The Fallen Dahlia

The Fallen Dahlia

66,735 812 4

Andai dia boleh pejamkan mata, sudah lama itu yang dilakukannya. Jika dia boleh lemparkan sejauh mungkin santapan yang sering menjadi duka laranya, memang itulah perkara pertama yang akan membuatkan dia tersenyum ceria. Dan... andai masa boleh mara ke hadapan, mahu saja dia bawa masa itu ke arah bahagia. Namun, siapa dia? Dia cuma bunga yang tiada nilai. Dia jatuh, tapi dia cuba bangkit semula. Kelopaknya gugur di kala semuanya hancur, tapi ada satu tangan yang mengutip serpihan kelopak hatinya di saat jiwanya mulai mati. Dia mampu, tetapi dia tidak berdaya. Dia cuba, dan dia sentiasa mengharap bahawa dia akan berjaya. "For the one who loves the opportunity, then take me away with the opportunity. I can just run away, but I can't help myself." Bila dia buat satu keputusan, dia yakin apa yang dia buat itu adalah betul. Dan untuk kali ini, dia tidak akan sekali-kali membiarkan setiap pasang mata di pentas dunia ini memandang dia dengan buaian rasa antipati. Cukuplah melodi pahit sudah berlagu pilu dan memberi segunung kehancuran yang sangat menyakitkan. Dan dia... Adalah sekuntum Dahlia yang tidak akan jatuh semula. Beautiful cover made by @flwrpark ♡ALL RIGHT RESERVED.©naerisya…

The Secret Sakura

The Secret Sakura

1,405 207 33

AMMARA SAKURA. Sekuntum bunga bak spesies 'Prunus Serrulata' yang nyatanya sangat kontra dengan gelaran indahnya. Tetapi, tiada siapa yang tahu di sebalik semua itu...Ada sebuah kehancuran yang membinasakan."Sakura tak mengajar erti cinta.""Habis tu, Sakura ajar apa?""Sakura ajar cara untuk buang hati dari rasa menyukai." Bagi Ammara, cinta merupakan satu kehancuran. Dia tak percayakan cinta dan kerana cinta itu jugalah hatinya dihancur lumatkan tanpa belas kasihan. Tipulah jika tiada rasa kecewa. Tipulah juga jika tiada sekelumit sakit hati dan geram yang bernoktah di ruangan dadanya.Tatkala dia mahu melupakan, mimpi ngerinya hadir sebagai sebuah perhintungan. Perlahan-lahan semua itu menghambat diri dan emosi Ammara untuk meneruskan dendam yang sudah lama padam.Dan apa yang Ammara mahukan cuma satu iaitu... hancurkan dia.Atau lebih tepat lagi, hancurkan Ezzat. Ezzat tak layak untuk menggapai bahagia, apatah lagi untuk mengukir senyuman gembira. Dia mahu Ezzat sentiasa berduka tetapi lain pula yang berlaku apabila semua itu berpatah kembali kepada diri Ammara sendiri.Ammara berperang dengan dirinya dan sejujurnya, dia terperangkap atas jerat yang dibina. Dia tidak mampu untuk mematahkan sebaris hakikat bahawa siapa dia untuk menidakkan rasa indah yang hadir tanpa dapat diundang walaupun segala yang dilakukannya bersalut benci dan bersulamkan pengorbanan. Pun begitu, mengapa di akhirnya dia katakan ya jikalau jawapan sebenarnya adalah tidak? Mula, 20.9.20…

My BFF Story

My BFF Story

9,277 85 2

ELINA AMIRA - Masa silamnya ibarat sebuah kehancuran yang paling perit pernah dia rasakan. Dalam jiwanya, masih terselit rasa sesal yang kian bergunung. Hubungan mereka ibarat tergantung di hujung tali. Masing-masing menyepi... dan saling menyakiti. Kerana kesilapannya, hubungan persahabatan antara dirinya dan Sofia Maizura kian renggang.SOFIA MAIZURA - Tembok egonya sukar untuk diruntuhkan. Ingin memaafkan, tetapi sungguh tidak semudah apa yang dipinta mereka. Dia hanya insan yang biasa, yang punya hati dan perasaan. Kadangkala, dia juga tidak mampu jadi sekuat orang lain. Cukuplah dengan meratapi itu buat hatinya pedih tak berdarah.TIHANI ADRA - Peneman Elina dikala suka dan duka. Hidupnya tak berapa indah jika nak dibandingkan dengan rakan-rakannya. Suram dan tak punya ayah seperti orang lain. Pun begitu, masih ada warna yang menceriakan hidupnya apabila berada di samping keluarga serta sahabat baiknya.Apabila usia mereka menginjak dewasa, masing-masing ditakdirkan untuk mempunyai jodoh sendiri. Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi oleh tiga sahabat ini. Mampukah mereka mencari kebahagiaan yang sebenarnya?"Aku penat. Setiap hari, benda ni yang aku asyik kena hadap. I have my own life too. Kalau dia nak seksa aku, go on. Jangan seksa orang yang tak bersalah." - Tihani"Kita tak boleh buat macam tu. Kau tak kesian ke dekat Kak Eli? Aku... aku tak boleh teruskan." - Reena Kayra"Cinta yang ikhlas tu datang dari lubuk hati yang suci. Kalau Tuhan izinkan, satu hari nanti awak akan kecapi kebahagiaan yang awak mahu." - Sofia"Macam mana wajah ini nak tersenyum semula kalau orang yang saya mula sayang, yang saya percaya dah hancur lumatkan hati ini?" - Elina⚠️ Old story that contains cliche-ness, plot meleret dan tunggang-langgang. Cerita dutchlady yang tak habis edit. Either read or leave, it's at your own risk. ⚠️Start: 130318End: 071219…