MY MRS TURKISH

MY MRS TURKISH

19,226 2,975 62

[ Book 6 ]Mengacau jejaka berdarah Turki itu merupakan perkara yang wajib dia akan lakukan setiap kali mereka bersua muka. Sejak kali pertama mereka bertemu hatinya mula terpaut pada jejaka itu. Malu? Tiada istilah malu apabila berkait dengan jejaka itu."Oit, aku ada satu lagu untuk kau.""Apa?""Ehem, satu dua tiga lelalelalela lelalelale lelalelale..."Bagi dia, gadis itu seakan-akan menguji kesabarannya setiap hari. Dia rimas apabila gadis itu sering membuat darahnya naik. Kalau orang lain takut dengan dirinya tetapi bukan pada diri gadis itu.Entah apa yang gadis itu nampak dekat dia sampai langsung tidak takut dengan dirinya pun dia tak tahu. Agaknya gadis itu jenis tak takut orang dan berani. Tapi sejauh mana keberanian gadis itu?"Apa pun yang berlaku aku akan tetap cintakan kau dan setia tunggu kau. Aku percaya apa yang berlaku baik atau buruk semua dugaan daripada Allah." "Walaupun kau kena mati sebab aku? Atau kau mati dalam tangan aku? Kau tetap cintakan aku?"Sejauh mana keteguhan cinta gadis itu pada sang jejaka Turki itu bila mana hidup lelaki itu penuh dengan tanda tanya dan misteri? Adakah cintanya berbalas? Adakah jejaka itu menyambut huluran cinta si gadis itu? Apakah pengakhiran jalan cerita hidup mereka?Semuanya bakal terungkai.…

MARRIED WITH THE KILLER √√

MARRIED WITH THE KILLER √√

2,411,377 9,917 7

[Book 1]Lingkaran sepasang tangan yang melilit pinggangnya membuatkan dirinya tersentak."Hey, do you miss me sayang?"Suara itu....Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang, badannya mula menggigil."Se-senior Ammar...."Ammar mengukir senyuman sinis. Mata kelabunya tajam menikam gadis yang berada di hadapannya ini.Aisyah HumairahGadis pujaannya sejak di bangku sekolah lagi. Gadis yang berjaya mencuri cintanya.Gadis yang pernah menolak cintanya suatu ketika dahulu.Kini berada di dalam genggamannya. Dan dia tidak akan lepaskan gadis itu untuk kali kedua walaupun secara kasar.Baginya, Ammar seorang yang kejam sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang di inginkan oleh lelaki itu.Gila!Psycho!Yang pastinya dia perlu melarikan diri dari lelaki itu. Tapi mampukah dia apabila dirinya terjerat dengan pekerjaannya sebagai seorang doktor yang perlu merawat pesakitnya iaitu Ammar?…

INDAHNYA SABAR √√

INDAHNYA SABAR √√

36,468 4,102 73

[ Book 5 ]Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong.Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutuskan hanya untuk berdiam diri dan melihat saja daripada jauh.Entah mengapa dalam ramai-ramai pelajar, gadis itu saja yang sering mencuri perhatiannya. Sikapnya yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan membuatkan dia berasa ingin tahu tentang gadis itu."Ustaz?""Ya saya.""Saya rasa dunia ni tak adil untuk saya.""Kenapa?"Tiada jawapan. Hanya gelengen kecil saja dia lemparkan sebelum dia berlalu pergi meninggalkan dirinya berseorangan."Hidup ini penuh dengan dugaan. Makin banyak dugaan yang awak tempuh makin sayang Allah pada awak.""Saya penat nak hidup. Saya letih. Hari-hari saya doa supaya saya cepat mati. Saya dah tak nak hidup. Saya penat."Hari berganti minggu.Minggu berganti bulan.Bulan berganti tahun.Mereka dipertemukan kembali dengan keadaan yang tidak di sangka-sangka. Terkejut dan gembira. Namun tiada apa yang mahu diungkapkan padanya. Hanya renungan mata saja sudah memadai."Saya nak meminang awak.""Umur kita sangat jauh dan saya tak layak untuk awak. Maafkan saya."…

OUR BEAUTIFUL FATE √√

OUR BEAUTIFUL FATE √√

157,014 18,749 73

[Book 4]Blade Da ErolLelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makhluk yang di ciptakan di bumi ada pasangan yang telah di tetapkan oleh Tuhan.Seorang perempuan yang tidak di ketahui asal usulnya menarik perhatiannya saat pertama kali mereka bertemu di hadapan sebuah masjid."You're not muslim? So, buat apa dekat sini?" Soal perempuan itu."Adik aku muslim, tengah solat dekat dalam. Kau muslim kenapa tak masuk solat?" Soalan berbalas soalan."Aku tak layak." Jawapan perempuan itu membuatkan Blade berkerut tidak faham. Mahu bertanya lebih, perempuan itu telah pun pergi saat orang ramai mula keluar daripada masjid tersebut.Hatinya mula rasa pelik apabila dia asyik memikirkan perihal perempuan itu. Walaupun dia tidak nampak keseluruhan wajah perempuan itu tapi dia masih dapat mengecam wajah tidak berperasaan perempuan itu.Qayyum Da EnverKejadian pada waktu senja yang tidak di duganya membuatkan dia bertekad mahu menjaga gadis misteri yang mempunyai split personaliti yang amat berbahaya.Kali pertama bertembung dengan gadis itu yang pada mulanya kelihatan amat teruk dengan darah pada tubuhnya di kala senja membuatkan dia sebagai seorang doktor terus mendapatkan gadis itu untuk menawarkan bantuan.Tapi sebaliknya berlaku gadis itu tidak mahu di bantu lantas terus berlari masuk ke dalam hutan. Apabila malam menjelma gadis itu berubah mendadak menjadi seorang gadis yang amat menakutkan."Aku tak percaya lelaki! Kaum kau seorang yang pemusnah!" Dengus gadis itu dengan mata yang tajam."Aku akan buktikan yang kau salah. Tak semua lelaki jahat, masih ada yang baik." Balas Qayyum tanpa gentar."Kau ingat aku bodoh? Tch!""Kita kahwin."…

NOT FAKE LOVE √√[EBOOK]

NOT FAKE LOVE √√[EBOOK]

952,415 1,506 4

[Book 3]Steve Hendry Seorang jejaka bermata hijau yang mempunyai auranya tersendiri hingga mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat dirinya yang mempunyai warna mata yang sangat unik. Ditambah pula memiliki seraut wajah yang kacak dan bertubuh tegap. Namun, untuk bersama perempuan lain itu tidak akan berlaku kerana hatinya tetap pada gadis itu.Zailin ZafirahNama gadis itu tidak pernah padam dalam ingatannya. Cintanya pada gadis itu sangat utuh hingga ke saat ini. Rindunya pada gadis itu tidak tertanggung, hanya doa saja yang mampu dia lakukan untuk melepaskan rindu di hatinya. Hinggalah dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Berita kepulangannya amat menggembirakan Aisyah, adiknya yang sentiasa menunggu dirinya.Tekanan kerja yang membuatkan dirinya tertekan memutuskan dia untuk bersiar-siar di taman permainan yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Di sebelah taman permainan itu terlihat sekumpulan remaja yang sedang bermain skateboard."Encik hati-hati!"Bukkkkk"Are you blind?" Dingin saja dia bersuara menahan amarah. Matanya tajam melihat gadis di hadapannya yang berpakaian seperti lelaki. Mujur sahaja gadis itu berambut panjang jadi tidaklah dia salah sangka."Sorry la bukannya saya nak langgar awak. Dah awak berdiri tempat laluan saya dah kenapa." Balas gadis itu dengan berani.Untuk kali pertama ada seorang gadis yang berani menjawab dengannya dan bertentang mata dengannya dengan pandangan tajam.Sejak perlanggaran itu berlaku mereka acap kali bertembung secara kebetulan hingga gadis itu menggelar dirinya pencabul.Hari demi hari pasti ada saja benda nak digaduhkan. Peliknya gadis itu langsung tidak menyukai lelaki mata pelik tu. Hinggalah satu peristiwa yang membuatkan maruahnya hampir tergadai, Steve datang menyelamat.Sedikit sebanyak hatinya tercuit dengan keletah gadis itu. Mampukah dia mengusir perasaan yang semakin lama semakin menggila dalam dirinya yang dingin sedingin ais batu itu?…

HIS MY HOPE √√[EBOOK]

HIS MY HOPE √√[EBOOK]

175,504 1,436 5

[Book 2]Daniel Akasyah seorang jejaka yang tampan menarik perhatian sesiapa sahaja. Mafia? Ya, dia mafia tetapi dia bukanlah seorang yang suka membunuh tanpa sebab. Sifatnya yang berperikemanusiaan dan lembut membuatkan dirinya mempunyai sifat belas kasihan.Pertama kali dia bertemu dengan seorang perempuan yang sarat mengandung membuatkan dia sentiasa mahu berada di sisi wanita itu. "Kenapa awak mahu berkahwin dengan saya? Saya tak layak untuk awak. Saya bekas orang.""Saya tak kisah sebab saya hanya cintakan awak Raihana Auliya."Raihana, nama wanita yang di cintai oleh Daniel. Bagi Daniel, Raihana adalah pelengkap hidupnya ditambah pula kehadiran Rayyan anak wanita itu sering membuat dirinya ketawa gembira.Bagi Raihana, Daniel adalah harapannya untuk meneruskan hidup bersama anak lelakinya. Tapi kerana dirinya hanya berstatus janda membuatkan dirinya berasa tidak layak bersama lelaki itu."Dia tu bekas aku, kau tak layak dengan dia!""Kau yang tak layak dengan Hana! Kau jantan dayus!"Kehadiran bekas suami Raihana membuatkan hidup Raihana menjadi kacau bilau. "Abang nak kita hidup macam dulu Hana. Abang minta maaf.""Hana, saya harap keputusan awak buatkan awak dan Rayyan gembira.""His my hope."…