Anugerah Terindah [HIATUS]

Anugerah Terindah [HIATUS]

9,260 635 38

↳ KARYA KETIGATiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish RifqiHidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia."Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania AylinNamun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania AylinDia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?…

Inara Amanda | C

Inara Amanda | C

357,706 17,717 56

↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari oleh lelaki tersebut sehinggalah.."Hi! Nama siapa? Nak berkenalan boleh?" - AIDEEN Detik yang dilalui bagaikan mimpi sehinggakan dia selalu berharap agar dia tidak terjaga dari mimpi yang indah ini. Hari demi hari, layanan Aideen terhadap dirinya menguatkan lagi rasa cinta meskipun dia tidak meletakkan harapan yang tinggi agar Aideen turut membalas perasaannya.Satu kenyataan terbongkar, merobek jiwanya. Air mata jatuh tanpa diseka tetapi lelaki itu seolah-olah bangga dengan apa yang dibuat."Awak tipu saya Aideen.." - INARA"Apa yang jadi dekat awak dah tak ada kaitan dengan saya." - AIDEENSakit. Itu yang dia rasakan apabila dikhianati sehingga dia rasa, mencintai Aideen adalah satu kesilapan yang terbesar dia pernah buat dalam hidup. Saban hari, dia mencuba untuk melupakan lelaki tersebut tetapi entah mengapa begitu sukar sekali. Muncul pula orang lain, menagih kasih yang bertapa di hati. Muncul pula Aideen, menuntut kemaafan, menyesali apa yang telah terjadi."Saya minta maaf Ara. Saya menyesal.." - AIDEENLelah dia mencuba. Namun entah mengapa rasa benci tidak pernah singgah dalam diri. Rasa cinta dan sayang ternyata tidak pernah terhakis dalam diri buat jejaka bernama Aideen Haidar."Awak kejam Aideen. Sepatutnya saya benci awak tapi mengapa rasa benci tu tak pernah singgah walaupun sesaat meskipun dah banyak kali saya cuba?" - INARAAkhirnya, ikatan terjalin. Namun, alur hidupnya tak selalu indah. Satu persatu dugaan mula datang menghentam diri menyebabkan pengorbanan terpaksa dilakukan yang akhirnya hanya melukakan dua hati dek kerana ingin menyelamatkan dua jiwa. "Saya sanggup buat apa saja asalkan awak berhenti ganggu diorang..." - INARA"Leave him and be with me." - ?Inara dan Aideen, tunduk pada takdir. Sama ada takdir yang mempunyai penamat yang diinginkan ataupun sebaliknya.…

Hate or Love? | C

Hate or Love? | C

470,502 34,485 46

↳ KARYA PERTAMA YANG PENUH DENGAN CACAT CELA ♡ start : 17 April 2022♡ end : 20 May 2022WARNING ⚠️ ⚠️ ⚠️↳ this story is EXTREMELY CLICHE, CRINGE AND CHEESY, and totally there is a lot of GRAMMATICAL ERROR both in BM and ENGLISH, so pls bear that in mind before leaving any hate comment since this story were written when i first started writing --•Bagaikan anjing dengan kucing. Perumpamaan yang sering ditujukan kepada IZAAN NADHIF dan juga ELIZA ADREENA. Menjadi persaingan dalam setiap apa jua perkara. Turut berebut menjadi yang pertama di sekolah. Perang mulut sering tercetus."Eh kau diam la beruk!" - Eliza"Kau tu jebon!" - Izaan Ada je benda yang bergaduh. Perkara kecil pun boleh dibawa gaduh! Tapi betul la orang kata, jangan benci sangat, nanti jatuh suka! Entah bagaimana, satu perasaan mula menyelinap di hati mereka berdua.Perasaan benci mula bertukar menjadi sayang. Satu perkara yang menghalang Eliza untuk meluahkan perasaannya.STATUS. Ditambah pula dengan cemuhan yang dilemparkan oleh ibu Izaan terhadap dirinya membuatkan Eliza merasakan dia memang tidak layak untuk bersama lelaki tersebut. Agak cliche alasan tersebut. Tetapi itulah kenyataan yang dia perlu telan. "Aku dengan kau ibarat langit dengan bumi. Kehidupan kita tak serupa." - Eliza Eliza menghilangkan diri tanpa sebarang berita sebaik sahaja tamatnya persekolahan tetapi Izaan cuba menguatkan hatinya untuk tetap setia. Tatkala takdir menemukan mereka semula, Eliza masih lagi dengan pendiriannya. "Aku tak mampu nak sayang perempuan lain macam aku sayang kau El." - Izaan. Adakah selama-lamanya Eliza akan menggadaikan sahaja perasaannya itu atau Izaan sendiri akan berjuang mendapatkan keyakinan serta secebis kasih daripada gadis tersebut?…