Wanita Yang Tersakiti (JANUARI 2023)

Wanita Yang Tersakiti (JANUARI 2023)

23,913 528 3

TAJUK ASAL: AKU NIKAHKAN DIKAUBAKAL TERBIT JANUARI 2023 (PENERBITAN DEARNOVELS)Pengakhiran yang indah adalah bukan milik semua insan di luar sana. Serona dengan kehidupan Nawa Safiyya, seorang pengusaha butik perkahwinan bernama Butik Blue Tulip. Semenjak Nawa cuba kuburkan peristiwa enam tahun lepas, tempat itulah yang menjadi sandaran untuk dia terus bernafas.Peristiwa mana yang Nawa cuba simpan selama ini, 'memori' itu yang datang kembali. Dulu, 'dia' hilang tanpa disuruh dan kini, 'dia' datang tanpa diundang. Lelaki itu menjelma setelah enam tahun hilang dari radar. Angka enam adalah terlalu besar buat mereka berdua.Dosa yang dilakukan oleh Nawa Safiyya adalah satu sahaja iaitu terjatuh cinta dengan Muhammad Feyzal Zavier. "Lepaskan saya, Feyzal!" - NAWA SAFIYYAPinggang Nawa digapai oleh seseorang. Badan Nawa terselamat daripada jatuh ke lantai. Erat sekali dakapan lelaki itu. Lama mata mereka berlaga.Sungguh terpesona Nawa menatap wajah lelaki itu, Muhammad Feyzal Zavier kembali. Dia kukuhkan jiwa kerana hatinya sudah punya Abbas Zulkarnain, si pengubat luka."Because you are my Feyzal. My one and only Feyzal that Allah had sent to me." - RHEANA KHANNamun, dalam hidup Feyzal sudah punya bidadari lain sebagai tunang jejaka itu. Dia bagaikan segala-galanya dalam kehidupan Feyzal. Rheana menganggap Feyzal ialah lelaki dunia akhiratnya."Siapa sebenarnya awak dalam hidup saya, Fiyya?" - MUHAMMAD FEYZAL ZAVIER"Saya bukan siapa-siapa. Saya cuma picisan memori yang awak tak patut kutip semula." - NAWA SAFIYYANawa mula terumbang-ambing dengan kisah lama dan baharu. Dia tidak mampu untuk menjadi nakhoda kisah hidupnya sendiri kerana mula buntu dengan kehadiran 'kekasih' lama."Sometimes I wonder if you ever loved me, Nawa Safiyya." - ABBAS ZULKARNAINBiarlah air mata mengalir dan mengalir, asalkan jangan ada hati yang menoleh kepada cinta yang sudah mati.Kerana bukan semua cerita cinta berakhir dengan sempurna.…