🧸 17| Takut

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Petang bertukar malam. Aara kembali ke katil selepas menunaikan solat Isyak.

Mummy dan daddy sudah pulang ke rumah untuk mengemas pakaian setelah mendapat panggilan dari client Jepun dan diminta untuk ke sana.

Zafran dan Zemir sudah tertidur di sofa dalam keadaan duduk. El dan yang lain sudah pulang ke rumah.

Aara teringat kata-kata El petang tadi.

Flashback

Selepas Aara habis berborak dengan Anaqi, dia meneruskan makan KFC.

"Aara," panggil El mula mengambil tempat Anaqi. Anaqi? Dah gerak duduk di sebelah Izzan.

Aara menoleh lalu mengangkat kening.

"Kau ada masalah eh?" tanya El lembut.

"Aku dengar perbualan kau dengan Izzat tadi," Kenapa El panggil Izzat? Aara dah warning El jangan panggil crush dia Anaqi.

Aara terdiam mendengar kata-kata El  dan memandang wajah sahabat barunya itu.

"Kau... Akan percayakan aku walau apa yang jadi sekalipun?" tanya Aara teragak-agak kepada El.

"Mestilah. Cukuplah pasal Dirah dengan Alisya tu buat aku tahu yang ramai tak suka tengok kau bahagia. Mesti ada yang cuba jatuhkan kau... Ha lagi sorang tu kawan tak guna-- em kawan ke? Tak tak itu musibat namanya. Hana and the geng tu ish geram aku," jawab El panjang.

Aara tergelak melihat wajah El yang sudah cemberut sambil menumbuk-numbuk bantal kesayangannya.

End Flashback

Betul kata kau El. Ramai cuba jatuhkan aku. Aara tersenyum pahit lalu merenung abang-abangnya.

Rindu tapi takut untuk rapatkan kembali hubungan ini, takut dikecewakan lagi sakit daripada apa yang jadi sebelum ini.

Air mata mula bertakung.

Setitis.

Dua titis.

Tiga titis.

Air mata mula mengalir laju . Takut untuk hadap benda akan datang.

"Hey Rara kenapa nangis ni?" tegur Zafran perlahan. Tangannya mengelap air mata Aara.

Entah bila abangnya bangun pun Aara tak tahu. Tiba-tiba sudah ada di sebelahnya.

"Along janji akan beri kepercayaan pada Rara sepenuhnya? Walaupun ada bukti menunjukkan yang Rara salah?" tanya Aara dengan penuh berharap.

"Iya. Along janji," jawab Zafran tanpa teragak-agak.

"Angah pun," sampuk Zemir kemudian mendekati Aara dan Zafran.

"Mummy kata mata Rara sembab pagi tadi. Rara nangis lagi eh? Apa yang mengganggu fikiran Rara ni?" tanya Zafran lalu menyelitkan rambut Aara ke belakang telinga.

Aara hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepala. Zafran memegang kedua-dua pipinya sebelum mendongakkan wajah itu .

Zafran dan Zemir melihat wajah adik kesayangannya yang muram. Benar apa kata maksunya, tiada lagi Rara yang dulu. Kenyataan itu membuatkan mereka berasa bersalah dengan apa yang jadi sebelum ini.

"Ta-tadi Ha-Hana datang." Aara bersuara dan menangis lagi. Dia dapat melihat along dan angahnya mengetap bibir. Marah mungkin?

"Along nak keluar kejap beli makanan untuk tengah malam nanti. Tengokkan Rara sekejap." Zafran terus melangkah keluar meninggalkan Aara yang teresak-esak menangis.

Zemir mengambil tempat di birai katil lalu membawa Aara ke dalam dakapannya. Tangannya bergerak ke belakang tubuh adiknya mengusap bagi menenangkan gadis itu.

Tiba-tiba Aara sukar untuk bernafas . Zemir kelam kabut menghulurkan alat bantuan oksigen kepada Aara yang masih dalam dakapannya.

Keadaan menjadi tenang bila Aara terlelap. Zemir membaringkan tubuh itu namun alat bantuan oksigen tidak ditanggalkan.




Zafran hanya berdiri di luar wad adiknya dengan memegang plastik yang berisi tiga roti perisa jagung, tiga air kotak soya. Dia turut gementar mendengar kata-kata Aara . Hana sangat bahaya lagi-lagi dia pernah melihat Hana menekup bantal pada muka Alia tanpa belas kasihan.

Pintu wad ditolak.

Zemir memandang Zafran dengan perasaan risau.

"Aku takut." Air liur ditelan dengan sukar.

Zafran menarik Zemir ke sofa dan melabuhkan punggung di situ.

"Jangan risau. Kita akan minta bantuan Abang Irsyad," cadang Zafran cuba untuk tenangkan diri.

Mereka juga berasa tidak sedap hati seperti yang Aara rasa dari pagi tadi. Mummy dan daddy mereka tidak tahu kejadian ini kerana terlalu sibuk bekerja. Zafran sebagai anak sulung cuba bantu menyelesaikan masalah ini.

Zafran mengeluarkan telefon pintarnya untuk mesej kepada Irsyad.

Abang Irsyad

Salam esok abang free tak?

Waalaikummussalam , free je sebab esok abang cuti

Esok Zaf dengan Zemir nak jumpa abang dekat Cafe Private Pelangi jam 3:00pm

Okay

Zafran matikan telefon apabila selesai buat janji temu dengan Irsyad.




Keesokan harinya, mereka bertemu di tempat yang dikatakan oleh Zafran. Sahabat mereka juga berada di situ.

"Assalamualaikum. Sorry lambat," sapa Irsyad.

Mereka menjawab salam serentak.

"Ha ada apa nak jumpa ni?" tanya Irsyad sebaik sahaja meletakkan punggung di kerusi .

"Order air dulu bang," tegur Izzat melihat abangnya seperti tidak sabar untuk mengetahuinya.

Tersengih Irsyad memandang mereka lalu memesan air fresh oren kepada pekerja di situ.

"Abang boleh suruh member abang buat rondaan dekat kawasan Hospital Melur, kawasan SMK Damansara dan kawasan rumah Zaf tak?" pinta Zafran lurus tak ada belok - belok.

Tercengang Irsyad mendengarnya.

"Cuba cerita dulu apa yang berlaku sekarang ni dekat abang?" soal Irsyad tenang lalu merekodkan perbualan mereka.

Zafran bercerita dari A hingga Z kepada Irsyad yang sudah menganggap sebagai abang kandungnya sendiri. Yang lain hanya diam dan mendengar cerita daripada Zafran.

"Nanti datanglah balai buat report okay. Nanti baru kawan-kawan abang boleh buat rondaan," jelas Irsyad berhati-hati apabila melihat wajah serabut Zaf dan Zemir. Rakaman dimatikan lalu disimpan.

"Ha kau.Tengok-tengoklah sekali buah hati kau tu," usik Irsyad memandang Izzat.

"Ishh. Kau ni diamlah," marah Izzat.

Yang lain melepaskan tawa melihat muka Izzat sudah merah padam.

Di manakah wajah beku tanpa perasaan si Izzat Anaqi ni eheks




"Hey bitch, kita jumpa lagi."

Aara yang baru keluar dari tandas terus memandang tajam Hana dan rakan-rakanya. Senyum sinis mereka melihat Aara sambil memeluk tubuh.

"Seriously Hana ? Kau rindu aku lagi ? Kita baru jumpa semalam kan?" balas Aara tenang.

"Haah rindu kau sampai teringin nak tengok kau jadi mayat sekarang ni!" Hana mencekik leher Aara dengan sekuat hati. Rasa benci membuak-buak dalam dirinya kepada Aara.

Aara terkejut lalu menampar pipi Hana berulang kali sehingga tangan Hana yang berada lehernya terlepas. Sofeya dan Nadia mendekati Aara lantas menumbuk pipi Aara.

Tanpa sempat Aara elak, kepalanya terhantuk kuat pada dinding. Pandangannya mula kelam dan rebah .

Geng Girly tersenyum puas melihat musuhnya tidak sedarkan diri terus mengatur langkah keluar dari wad itu.




"Weh. Lepasni kita orang kena jaga Rara. Kau orang nak ikut?" tanya Zafran pada mereka.

"Boleh juga," Semua mengangguk tanda setuju termasuk Irsyad.

Mereka mula bergerak ke kenderaan masing-masing menuju ke Hospital Melur.

Hati Zafran dan Zemir berdetak kuat apabila melihat maksunya berlari masuk ke dalam wad adiknya.

"Maaf. Doktor sedang melakukan pemeriksaan," tegur jururawat dengan tindakan Zafran dan Zemir yang sedang menolak pintu wad.

Zafran dan Zemir meraup wajah kasar menyesal tinggalkan Rara walaupun sekejap. Yang lain turut terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi namun didiamkan sahaja.

"Zafran. Zemir," panggil Doktor Alana.

Zafran dan Zemir mengangkat kepala memandang maksunya . Begitu juga yang lain.

"Nasib baik kepala Rara hanya luka kecil sahaja dan tidak berlaku pendarahan cuma berlaku gegaran sedikit di bahagian kepala. Sekiranya berlaku lagi risiko Rara akan mengalami koma dan hilang ingatan itu tinggi. Tolong sentiasa ada dengan Rara okay" ujar Doktor Alana memandang wajah-wajah di situ termasuk anak saudaranya sendiri.

Mereka mengangguk serentak . Mereka melangkah masuk setelah Doktor Alana hilang dari pandangan.

Krek~

Aara menoleh ke arah pintu terkejut melihat kehadian enam jejaka itu. Muka pucat tidak bermaya jelas kelihatan di wajahnya.

"Rara, kenapa boleh jadi macam ni ?" tanya Zafran yang sudah melabuhkan punggung di birai katil.

"Hana," jawab Aara ringkas lalu memandang ke luar tingkap.

Terkedu mereka berenam mendengar nama yang keluar dari mulut Aara.

Tak sangka Hana bertindak secepat ini. Manusia gila. Tak ada hati dan perasaan.

Zafran mengerling ke Irsyad supaya mulakan rancangan yang sudah dibincangkan oleh mereka di cafe tadi. Irsyad mengangguk faham.

"Rara takut," luah Aara lemah. Baru tahu sifat sebenar lawannya yang selama ini hanya tahu menggedik sahaja. Rupanya, tak berperikemanusiaan langsung ! Kejam! Umur baru 16 tahun. Haishh seram.

"Jangan risau kita orang ada," pujuk Anaqi apabila melihat badan gadis pujaannya menggigil kecil. Eh--?

Nak peluk tak boleh, pujuk dengan kata-kata jelah mampu, getus Anaqi di hati.

Agak-agak apa lagi yang Hana akan buat pada Aara ?

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro