Epilog Luka

Epilog Luka

868 61 2

𝐙𝐀𝐈𝐃 𝐘𝐔𝐒𝐑𝐀𝐍 ✦ 𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐈𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐇𝐀 Setiap episod kejahatan pasti ada epilog kesakitan.Aimi lupa akan hakikat itu. Matanya buta, telinganya tuli, hanya kerana cinta sampah. Dia sangka, meraih cinta itu mudah setelah Zaid dimiliki. Namun, Aimi tidak sedar bahawa setiap tindakan tentu ada konsekuensinya."Kau dengar sini, Nur Aimi Madiha! Setiap kejahatan yang kau dah buat pada Safira, kau akan terima balasan kesakitan daripada aku." - ZAID YUSRANKebencian Zaid terhadap Aimi meluap-luap. Pergi mampus dengan cinta bodoh gadis itu. Sekuat mana Aimi cuba menagih cintanya, sekuat itu juga Aimi akan tersungkur di tangannya."Teruskan pasang sayap angan-angan kau... sebab khayalan yang kau dambakan, tak indah seperti realiti yang kau temukan." - ZAID YUSRAN[ STATUS : slow update for now ]…

Love, In Action!

Love, In Action!

1,773 220 12

𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si teman lelaki yang psiko dan panas baran. Walaupun begitu, Fakha sukar menerima kenyataan dan tetap berkeras ingin menjalin cinta bersama Najla.Menggunakan Naaila, Fakha mengatur perjumpaan demi mendapatkan jantung hatinya semula. Namun, Naaila tetap Naaila. Sekali buat tahi, tiada maaf bagimu. Kata setuju yang diberikan untuk berjumpa dengan Fakha hanyalah untuk memberi kesedaran kepada lelaki itu. Ada sesuatu yang telah Naaila rencanakan supaya dapat membalas segala perbuatan Fakha terhadap adiknya.Malang tidak berbau, pelan itu ranap dan tidak berpihak kepada Naaila. Fakha tidak muncul pada hari kejadian, lalu rancangan Naaila sudahnya memakan diri. Lelaki berbaju hitam yang sepatutnya disimbah dengan air adalah Fakha. Bukan lelaki asing, atau lebih tepat lagi seorang pelakon yang sedang meningkat naik.Akibat kejadian tersebut, Hafiq Iqmal semakin menjadi tumpuan media. Kehadiran Naaila mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah panas di antara dia dan Rania Khan. Oleh itu, Hafiq akan mencari Naaila sampai dapat. Walau apa jua keadaan, gadis itu perlu bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku."Saya minta maaf." - NAAILA MAISSA"Aku tak jumpa kau untuk dengar permohonan maaf." - HAFIQ IQMALNaaila bersama hatinya yang resah, Hafiq dengan caranya yang keras. Permulaan perkenalan mereka yang tidak dijangka itu menjadi titik pemula kepada sesuatu. Sesuatu yang bakal menggerakkan hubungan Naaila dan Hafiq ke arah sebuah senario menarik.Apakah rancangan mereka di kala itu untuk meredakan isu yang dilemparkan media?(Blurb akan dikemas kini dari semasa ke semasa jika ada perubahan pada jalan cerita)…

Cinta Kayyisa

Cinta Kayyisa

4,384 311 17

𝐙𝐀𝐘𝐍 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃 ✦ 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐘𝐘𝐈𝐒𝐀Hampir 4 tahun menjalin cinta dengan sang kekasih, hati Kayyisa mula dijentik sesuatu. Hubungan yang selama ini penuh dengan bunga-bunga cinta, tiba-tiba diganggu perasaan asing. Lalu membuatkan Kayyisa tertanya, apakah hala tuju percintaan mereka sepanjang tempoh yang agak lama itu sebenar-benarnya?Mereka cinta sama cinta, sayang sama sayang. Tapi, Kayyisa masih rasa ada ruang yang kosong di dalam hatinya. Dan hal itu menggerakkan dia untuk pulang mencari Tuhan."Tolong saya, Hajar. Saya nak berubah. Saya nak dekat balik dengan Allah." - CINTA KAYYISAPabila dia akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah, dada dilapangkan untuk melepaskan Airil. Walau jauh di lubuk hati, Kayyisa masih punya cinta dan sayang untuk lelaki itu."Then, let's get married if that's what you want." - AIRIL ZAKWANTika diri sudah ada niat untuk berundur, Airil pula tiba-tiba minta disatukan. Mengapa baru sekarang? Sedangkan sebelum ini, berjuta alasan yang diberi untuk mengelak. Bagi lelaki itu, bercinta lama pun tak apa selagi adanya setia."Abi nak satukan Kayyisa dengan Fayyad. Abi yakin, dia lelaki terbaik untuk puteri abi." - ENCIK HASANKayyisa tersepit. Di antara kemahuan diri dengan kemahuan abi, yang mana satu terbaik untuk dirinya?"Saya tahu, saya bukan lelaki yang terbaik. Tapi, saya akan cuba jadi yang lebih baik untuk bakal isteri saya, Cinta Kayyisa." - ZAYN AL-FAYYADAndai sebuah pengorbanan bisa membahagiakan yang tercinta, dia rela terluka, demi mengikhlaskan dua jiwa berbeza rasa bersama.…

The New Hanny

The New Hanny

741 58 7

𝐇𝐘𝐐𝐀𝐑𝐋 𝐒𝐇𝐀𝐇𝐌𝐈 ✦ 𝐇𝐀𝐍𝐍𝐘 𝐄𝐋𝐌𝐈𝐑𝐀New Version | Rewrite In ProcessHanny Elmira. Dia cuma seorang gadis biasa, yang juga mempunyai crush pada zaman sekolah. Bertahun lama dia simpan perasaan tersebut sehinggalah akhirnya terbongkar lalu dia dihentam hebat oleh peminat-peminat lelaki itu. Lebih teruk lagi, Hanny kena face shaming dengan tuan empunya badan sendiri. Siapa lagi kalau bukan Hyqarl Shahmi.Hyqarl Shahmi. Siapa saja yang tidak kenal jejaka poyo, kerek dan berlagak macam dia. Tambah-tambah lagi mulutnya itu tak ubah seperti loji kumbahan. Sejak mengetahui isi hati Hanny, macam-macam cara yang dia lakukan untuk menyakitkan hati gadis itu. Siapa suruh jatuh hati dekat Hyqarl? Memang mendapatlah!10 tahun berlalu, membawa banyak perubahan baru pada diri Hanny. Dia sudah tidak lemah dan tunduk dengan kata-kata orang. Apa yang lebih penting, penampilannya berubah 360 darjah. Sekali pandang, tak lepas mata sang jejaka yang melihat.Siapa sangka, selepas bertahun-tahun lamanya, Hanny dan Hyqarl dipertemukan semula. Hanny terkejut, Hyqarl berganda-ganda lebih terkejut. Ingin mengelakkan diri, Hanny tak mampu kerana tuntutan kerja. Apa yang dia boleh buat, cuma melawan saja Hyqarl sekiranya lelaki itu ingin mencari fasal lagi."Cantik kau sekarang. Buat pembedahan plastik eh?" - HYQARL SHAHMI"Really? Cantik sangat ke aku sampai kau tergoda?" - HANNY ELMIRA...Mula : 31 Ogos 2023Tamat :2023 ©…

Stuck With You | COMPLETE

Stuck With You | COMPLETE

8,708 716 10

𝐀𝐌𝐈𝐑 𝐋𝐔𝐓𝐇𝐅𝐀𝐍 ✦ 𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐈𝐀Amir Luthfan. Ara Adelia.Daripada kecil sehingga ke besar, mereka tak pernah berpisah lama-lama. Hubungan persahabatan yang telah terbina selama 18 tahun itu tanpa sedar membuahkan perasaan suka di dalam hati kedua-dua remaja ini.Sehinggalah suatu hari, Amir mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajarannya di United Kingdom. Mahu tak mahu, mereka berdua harus berpisah demi masa depan masing-masing."Jaga diri dan jaga hati. Untuk aku... untuk kita."Itu apa yang Amir dan Ara janjikan. Alangkah indahnya jika ia dikotai. Namun, sayang... selepas 2 tahun Amir di United Kingdom, dia menghilangkan diri dan memutuskan hubungan dengan Ara.10 tahun berlalu, akhirnya Amir pulang ke tanah air. Bagaimanakah kesudahan kisah Amir dan Ara? Apa jadi dengan janji mereka?…