Lelaki Bertopeng Putih

Lelaki Bertopeng Putih

14,430 1,459 10

REWRITE VERSION | SEQUEL H426××××LELAKI BERTOPENG PUTIH. Seorang lelaki yang bekerja sebagai orang dalam polis. Namanya disanjung kawan dan digeruni lawan. Identitinya terus kekal rahsia dengan topeng putih di mukanya. Tapi, di kehidupan biasanya, dia ialah Haries Naim. Lelaki yang ceria dan gemar mengusik. Meskipun sentiasa ditekan dari pelbagai pihak, Haries tetap ceria. Sehinggalah suatu hari, dia dikejutkan dengan keputusan Datin Naina yang menginginkannya berkahwin. Tiga bulan masa diberi untuk Haries berkenalan dengan gadis pilihan, Raihanah Jazmin. Sebab yang dikemukakan oleh ibunya sudah cukup buat Haries menerima dengan rela biarpun hatinya mahukan sebaliknya. Kehadiran seorang lelaki yang lumpuh separuh badan, Fariel mengundang tanda tanya. Lelaki itu seolah-olah ada rahsia yang disimpannya. Dan rahsia itu diceritakan dengan melindungi Raihanah. "Saya memang tak kuat. Tapi saya tahu, saya perlu lindungi dia, Haries." - FarielMasalahnya terus bertambah apabila keluarganya seringkali diserang algojo-algojo yang menyimpan dendam di hati. Tapi, hairannya, target sebenar mereka, bukan keluarga Haries tapi...Raihanah. "Dendam ini takkan jumpa penamatnya selagi hembusan nafas ini bukan yang terakhir." - Yanny The Surrogate Saat itu, Haries mula mempersoalkan semuanya. Kepercayaan, harapan dan sebuah kisah hitam. Terlalu banyak rahsia yang mereka simpan. Terlalu banyak penipuan yang mereka ungkapkan. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim akhirnya berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Lelaki Bertopeng Putih tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali?"Rahsia, pengkhianatan dan cinta. Aku tak pernah tahu rasanya sakit macam ni sekali, Farhan." - Haries××××Tarikh mula : 190321Tarikh akhir : -Genre : action + romance + mysteryStatus : on goingCover by : @azleyanaaa…

Hacker 426 ✔️

Hacker 426 ✔️

3,293,243 326,855 89

[KARYA PERTAMA]Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa[In Editing]Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama.Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426.Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih?Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang❄️ Tatabahasa yg sgt kurang❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘…

Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS)

Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS)

169,780 16,746 36

[KARYA KEDUA - REWRITE VERSION AVAILABLE]Tajuk : Lelaki Bertopeng PutihPreviously known as : The After StoryGenre : Romance ActionStatus : HiatusMaklumat tambahan : Sequel Hacker 426Cover by : @azleyanaaa ××××HARIES NAIM. Dia seorang lelaki ceria yang nakal dan gemar mengusik orang yang tersayang. Dalam kenakalan dan senyuman yang sering dipamerkan di hadapan semua orang, siapa saja menyangka... dia merupakan Lelaki Bertopeng Putih. Lelaki yang digeruni kerana kehandalannya dalam menisankan kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Malaysia.Kehidupannya sebagai seorang LBP dan CEO syarikat AmiZa Holding sudah cukup menguji mental dan fizikalnya. Tapi hidup tak kenal erti rehat. Entah kenapa dan sebab apa, mamanya, Puan Sri Naina memaksanya berkahwin dengan seorang gadis pilihan mamanya. Klise? Sangat. Hingga buat Haries sakit kepala memikirkan perkara itu. Untuk apa Puan Sri Naina memaksanya sebegitu sedangkan sebelum ini, wanita itu bukannya kisah sangat akan status bujangnya. Umur Haries pula tak sampai 40 tahun pun untuk layak digelar Antertu. Apa niat sebenar Puan Sri Naina dalam mendesaknya berkahwin?Fikirannya bertambah berat apabila dia perlu memberikan komitmen yang lebih untuk tugasnya kali ni. Ya, tugas untuk menghapuskan kumpulan kongsi gelap paling terkenal di Malaysia, The Oscura. Semudah itukah kumpulan itu bakal dilenyapkan? Sedangkan 426, penggodam terkenal pun langsung tak berani menjanjikan kemenangan berada di pihak mereka.Mindanya juga kian kusut tatkala dia antara sedar dan tidak, sudah mula menyimpan perasaan dan angan-angan dengan gadis pilihan mamanya, Raihanah. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Tekanan mulai mengganggu perasaan. Lelaki Bertopeng Putih mulai tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali?…