LFDW - Chapter 75

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Hazel tidak mampu menahan tangisannya bukan kerana dia sedih namun dia begitu terharu dengan setiap ayat yang ditulis Kris untuknya. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman dan pada masa yang sama air matanya laju sahaja mengalir.

"Kau tak pernah salah hadir dalam hidup saya Kris. Terima kasih juga kerana telah menjadi sebahagian dalam hidup saya selama ini. Biarkan kisah kita menjadi kenangan yang terindah dan saya tak akan sesekali melupakannya. Kris I know you can hear me now. Kenapa saya perlu berkahwin dengan Xavier?saya tak boleh Kris. Saya cuma nak kau di hati saya selama-lamanya. Saya tak nak berkahwin dengan Xavier..."

Hazel seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang di dalam biliknya. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali disebabkan dia masih belum dapat menerima hasrat Kris itu.

Sedang Hazel melayan perasaan sendiri, pintu biliknya diketuk. Cepat-cepat dia mengesat air matanya sebelum berlalu untuk membuka pintu.

"Hye Hazel...!"

Jade dan Sofia lantas memeluk Hazel dengan erat dan gaya mereka itu bagaikan berpuluh-puluh tahun berpisah pun ada juga.

"Alahai, rindunya kawan kita yang sorang ni...makin cantik dah dia." ujar Jade dan Sofia.

"Aku pun rindu korang juga. Ala korang berdua pun apa kurangnya kan?" balas Hazel.

Beberapa minit kemudian, pelukan pun dileraikan. Mereka bertiga tertawa seketika.
Memang tak dinafikan ketiga-tiga sahabat itu memang cantik pun sejak azali lagi.

"So kau dah okey ke?" tanya Jade yang masih berasa risau apabila terfikir akan keadaan kawan baiknya itu.

Hazel mengangguk perlahan. "Aku dah okey. Dont worry. Terima kasih tau sebab selalu support saya selama ini, " balas Hazel sambil tersenyum.

"Syukurlah. Its okey Hazel. Kita kan kawan. Apa orang putih kata a friend in need is a friend indeed. Haa macam tu lah. Ouh ya dah lama kita tak keluar kan?" kata Sofia yang kemudian berasa teruja.

"Ha'a. Korang nak plan keluar ke?" kata Hazel.

"Thats right. Malam ni kita keluar sama- sama boleh tak?rindu lah pula nak pergi ambil angin waktu malam,"

Jade dan Sofia hanya tersenyum.

"Aku okey je tak ada masalah pun. Boleh juga aku hilangkan tekanan sedikit haha," balas Hazel.

"Boleh juga tu. Malam ni kami datang ambil kau pukul 7:00 malam lagipun kami nak touch up muka kau biar nampak macam bidadari terakhir. Boleh kan?" kata Jade namun ada maksud yang tersirat di sebalik kata-katanya.

Hazel jadi bingung. Aik selama ini tak ada pula mereka nak touch up bagai muka aku kalau nak keluar.

Namun Hazel tidak banyak membantah sebaliknya dia hanya mengiyakan sahaja.

"Erm okey je. Tak ada masalah pun,"

Jade dan Sofia senang hati mendengar balasan Hazel.

"Good. Okeylah jumpa malam ni ye kau kena rest banyak banyak hari ni. Kena tidur secukupnya tak adalah mengantuk bila keluar," kata Sofia pula.

"Aku memang nak tidur pun nanti. Dont worry aku akan ambil rest secukupnya sampai terlajak tidur sampai pukul 12:00 malam pun tak apakan?" sempat lagi Hazel mengenakan dua orang sahabatnya itu.

"Ala janganlah. Silap hari bulan kami angkat kau masuk dalam bathtub," ujar Jade diikuti dengan tawanya.

"Isy jahatnya. Oklah aku pandai-pandai lah set alarm and once again dont worry," Hazel mengenyitkan matanya.

"Baguslah kalau macam tu. So kami nak pulang awal sebab ada kerja lagi yang perlu nak buat. Jumpa malam ni tau kau jangan pula betul betul terlajak tidur," kata Sofia yang sempat memberi peringatan sebab Hazel ni orangnya pelupa.

"Tak aku tak akan buat. Gurau je tadi tu. Oklah bye all...."

"Bye..."


***

Hazel terus melangkah masuk ke dalam bilik mandi sebaik sahaja dia terjaga dari tidurnya.

Dia berasa pelik sedikit hari ini. .Kenapa rumah dia sunyi je sejak pagi tadi. Hayden?langsung tidak datang berjumpanya apatah lagi ibu bapanya.

Hm tak tahulah diorang sibuk kot. Getus dalam hati Hazel.

Dia pun mula membersihkan dirinya dan menghabiskan masa hampir sejam. Biasalah kalau perempuan ni ambil masa nak bersiap pun mengalahkan pengetua yang sedang membebel.

Selesai memakai pakaian dia pun masuk ke dalam biliknya untuk mengeringkan rambutnya yang basah.

Tidak berapa lama kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta diluar rumah. Jade dan Sofia dah sampai pun. Bisik hatinya perlahan.

"Selamat juga kau kan?ingat terlajak tidur haha..." kata Jade yang membawa dua bakul berisi dress yang baru sahaja dibeli olehnya dan Sofia tengahari tadi.

"Ish mana ada. Dahlah jom masuk kata nak touch up muka aku kang terlambat pula kita keluar," ujar Hazel.

"Jom...jom...kami dah tak sabar dah ni,"

Mulalah misi Jade dan Sofia menyolekkan wajah Hazel. Mereka berdua sememangnya mempunyai bakat dalam bab bab kecantikkan. Jadi tak usah tanya kenapa.

Setelah mengambil masa hampir sejam akhirnya selesai juga solekan mereka yang ala ala Thailand Natural Makeup gitu.

"Wow...ni mesti kalau jejaka di luar sana tengok kau mesti diorang pengsan sehari ke tak bangun setahun pun boleh jadi juga. You look so beautiful!" puji Sofia sambil menayangkan thumbs up.

"Ala tak payah nafikan pun dia tetap cantik walaupun tak ada make up. Kalah bidadari pun ada. Tu yang orang suruh pergi masuk dunia modelling tak nak," ujar Jade.

Hazel hanya menayangkan mimik muka bosan. Yelah siapa tak bosan asal muka kena solek mesti dipuji dah bosan dia dengar ayat pujian tu kerana semua sudah terbiasanya baginya. Tapi sekurang-kurangnya dengan pujian itu boleh menambahkan keyakinan dirinya.

"Dahlah tu. Aku tak minatlah dunia modelling ni sebenarnya. Korang berdua pun sebenarnya lagi hebat dari aku. Dengan bakat korang tu pun boleh jadi artis dah sebenarnya tau," ujar Hazel lagi.

"Ala kitaorang pun tak minat sebenarnya model ni. Yelah takpelah apa orang kata do what makes you happy. Alright Hazel pergi guna dress ni. Confirm lagi lawa!memang pengsan kitaorang lepas ni haha,"

"Eleh pengsanlah sangat. Aku biasa je pun bukan macam model di luar sana barulah semua orang tengok pun melting je," kata Hazel.

"Ala dah cakap pun tadi. Kau memang dan memang layak kalau ceburi bidang model. Apa salahnya mencubakan?kalau tak minat pun tanamkan je rasa minat tu dalam diri. Kami sentiasa menyokong di hati anda," ujar Jade.

"Tak kuasa aku. Korang pun boleh jadi juga. Ketinggian pun mengalahkan aku. Oklah aku nak pergi pakai dress ni takut terlambat pula,"

"Okey...baiklah miss Hazel,"

Sesaat...

Dua minit...

Tiga minit...

"Guys macam mana okey tak?" tanya Hazel sambil memusingkan badannya saja nak buat gaya princess gitu.

Dress paras lutut berwarna ocean blue itu sangat memukau perhatian Jade dan Sofia.
Memang tepat pilihan mereka!

"Oh my gosh!I swear kau macam anak raja dalam istana je aku tengok. Sangat padan dan sangat cantik," Sofia menepuk nepuk tangannya.

"So beautiful!dress tu sangat sesuai dengan tuan punya badan!I rate 100 star," kata Jade pula.

"Thanks sebab dah susah payah cantikkan kawan korang ni...so jomlah kita gerak. Rasanya tak perlu kot aku berlawa lagi bukannya nak pergi event pun kan?" ujar Hazel.

"No way!kau tetap macam ni jangan pula padam makeup tu,"

"Yelah...yelah...aku tak padam,"

Enjoy🍀

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro