Aku Rindu Kau, Tuhan (Editing/On Going)

Aku Rindu Kau, Tuhan (Editing/On Going)

140 14 1

Andai tenggelam dalam kesedihan itu biasa.Andai tersungkur pada kekecewaan itu normal.Andai berusaha tika hujan tangisan itu hanya lakonan mimpi.Andai rasa kosong ini kerana sebuah kehilangan yang tidak pasti dimiliki.Andai aku yang tersalah reaksi pada sebuah cereka dunia. Tersalah dan terus berdosa. Rasa hilang membayangi kekosongan taman hati. Jiwa lemah dihujahkan kekecewaan alpa. Duri berliku merantai kalbu, mengheret terjemah kata "sabar" dan "reda". Nukilan kasih Pencipta mengalirkan rasa kasih pimpinan diri. Aku dan kamu hanya sebuah patung permainan dunia. Tertipu dan terus terpedaya. Diseksa rasa pendosa berpasir.Mungkin hari semalam aku selubung jijik keaiban.Mungkin hari ini aku diteduhi rasa bersalah tanpa hujung. Dan mungkin hari esok aku masih dengan maksiat sama. Namun mungkin di hari nanti, aku dijemput khabar gembira dari Ilahi. Tetapi aku dihantui rasa kotornya dosa kemaksiatan. Terseksa dalam kesakitan rasa, mengharapkan diri kembalikan nikmat cinta teragung. Kerana sesungguhnya aku rindu kau, Allah.-Shadows-(INSPIRASI DARIPADA KISAH BENAR)HAK CIPTA TERPELIHARA. SEBARANG CETAK RIMPAK DAN SALAH LAKU ADALAH TIDAK DIBENARKAN…

Puisi Dua Pena (Editing)

Puisi Dua Pena (Editing)

94 11 2

Tika jiwa ini ingin berbicara, menyampaikan segala rasa yang tergendala. Sengketa rasa juga minda yang menyeksa jalan menuju penat kembara helaan nafas yang tersisa. Sebuah nukilan menyapa mata dalam suatu ruangan masa.Tika ia terjadi, aku berjalan pergi, mengusik memori hati. Dan jika ia menghuni tamu kembali, maka biarkan pena hatiku mengalunkan lagu puisi alam. Kerana kata-kata lisan sekadarkan kiasan pada sebuah gambaran walau hati hanya diam menukilkan sembilu yang menguburkan kembali memori kehidupan.Rekahan iman yang menghuni, memujuk hati untuk kembalikan jiwa pada reda Ilahi. Membakar segala luka yang merobek janji diri pada lakaran ayat cinta Sang Pencipta Kuasa#KoleksiPuisi#PuisiHati#KembaraJiwa#RentakHatiCREDIT TO THE OWNERSEBARANG SALAH LAKU HAK CIPTA DAN PENCIPLAKAN IDEA ADALAH DILARANG…