𝟎𝟎𝟐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


━━━━━━━━┓ ✠ ┏━━━━━━━━

𝓐𝓴𝓾 memecut lari sehingga tibanya aku di hadapan pintu rumah.

Kunci dimasukkan  ke dalam tombol pintu, lalu daun pintu yang sudah tidak di kunci,aku tolak.

Aku tidak sabar mahu berkongsikan kejayaan dalam memperolehi markah penuh dalam setiap subjek yang melayakkanku pertahankan kedudukan nombor satu seluruh tingkatan dengan makcik.

Memang itu adalah suatu perkara yang sudah aku perolehi sejak dulu namun,aku senang sekali melihat wajah yang saban tahun dimamah usia itu mengukir senyuman manis khas untuk aku.

Terasa segala penat lelah berbaloi tatkala mengetahui ada jugaklah seseorang yang aku boleh kongsikan kebahagiaan bersama.

Saat aku ingin menyusun kasut sekolah di atas rak kasut, tangan aku terkaku seketika.

Dari sorotan padangan mata,dapat aku lihat beberapa  pasang kasut kulit milik lelaki yang tidak aku kenali.

Dalam fikiran tidak sudah-sudah memikirkan siapakah gerangan tetamu yang melawat di waktu-waktu sebegini.

Aku melangkah menuju ke ruang tamu dengan hati yang berdebar-debar.Atas sebab apa? Itu aku sendiri tidak pasti mengapa.

Makin lama makin terdengar beberapa suara asing memenuhi ruangan itu.

" Dia tak balik lagi ke? Gadis muda sepertinya tidak pantas dibiarkan seorang diri malam-malam begini. Apa akan terjadi jika dia ditimpa kecelakaan?"

" Patutkah kita pergi mencarinya?"

"Iya,Mari!We can't let our future lady suffered!"

"Hold on there, jikalaupun kita berpecah, kita tak tahu di mana lokasi dia berada?"

" That's the whole point of searching, idiot"

Aku mengerutkan dahi. Siapakah mereka ini?

Entah mengapa aku terasa agak jengkel mendengar perbualan yang  menjadikan diri ini topik utama mereka.

Apakah mereka ingat aku sekadar anak gadis  yang perlukan perlindungan?

Sangkaan mereka meleset sama sekali.

Aku adalah pemegang tali pinggang hitam dilengkapi seni pertahankan diri judo yang aku pelajari dari sensei di dojo berdekatan tempat kerja aku.

"Usah lah kalian khuatir.Sekejap lagi pulanglah Alessa.Dia jenis yang tepati waktu orangnya. Tidak pernah lagi dia pulang lewat ke rumah"

Aku mendengar suara lembut Makcik Rubella menegur.

Terasa diri ini di sayangi saat dia  membuka mulut mempertahakan aku dari dilabel sebagai gadis lemah.

Hanya Makcik Rubella sahajalah yang mengenali diri aku sebenarnya.

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Lalu dengan perlahan-lahan, aku memasuki ruang tamu yang dipenuhi oleh wajah yang tidak aku kenali selain Makcik Rubella.

"Makcik,saya dah balik," dengan wajah yang mendatar tanpa expresi aku cuba tunjukkan di hadapan tetamu yang tidak di undang.

Sepatutnya waktu-waktu sebegini aku sedang menghabiskan dengan bermanja dengan makcik aku!

Aku lihat wajah sungul wanita berusia itu mulai ceria.

Dengan bersemangatnya dia menarik lengan aku supaya duduk disebelahnya,menghadap beberapa orang tetamu yang tidak  disenangi.

"Siapa mereka sebenarnya,makcik?" Pelipis aku berkerut seribu.

Satu persatu wajah kacak jejaka-jejaka lengkap bersut hitam macam dalam movie Men in Black aku tenung tanpa perasaan. Aku masih lagi tidak punya memori tentang mereka.

Jejaka berambut merah menyala berserta senyuman nakal bermain di bibirnya mula membuka mulut terlebih dahulu," oh,it's so nice to finally meet you, sweetie. It's been such a long,long hours of torture waiting you..."

Telapak tangannya ditekap rapat di bahagian jantung sambil mengeluarkan kata-kata yang mampu membuatkan seluruh badan aku menggigil kesejukan.

Ini lagi teruk dari kedinginan musim sejuk!

━━━━━━━━┓ ✠ ┏━━━━━━━━

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro