𝟏𝟗- 𝐓𝐡𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐧𝐞𝐝

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SESAK NAFAS.

Itu yang dia rasakan sekarang ini. Sesi membuat tinjauan secara Han Solo kini bertukar menjadi Han Duo.Semua bagaikan mimpi ngeri buat Veronica.

Mana taknya bila langau sudah melekat di sebelah, semua benda nampak tak kena dekat mata.

Disebabkan Veronica tidak menumpukan perhatian dekat jalan, tidak semena-mena tubuh genitnya hampir-hampir sahaja dilanggar oleh kereta kuda yang melintasi mereka berdua.

"Woi,kau buta ye? Berapa banyak kali aku dah cakap jalan pakai mata bukan pakai lutut,sengal" Bebel Putera Freud.

Tangannya merangkul tubuh gadis itu sekuatnya. Setelah memastikan gadis di hadapannya tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal barulah dia mengeluh kelegaan.

Veronica terkebil-kebil. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dirinya masih keliru.

Adakah dia baru sahaja hampir kena lenyek macam kentang putar sebentar tadi?

Wait...

Persoalan terbesar abad ini,adakah dia baru sahaja diselamatkan oleh si penyangak bermulut laser?

Lagilah terkejut tahap tak terkata Veronica dibuatnya.

Melihat keadaan gadis bersurai emas yang tidak menjawab seperti selalu ketika dia menyindir,tahulah dia bahawa gadis itu masih lagi belum kembali ke alam nyata.

Entah apa yang dia berangankan tu, Putera Freud malas nak ambil tahu.

Putera Freud menggelengkan kepalanya penuh kesal.Susah lah jaga budak yang suka berangan tak kena tempat ni. Klutz.

Dia menjentik dahi licin itu dengan perasaan geram.

Tiada respond. It's seems she's quite broken. It's all that bastard fault...

Mata hijau zamrud miliknya mencerlung tajam mengekori kereta kuda yang hampir-hampir sahaja meragut nyawa gadis kesukaannya.

Mulutnya terkumat-kamit membaca 'magic spells' dan pada ketika itulah tayar kereta kuda sudah terburai dari badannya.

Disebabkan gagal mengawal pedati, pemaandu kereta kuda tersebut sudah hilang kawalan lalu merempuh kandang biri-biri yang berdekatan.

kemalangan kecil itu menyebabkan keadaan sekeliling menjadi huru-hara. Biri-biri yang terlepas dari kandang mereka ,mulai melarikan diri. Akhirnya mereka bebas!

"Eh, apa yang dah terjadi ni?" Tanya Veronica dengan blur. Roh nya sudah selamat kembali  ke jasad tatkala tadi baru sahaja hampir terbang tak balik-balik.

"It's nothing you should concerned about. Dahlah jom" tangannya menarik Veronica melusuri jalan bertentangan.

"Eh? Kita nak pergi mana ni? Aku tak cakap pun nak ikut kau" Veronica mengetap bibirnya.

"Jalan-jalan. Kau nak sangat kan tengok pekan ni macam mana keadaan dia, so aku bawak lah. Bersyukur sikit orang dah tolong tu" bidas Freud dengan selamba.

Pegangan tangannya dieratkan lagi takut-takut kejadian sebenar tadi berulang kembali.

"Eh, siapa yang suruh kau tolong aku?I can go on my own! Lepaslah!"

"...And let you get hit by the carriage again? Hell no"

"Apa masalah kau ni sebenar,tuanku? Sejak bila kau amik berat pasal aku ni?" Tanya Veronica dengan nada yang keliru.

Bukan ke putera sewel ni lagi suka kalau dia ditimpa malang? Sejak bila dah install empati dalam diri tu?

"Salah ke aku nak ambil berat fasal diri kau? Aku tak cukup layak ke?" Gumam Putera Freud. Hatinya diselubungi suatu perasaan  aneh.

Apakah ini?

"Hah,apa tuanku cuba cakapkan? Boleh tak cakap kuat sikit. Nak saya sediakan microphone pulak ke?"sindir Veronica.

Sudah dia cuba dekatkan diri dan memasang telinga seluas gajah tapi tidak mampu nak menangkap butir bicara si putera itu.

"Tsk,forget it! It's useless to talk with such an idiot girl like you" dia menunjal dahi Veronica lalu berjalan ke hadapan, meninggalkan gadis itu kesendirian.

Veronica mencebik. Ingat dia merajuk aku nak pujuk? Ceh, macam perempuan lah perangai nya. Baru sahaja Veronica mahu berpatah balik ke arah jalan utama, suara beku itu menegur,

"Kau, kalau kau tak ikut aku pastu memandai jalan sendiri aku akan bocorkan pasal hal ni dekat parents kau. Kau nak diaorang tahu ke anak kesayangan yang diaorang percaya duduk diam dekat rumah boleh senyap-senyap keluar? Hmm?"

Ugutan berupa raja syaitan itu berjaya melenyapkan perasaan memberontak dalam diri Veronica. Wajahnya pucat lesi. Dia patut tahu akan hal yang satu ini! Putera itu walaupun  belum matang seperti dirinya 10 tahun akan datang,dia masih lagi Black Bellied Prince¹ seperti karakternya dalam game!

Veronica sedar yang dia sudah alpa akan perihal dirinya yang sudah pun ter- transmigrasi ke dalam game kerana keadaan di dalamnya sungguh realistik, mekanisme defensi nya mulai luntur seiring waktu. Sudah berapa lama sejak dia bangun sebagai Veronica? Sebulan? Dua bulan? Ah, dia sudah tidak mampu menghitung waktu.

"Jadi,tuanku nak apa sebenarnya dari patik?" Tanya Veronica dengan nada tertahan-tahan. Penumbuk dikepal-kepal penuh dendam.

Putera Freud tersenyum sinis. Walaupun wajah itu tersenyum namun senyuman itu tidak sampai ke mata. Plastik.

" Kau dah lupa perjanjian yang telah kita buat sebelum ini? Where is your responsibility?"

"Our deal? But it wasn't my fault at the first place!" Teriak Veronica. Kenapa perlu gunakan 'guilty card' di saat itu juga? Kenapa perlu bangkitkan isu perjanjian yang termenterai dahulu kala itu?

"The deal is, you're going to be my fianceè. I still had three wishes. Kau nak aku gunakan permintaan itu ke sekarang ni dekat kau?" Penuh sarkastik dia membalas.

Tubuh Veronica terketar-ketar menahan marah. Memang, memang dia suka sekali menaikkan darahnya. Memori beberapa minggu lalu terimbau kembali.


Glossary

¹-Black belly"/ 腹黑(fu hei) is a common term used to describe a character's personality in c-novels. Literally, it means stomach black and is usually used to mean that someone is secretly quite evil/sly/manipulative, because you will only know that the person is black belly after being eaten up

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro