Bab 12: Sebab?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"BYE."

Iman melambai ke arah dua orang kawan baiknya sebelum masing-masing bergerak ke arah yang berbeza.

"Kau dengan Rudy balik sama-sama ke?" soal Iz, tiba-tiba.

Suria dan Iz tidak membalas lambaian Iman. Masing-masing memandang gadis itu dengan muka yang berkerut seribu.

"Haa?"

Muka Iman terseringai, terkejut apabila kawannya menyebut nama Rudy. Dia lantas menoleh ke belakang dan jelas kelihatan susuk tubuh lelaki itu yang sedang berdiri sambil bersilang lengan dan ada sekali-sekala mengerling jam di tangan.

"Eh, mana ada. Dia tunggu orang lain tu kot." Iman menyangkal sambil tertawa hambar.

Walaupun memang dah jelas Rudy sedang menunggunya, dia masih lagi mahu menipu. Dalam sekolah ini, landak itu rapat dengan siapa je? Iman seorang jelah.

Suria mengangguk, faham. "Oh, okeylah kalau macam tu. Kitorang pergi dulu."

Iman mengangguk. "Bye."

Sekali lagi Iman melambai ke arah mereka dan segera beredar dari situ.

Hilang sahaja bayang Iman dari pandangan, Suria langsung bersuara tanpa memandang muka Iz. "Kau nampak tak?"

"U-huh," balas Iz juga tidak memandang kawannya.

Masing-masing memandang ke arah yang sama iaitu ke arah di mana Iman dan Rudy pergi meninggalkan mereka.

"Such a terrible liar," sambung Suria lagi.

"Yup." Iz setuju. "Kau nak ikut diorang tak?" soalnya pula tiba-tiba, memalingkan memandang Suria.

Gadis itu sekadar menjulingkan sahaja matanya ke atas. "Sampai bila-bila pun belum tentu aku fikir nak ke tak nak."

Iz menaikkan kening sebelahnya memproses ayat Suria. "So, it's a no?" soalnya.

"No," jawab Suria, ringkas dan jelas.

"Fine."

Muncung sedepa bibir Iz, bersilang lengan. Ajak je pun, itu pun nak marah-marah. Patutlah single!

"Dahlah, cepat. Nanti kena tinggal van kau balik jalan kaki," kata Suria, mula mengorak langkah menuju ke van.

"Hai, hai."

Iz mengeluh sebelum melangkah mendapatkan Suria yang meninggalkannya di belakang.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

"KENAPA awak tunggu saya?" soal Iman, memecah kesunyian antara mereka berdua di dalam bulletlift.

Mereka sudah lengkap berpakaian dengan suit ejen masing-masing. Iman duduk di hadapan lelaki yang sedari tadi asyik buat muka tegangnya. Jujur dia cakap, dia rindu tengok Rudy dalam suit ejennya.

"Tak boleh ke?"

Jawapan yang Iman mahu, soalan pula yang dia dapat. Rudy menyilangkan lengan dan kakinya. Dia sedikit pun tidak memandang wajah Iman.

Keluh Iman, perlahan. "Tak, bukan itu maksud saya. Tapi boleh je kan awak pergi dulu," katanya baik-baik, tidak mahu menyinggung perasaan Rudy.

Rudy sekadar menjuling ke atas. Iman juga yang minta dia gerak ke akademi sama-sama haritu. Sekarang ni, bila dia dah tunggu Iman pula yang tak suka. Tak faham betullah dengan makhluk bernama perempuan ini. Semua benda tak kena.

"Awak dah makan ke belum?" tanya Iman lagi setelah hampir seminit tidak berbunyi.

"Asal kau tanya?"

Sekali lagi soalan dibalas dengan soalan. Sikitpun dia tak pandang Iman. Dia hanya duduk menala matanya ke luar.

"Jawablah," paksa Iman, perlahan namun keras.

Dia ni, tak boleh ke cakap baik-baik sikit dengan orang? Asyik nak melenting sahaja.

"Dah."

"Makan apa?"

"Eh, kau ni banyak pulak tanya," Rudy mula naik rimas. Dia akhirnya berkalih memandang Iman dan tidak lagi bersilang lengannya.

Iman mengetap kuat giginya, mula hilang sabar. "Jawab jelah."

Ada jugak yang aku lesing ni kang. Gertus hati kecil Iman

Rudy mendengus kasar. "Aku makan roti tadi dengan air milo. Puas?" jawabnya retorikal dan kembali bersilang lengan.

Iman menggeleng perlahan. "Hmm, tak cukup."

Iman membawa begnya ke hadapan, lalu membuka zip dan menyelukkan tangannya ke dalam untuk mengeluarkan sesuatu.

Rudy sekadar menaikkan keningnya sahaja melihat gelagat Iman sehingga bekal yang berwarna hitam keluar dari beg gadis itu dan dihulurkan ke arahnya.

"Nah. Amik ni, makan."

Hulur Iman bekal yang dibuatnya untuk Rudy. Ingin dia beri padanya waktu rehat tadi, tapi dia lupa pula.

"Apa benda ni?" soal Rudy, acuh tak acuh. memandang Iman dan bekal yang ditangannya silih berganti.

Iman menarik nafasnya, dalam lalu melepaskannya perlahan. Matanya mengecil memandang Rudy. "Awak lupa, ya janji awak dengan saya haritu?"

Rudy mengetap bibirnya. Ya, dia ingat dengan janjinya tu. Tapi seriuslah dia kena makan juga? Sekarang? Dalam ni? Kau biar betul...

"Aku dah kenyanglah."

"Awak dah janji tau, dengan saya." Iman masih menikam tajam Rudy.

Bulu roma Rudy, menegak dengan sendirinya. Tiba-tiba pula dia rasa aura gadis yang duduk di hadapannya ini berubah lain macam. Rudy, meneguk air liurnya, pahit. Aih, marah ke akak ni?

Seketika, Rudy menghelakan nafas berat, mengalah. "Fine. Aku makan."

Rudy bingkas bangun dari duduknya untuk mengambil bekal dari tangan Iman dan duduk kembali.

Iman sudah tersenyum kemenangan. Puas rasa hatinya. Gembira terasa jiwa. Dia menongkat dagu pada pehanya sambil melihat Rudy makan. Manalah tau mamat ni tipu dia ke, kan?

Penutup bekal tersebut, dibuka oleh Rudy. Dia melihat makanan yang memenuhi ruang bekal tersebut. Nampak macam chicken nugget tapi dalam bentuk kiub. Tak besar, tak kecil.

Kening Rudy ternaik ke atas. Ini kau bagi aku makan? Lagi kenyang roti daripada aku makan ayam seketul ni. Gertus hati Rudy.

Tapi dia tak ada la kejam sangat sampai nak tutup balik bekal itu, kan? Demi menjaga hati gadis yang sudah banyak membantunya, Rudy mengambil satu nugget tersebut, lalu dibawanya masuk ke dalam mulut.

Terbuntang kecil, mata Rudy setelah mengunyah nugget itu beberapa kali. Rupanya makanan yang Iman buat untuknya ini bukanlah nugget ayam semata-mata. Tapi ada juga nasi dan lobak di dalamnya.

Kreatif! Puji Rudy dari dalam hati. Dia mengambil lagi satu chicken nugget itu, lalu dimasukkan ke dalam mulut. Sedap.

Iman mengetap bibirnya, dan menundukkan wajahnya ke bawah. Dia menahan gelaknya daripada terkeluar melihat gelagat Rudy.

Macamlah dia tak tahu apa sangkaan Rudy awal-awal lepas dia tengok makanan yang dibuatnya tadi. Sebenarnya, reaksi itu bukanlah pertama kali sebab kawan-kawannya pun sebelum ini, pernah juga memberikan reaksi yang sama.

Tapi lepas dah amik seketul, terus terciduk kamu manusia.

"Habiskan. Lepastu..." Iman menyelukkan lagi tangan ke dalam begnya. "Amik air ni minum."

Rudy menyambut huluran air mineral tersebut daripada Iman. Dia habiskan makanan seperti yang disuruh, lalu botol air mineral yang ada di sisinya dibuka dan diteguk sehingga habis.

Tepat pada waktu itu juga, mereka sudah sampai ke pulau akademi. Pintu bulletlift itu secara automatiknya terbuka sendiri, lalu mereka berdua pun keluar daripada situ.

Iman mengambil bekal makanannya semula daripada tangan Rudy lalu dimasukkannya semula ke dalam beg.

"Macam nilah kawan saya."

Tersengih Iman menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Dia mengambil pula botol air mineral yang sudah kosong daripada tangan Rudy itu, lalu dibuangnya ke dalam tong sampah yang berdekatan.

Rudy seperti biasa sahaja, hanya mengekalkan riak wajahnya yang kosong. Dengan Rudy ni, tak perlulah main usik-usik. Ini pun dah cukup baik dah dia buat bodoh sahaja. Kalau dah jeling? Alamatnya ke rahmatullah la anda pergi nanti.

"Jom. Yang lain mesti dah tak sabar nak jumpa awak," kata Iman.

Kening Rudy terangkat, tak faham. Siapa pula yang tunggu dia? Ejen-ejen lain, ke? Baik pula, diorang semua tunggu Rudy.

Rudy dan Iman berjalan beriringan ke akademi. Iman mengerling Rudy di sebelahnya dengan ekor mata. Dia tahu lelaki itu mesti tertanya, kenapa Iman minta dia janji makan bekal yang dia buat. Yalah, di manakah logiknya di situ?

Tapi kalaulah Rudy tahu, dia pernah pengsan sebelum ini sebab tak makan, mesti awal-awal lagi dia sudah terima bekal yang diberi Iman.

Iman pun ingat lagi yang dia pernah beritahu Rudy yang dia ingin membuat bekal untuk lelaki itu. Setiap peristiwa hari pertama Rudy ke sekolah sebelum dia amnesia masih segar di kepalanya.

Iman ingat lagi pagi sebelum kejadian mereka diserang di surau, Iman ada ajak Rudy shopping bersamanya dengan Moon. Sebenarnya, waktu itulah Iman hendak membeli bekal makanan untuk dia. Itu sahaja tujuan Iman mengajak Rudy ke Cybermall.

Pada awalnya Iman teragak-agak mahu mengajak Rudy kerana bimbing lelaki ini akan menolaknya mentah-mentah. Tapi tak sangka pula Rudy setuju hendak mengikutinya.

Teringat akan perkara itu, Iman mengeluh perlahan. Dia berasa menyesal pula kerana mengajak Rudy pada hari itu. Tapi perkara pun sudah terjadi kan. Nak menyesal sekarang pun dah tak ada guna.

Langkah Iman terhenti tiba-tiba dengan sendirinya, setelah perasan Rudy berhenti daripada terus menaiki anak tangga. Kening Iman bercantum. Kenapa pulak ni?

Rudy yang sedikit sebanyak berasa gugup memandang Iman yang berdiri di sebelahnya. Iman menghadiahkan senyuman manis buat Rudy, untuk menenagkan lelaki itu. Nothings to be worried about.

Iman memberi isyarat dengan matanya supaya kawannya itu, masuk ke dalam dahulu.

Rudy mengambil masa dahulu sebelum membuka langkahnya kembali. Tiba sahaja dia di hadapan pintu masuk akademi, pintu tersebut secara automatiknya terbuka dengan sendiri.

Buka sahaja pintu tersebut, semua mata-mata yang tidak dikenali Rudy, kecuali Jet memandangnya terkejut. Dalam beberapa saat, rata-rata ejen-ejen muda di situ mengerumuni Rudy.

"Wah! Kau serius datang do." Moon berjalan mendekati Rudy dengan muka terkejutnya.

Siapa je yang tak terkejut. Dah lebih seminggu tak nampak muka landak ni dekat akademi. Tiber rasa rindu pulak.

"Kan aku dah kata dia datang. Tak nak percaya," kata Jet pula, menjuling ke atas.

Memang betul tadi dia ada beritahu rakan-rakannya tadi, tapi seorang pun tak percaya. Tak sehingga Rudy sendiri yang berdiri betul-betul di tengah-tengah mereka sekarang ni. Heh!

"Kau dah betul-betul sihat ke?"

"Kau buat apa kat sini?"

"Kau ingat tak aku siapa?"

Soalan demi soalan yang diajukan, membuatkan Rudy rimas dan entah mengapa dia rasa amat kerterlaluan. Rasa macam nak tolak je sorang-sorang ketepi bagi dia masuk ke dalam.

Rudy memalingkan kepalanya, memandang Iman. "Siapa diorang ni?"

"Kau tak ingat aku? Aku kat hospital sekali kot masa kau kena tahan haritu," kata Khai, cuba membantu Rudy ingat semula.

Rudy diam berfikir sejenak. Di hospital? Oh, ya dia ingat. Rudy memandang lelaki berkaca mata yang bernama Khai itu.

"Kaulah dengan yang si pendek lagi sorang tu kan?" soalnya, menundingkan ke arah Khai.

Semua yang berdiri di situ terhenti buat seketika, dan kemudian masing-masing meletus dengan tawa yang kuat kerana soalan yang diajukan Rudy.

Rudy sekadar mengerutkan dahinya sahaja memandang seorang-seorang kawannya. Apa yang lawak? Tak ingat pun dia, dia ada buat lawak.

Dinding kesabaran Rudy kian merapuh, bila-bila masa sahaja dia boleh terbakar sekarang ni sehinggalah Iman orang yang pertama yang bersuara.

"Tak baiklah awak cakap macam tu," tegur Iman, masih lagi tersisa gelaknya.

Muka Rudy makin berkerut, tak mengerti. Dia masih lagi tersangkut.

"Kau ni an, dari dulu sampai sekarang sama je. Amnesia ke tak amnesia, same old Rudy," komen Jet, memaut pada leher Rudy sambil menepuk dahinya ketawa.

"Bak kata pepatah, some people never change," tambah Moon pula.

Rudy sudah mula untuk memahami. Ini sebab aku panggil dia pendek ke? Tapi betul apa aku cakap, memang dia pendek pun. Kalau disuruh berdiri sebelah Iman, berapa sangatlah bezanya.

"Apa nama dia?" soal Rudy mengalihkan lengan Jet daripada lehernya, rimas.

"Siapa? Budak yang kau panggil pendek tu? Hahaha dialah Ali, weyh," jawab Jet, masih lagi tertawa.

Rudy mengangguk kecil, faham. Ceh.

Mereka disitu masih lagi kekal berketawa sehingga bunyi mikrofon bergema.

"Kelas hampir bermula. Tolong bersedia."

Kedengaran dengan tegas suara Ejen Leon yang menggunakan mikrofon, bergema disatu pulau akademi dan telah membuatkan mereka semua berpusu-pusu berlari ke tingkat atas berhimpun dihadapan mentor garangnya itu. Pendek tapi garang.

"Rudy."

Dengan mikrofon lain, satu suara yang lain memanggilnya. Suara yang feminin dan lebih lembut, suara milik seorang wanita.

Langkah Rudy automatik terhenti saat namanya diseru, lalu lantas itu, dia terus memalingkan kepalanya dan mendongak ke atas.

"Boleh kami berjumpa dengan kamu?"

Minta salah seorang ejen senior yang tidak dikenali Rudy, atau lebih tepat sekali, tidak diingatinya. Rupa dan suaranya mirip orang india. Rambutnya pula diikat kuda dan dibawa ke hadapan hingga ke paras bawah bahu. Dia memakai baju makmal berjalur merah di hujung.

Rudy menoleh ke arah Iman, dengan jelas kelihatan di matanya yang dia tak yakin.

Iman sekadar tersenyum nipis dan mengangguk, kecil. Dia memberi isyarat kepada Rudy menggunakan kepalanya seperti tadi.

"Pergilah," bisik Iman, yang masih dapat didengari lelaki itu.

Rudy melepaskan nafas, berat sebelum dia menukar langkah. Dia membuntuti wanita yang dalam lingkungan 30an itu dibelakang sehinggalah mereka masuk ke dalam suatu bilik.

Rudy perasan di dalam bilik tersebut, ada beberapa ejen senior lain dan salah satunya muncul sebagai hologram.

"Ya, ada apa nak jumpa saya?" soal Rudy, baik-baik.

"Apa khabar, Rudy? Kamu sihat?" soal lelaki india yang muncul sebagai hologram tersebut sambil memintal-mintal hujung misainya.

"Saya baik sahaja.. er.." Rudy tersekat di tengah ayat. Dia tidak tahu hendak memanggil lelaki ini apa?

"Jeneral." kata Rama, selaku jeneral bagi sebuah agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency, M.A.T.A.

"Ya, jeneral. Maaf," pohon Rudy.

Rama menggelengkan kepalanya. "Tak mengapa."

Suasana di dalam bilik itu, senyap buat seketika, membuatkan peluh sejuk Rudy mula turun, membasahi dahi.

Dia cuba untuk mengingati semula sepanjang dia keluar daripada hospital, dia ada buat salah ke? Kerana sejak daripada itu, Rudy tak pernah jejakkan lagi kakinya di sini lagi.

"Kami sebenarnya ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan kamu." Rama kembali bersuara memecah hening di antara mereka.

Kening Rudy tercantum, hairan. "Bincang?"

Rama mengangguk, sekali. "Ya, dan sebelum itu boleh saya tanya, kamu dah mendapat ingatan kamu semula?"

Rudy menundukkan kepalanya, menggeleng.

Rama melepaskan nafas berat. "Baiklah, saya faham. Kalau begitu kita mulakan dari awal."

Dia menekan salah satu butang dari tempatnya, dan keluarlah satu lelaki yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Mukanya persis orang putih dan dari wajahnya pun Rudy boleh menebak yang umurnya adalah dalam lingkungan 35 ke 40-an.

"Ini ialah Martin." Rama berkata serius. "Setakat ini, kami hanya mendapat intel mengenai nama dan lokasinya sahaja. Kami belum lagi mendapat maklumat yang jelas mengenai umurnya kerana dia sering muncul dalam pelbagai figura."

Rama menekan beberapa butang, menunjukkan pelbagai variasi imej. "Lelaki biasa, wanita, remaja, Warga emas dan lain-lain."

"Jenayah yang sering dia lakukan adalah membunuh. Dia membunuh atau menyeksa untuk mendapatkan maklumat namun, kami masih kurang jelas dengan motif sebenar dia," sambung Rama.

Rudy terseringai, mendengarnya. Membunuh untuk mendapatkan maklumat? Lepas dah dapat maklumat terus bunuh, begitu?

Rama mengangkat kepalanya memandang Rudy, lalu berkata, "Kami telah menugaskan kamu sebelum ini untuk menyiasat identiti sebenar Martin. Intel kami mengatakan lokasi Martin adalah berdekatan kawasan persekolan Iman. Disebabkan itulah kami sekolahkan kamu di sekolah yang sama dengan Iman buat sementara waktu ini supaya kamu dapat siasat dengan lebih mendalam."

Mata Rudy terbuntang kecil dengan sendirinya. Apa? Dia kena siasat identiti sebenar pembunuh tu?

"Namun disebabkan serangan yang berlaku ke atas kamu beberapa minggu lepas, kami telah membuat keputusan untuk menghentikan misi ini buat sementara waktu," ujar Jeneral Rama.

"Saya akan berbincang dengan ketua teras. Selagi tidak mendapat intel yang mencukupi, selagi itu misi ini akan ditangguh," sambungnya lagi.

Rudy tetap mengekalkan riak wajahnya yang tegang. Dapat dia rasakan sesuatu yang tidak kena fasal semua ini.

Martin. Berdekatan kawasan persekolahan Iman. Iman... Rudy teringat pula cerita Iman yang mana dia kena serang tiba-tiba di belakang surau. Iman sendiri tak cerita mengapa sebabnya.

Dahi Rudy berkerut seribu, keliru. Kenapa dia rasa semua ini berkait? Tentang lelaki yang datang ke rumah Iman hari itu juga. Perlu ke dia cerita?

"Err, jeneral?" panggil Rudy.

Rama memaling memandang Rudy. "Hmm?"

"Tentang serangan yang berlaku beberapa minggu lepas, saya rasa semua ini dirancang." Rudy berhenti seketika, menarik nafas. "Oleh orang yang sama."

Rama terseringai, tidak mengerti. "Orang yang sama? Maksud kamu, Martin?" soalnya.

Rudy mengetap bibirnya dan mengangguk. "Saya tak pasti sama ada ini ada kaitan dengan dia atau tidak, tapi saya rasa seperti Martin kenal Iman."

"Maksud kamu? Mana kamu tahu semua ni?" soal Rama, ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

"Saya kurang pasti, tapi Iman ada cerita pada saya tentang hari dia diserang. Tapi saya tak rasa itu serangan sebab cara dua lelaki tu approach, lebih kepada penculikan. Saya rasa mereka inginkan sesuatu daripada Iman," terang Rudy.

Makin banyak kerutan di dahi Rama, tak faham. "Apa yang kamu cuba nak sampaikan ini?"

Rudy menarik nafas dalam, sebelum menyambung. "Dua hari yang lepas, saya ada datang ke rumah Iman, dan saya ternampak seorang lelaki berbadan besar, berdiri di hadapan rumahnya."

"Pada awalnya, saya menyangka yang dia mungkin hanyalah seorang ahli keluarga atau saudara, tapi bukan."

Rama dan para mentor yang lain memandang antara satu sama lain sebelum menumpukan semula perhatian mereka kepada Rudy.


















═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words:

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro