🧸 16| Trust

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hey Aara."

Aara menoleh ke arah pintu dengan wajah tenang dipamerkan walaupun tak sedap hati.

Hana and the geng is back!

"Aku rasa kau yang suruh Sofeya dan Nadia datang rumah aku konon konon nak bagi aku amaran jangan sakitkan kau lagi or lagi tepat jangan hadap muka kau lagi. Tapi tak sangka kau yang tercari-cari aku. Rindu eh?" Diakhir dengan gelak sinisnya sambil memandang mereka bertiga.

"Kau ni tak padan sakitkan. Patutnya kau ikut je member lama kau tu. Senang hidup aku nanti." Sakit hati Aara mendengar Hana mengungkit kisah lama.

"Asal senyap? Taknak lawan macam sebelum ni? Ni pipi aku taknak tampar lagi?" tanya Hana berasa hairan.

"Hana. Perempuan ni kan tengah sakit. Mestilah tak larat," jawab Sofeya sinis.

"Lemah," kata Nadia dengan senyuman sinisnya memandang Aara.

Aara mengetap bibir. Benar apa kata mereka, bila dia demam automatik badannya akan lemah. Dia menggengam kuat selimut itu lalu menutup mata. Tarik nafas, hembus.

Aara membuka mata semula memandang mereka tajam.

"Kau orang tak pergi sekolah ke?Tak kan sanggup ponteng sekolah semata-mata nak melawat aku?" Aara menekup mulut tanda tak percaya.

"Aww so sweet of you-- tapi terima kasih sahaja lah aku tak perlukan manusia bermuka-muka macam kau orang ni so sila berambus." tambah Aara mula dingin.

"Blah lah tunggu apa lagi ?! Mata aku sakitlah pandang sampah masyarakat macam kau orang ni!" herdik Aara kuat.

Terhinjut bahu mereka bertiga lalu melangkah keluar selepas meninggalkan kata-kata sinis kepada Aara.

"Aku akan pastikan hidup kau tak bahagia. Remember my word."

Mata Aara mula bergenang setelah melihat pintu wadnya sudah tertutup. Dia menangis teresak-esak.

"Aina... Aqilah... Alia... I need 4 Starlight here." Tersedu-sedu Aara berkata kemudian memeluk lutut dan menyembamkan wajahnya di atas lutut.

"Rara kenapa ni?" Suara lembut menyapa telinganya pantas Aara memeluk Doktor Alana yang baru sahaja duduk di birai katilnya.

Doktor Alana agak terkejut dengan tindakan anak saudaranya itu namun diabaikan sahaja . Tangannya mengusap belakang badan Aara cuba untuk menenangkan Aara yang masih menangis.

Tiba-tiba Aara berasa sukar untuk bernafas. Melihat itu, Doktor Alana terpaksa memakaikan Aara alat bantuan oksigen dengan segera.

Aara kembali tenang dan terlelap dalam dakapan Doktor Alana iaitu maksunya.

Doktor Alana membaringkan tubuh lemah itu dengan berhati-hati. Dia hanya merenung wajah sembab Aara akibat menangis tadi. Tiada keceriaan pada wajah anak saudaranya menjadi tanda tanya di fikiran Doktor Alana.

"Where my happy go lucky niece, Rara? What happen to you actually?" gumam Doktor Alana dalam perlahan. Sebak.





KRING !!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat.

"Mana member kau tak datang ? Ponteng je tau. Ingat ni sekolah bapak dia punya ke ?" Serang Dirah dan dua rakannya.

El hanya menjeling mereka sebelum melangkah pergi.

"Gila," gumam El perlahan namun dapat didengari oleh mereka.

Dirah membuntangkan mata apabila mendengar kata dari mulut El.

"Kurang ajar eh kau!" jerit Dirah lalu menampar kuat pada pipi El sehingga bibir El terluka.

El mula menarik rambut Dirah yang acah diva. Geram !

"Kau jangan ingat selama ni kau buli aku, aku lemah. Kau silap." Kata-kata El terhenti seketika dan menggengam kuat rambut Dirah.

"Dengan cara kau buli aku tu, kau telah mengajar aku cara untuk membalasnya. Kau tahu tak macam mana?" tanya El. Kedua rakan Dirah yang cuba melepaskan genggaman rambut Dirah hanya sekali tepis, tangan mereka terhentak pada sisi meja.

"Auch!" kata kedua-dua rakan Dirah serentak.

"--buat benda yang sama macam apa yang kau pernah buat kat aku sebelum ni. Contohnya...."

PANG !

Tepi bibir Dirah juga turut terluka. Adil lah kan?

"Aisyah Elmaira !"

El memandang gerangan . Wah dia orang ni memang tak boleh berpisah ke ? Asal datang je berlima.

Izzan melangkah ke arah El terlebih dahulu dengan wajah serius.

"Sejak bila kau jadi macam ni?" tanya Izzan dingin.

"Sejak ni." El tunjuk luka kecil di tepi bibirnya sambil memandang tepat pada anak mata Izzan.

"Aku tak kan balas kalau tak ada yang datang serang." sambung El.

Izzan terkejut mendengar kata-kata El terus memandang tajam sepupunya.

"Semalam Aara harini El. Kau memang jenis tak boleh tengok orang lain bahagia eh tanpa gangguan langau kau ni?" bidas Izzan.

Izzat,Zafran, Zemir dan Airil memandang sesama sendiri apabila melihat tindakan Izzan memarahi Dirah disebabkan El. Pelik.

Izzan ini seorang yang selamba sahaja sedangkan sahabatnya pernah gaduh teruk pun dia lagi sokong bukan bantu meleraikan. Itulah dengan sokongan annoying Izzan dapat mengukuhkan persahabatan mereka sehingga kini.
Sahabatnya tidak jadi meneruskan pergaduhan lalu mula menyedari kesalahan sendiri disebabkan ego masing-masing.

Dirah dan kedua rakannya meninggalkan tempat tersebut tanpa memberi sebarang balasan.

El menganalisis wajah lima jejaka yang berada di hadapannya sambil memeluk tubuh.

"Hm not bad, muka semua kacak macam Nadhir Nasar pelakon projek anchor spm tu," komen El perlahan. Hanya diri sahaja yang dengar.

Lima jejaka itu mengerut dahi apabila perasan dengan tenungan El pada wajah mereka lalu mereka berdehem serentak .

EHEM !

El tersentak terkejut ter-- semualah.
Berdehem lima orang jejaka sekali gus ha kuat mana agak-agak?

"Err. Kau orang buat apa datang kat sini?" tanya El berasa hairan.

"Cari kau," jawab Zemir dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar memandang serius ke arah El.

"Sebab?" tanya El lagi.

"Aku nak bagitahu kau yang aku dah lama suka ka-" Kata-kata Zemir terhenti apabila kepalanya diketuk dengan botol air Izzan. Ye ! Izzan bawa air dari rumah dan selalu bawa ke kantin.

"Aww. Sakitlah Zan," adu Zemir bersama wajah masam.

Izzat , Zafran dan Airil menggelengkan kepala melihat gelagat mereka berdua.

"El," panggil Zafran.

El mengangkat kening memandang abang sulung Aara.

"Rara tak datang sebab masuk hospital, demam. Nanti balik tunggu kita oranglah kalau kau nak ikut kita orang lawat si Aara," kata Zafran sekali lafaz.

El mengerutkan kening lalu bertanya.

"Semalam elok je," tutur El seakan pelik.

"Semalam dia gaduh dengan classmate aku. Maybe dia banyak fikir tu yang sampai demam. Dia akan demam kalau terlalu banyak fikir or streslah," terang Zemir selamba. Serentak yang lain menepuk dahi termasuk Izzan.

Terangguk-angguk El namun terhenti setelah menyedari kata-kata dari Zemir.

"Ni mesti si Alisya tu kan?" tuduh El lalu melangkah ke kantin untuk mencari kelibat Alisya.

Lima jejaka terkejut melihat susuk tubuh El sudah hilang dari pandangan. Kelam kabut mereka menuju ke kantin mencari El.

Bahaya pula El ni.








"Rara,"

Suara lembut menyapa telinga Aara membuatkannya mencelikkan mata. Mummy.

"Ni mummy ada buat bubur ayam. Jangan risau bubur ni tak tawar pun, kena dengan tekak Rara," jelas mummy tersenyum manis kepada Aara.

"Nak mummy suap tak?" Mummy sengaja tanya untuk memastikan Rara masih dingin dengannya atau tidak.

Aara mengangguk laju dengan memberikan senyuman lemah.

Mummy menyuap bubur ke dalam mulut Aara sehingga habis sebelum memberikan air mineral.

Aara minum air itu dan diakhiri dengan mengelap mulutnya menggunakan tisu yang disediakan oleh mummy.

"Kenapa mata Rara makin sembab?" tanya mummy pelik.

"Mana ada mummy. Perasaan mummy je tu," balas Aara lega kerana maksunya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian tadi.

"Mummy nak buat kerja kejap kat sana okay. Rara rehat je kat sini," kata mummy lalu menunjuk ke arah sofa dan meja di tepi katil Aara.

Aara hanya menganggukkan kepala. Dia termenung mengingati kata-kata Hana.

"Aku akan pastikan hidup kau tak kan bahagia. Remember my word."

Tanpa Aara sedari , air mata mula menitis laju.

"Hey. Kenapa nangis ni? Sakit ke?" Aara tersentak bila mummy memegang bahunya.

"Tak adalah mummy. Mummy sambunglah buat kerja mummy," balas Aara mendatar lalu membaringkan tubuhnya di atas katil.

Kalau benda buruk berlaku dekat Rara. Mummy, daddy, along dan angah akan tetap percayakan Rara tak? Atau sebaliknya? Bisik hati Aara.

Pertanyaan itu mula bermain di fikirannya dan tertidur.






Aara memandang ke luar tingkap lalu menoleh ke arah pintu apabila mendengar bunyi bukaan pintu.

Krekk~

"Assalamualaikum Rara," ucap Zafran dan Zemir serentak lalu melabuhkan ciuman di tepi kepala adik perempuannya yang ditutupi tudung sarung hitam.

"Waalaikumussalam," jawab Aara lemah.

"Aara !"
"Kau ni suka buat aku risau,"
"Kau okaykan sekarang ? Tak ada rasa sakit mana-mana."

Suasana wad yang hambar kembali kecoh dengan suara El.

Aara tergelak kecil melihat kekalutan El memegang bahunya dan menggerakkan ke kiri dan ke kanan.

"Aku okay," ujar Aara tenang.

Krekk ~

"Hello my little Aara !" sapa Izzan ceria.

Tersenyum lemah Aara melihat keceriaan Izzan sama sepertinya dahulu.

"Aara, ni your Anaqi ada bawakan Kfc dengan air coolblog but air coolblog ni kau boleh minum sikit je pastu bagi El sebab kau tak sihat lagi dan lagi satu kita orang malas nak dengar bebelan abang-abang kau merangkap sahabat kitaorang ni," kata Izzan panjang dengan mengerut-ngerut mukanya menerangkan kepada Aara.

"Okay," balas Aara ringkas.

Mereka mula menjamu selera di dalam wad Aara Elina. Mummy kembali ke butik setelah mendapat panggilan dari pekerjanya.

"Aara," panggil Anaqi.

"Ye," sahut Aara kemudian memandang Anaqi yang berdiri di tepi katilnya.

"Get well soon !" ucap Anaqi lalu memberikan senyuman manis kepada Aara.

"Thanks. Er saya nak tanya satu soalan pada awak tapi awak kena jawab jujurlah." Aara mengigit bawah bibir dan memikirkan semula untuk meneruskan pertanyaannya ataupun diamkan sahaja.

"Apa dia? Tanyalah," balas Anaqi lembut.

"Kalau ada sesuatu buruk berlaku pada saya. Awak tetap percayakan saya tak?" Terkelu lidah Anaqi mendengar soalan yang keluar dari mulut Aara.

"Emm tak apalah," sambung Aara sedikit kecewa sebab dirinya tidak yakin keluarganya akan percayakannya jika ada bukti walaupun bukti itu palsu. Aara mengeluh dalam diam.

"Jangan risau. Aku percayakan kau. Kalau perkara buruk berlaku depan mata aku sekalipun aku akan cari bukti untuk tunjukkan yang kau tak salah," balas Anaqi.

"Dah jangan fikir lagi. Aku tahu ramai cuba jatuhkan kau. I'll stay beside you, InsyaAllah."
sambung Anaqi cuba meyakinkan Aara Elina.

"Okay...." Suara Aara mula bergetar dan air matanya mengalirkan laju.

"Hey. Janganlah nangis. Aku sentiasa ada dengan kau. Itu janji aku. Aku minta maaf sebelum ni tuduh kau sekarang aku dah kenal siapa kau dan orang sekeliling kau. Aku tahu ramai dengki dengan kau, walau apapun yang terjadi, aku cuba untuk percayakan kau, okay?" pujuk Anaqi lembut lalu mengambil tisu dan mengelap air mata di pipi mulus Aara itu.

Aara cuba mencari anak mata Anaqi untuk melihat kejujuran dengan kata-kata lelaki itu walaupun sukar. Anak mata mereka bertembung terus Anaqi mengukirkan senyuman bagi meyakinkan kata-katanya.

El dan yang lain sedang berbual kosong tanpa menghiraukan mereka berdua.Tanpa mereka sedar ada seseorang yang memerhati dan Aara perasan lalu memandang susuk tubuh berpakaian hitam. Dia memberikan senyuman sinis kepadanya sebelum berlalu pergi.

"Pandang apa?" tanya Anaqi apabila perasan Aara memandang ke arah pintu.

"Tak ada apa-apalah," jawab Aara mendatar. Dalam hati sudah berdebar melihat susuk tubuh Hana seolah-olah memberi tanda amaran.

"Aku benci kau sangat-sangat Aara" -Hana

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro