MY DARLING DARLINA (SU)

MY DARLING DARLINA (SU)

149,813 9,411 33

Hendriyan | Darlina Maisarah"Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN"Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah mata awak. Biar saya yang jadi cahaya untuk terangkan kehidupan awak yang gelap tu. Okey?" - DARLINASuara lembut Darlina menenangkan jiwanya. Telatah gadis itu menghiburkan hatinya yang lara. Selepas kemalangan tersebut, tiada senyuman terukir di bibirnya. Namun siapa sangka, kehadiran Darlina telah mengubah segala-galanya. Tapi Hendriyan tidak mempercayai Darlina sepenuhnya. Apa tidak, muka Darlina pun dia tidak tahu macam mana. Kenal hanya melalui suara dan perangainya sahaja. "Izinkan saya jaga awak sampai bila-bila boleh?" - DARLINA"Aku ni buta. Apa yang kau nampak pada aku ni yang kau nak sangat kahwin dengan aku?" - HENDRIYAN "Saya nampak masa depan saya." - DARLINATuhan perancang yang terbaik. Mereka disatukan dalam ikatan suami isteri yang sah. Meskipun sukar untuk Hendriyan menerima hakikat, namun dia tetap berhati-hati dalam perhubungan dia dan Darlina. Dia takut andai dia jatuh hati pada Darlina. Bagaimana kelak Darlina akan pergi meninggalkan dia di saat hatinya sudah terpaut pada Darlina?....Hari demi hari berlalu. Akhirnya Hendriyan melakukan pembedahan mata. Akan tetapi, pada ketika itulah konflik melanda rumah tangga mereka. "Aku cakap keluar! Keluarlah! Aku tak nak tengok muka kau!" - HENDRIYAN Keinginan Hendriyan dituruti. Darlina pergi dengan hati yang retak. Air mata menjadi peneman.Kebenaran terbongkar jua.Kerana rasa cinta dan tanggungjawab, Hendriyan nekad mencari isterinya meskipun dia tidak tahu bagaimana rupa isterinya itu. Keluarganya tidak beri kerjasama. Langsung tak bagi Hendriyan tengok gambar nikah dia dan Darlina."Baliklah, sayang. Abang perlukan sayang."Cover by me @ flwershaee © flwershaee, 2024…

BAHAGIA UNTUK DIA (CS)

BAHAGIA UNTUK DIA (CS)

28,134 178 1

Elmo Nazari | Sutra MelissaELMO NAZARI. Pemilik nama tidak segagah lelaki di luar sana. Dia, lelaki lembut yang memiliki suara perempuan jadian andai dia terkejut lalu menjerit. Tak padan dengan muka kacaknya, sikapnya yang gedik membuatkan isterinya membawa diri ke negara lain. SUTRA MELISSA. Wanita lasak yang bersuamikan lelaki lembut. Perkahwinan yang diatur oleh keluarga membuatkan kehidupan Sutra berubah. Habis jatuh air mukanya apabila berkahwin dengan lelaki macam Elmo. Muka dah hensem tapi badan kurus kering! Aku tak rela!"Aku cabar kau berubah jadi lelaki idaman aku." - SUTRAPantang dicabar, Elmo nekad mengubah dirinya. Pergi ke gym, berlatih untuk melontarkan suara garaunya sebagai seorang lelaki. Kepulangan Sutra ke tanah air dikejutkan dengan penampilan suaminya yang berbeza. Penampilannya itu berjaya menggetarkan hati Sutra."Kau tak rindukan aku ke?" - ELMOBunga-bunga cinta hadir juga menghiasi ruang hati dingin Sutra. Bermulalah bahagia yang diimpikan oleh Elmo selama ini. Setelah sekian lama menanti, Sutra akhirnya meluahkan rasa cintanya kepada Elmo. Namun ada sesuatu yang ingin Sutra beritahu. Demi kebahagiaan rumah tangganya, Sutra mengakui kesilapan lalunya. Namun siapa sangka, pengakuan Sutra itu membuatkan Elmo berubah sikap. Dingin dan kasar namun dia masih mengambil berat tentang setiap perkara yang melibatkan Sutra. Masih cinta tapi memendam rasa marah dan kecewa di dalam dada."Abang dah tak cintakan Sutra kan? Abang dah tak sayang Sutra." - SUTRA"Kalau aku tak cinta. Kalau aku tak sayang. Dah lama aku tinggalkan kau." - ELMO© flwershaee, 2024…

DIA PENDUSTA CINTA ✅

DIA PENDUSTA CINTA ✅

113,619 7,309 59

Haikal Farhan | Donzello | ErinaMaaf andai tak indahBahagia kita hancur binasaAndai mampuku putarkan masaTiada dusta antara kita©flwershaee, 2021 2022…

TENGKU HATTA JONATHAN ✅

TENGKU HATTA JONATHAN ✅

335,414 15,275 54

Known as Beautiful MemoriesTENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan seorang gadis, hidupnya mula berubah. Namun siapa sangka, disebalik bahagia mereka tersembunyinya banyak rahsia.ARMEL ARIANA, kononnya doktor peribadi kepada Tengku Hatta. Penyamarannya sebagai doktor diketahui oleh Tengku Hatta sejak mereka kenal lagi. Segala agenda Armel diketahui oleh Tengku Hatta. Namun mengapa Tengku Hatta tidak menghukumnya? Padahal Armel datang ke rumah mereka hanya untuk membalas dendam kisah lampau keluarga Tengku Hakim."Saya ni doktor awak! Awak kena dengar cakap saya!"- ARMEL ARIANA"Saya ni majikan awak! Awak kena ikut apa yang saya suruh!"- TENGKU HATTA JONATHANApakah suratan takdir yang tertulis untuk Armel dan Tengku Hatta? Apakah kebahagiaan sentiasa mewarnai kehidupan mereka berdua?+ no plagiarism alllowed!+ abaikan kesalahan bahasa yang digunakan dalam cerita ini.©flwershaee, 2020…