Forever More

Forever More

149 3 5

RADEN HANZ, seorang pekerja sambilan di sebuah kedai makan dan bercita-cita tinggi menjadi pemain bola keranjang. Hidupnya berubah 90 darjah apabila dia terpaksa menyamar menjadi abangnya, Zayden.Dari seorang pelayan di kedai makan terus menjadi seorang pelakon cukup buatkan dia rasa semua ini bagaikan mimpi. Mahu atau tidak, dia perlu jua menyamar menjadi abangnya, sehingga semua masalah selesai. "Baiklah! Aku akan buat apa yang korang suruh tapi kalau ada apa-apa berlaku, korang kena tolong aku."Raden masih lagi susah untuk sesuaikan diri dalam kehidupan baharu. Hadir pula seorang gadis menyelamatkan dia ketika dia berada dalam bahaya. Sikap gadis itu yang lucu di matanya acap kali buatkan hatinya bergetar senang. "Awak tahu tak Zayden? Sekarang ni awak nampak lain sangat. Kenapa ya?" Sampai satu masa dia semakin rasa serba salah kerana menipu gadis itu hidup-hidup. Emma langsung tidak tahu bahawa dia bukanlah Zayden. Tetapi dia adalah Raden Hanz, adik kandung seorang pelakon terkenal yang punya wajah sama sepertinya walaupun jarak umur mereka berbeza 2 tahun.Sampai bilakah dia perlu menyamar sebagai Zayden? Adakah penyamarannya bakal diketahui orang lain ataupun semua rancangan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah?Dan adakah... Emma menerima dia selepas tahu akan hal sebenar?…