAZIQ ARFANPelbagai tomahan dan hinaan yang dilemparkan kepada Safea membuatkan kesabaran gadis itu semakin memuncak. Kecewa dan sakit bergabung menjadi satu. Lalu, dia membuat keputusan untuk mengundur diri.Disebabkan peristiwa memalukan itu, Safea nekad untuk ubah menjadi dirinya baru. "Macam mana... nak jadikan diri kita sentiasa nampak yakin?" - SITI SAFEA"Kau kena berani cakap di khalayak orang ramai. Buktikan kau boleh, Saf. Buktikan dekat orang yang hina kau terutama Haziq tu... yang kau bukan calang-calang orang yang dia boleh hina! Bangkit!" - MOHD AZRINSafea membuat keputusan untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulumnya. Bukan untuk mencari perhatian 'crush', tetapi dia mahu buktikan dirinya tidak dipijak lagi."I'm sorry what I had done. Please forgive me, Saf. Aku tahu aku memang bodoh tak percayakan kau dulu." - HAZIQ ARFAN"Dah habis cakap? Saya dah lambat nak pergi training debat. Kalau itu saja awak nak cakap. Baik tak payah la." - SITI SAFEA 🚫 NO PLAGIAT ALLOWED 🚫START : 18/11/2019ENDGENRE : Teen fictionSTATUS : O…

Darlingku Miss Raya Fitri [TERBIT | EBOOK KOMPILASI RAYA DATANG LAGI VOLUME 1]

Darlingku Miss Raya Fitri [TERBIT | EBOOK KOMPILASI RAYA DATANG LAGI VOLUME 1]

1,088 24 6

#5 - DARL SERIES BY SHADHIA[KOMPILASI CERPEN RAYA DATANG LAGI TERBITAN LOVE NOVEL PUBLICATION ][VOLUME 1]ARAYA FITRI, seorang gadis comel yang mencintai abang angkatnya sendiri dalam diam iaitu DANIEL IRFAN. Tetapi malangnya, lelaki itu hanya melayan Araya acuh tidak acuh sahaja. Lebih menyakitkan lagi, Daniel membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hatinya, Raudhah Idayu. "Ra... Raya cintakan, abang. Raya tahu abang nak kahwin hujung bulan ni. Raya tak ada niat pun nak buat abang sakit hati. Raya minta maaf." - ARAYA FITRI"Aku anggap kau ni orang asing je dalam rumah ni. Bukan adik angkat ke apa. Kau ingat aku nak sangat ke bercinta dengan budak-budak tak matang macam kau ni?" - DANIEL IRFANAraya pasrah. Majlis perkahwinan Daniel dam Raudhah masih lagi diteruskan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berpindah dan melanjutkan pelajaran di universiti yang jauh dari rumahnya. 10 tahun sudah pun berlalu, Fathonah terpaksa pulang ke rumahnya dek desakan ibunya yang mahu menyambut bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini. Lagipun, ada 'rahsia' lain yang menyebabkan gadis itu berpindah ke rumah ibunya semula. Dari situlah Araya dan Daniel bertemu semula dan apa yang lebih memeranjatkan lagi, ada seorang budak kecil yang comel berada di dalam rumah ibunya. Siapakah budak kecil itu?"Kak Raya boleh tak jadi mama baru Danish?" - DANISH"Aku benci kau dulu bukan sebab muka kau buruk. Tapi ada sebab lain." - DANIEL"Kenapa tipu ibu macam ni, Raya?" PUAN LATIFAHPelbagai rahsia terungkap satu persatu. Araya semakin keliru. Lagi-lagi layanan Daniel sedikit berbeza berbanding dahulu.Apakah rahsia itu? Adakah bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini memberikan sinar baru dalam perhubungan mereka?Masih adakah cinta di antara Araya dan Daniel?…

De Design

De Design

16,566 1,346 151

[COVER BY : ShaDhia]🌷 BUKAN COVERSHOP. HANYA KOLEKSI EDIT NOOB DARI SHADHIA 🌷❌ TAK OPEN REQUEST ❌❌ TAK OPEN REQUEST ❌❌ TAK OPEN REQUEST ❌Koleksi coverbook yang pernah dibuat oleh seketul penulis bernama ShaDhia. Noob lagi pasal designer.Kalau nak buat cover ikut kerajinan. Tak ada OPEN REQUEST. Biasa sahaja. Tak adalah cantik mana. Nak tengok... Silakan...…

De Cuento ✔️

De Cuento ✔️

16,763 1,592 38

[THE WATTYS 2020 WINNER | SCIENCE FICTION](COVER BY : TBS AWARD 2020 )DE - The { T͟Hē, T͟Hə }CUENTO - Cerita pendek dalam Bahasa SepanyolSebuah buku kompilasi cerita pendek dari seketul penulis yang bernama ShaDhia yang terdiri dari pelbagai genre. Kudrat yang digembleng,Membentuk akal dan idea,Taipan kata satu persatu,Menjadi kisah pendek,Mewarnai layar putih,Untuk tatapan semua.START : 23/04/2020END : 11/09/2020GENRE : SHORT STORYSTATUS : Complete ✔️…

DE VOTE | CLOSE

DE VOTE | CLOSE

7,094 582 77

Cover by : @theMawari🌼 TUTUP SELAMA-LAMANYA 🌼No tears in the writer,No tears in the reader.No surprise in the writer,No surprise in the reader.Buku ini dibuat kerana untuk membantu penulis di Wattpad untuk menambahkan 'vote' kepada cerita mereka. Mari singgah di teratak DE VOTEOPEN ( )HIATUS ( )CLOSE ( ❤ )GENRE : RandomSTART : 28/06/2020END : 17/07/2020…

DE PROMOTE | CLOSE

DE PROMOTE | CLOSE

33,907 1,229 200

COVER BY : @Hraysen[CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE][CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE]"Either write something worth reading or do something worth writing."Nak promote buku?Nak promote akaun Wattpad?Nak promote Instagram (khusus untuk Wattpad)?Saya ShaDhia boleh membantu anda. (~_^)Ayuh! Kunjungilah teratak saya. DE PROMOTE!STATUS : C L O S EGENRE : RandomSTART : 03/06/2020END : 21/08/2020…

De Humour ✔️

De Humour ✔️

101,567 8,194 194

[PREVIOUSLY KNOWN AS : Sketsa Lawak Malaysia]COVER BY : TBS AWARD 2020🐣 LENGKAP 190 SKETSA LAWAK 🐣Anda sedang sedih? Anda sedang marah?Anda sedang kebosanan?Anda rasa mahu baca cerita yang agak lain daripada yang lain?Marilah...Singgah di buku ini.Insyaallah... buku ini akan menghiburkan hati anda yang walang itu.Hanya tekan 'READ' sahaja.GENRE: HumorSTART: 27/03/2019END: 16/02/2020STATUS: C O M P L E T E ✔️…