𝟑- 𝐂𝐮𝐫𝐢𝐨𝐬𝐢𝐭𝐲

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hurmm, macam mana ya eh agaknya rupa sebenar 'Veronica'?

SETELAH bosan menunggu di bilik yang di huninya, Veronica mengambil keputusan untuk menjelajah seluruh isi bilik tidur yang serba mewah.

Unsur-unsur seperti dalam era Pertengahan Abad Ke-18 England di terapkan sekali.

Matanya di lilaukan ke sana sini untuk melihat dengan lebih teliti struktur bilik tidur tersebut.

Semuanya kelihatan mewah dan...berwarna pink. Sesuai untuk kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun sepertinya.


Ugh, sejujurnya kurang sesuai untuk Melissa sebenarnya. Yelah,rohnya yang berumur dua puluh lapan tahun dicampur lagi dengan umur 'Veronica' yang sudah menjadikannya memasuki three series.

'Tapi, Ewwww... pink? Kenapa dalam banyak-banyak warna, Si Veronica ni suka pink?!'

Tapi, tidak apalah. Di beri peluang untuk hidup untuk kali yang kedua Melissa akan cuba memanfaatkan sebaiknya. Walaupun terpaksa hidup dengan warna pink yang terlampau girlish.

Veronica a.k.a Melissa mendongakkan kepalanya ke atas. Dia berasa terpegun dan takjub bila melihat ada satu lagi tingkat atas untuknya naik. Dia mencari-cari anak tangga yang menuju ke tingkat atas bilik tersebut.

Di penjuru kiri bilik tersebut terdapat dua buah anak tangga yang menuju ke tingkat atas.

Veronica tersengih lebar. Nampaknya niatnya untuk melangkah ke tingkat atas akhirnya tercapai.

Dengan pantas, dia melompat turun dari katil empuk itu. Elok katil itu terletak di tengah tengah bilik, bertentang dengan sebuah tingkap kaca yang kelihatan agak besar.

Bahagian sisinya bersalut emas seperti lingkaran bunga ros di sekeliling tingkap itu.

Veronica berjalan melepasi sebuah pintu gerbang diperbuat daripada kayu jati berwarna coklat gelap yang terletak berdekatan dengan tangga.


Dia terhenti seketika sebelum mengambil keputusan untuk membuka pintu yang telah menaikkan rasa ingin tahunya melebihi tingkat atas yang misteri.

Sambil menyelam sambil minum air.

Alang-alang nak naik tangga apa salahnya tengok-tengok sekejap apa yang ada disebalik pintu bilik itu?

Tangan kecilnya memulas tombol pintu tersebut dengan teragak-agak.

Agaknya kalau dia pulas tombol pintu tu, keluar raksasa tak?

Atau, ada portal di sebalik pintu tersebut yang menuju ke dunia 'Underworld'?

Fikiran nakal Veronica semakin menjadi-jadi.

Veronica memejamkan matanya dengan rapat sambil menolak pintu yang sudah dibuka. Setelah berasa sedikit berani, barulah dia membuka matanya.

Alangkah terkejutnya Veronica dengan pemandangan yang terbentang di hadapan matanya.

Mulutnya yang terbuka luas seperti gua tidak mampu terkatup walaupun berkali-kali tangannya menyentuh dagunya kerana berasa sangat terpegun dan teruja.

Apa yang berada disebalik pintu tersebut adalah sebuah bilik yang dipenuhi pakaian dari perhiasan rambut sehingga kasut yang mewah dan cantik-cantik belaka.


Fuh, sekali pandang macam dekat pusat beli-belah lagaknya.

Baju gaun yang pelbagai rekaan dan gaya tersusun mengikut warna dari atas siling ke bawah. Bahagian bawahnya pulak kasut-kasut comel dan cantik rapi disusun.

'Wow, untungnya Veronica... sudahlah mempunyai ibubapa yang baik dan ambil berat tentangnya. Ditambah pula butler peribadi yang kacak bergaya. Hurmm, sekarang ni... bilik persalinan sendiri yang mengikut musim dan akan ditukar mengikut peredaran fesyen? Haih, mengapalah Veronica akhirnya mejadi watak antagonis? Apa sebabnya? '

Bisik hati Melissa. Dia masih lagi tertanya-tanya apakah membuatkan watak Veronica itu menjadi watak jahat.

Mungkin sudah ditetapkan dalam permainan video kot?

Sejujurnya hatinya sarat dengan perasaan cemburu dan penuh dengan rasa terkilan. Tetapi dia kini sedar bahawa tiada gunanya semua itu disimpan dalam hati lagi kerana dia kini sudah pun menjadi 'Veronica'.

Setelah puas mencuci mata melihat seluruh isi bilik persalinan tersebut, akhirnya Veronica membuat keputusan untuk menyambung semula niatnya yang terbantut untuk naik ke tingkat atas bilik itu.

Dengan penuh tertib dia menutup pintu bilik tersebut secara perlahan. Seakan-akan takut pintu bilik tersebut akan tercabut jika diperlakukan dengan kasar.

Perasaan teruja yang tadinya membara dalam hatinya hadir semula pabila mengenangkan kembali tingakat atas yang misteri belum diterokainya lagi.

Sejurus selepas itu, Kaki pendeknya mengorak langkah menaiki anak tangga satu persatu.

'Apa agaknya eh yang ada di tingkat atas?,' Bisik hati Veronica dengan teruja.

Akhirnya kaki pendeknya sudah mencecah di anak tangga yang terakhir. Selangkah lagi dia akan menjejakkan kakinya di tinggal dua.

Sekali lagi mata bundar milik Veronica bersinar-sinar dengan kegembiraan yang tidak digambarkan dengan kata-kata.

Di hadapannya merupakan sebuah ruang yang di penuhi peralatan magis dan nampak gayanya kelihatan lebih kurang seperti bengkel yang dipenuhi mesin-mesin menghasilkan magis yang hanya digambarkan dalam setiap cerita dongeng dan anime yang sering dilihat Veronica semasa dia menjadi Melissa ketika kehidupan nya yang lalu.


'Wow, hebatnya! Fufufufufu, nampaknya ada satu lagi kelebihan yang aku ada untuk elakkan diri daripada mendapat Penamat Buruk iaitu mengasah bakat aku dalam bidang magis! Good job myself!' dengan bangganya Veronica memuji dirinya sendiri.

Veronica mengambil keputusan untuk meneroka dengan lebih teliti ruang bengkel peralatan magis itu di kemudian hari. Badanya masih lagi terasa lesu dan memerlukan rehat yang secukupnya.

'Tidak apa lah. Esok-esok ada masa lagi...Buat masa sekarang rehatkan badan dan minda dulu'

Pujuk Veronica kepada dirinya sendiri. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia memulakan operasi mempelajari dan memahami peralatan-peralatan magis yang tersusun dengan kemas di dalam kabinet-kabinet di penjuru ruangan tersebut.

Sudahnya Veronica menuruni setiap anak-anak tangga dengan perasaan sedikit hampa. Dia berjalan melepasi pintu 'Syurga Pakaian' sebentar tadi tanpa menoleh unuk kali yang kedua

'Hurmm, macam mana ya eh agaknya rupa sebenar Veronica'

Dalam permainan video tidak pula digambarkan rupanya bagaimana.

Cuma hanya menjelaskan bahawa Veronica hanya watak yang menyusahkan Heroine.

Tertanya-tanya jugalah Melissa yakni Veronica dengan rupa sebenarnya.

Veronica mencari-cari jikalau di dalam bilik tersebut mempunyai cermin.

Akhirnya dia mengukir senyuman puas. Dilihatnya dari ekor mata, terdapat sebuah cermin panjang berdiri dengan megah di sudut bilik mewah yang luas itu.

Segera Veronica berjalan dengan pantas menuju ke cermin yang melebihi ketinggiannya.

Apa yang terpantul dicermin tersebut adalah figura seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel seperti anak patung. Rambutnya yang berwarna keemasan seperti bebenang emas lurus dan beralun melepasi paras bahunya diikat dengan reben bercorak bunga.

Anak mata yang berwarna biru laut menambah kan lagi kecomelnnya bersama-sama bulu mata yang panjang dan melentik.Dipayungi oleh kening yang seakan-akan dilukis dengan sempurna.

Fuh, lihatlah! Kulit yang putih kemerahan seputih salju dan gebu. Pipi yang kelihatan berisi dan licin memang membuatkan rata-rata orang dewasa tertawan untuk mencubitnya.

Matanya merenung pula bahagian wajah. Hidung yang mancung dan bibir yang kelihatan seperti buah ceri sesuai dengan bentuk wajahnya yang kelihatan seperti telur yang dikupas kulitnya. Halus dan mulus.

'Ini aku ke?'

Dengan rasa tidak percaya Veronica mempersoalkan rupa parasnya yang sekarang. Jauh beza dengan dirinya yang dahulu semasa menjadi 'Melissa'.Perbezaan yang ketara bagai langit dan bumi!

Veronica membulatkan kedua-dua belah matanya yang bundar. Pantulan tersebut meniru gayanya. Sahlah, kanak-kanak perempuan yang kelihatan seperti anak patung itu adalah dia! Tangan yang montel dan gebu itu ditekapkan di kedua-dua belah pipinya yang seperti pau. Pantulan di dalam cermin turut serta memimikkan perilakunya.

Memang betullah!

**********

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro