𝟎𝟏𝟐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


━━━━━━━━┓ ✠ ┏━━━━━━━━

"𝓐𝓹𝓪 yang kamu cakapkan ni? Mengarutlah! Makcik dah anggap kamu seperti anak kandung makcik sendiri!"

Makcik Rubella terus menerkam tubuh aku.

Bahunya terhingut-hingut menahan tangisan.

Aku menggosokkan bahunya.

Dengan harapan, aku dapat menenangkan emosi bergelodak wanita berusia itu.

"Tapi saya kan orang luar? Kenapa makcik sanggup menjaga saya? Tiada keuntungan yang makcik dapat?" Iya, aku tahu soalan yang aku ajukan tu kendengaran sinis namun aku betul-betul tidak memahami tindakkannya.

Bukankah manusia berbuat baik semata-mata untuk mengaut keuntungan?

"Alessa jangan cakap begitu. Kamu amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh nenek kamu kepada makcik. Juga, kamu satu-satunya anak yang dikandung oleh Rysha ,kawan baik makcik sendiri. Tak terlintas difikiran makcik mahu ambil kesempatan atas nasib kamu untuk mengejar kemewahan. Bahkan, makcik sedar dimana kamu dibawah penjagaan makcik...semuanya serba serbi kurang malah kamu juga terikut pikul sekali beban kami"

Teresak-esak dia cuba menerangkan disebalik soalan naif aku.

"Takdelah makcik. Saya sedar sebagai orang yang menumpang, saya juga kena menabur bakti untuk membalas budi makcik yang dah besarkan saya..." Jawab aku dengan nada perlahan.

Walau aku dibesarkan tanpa kemewahan mahupun kasih sayang yang lengkap dari ibubapa, aku tetap membesar menjadi manusia yang kenal erti kehidupan.

Aku cuba mengukir senyuman manis buat makcik Rubella. Pipinya aku tekap dengan lembut.

" tambahan juga, tidakkah saya membesar dengan sihat,cantik, bijak dan segala sifat-sifat terpuji hasil didikan makcik sendir?hmm?lihat lah produk keluaran Rubella Addison "aku cuba berjenaka.

Walaupun tubir mata ikut sama banjir dengannya.

Kami berdua menangis sambil berpelukan. Lama.

"Eh, dah pukul berapa ni? Alessa kamu dah lambat!" Teriak Makcik Rubella sambil menolak tubuh aku.

Nasib tak tergolek jatuh kerusi tadi.

"Kalau macam tu, saya gerak dulu makcik"

"Eh, tunggu ni bawak bekal makanan. Tadi kita bersembang sampaikan kamu terlupa nak sarapan" bekas berbalut kain itu disua ke arah aku.

Melihat corak-corak bunga daisy kecil yang berbalut pada bekal makanan ditangan aku ni sedikit sebanyak mencuit hati aku.

Teringat kembali ketika aku pergi ke tadika, makcik Rubella juga bekalkan aku dengan pembalut yang sama coraknya.

'if only time could be reversed...I want to go back to time where I'm just a little girl'

Aku mengeluh perlahan sambil mendongak memandang langit yang mulai cerah di pagi dingin nan Febuari.

•◦ೋ•◦❥•◦ೋ•

"Alessa hidangkan ni dekat meja nombor 24" arah Jane, si tukang pembuat air.

Aku sebagai pelayan biasa hanya  akur.

"Ini dia pesanan tuan, please enjoy your meal"  kataku sambil menunduk. Dulang di ambil setelah pesanan terakhir di letakkan atas meja.

"Cik Alessa, you have worked hard " pujian bersulamkan nada lembut itu menyentak tangkai hatiku.

Dengan mata yang membulat, aku mengangkat wajah memandang si pemberi pujian .

Huh...?!

Meja yang terletak berdekatan cermin gelas itu dikelilingi oleh figura lima jejaka yang memporak-perandakan hidup aku malam semalam.


Patutlah harini macam terlebih padat macam tin sardin cafe itu di kunjungi oleh ramai pelanggan wanita.

Sebab mereka inilah!

━━━━━━━━┓ ✠ ┏━━━━━━━━

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro