𝟏𝟓- 𝐇𝐚𝐭𝐞 𝐇𝐢𝐦

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


TELINGA sudah berasap. Wajah putih bersih itu bertukar merah. Merah kerana apa? Malu?hell no.

Lambat lagilah dia nak rasa malu dengan si iceberg tu!

Jauh panggang dari api!

Si putera malaun tu ingat, dia tengah panggil apa? Kucing? Haiwan perliharaanya?

Macamlah Veronica nak sangat ikut cakap dia macam lembu dicucuk hidung. Please, lambat lagi.

Nafas ditarik. Cuba untuk menenangkan hati yang semakin hari menjadi bara api melayan karenah jejaka itu.

Dia meneliti  kawasan sekeliling yang dipenuhi oleh pengawal diraja.

Ok, memang bukan tempat yang sesuai untuk dia meletus seperti tadi. Veronica agak kesal kerana dia sudah hampir- hampir sahaja hilang sabar sepenuhnya.

"Maafkn patik tuanku. Patik tak dengarlah sebab patik ni macam dah lama tak korek telinga patik ni. Izinkan patik mengundur diri" tubuh genit itu menunduk dengan elegant. Nada suaranya kendengaran sangat plastik.

Sejurus selepas menganjing tuan putera dengan cara paling halus, Veronica sempat memberikan sebuah hadiah.

Jari tengah ditunjukkan betul-betul dihadapan Putera Freud sambil tersenyum manis.

Terkedu Putera Freud dibuatnya. Dia tidak memahami maksud disebalik tindakan gadis kecil itu.

"H-hey apa maksud kau...?"

Belum sempat dia bertanya, kelibat gadis bersurai emas itu berdesup hilang dari pandangan matanya.

Rambut yang disisir kemas digaru kasar. Tak pasal-pasal kepalanya serabut memikirkan tingkah laku aneh milk anak tunggal Marquis Irven.

"Perhaps, it's a secret code? Just both of us know it?" Desisnya perlahan.

Dagu digosok perlahan. Terlakar sebuah sengihan kecil di wajah yang di katakan beku sepanjang masa tak kira musim.

Dia terhibur seorang diri dengan hipotesis yang direka.

Pengawal diraja yang bertugas untuk melindungi putera mahkota mereka dari jauh itu terlihat sudah pucat mukanya.

Mana taknya, tidak pernah lagi mereka melihat putera itu tertawa apatahlah lagi tersenyum riang!

Perubahan ketara yang ditunjukkan oleh sang putera boleh dilihat dengan jelas sekali bagi mereka, rata-rata pekerja di istana.

Semua sepakat membuat suatu spekulasi.

Adakah matahari bakal terbit dari arah Barat?

*********

Benci! Benci! Benci!

"Argh, bencinya!" Teriak Veronica seorang diri setelah berjaya melarikan diri dari si putera sewel itu.

Kini, memang ternyata dia sangat menyesali tindakan dia sebentar tadi.

Kenapa lah dia baik hati sangat hanya bagi jari tengah je? Kenapa tak tendang dia dekat tempat sensitif tu?Hmph, biar takde pewaris dah!

Bertalu-talu soalan menyerang benak fikiran Veronica.

"Ah, buang masa aku je fikir pasal malaun tu. Baik aku buat sesuatu yang lebih berfaedah" gumamnya.

Dia cuba menggali kembali memori dan data permainan yang tersimpan kemas dalam kotak fikirannya. Kot-kot ada yang berguna untuk mengisi waktu lapang.

Nak buat apa ye?

"Hah!"

Mata biru laut itu bersinar terang. Dia baru teringat! Dia belum lagi meluaskan pandangan dan pengalamannya selain dari rumah agam milik keluarga villainess. Serasanya ada pekan yang terletak berdekatan.

Dagu diusap perlahan. Dia sedang memikirkan rancangan untuk seludup keluar dari rumah agam itu tanpa disedari oleh sesiapa pun.

"Cepatlah otakku yang geliga lagi cerdik pandai...think of something!" getusnya perlahan.


"Think of what, milady?" Soal suatu suara dari arah belakang.

"Opocot mak kau katak!"teriak Veronica tanpa sengaja.

Dada dipegang kejap. Aigoo, kenapa ek si Charles ni suka sangat masuk tak ketuk pintu dulu?bebel Veronica dalam hatinya.

"Kenapa masuk tak bagi salam, Charles?!" Marah Veronica.

"Lah, saya dah ketuk tadi sebelum masuk sampai lenguh tau tangan saya? Cik muda tu yang tak dengar...." Charles mencebik sayu.


Veronica memegang kepalanya yang sudah berdenyut-denyut. Peninglah macam ni!

"Cik muda marah ke...?" Tanya Charles dengan perlahan. Matanya terkebil-kebil memandang Veronica.

Gadis bersurai emas itu memalingkan wajah ke tepi.Tak sanggup untuk bertentang mata dengan pemuda berwajah seperti anak kucing yang ditinggalkan oleh tuannya.

"T-takdelah. Lain kali jangan buat lagi"pesan Veronica.

Sepantas kilat wajah yang suram itu mulai berubah ceria.

"Terima kasih cik muda! Semakin hari cik muda semakin baik hati!"

Veronica memutarkan bebola matanya.

'kau pulak makin hari makin tak takut dengan aku eh?' perlinya dalam hati.

Kalau dahulu, boleh dikatakan nak diajak berborak pun dah macam nak ajak gaduh, sekarang ni? Haih, inilah manusia.

"Anyways, what's the matter that you came into my room?" kedua-dua belah tangannya disilang. Kening di angkat penuh tanda tanya.

Charles menepuk dahi. Masakan dia boleh lupa tujuan utamanya 'mecerobohi' bilik cik muda?

"Oh, ini hah,Tuan Besar menyuruh saya serahkan kad undangan ke majlis Ulang Tahun kelahiran baginda Putera Mahkota Freud yang ke-12 tahun kepada cik muda"

Kad undangan yang kelihatan sangat mewah bersaluti debu emas di sekelilingi permukaan depan itu di pandang tanpa secuit perasaan teruja.

Boleh tak dia nak bakar kad tersebut sehingga menjadi abu? Boleh tak? Bibir diketap geram.

Perlu ke dia mengikuti setiap jalan cerita yang akhirnya mengundang 'Penamat Buruk' buat dirinya?

"Urm?cik muda mengelamun ke?"

Soalan penuh keperihatinan yang di lontarkan oleh Charles menyentak lamuan Veronica. Dalam fikirannya hanya dipenuhi dengan seribu satu rancangan untuk memusnahkan 'bukti' yang masih lagi ditangan jejaka itu.

"Ambilah kad ini cik muda..."rayu Charles. Penat sudah tangannya dari tadi menghulur kad undangan itu, namun sampai kesudah cik mudannya tak ambil.

Veronica mengeluh perlahan. Kepalanya ditunduk memandang lantai. Ingin mencuba nasib.

"Kalau saya tak pergi majlis itu...tak boleh ke?"

Hampir-hampir sahaja rahang Charles terjatuh. Dia tak salah dengar kan?

"A-apa maksud c-cik muda?"

"Charles, kalau saya tak pergi takpe kan?kan?" Kepalanya diangkat sedikit.

Charles meneguk air liurnya yang terasa agak kesat di celah kerongkong.

"Tapi bukan ke cik muda tunang baginda?"

Mahu sahaja Veronica menghumban butler itu ke dalam perigi buta. Ada ke patut dia mentioned pasal hal itu?

"Bukan tunang .'Bakal'. Masih lagi dalam perbincangan"

"Tapi sama sahaja kan kedua-duanya?"

"That's it Charles. Enough" 

"Eeii, maafkan saya cik muda! Saya telah melampaui had!"

Veronica tersenyum pahit. Secara zahirnya dia tidak terkesan namun batinnya meraung untuk tidak dipadankan dengan putera malaun itu . Dia sama sekali tidak bentah dengan idea pertunangan mereka.

"Takpe. Then again, I don't really mind"

I do actually. Bisik hatinya.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro