THE CHOSEN

THE CHOSEN

2,491 155 18

Semuanya bermula apabila jemaah wanita di sebelah Hafiza tiba-tiba tak sedarkan diri. Lebih parahnya lagi, wanita itu tiba-tiba tiada nafas! selaku manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi terus memberi pertolongan cemas kepada wanita itu."Terima kasih sebab tolong mak saya. Kalau tak mesti saya tak boleh beraya dengan mak saya tahun ni." Itu ucapan ikhlas yang keluar dari mulut seorang lelaki berjubah putih."Tak ada hal lah, pak ustaz.""Saya bukan ustaz..."Perkenalan singkat membawa kepada pertemuan yang sering dek kerana homestay yang didiami Hafiza betul-betul di sebelah rumah Harith. Namun, kegembiraan Hafiza tinggal di Kampung Wak Saliman tidak berkekalan.1 Syawal. Dia mendapat panggilan kecemasan mengenai papanya. Tanpa menunggu lama, dia segera memandu pulang. Pergi meninggalkan Harith tanpa pamit."Fiza cuma nak rehat, ya Allah..."لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا"Allah tak akan uji awak kalau Dia tahu awak tak mampu. Awak kuat, Hafiza."Apakah lanjutan kisah mereka? Adakah Harith dan Hafiza akan bertemu kembali? Sempatkah Harith mengungkapkan rasa yang bertamu di hati sejak kehadiran Hafiza di hidupnya? Bagaimana pula dengan penerimaan keluarga Hafiza yang mementingkan darjat dan keturunan? Mampukah Harith menjadi pilihan terbaik buat keluarga Syed Arsyad dan Syarifah Mardiah? Semuanya dalam THE CHOSEN.Start: 22 April 2023End:…

BUKAN MILIKKU

BUKAN MILIKKU

99,375 899 11

As known as Kerana Dia MilikkuApabila persahabatan yang dibina sejak kecil mula renggang dek halangan jarak, tinggallah Iman dan Faliq. Timbulnya masalah yang mendesak telah menyatukan hati mereka berdua. Namun, Iman tahu ini bukan jalannya. Persahabatan yang di bina suatu ketika dahulu hampir ke penghujungnya akibat hubungan halal yang di bina. "Susah sangat ke aku nak bahagia? " - IMAN DAYANA-Amirah muncul entah dari mana. Sejak dulu, dialah pemilik sekeping hati milik Faliq. Namun , kehadirannya membuatkan lelaki itu tidak tentu arah. Entah siapa yang harus dipilihnya. Sekali lagi dia pergi. Kali ini Faliq tekad. Dia tidak akan membuatkan gadis itu pergi sekali lagi. Isteri? Iman hanya isteri di atas kertas. Hati yang terluka langsung tidak dihiraukan."Jangan letakkan harapan yang tinggi pada aku. Kau akan sakit suatu hari nanti. Hati aku dah terukir nama dia." -MEGAT FALIQ-Susuk Faliq yang budiman ketika mereka bersahabat sudah hilang. Siapa sangka, saat dirinya di timpa pelbagai masalah, Allah hadirkan satu lagi ujian buatnya. Kali ini, Iman berserah pada Ilahi. "Maafkan aku,Iman." -NIK AMIRAH-Mampukah seorang wanita mengecapi bahagia yang diimpikannya meski dugaan sering melandanya? Mampukah sang lelaki melupakan cinta hatinya di saat sang isteri begitu baik terhadapnya? Mampukah mereka mempertahankan persahabatan mereka? Siapa pula lelaki yang muncul menghulurkan kasih buat Iman? Layakkah dia? Segalanya dalam BUKAN MILIKKU.Old story line: 1.1.2021 - 28.3.2021❤New story line: 29.12.2023 -…