Loka Puteri Ariana

Loka Puteri Ariana

7,196 497 29

Ariana Zahra tidak pernah bermimpi akan jatuh cinta dengan seorang putera. Baginya itu suatu perkara yang mustahil tapi siapalah dia untuk melawan takdir yang telah tertulis.Tengku Aqeel Fahmi merupakan seorang putera dari negara Megahraya telah jatuh cinta pada pandang pertama dengan Ariana yang merupakan rakyat biasa.Perkahwinan mereka yang bahagia mula dilanda badai. Satu demi satu ujian datang menghempap Ariana selepas dia menjadi seorang puteri tapi hanya satu saja yang dia paling takut iaitu kehilangan cinta suaminya. Sesuatu telah terjadi hingga menggugat kesucian cinta mereka. Dapatkah Ariana Zahra dan Tengku Aqeel Fahmi mempertahankan cinta mereka hingga hujung nyawa? Dapatkah kekuatan cinta menyelamatkan mereka berdua? Spolier: https://vt.tiktok.com/ZSRJMHANL/?k=1Cover by @KuSyifaa_*Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati.*Dan ada part yang korang rasa cringe tu sori tau😁…

Kerana Satu Cinta

Kerana Satu Cinta

28 5 1

Pertemuan semula Erina dengan Inspektor Khalif telah membuka lembaran hidup baru Erina apabila Inspektor Khalif telah jatuh cinta dengannya. Inspektor Khalif berusaha untuk membimbing Erina berubah dari seorang wanita pelayan bar di sebuah kelab menjadi seorang wanita muslimah. Erina yang sedar bahawa sudah sampai masanya untuk dia kembali ke jalan yang benar, setuju untuk berkawan dengan Inspektor Khalif. Inspektor Khalif kemudiannya membawa Erina berjumpa dengan rakannya iaitu Ainul Mardhiah seorang penceramah agama dan pendakwah yang terkenal. Ainul Mardhiah sudi untuk membantu Erina belajar agama Islam semula dan membaiki hidupnya. Luzman yang merupakan kawan baik Erina sejak zaman sekolah telah menyimpan perasaan cinta terhadap Erina dalam diam. Melihat hubungan Erina dan Inspektor Khalif yang semakin rapat, dia merasakan harapan dia untuk mendapatkan cinta Erina semakin pudar. Erina menjadi keliru dengan perasaannya. Antara Inspektor Khalif dan Luzman, siapakah lelaki yang dia benar-benar cintai? Keikhlasan cinta Erina akan memberikannya sebuah jawapan. "Kerana satu cinta kita akan bersama hingga ke Syurga." - Erina…