𝟐 - 𝐁𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐍𝐞𝐰 𝐌𝐞

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Agaknya, semua watak-watak dalam permainan video ni kacak bergaya dan cantik sangat ke?

MELISSA kembali semula di bilik yang tadinya dipenuhi oleh orang-orang yang tidak dikenali.

Tetapi yang peliknya hanya tinggal seorang lelaki kacak berketinggian dalam seratus tujuh puluh sentimeter yang berpakaian seperti seorang butler.

Umurnya dalam lingkungan lapan belas tahun itu berdiri di penjuru katil bersaiz Queen miliknya.

"Cik muda Veronica sudah bangun? Baguslah kalau begitu. Pemeriksaan yang doktor jalankan ke atas Cik muda menunjukkan reaksi positif.Hati saya kini lega bila cik muda sudah mula sedarkan diri "

Butler misteri tersebut melemparkan senyuman manis kepada Melissa.

Agak terpaku Melissa dibuatnya melihat senyuman yang indah di berikan kepadanya.

Melissa hanya mengangguk perlahan. Senyuman butler yang menjaganya sedari tadi di balas dengan janggal.

Pelik bila seseorang memanggilnya dengan panggilan 'cik muda' kerana selama ini dia cumalah gadis yang biasa-biasa.

Oh terlupa, dia sekarang ini merupakan Veronica Ivern. Puteri tunggal di kediaman Marquis Ivern III. Sebetulnya, dia perlu biasakan dirinya dengan panggilan 'cik muda' mulai saat ini. Tekadnya.

Supaya nanti dirinya tidak terasa canggung bila tiba-tiba dipanggil sebagai cik muda.

Tidak mahu kalau rahsia besarnya terbongkar yang dia sebenarnya bukan 'Veronica' tetapi Melissa. Perlu dia pastikan bahawa segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Seingatnya, butler yang berdiri di hadapannya merupakan butler peribadi 'Veronica' yang menjaga segala hal berkaitan dirinya.

Ingatan Melissa semasa dia bermain permainan video itu ada memberitahu profile nama-nama watak utama sehingga watak sampingan.

Tidak syak lagi, nama butler tersebut merupakan Charlie Treven .

'No wonder, I seems likes I've seen him somewhere', getusnya dalam hati.

Wajah lelaki muda yang mulai matang dihiasi sepasang mata berwarna biru cerah yang terpancar sinar kelembutan tatkala memandang Veronica seperti sang abang yang memandang adiknya.

Warna rambutnya hitam seperti arang.Rambut depannya yang kelihatan panjang sedikit menutupi kedua-dua belah matanya.

Agaknya, semua watak-watak dalam permainan video ni kacak bergaya dan cantik sangat ke? Ia merupakan sebuah kejutan budaya buat Melissa.

Lagi satu perkara yang perlu dia biasakan selain daripada penukaran panggilan diri.

Melissa mengeluh perlahan sambil mengingati perilaku 'Veronica' yang dahulu sebelum dirinya mengambil alih badan watak tersebut.

Encik butler Charlie di layan dengan teruk seperti hamba abdi walaupun diperlakukan sebegitu rupa, Charlie tetap bertahan dan bersabar dengan kerenah Veronica.

Bibirnya di ketap perlahan. Sungguh, Melissa sangat bersimpati dengan nasib Charlie.

Identiti Melissa sekarang sudah bertukar menjadi 'Veronica' yang baharu! Kalau dahulu dalam permainan video, Veronica seorang gadis yang sombong,tidak berhati perut, bongkak dan kurang ajar.

Sekarang bila Melissa sudah mengambil alih sepenuhnya diri Veronica, dia akan menjadi dirinya sendiri tetapi dengan identiti yang lain.

Dia akan melayan orang-orang yang menyayanginya dengan baik dan penuh hormat!

Melissa memegang kepercayaan 'A tooth for a tooth. An eye for an eye' berbuat baik kepadanya akan dia balas dengan perbuatan baik.

Namun, kalau sebaliknya, Melissa akan mengeluarkan bisanya seperti sang ular!

"Urmm, Encik Butler Charlie ... Boleh panggilkan ibubapa saya?,"dengan sopan dan lemah lembut Veronica a.k.a Melissa menyoal.

Riak wajah Charlie jelas terkejut dengan perubahan sikap cik muda yang selama ini dia jaga sejak dari kecil lagi.

Kanak-kanak yang baru sahaja mencecah umur lapan tahun tersebut memandangnya dengan pandangan lembut dan bukan lagi pandangan yang beku dan jelak seperti dahulu.

Charlie tersenyum kembali. Automatik tangannya diletakkan di atas kepala Veronica lalu digosok lembut rambut itu.

"Baiklah cik muda. Saya yang menurut perintah. Sebentar lagi saya akan panggilkan Tuan dan Puan Besar. Cik muda berehat lah dahulu"

Veronica membalas dengan menghadiahkan Charlie sebuah senyuman yang manis.

"Terima kasih dan maaf sebab menyusahkan Encik Butler Charlie "

Mendengarkan kata maaf yang diluahkan oleh cik mudahnya membuatkan Charlie menggelengkan kepala dengan laju.

"Eh, sudah menjadi tugas saya sebagai butler peribadi cik muda!"

Charlie tersentak. Dia akhirnya menyedari bahawa tangannya masih lagi berada di atas kepala cik muda Veronica.

Dia dengan segera mengalihkan tangannya.

Wajah Charlie berubah menjadi pucat seperti seluruh darahnya habis dihisap vampire.

"Maafkan saya cik muda kerana melampaui batas antara cik muda dan seorang butler yang hina ini"

Habis saja ayatnya terluah, Charlie menundukkan tubuh, tepat sembilan- puluh darjah di hadapan Veronica.

Veronica tergamam. Dia tertawa kecil melihat telatah Charlie yang menggelabah tak tentu pasal macam biawak.

'Erk, agak-agak kat sini ada biawak tak? '

"Encik Butler Charlie tak perlulah takut sangat. Alah, sekadar diusap dikepala je pun. Takkan tertanggal pun kepala saya ni. Lagipun, saya suka! "

Sekali lagi senyuman semanis madu dihadiahkan kepada Charlie.

Charlie sudah tidak mampu bereaksi macam mana lagi dah. Dia hampir-hampir mahu pengsan di situ juga dek penangan kecomelan cik mudanya.

Dengan sepantas kilat, Charlie berjalan pantas keluar dari bilik cik mudanya.

Pintu dikatup dengan perlahan dan tidak semena-mena kakinya melurut jatuh ke bawah seperti agar-agar .

Dia terduduk lemah bersandarkan pintu bilik cik mudanya sambil mulutnya ditekup dengan kuat.

Kedua-dua belah telinganya berasa panas dan dia amatlah pasti sudah bertukar menjadi warna merah semerah udang galah!

Hatinya mulai cair dengan perubahan sikap cik mudanya.

Kalau dahulu, hendak tersenyum sedikit pun terasa susah buat Cik muda Veronica dan kini, senyuman manis yang diberikan
sebentar tadi oleh cik muda Veronicanya akan tetap tersemat di dalam memori Charlie buat selama-lamanya.

'Siapa kanak-kanak tadi? Dia bukan cik muda aku! Tetapi... Dia tetap cik muda Veronica. Kenapa sikapnya sudah berubah 360 darjah?'

Charlie menjerit di dalam hati. Seakan-akan tidak percaya dengan perubahan mendadak yang ditunjukkan oleh cik mudanya.

Pembantu-pembantu rumah yang lalu lalang di sepanjang koridor bilik Veronica memandang Charlie dengan pandangan yang pelik.

"Apa kena dengan si Charlie tu?"

"Baru lepas kena marah dengan cik muda Veronica kot?"

"Ah, aku dengar cerita skru kepala cik muda dah tercabut...tu yang jadi tak betul"

"Hah, korang sempat lagi mengumpat eh? Kalau saya report korang baru lepas kutuk cik muda dekat tuan besar..."

"T-tak! Kami takkan cakap lagi lepas ini,Puan Marcia!"

Sementara itu di bilik Veronica...

Veronica terdiam seribu bahasa setelah pintu biliknya ditutup oleh Charlie .

Dahinya berkerut seribu melihat perilaku pelik butler tersebut.

Mata bundarnya masih tidak beralih daripada memandang pintu bilik yang ditutup oleh Charlie sebentar tadi.

'Apa yang salahnya? Sekadar menggosok kepala? Agaknya 'Veronica' yang dahulu tidak suka bergaul dengan golongan orang bawahan,'bisik hati Veronica.

Dia mengusap bawah dagunya dengan perlahan-lahan sambil membuat analisis terhadap keadaan yang berlaku sebentar tadi.

Dia membuat spekulasi sendiri memandangkan Charlie sendiri bersungguh-sungguh meminta maaf.Veroinca dapat menyimpulkan bahawa, perkara ini perlu diubah!

Tiada lagi perbezaan darjat antara Cik muda dengan orang bahawannya. Akan dia layan semuanya dengan sama rata. Itu tekad yang ditanam olehnya, Veronica baru!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro