Bab 13: Flash

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[R U D Y's POV]

2 Days ago.........

AKU berjalan sambil mengerling kertas kecil yang tertulis alamat Iman di tanganku.

"Kat sini an? Tapi betul ke?" soalku kurang pasti. Walaupun aku sudah meminta bantuan Jet tapi aku tetap juga risau.

Macam mana kalau aku ketuk salah rumah? Naya aku. Semakin kecil jarakku dengan rumah Iman, semakin laju jantung aku berdegup.

Aku mengangkat kepalaku dan tanpa aku sedar, seorang budak lelaki sedang laju berlari ke arahku.

"Whoah!" Aku mengelak sebelum sempat dia melanggarku.

"Sorry!" jerit budak itu terus sahaja berlari. Aku mendengus halus sambil menggeleng kepala. Kakiku terus diorak.

"So... nilah rumah dia?" soalku lagi. Aku menjengah sedikit ke rumah Iman dan dahi aku berkerut tiba-tiba.

"Siapa pulak tu?"

Aku memandang seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah Iman. Pakaian lelaki tu nampak aneh sebab dari atas sampai bawah, semua hitam.

Kepalanya juga ditutup dengan kain bewarna hitam. Macam anak tudung pun ada. Fashion nenek dari kampung ke?

Family dia kot. Tebakku.

Namun langkahku terhenti tiba-tiba, sebaik sahaja aku melihat lelaki itu mula bergerak ke penjuru rumah Iman dan menyorok di situ, setelah dia mengetuk pintu beberapa kali.

Dahi aku berkerut hairan. Tanpa berfikir panjang, aku lantas menyorok di sebalik dinding yang berhampiran dengan pagar rumah Iman. Risau pula aku kalau-kalau lelaki tadi ternampak aku.

"Adik nak apa la... gi? Aik?"

Aku dengar Iman bersuara. Aku menjengah kepalaku sedikit ingin melihatnya. Tanpa aku sangka, muka aku mula membahang kepanasan. Jantungku yang tadinya normal sudah mula berdetak laju.

Aku kembali bersandar pada dinding sambil meneguk air liurku berkali-kali. Nafasku yang semakin tersekat, cuba dikumpul.

"Tudung kau mana? Tudung! Aurat woy, aurat!" gumamku perlahan sambil menumbuk tanganku sendiri.

Tak fasal-fasal jantung aku dah berlari bagai nak gila tengok kau freehair. Aku menarik nafas dalam ingin bertenang.

Iman ni pon satulah. Asas perempuan bukak pintu, mesti pakai tudung.

Aku mendengus sehinggalah aku teringat apa yang disebut Iman tadi.

Adik? Aku berfikir sejenak. Budak yang hampir langgar aku tadi tu ke?

Pap. Bunyi pintu ditutup.

Selang beberapa saat, aku memberanikan diri aku keluar dari situ dan melangkah laju ke rumah Iman. Aku perasan lelaki tadi bergerak ke satu ruang kecil yang membawanya ke belakang rumah.

Kening aku terjongket hairan. Dengan perlahan, aku mengekorinya. Aku berjalan sesenyap yang boleh. Seketika, aku terdengar satu suara yang sedang bercakap di telefon.

"Ya, boss. Haah, Saya dah jumpa. Baik boss. Baik. Ya, ya. Baiklah," bisik lelaki itu berbisik melalui telefonnya.

Lelaki itu seperti sedang bercakap dengan so-called bossnya dari dalam telefon.

So, kau ni kuli jelah? Ceh. Aku menjulingkan mataku ke atas. Aku masih memerhati lelaki ini yang tak habis-habis nak mengulang ayat yang sama. Ya, okey, baiklah, menyampah pula aku dengar.

Nampak daripada gayanya sahaja, memang sah dia bukan keluarga Iman. Yalah, datang-datang terus ketuk pintu lepastu berlari ke belakang. Gila betul family Iman nak bergurau sampai macam tu.

Tak mahu membuang masa, aku meninggalkan lelaki itu di belakang. Aku berjalan menuju ke depan pintu rumah Iman semula namun belum sempat aku sampai di situ, pintu rumah tersebut sekali lagi terbuka dan orang lain pula yang keluar.

Disebabkan aku terlalu terkejut, aku pantas menyorok semula dibalik dinding ini. Makin lama, makin laju pula jantung aku berdegup.

Aku mencuri pandang siapa yang keluar dari rumah tadi. Kelihatan seperti seorang wanita berumur lewat 30-an itu mempunyai rupa paras yang tak ubah seperti Iman. Cuma yang lainnya, dia memakai cermin mata.

Tak perlu fikir panjang pun dah tahu, itu mak Iman. Waduh, mak Iman la kau. Kalau dia nampak aku berdiri kat sini, naya aku.

Yang aku ni pula, menyorok macam orang jahat ni dah kenapa? Aku datang sini bukannya nak menculik anak dara orang. Huh!

Kling! Klang!

Alamak! Aku tak sengaja terlanggar besi yang ada dekat sebelah aku.

Macam mana boleh ada besi kat sini?Macam mana aku boleh terlanggar besi besar ni? Macam mana aku boleh tak perasan ada besi kat sini?

Aku mula menempelak diri sendiri kerana melanggar besi innocent yang tidak pernah sesekali menyoal tentang kewujudannya.

"Boss I'll call you back? Alright."

Aku tergamam. Bunyi derapan tapak kaki yang semakin hampir dengan tempatku berdiri, membuatkan kakiku berlari dan membawa diri ke penjuru rumah yang bertentangan.

Dasi run run run nan meomchul suga eopseo.

Kalau tadi aku berlari ke kanan, kali ini aku berlari ke kiri pula membawa aku ke belakang rumah Iman itu semula.

Aku cuba mengintai lagi ingin memastikan sama ada lelaki itu masih ada di situ itu atau tidak. Tapi orang lain yang aku sangka, orang lain pula yang aku nampak.

Keningku ternaik apabila ternampak Iman yang sedang bersembunyi. Mungkin mahu mengetahui siapa lelaki gemuk itu juga.

"Oh, sini boleh pulak kau pakai tudung?" sindirku menjerit dalam bisik.

Perhatianku kembali tertumpu pada Iman yang sudah berlari masuk ke dalam rumah dalam keadaan takut. Aku perasan tangannya kuat menggeletar.

Dua keningku bercantum. Kenapa tu? Aku tanpa berfikir panjang, pantas menapak ke pintu belakang rumah Iman dan mula mengetuknya.

Lantaklah kalau lelaki gemuk itu jumpa aku ke tidak. Muka Iman tadi benar-benar menunjukkan yang dia pernah nampak lelaki tadi. Aku mesti tanya dia apa semua ni.

Ttokk!! Ttokk!! Ttokk!!

"I..." ayat aku tersekat dikerongkong, aku terhenti.

Aku berfikir sejenak. Kalau Iman yang dia cari, mestilah Iman yang dia nak. Dan Kalau aku sebut nama dia, sah-sahlah dia akan tahu yang orang di dalam rumah ini Iman.

Keningku berkerut tiba-tiba. Tapi rasanya memang dia dah tahu. Aku bertekak dengan diriku sendiri. Perlu ke aku jerit nama dia?

Ttokk!!! Ttokk!!! Ttokk!!!

Pintu masih bertutup. Aku semakin risau. Makin kuat aku mengetuk, makin sakit tangan aku.

Aku berhenti sekejap mengepal sendi-sendi jariku yang sakit akibat mengetuk kuat sangat tadi. Kuat manapun aku ketuk pintu masih lagi tak terbuka. Dia kat mana ni?

Dalam masa yang sama, aku juga hairan. Aku ketuk kuat macam ni, Pak Beruang tadi tak dengar ke?

Aku bergerak mencari kelibat lelaki tadi tapi tak jumpa. Dia dah tak ada. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Mana dia pergi do? Tak akan dah blah?

Aku menggeleng kepala cuba untuk lupakan dia. Aku berdiri kembali di hadapan pintu.

Kejap! Jangan cakap lelaki gemok tu dah masuk rumah Iman sudah! Sangka aku tiba-tiba, membuatkan diri aku sendiri semakin cemas.

Ttokk!! Ttokk!! Ttokk!!

Aku mendengus. Tak buka jugak! Weyh, bukaklah! Jangan cakap kau dah mati kat dalam! Aku mula geram. Aku dah tak boleh bersabar.

Krekk

Pintu akhirnya terbuka. Aku melepaskan nafas lega. Lenguh tangan aku mengetuknya.

"Bukak pon kau. Asal aku ketuk..."

Splash!!

Mata aku terpejam dengan sendirinya saat aku merasakan sejumlah air yang sangat banyak menampar kasar tubuhku.

Hampir tercampak badan aku ke belakang dibuatnya. Rambut aku yang tadinya cantik disapu gel kini sudah basah menutupi separuh mukaku.

Aku dengar bunyi orang menarik nafas terkejut dan baldi yang sudah terjatuh ke atas tanah. Aku tersenyum sinis di balik rambutku. Nafasku ditarik panjang cuba untuk bertenang.

Ya, awak... ini saya... Kawan engkau! Jerit aku dalam hati.

Panas! Panas! Panas! Walaupun luar badan aku sejuk ditampar air, tapi dalam aku panas bagai api yang mengalir.

"Rudy..."

Iman gumam perlahan separuh berbisik. Aku yakin sangat dia rasa terkejut plus amatlah bersalah waktu ni.

Aku diam seribu bahasa kerana risau jika aku membuka mulutku, ada pula hati yang terkorban. Dan hati tu sah-sahlah milik Iman.

Aku mengesat mata aku dan muka aku lalu melibaskan lengan bajuku ingin membuang lebihan air yang memberatkan baju aku. Boleh aku rasa dari atas sampailah ke bawah, baju aku melekap pada tubuhku.

"Aa... awak buat apa kat sini?"

[End POV]

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

RUDY duduk di birai katil di infirmary akademi. Dia mendengus bersama muka yang sudah masam mencuka.

Sekali tengok, dah macam pemangsa yang menunggu masa sje nak membaham. Mata pula tajam serupa helang, kalau dijeling ni mau tak tertikam jantung. Hmph! Tak macho langsung.

"Asal buat muka macam tu?" Jet tersenyum mengusik landak inviso ini. Kemudian matanya dialihkan pula pada luka di dahi Rudy akibat latihannya bersama ejen senior tadi.

Jet menggelengkan kepalanya. Jarang perkara seperti ini berlaku pada Rudy. Lukanya tak ada la dalam mana tapi keluarlah juga sedikit darah merah pekat tu.

Walaupun sudah dicuci dengan air, tapi masih lagi belum cukup untuk menghentikan pengaliran darahnya.

Rudy memberikan jelingan pada kawannya itu sebagai jawapan.

"Asal kau ada kat sini?" soal Rudy pula bersilang lengan.

Jet mengangkat bahunya. "Saje." jawabnya selamba. Sengaja dia mahu menguji kesabaran Rudy.

"Lagipun, kau tu lelaki. Iman pulak perempuan. Tak elok duduk dalam bilik ni berdua-duaan," sambungnya. Nah, tu dia pantun anak muda.

"Aku tak mintak pon korang tolong," jawab Rudy cukup dingin.

Memang betul pun dia tak minta pertolongan siapa-siapa. Cuma mereka berdua tu aje yang beria.

Jet mengecilkan biji matanya dan merenung Rudy atas bawah.

"Kau jealous an?" soal Jet tiba-tiba. Dia meletakkan ibu jari dan jari telunjuknya di bawah dagu.

"Kau cakap apa ni?" Rudy yang tak faham dengan soalan Jet mula hilang sabar. Tiba jealous pulak ni dah kenapa? Tak ada kaitan.

"Tadi. Masa Iman bercakap dengan Chris. Kau jealous kan?" sambung Jet lagi lebih spesifik. Dia kekal merenung Rudy yang tidak memandangnya.

"Mengarut. Tak ada masa la aku nak jealous." Rudy sangkal tanpa ragu-ragu.

"Buat apa aku nak jealous?" soalnya pula perlahan dan tanpa sedar.

Jet mengangkat bahu ke atas seraya bersilang lengan. "Sebab kau suka dia maybe."

Nafas Rudy terhenti apabila Jet berkata demikian. Telinganya tiba-tiba terasa panas, lalu dengan pantas Rudy memaling ke arah lain.

"Oh god. Seriuslah!" Jet menekup mulutnya tak percaya dengan reaksi drastik kawannya itu.

Dia main-main je fasal jealous ni bagai, tak sangka pulak betul. Tapi tadi memang dia ada perasan Iman bersembang dengan Chris masa Rudy tengah berlatih. Sebab itu ke Rudy... boy!

"Diamlah!" Rudy mula menyampah dengan apa yang dia rasa di dadanya sekarang ni. Tambah pula dengan kawannya yang menggedik serupa sotong. Rimas dia.

Jet tergelak terbahak-bahak sambil memaut leher Rudy. Dia terus mengusik kawannya itu. Kawan aku dah blushing ni gila tak excited? Ohok!

Namun tawa Jet lantas terhenti sebaik sahaja seorang gadis bertudung kuning, masuk ke dalam infirmary sambil menatang yang berisi antiseptik dan kapas untuk mencuci luka Rudy. Dia menghulurkannnya kepada Jet.

"Thanks, Iman." Jet menyambut huluran Iman dan meletaknya di sebelah.

Iman membalas dengan senyuman.

"Aku tak perlu pon semua ni."

Rudy bingkas bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke pintu ingin keluar tapi ditahan oleh Iman.

"Tak bolehlah macam tu."

Lembut Iman bersuara cuba untuk memujuk. Dia membuntuti Rudy dari belakang yang sudah hampir ke pintu.

Jet kekal duduk di tempatnya sambil tersengih. Macam orang tak betul aje gaya. Dia sengaja tidak mahu berganjak dari tempatnya sebab ingin memberi ruang kepada mereka berdua.

"Aku dah besarlah. Calar sikit je, nanti okeylah." Rudy mendengus halus tetap juga mahu melawan.

Walaupun mulut dia cakap lain, tapi hatinya juga cakap lain. Sakitnya di dahi ini, hanya dia sahaja yang tahu. Tapi entah kenapa, dia berdegil juga. Perasaannya bercelaru sekarang ini.

Iman mengeluh. Dia sudah mati akal.

"Awak..." panggilnya membuatkan langkah ejen inviso ini terhenti namun tidak memaling.

"Kali ini je. Please," sambung Iman dengan nada merayu.

Nak cuci luka pun nak kena ambil hati. Apa payah sangatlah dia seorang ni. Gertus hati Iman.

Rudy berkalih sembilan puluh darjah ke kanan. Kepalanya tertunduk dan tidak sepenuhnya memandang Iman.

Dia memejamkan matanya rapat. Nafasnya ditarik dalam sebelum berpusing dan bergerak ke katil dan duduk di sebelah Jet semula.

Terkedu Iman seketika. Eh? Senangnya.

"Well, that was easy," Jet bisik di telinga Rudy sambil tersengih.

"Diamlah!" gumam Rudy tegas. Walaupun perlahan tapi cukup serius.

Tergeleng kepala Iman dengan telatah dua lelaki di hadapannya ini. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Iman mengambil botol antiseptik dan cuba membukanya tapi tak dapat.

Melihat Iman yang begitu struggle nak bukak botol kaca itu. Rudy mengeluh lalu merampas botol tersebut daripada tangan Iman. Tersentak Iman dibuatnya.

Rudy memulas penutup botol kaca itu dan dalam beberapa saat sahaja sudah terbuka.

"Tangan kau tu kecik. Nah." Rudy menghulur botol itu pada Iman.

-"Tangan kau... kecik."-

"Thank yo..." Baru sahaja Iman ingin menyambutnya, botol itu pula terjatuh.

Cling!!

Botol kaca tersebut pecah dek kerana terlepas dari tangan Rudy.

Nafasnya mula terasa tersekat dikerongkong akibat terkejut dengan flash yang menyinggah di kepalanya. Peluh sejuk mula perlahan-lahan membasahi kepala dan lehernya.

Dia nampak dalam flash itu, ada seseorang sedang menahan luka di kepalanya.

Terseringai muka Jet dan pantas bangun dari tempat duduknya. Dia berdiri menghadap Rudy yang entah bagaimana boleh jadi begini.

"Rudy..." gumam Iman, risau. Dia tidak berani mendekati lelaki ini.

"Awak tak apa-apa?" soalnya pula.

Iman melihat sebelah tangan Rudy sudah menggenggam kuat hujung selimut katil tersebut sampai berkedut manakala sebelah lagi memegang dadanya seperti sedang cuba mengumpul nafas.

"Aku..." Rudy terhenti di situ.

-"Rudy, awak tak apa-apa?"-
-"Kau buat apa kat sini!"-

Sekali lagi dia mendapat satu pancaran imej yang pantas.

Tu suara dia dengan Iman.

Kepala Rudy yang terasa bagai diketuk dan direntap dengan kasar dari dalam. Rudy semakin hilang imbangan. Kepalanya yang semakin kuat berdenyut membuatkan dia terjatuh ke atas lantai.

-"Saya nak tolong awak."-
-"Bahayalah!"-

"Argh!"

Rudy mengerang pedih. Dia memegang kepalanya yang kuat berdenyut. Macam jantungnya pula yang berpindah ke otaknya.

Baju Rudy habis basah bermandikan peluh. Dia cuba untuk mengingati semula di mana detik-detik itu berlaku.

Jeritan itu. Suara itu.

Tapi makin dia paksa, makin dia sakit. Seolah-olah kepalanya melarang dia melakukan demikian.

"Rudy!" Iman tunduk meletakkan kedua belah tapak tangannya diatas lantai.

"Iman..." gumam Rudy kasar, melihat gadis yang sedang panik di hadapannya.

-"Rudy!!!"-

Rudy mendengar Iman menjerit namanya dari dalam kepalanya. Makin kuat tangan Rudy menggenggam kepala sendiri yang kian memedih.

"Rudy."

Jet berura-ura hendak mengusap belakang badan Rudy. Dia mahu menenangkan kawannya itu dan saat itu juga, Rudy merasakan badannya seperti direntap kasar.

Dan akan dibaling.

-"Budak tak guna!"-

Rudy menepis kasar tangan Jet membuatkan ejen neuro itu tertolak ke belakang dan hampir jatuh tersembam. Dia menyangka tangan itu ingin melemparnya ke satu penjuru yang amat tajam.

"Woy, ni akulah!" Jet menempelak. Habis merah padam mukanya. Dia agak terkesan dengan sikap Rudy yang tiba-tiba sahaja bertukar agresif.

"ARGHH!" erang Rudy menunjukkan kesakitan di kepalanya semakin kuat.

Dia sedar itu kawannya dan dia tak sengaja. Rudy terlalu paranoid dan takut. Nafasnya sememangnya dah tak teratur tika ini. Makin banyak peluh yang membajiri dirinya.

Kepalanya yang kian berdenyut membuatkan dia mengerang semakin kuat. Tak tahu apa yang telah triggered memorinya sampai dia boleh jadi begini teruk.

"Sini, cepat!" Ejen Leon akhirnya berlari masuk ke dalam infirmary bersama beberapa lagi orang ejen.

"Tahan dia."

Ejen Bakar dan Ejen Karya memegang kedua-dua belah lengan Rudy lalu melipatnya ke belakang mengunci terus pergerakan ejen muda itu. Dapat Rudy satu das tembakan dilepaskan ke arahnya.

Tak lama selepas itu, Rudy mula beransur tenang. Seketika, dia merasakan tubuhnya diusung dan diletakkan di atas katil. Nafasnya kini bergerak normal semula.

Pandangan Rudy semakin kabur. Kepalanya semakin berat. Tak semana-mena, dahinya terasa pedih tiba-tiba. Dia merengus dan pantas refelksnya menggenggam benda yang menyentuh dahinya.

Dia melepaskan nafas berat. Cukuplah apa yang dia lalui hari ini. Sakit sangat belakang kepalanya tika ini. Dari tadi tak henti-henti berdenyut. Jika boleh, Rudy tak mahu tambah lagi sakit.

Rudy cuba untuk buka mata namun hampa. Dia akhirnya pengsan di situ.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

Iman meneguk air liur untuk kesekian kalinya. Niatnya hanya ingin menolong mencuci luka pada dahi lelaki ini sahaja tapi tak sangka pula yang dia akan bertindak seperti ini.

Pada awalnya, Iman mahu marah tapi terus terbantut setelah merasakan getaran halus pada tangan Rudy sendiri. Rasa geramnya berganti pula dengan rasa sedih dan simpati.

'Dia takut ke? Ke dia sakit?' soal Iman dalam hati.

Iman panik. Dia tak tahu nak buat apa. Seketika, dia menarik nafasnya dalam, cuba untuk bertenang. Tanpa dia sangka, tangan Rudy perlahan-lahan terjatuh sendiri.

Iman menghelakan nafas lega. Sekarang, tahulah dia yang Rudy dah pengsan sepenuhnya.

Iman mengambil peluang ini sekali lagi untuk membersihkan lukanya. Sepatutnya Jet yang buat kerja ni, tapi nampak gaya macam sibuk aje dia menerangkan seluruh situasi pada mentor. Jadi Iman aje la yang volunteer.

Dia mengambil kapas yang diletakkan sedikit antiseptik tadi lalu dengan perlahan, dia membersihkan luka di dahi lelaki itu. Seuai itu, dia menampalkan pula plaster pada luka tersebut.

Iman mengeluh perlahan dan tersenyum pahit. Bilalah awak nak sihat?

"Aww, so sweet," bisik Jet di sebelah tiba-tiba.

"Jet." Senyuman di bibir Iman terus mati.

"Aku nampak eh apa yang jadi tadi," kataJet membuatkan muka Iman merah padam. Jet gelak di dalam hati.

"Dah nampak kenapa tak tolong?" soal Iman mengetap giginya. Suaranya dikawal sebaik mungkin kerana tak mahu mengganggu Rudy.

"Hmm.. saje?" Jet tersenyum nakal dan berjalan keluar daripada bilik infirmary itu.

Iman menggenggam buku limanya. Dia ni... kalau aku tendang mahu tak jumpa langit esok.





















═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words: 2.7k

Everything is just too cringe. Man just lemme die

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro