BAB 41: Cuti?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"BAK sini fail Shin."

Ali turutkan saja sambil mencemik. Dia mengusap bahunya yang sedikit benjol dilibas tanpa belas dengan fail setengah inci.

Gurau pun salah.

Alicia pantas menyambut. Fail itu diselak sekali saja kemudian berhenti.

"Kau tengok apa tu?"

Alicia membisu. Dibiarkan soalan Ali ibarat angin yang lalu. Dia menempatkan fail Shin di atas kotak yang memisahkan jarak antara dia dan lelaki itu.

"Salah satu klien Manson ialah Arjuna Liu," tunjuk Alicia dan Ali tekun melihat.

"Sama dengan nama abang Shin... Arjuna Liu..." Alicia menyelak beberapa helai sebelum dia mengangkat memandang Ali.

"Jadi kau nak cakap... diorang ada kaitan? Takkan M.A.T.A. tak tahu pasal ni?" tebak kawan itu.

Alicia hanya membisu. Mustahil M.A.T.A. tak tahu pasal benda ini.

"Takyah risaulah. M.A.T.A. kan agensi yang teratur jadi memang sah la diorang maklum pasal benda ni," kata Ali membuatkan Alicia memanggung kepalanya.

"Boleh jadi nama je sama tapi bukan beradik pun. Macam kau jugalah. Nama kau Alicia Kheng. Nama lama Coda pula Martin Kheng. Tapi aku tak boleh terus cakap kau anak dia. Kan?"

Alicia terkedu. Tatkala Ali membangkitkan itu, baru Alicia sedar nama keluarganya dengan lelaki yang terbunuh itu sama.

"Tapi dalam rekod ni..."

"Kadang kau cuma perlu percaya." Ali segera memotong membuatkan Alicia pula terkesima.

"Tak semua jawapan kau boleh dapat walaupun kau cuba."

"Lagipun benda ni luar dari bidang kau. Kalau kau berdegil jugak nak tahu lebih-lebih, kau yang kena dengan jeneral nanti," nasihatnya bercakap daripada pengalaman juga.

"Kau sendiri yang cakap, kan? M.A.T.A. keluarga kau."

Melihat wajah Alicia yang seolah tidak menidakkan, Ali tersenyum kecil.

"Jadi janganlah risau." Ali mengambil fail Shin perlahan-lahan daripada tangan Alicia. Lalu menutupnya.

Alicia tidak menghalang. Kerana jauh di sudut hatinya dia setuju dengan bicara lelaki itu.

Kadang Ali ni boleh kasi nasihat yang agak berguna juga. Mungkin benar agaknya lelaki ini perlahan-lahan menjadi semakin matang.

"Weyh."

Alicia mengangkat wajahnya. Rajin pula dia melayan Ali hari ini.

"Aku ni dari haritu nak tanya. Asal kau potong rambut?" soal Ali daripada tadi tertanya.

Asalnya rambut Alicia melepasi bahu. Sekarang dah pendek semula. Semerta gadis itu mengeluh kecil.

"Rambut aku terpotong masa berlawan dengan Manson haritu."

"Serius? Bila? Tak perasan pun." Terbeliak mata Ali.

"Aku pun tak perasan. Aku tahu pun lepas jeneral yang tegur."

Ali mengangguk kecil. Lah. Kesian.

"Lepas ni aku nak biar je la rambut aku pendek," kata Alicia melepaskan rengusan.

"Ikut suka kaulah. Tapi kalau kau simpan pun okey jugak. Nampak cantik."

Alicia terkedu.

"Cantik?" Tak semena, jantungnya berdetak laju. Terketar jadinya tangan.

"Haah. Takdalah mata telinga aku ni sakit layan kau marah. Kurang la sikit rasa menyampah bila kena bebel." Ali berkata sambil tergelak suka.

Terhenti nafas Alicia tatkala dikutuk sebegitu. Tergenggam buku limanya tanpa sedar. Kurang ajar.

Bukk!

"Aduh! Kau pembuli!" jerit Ali sebaik mendapat pukulan yang entah ke berapa kalinya untuk masa yang singkat ini.

Dia memandang Alicia yang berlalu meninggalkannya dengan riak sebal.

Apa masalah dia tu?

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

"IMAN tolong amik air untuk aku."

Dari jauh Iman mendengar Roza meminta. Memandangkan dia dan Moon pun hendak ke kafe jadi tidak menjadi keberatan.

"Okey."

Di kafeteria itu, Haram tersenyum kecil melihat Reko bermain bersama Comot dan robot AI Khai, R-O. Suka dia melihat Reko berkenalan dengan kawan baru.

Melihat Reko yang memanjat rak atas, senyumannya mati. Mata Haram terbeliak besar.

"Reko-yah, geogi wiheomhan! (Reko, kat situ bahaya)"

Reko terlanggar cawan sehingga terjatuh airnya pada tangan Iman. Terjerit gadis itu sehingga terlepas cawan yang dipegangnya dek rangsangan fitrah.

"Iman!"

"Reko-yah!"

Tertindih jeritan Moon dan Haram saat itu. Masing-masing segera mendapatkan rakannya.

"Iman... tangan kau..."

"Awak... tolong kasi Roza," pintanya.

"Habis kau?" Moon menyambut huluran botol air dengan muka berkerut.

"Saya nak ke infirmary kejap." Iman senyum paksa dan bergegas keluar.

Rahangnya diketap kuat. Tangannya panas. Mata pula berair menahan sakit.

"Kau faham tak apa yang aku cakap ni sebenarnya, Rudy?"

Semerta langkah Iman terhenti. Rudy?

"Kau okey. Sihat. Takda apa-apa. Tapi kau tak nak bangun. Walaupun kau sihat kau tak nak bangun."

Dahi Iman berkerut spontan. Tanpa sedar, dia telah memanjangkan leher dan mengintai sedikit ke dalam.

Berkerut dahinya. Siapa wanita tu?

"Selalunya pesakit koma akan sedar sebaik diorang mendapat rawatan. Tapi kau... kau bukan macam dalam koma. Tapi kau macam tengah tidur. Tidur yang kau sendiri tak nak bangun-bangun."

Tekun Iman mendengar satu persatu ujaran wanita tersebut. Menyebabkan suatu rasa yang tidak enak menjalar ke hatinya. Rasa... cemburu?

Namun Iman menepisnya jauh-jauh. Dia mahu tahu jawapannya bagi persoalan ini. Kerana dia juga sudah lama tertanya.

"Jadi aku nak tanya. Apa kena dengan kau sebenarnya? Kenapa kau tak nak bangun?"

Semerta jantung Iman berdetak.

"Kau... ada trauma lain ke?"

Iman hampir tertekup mulut. Pantas benaknya melakarkan satu nama. Juga imej rupa seseorang itu.

Uu... Uno...

Insiden tahun lepas itu ke?

"Bukan masalah kau."

Mendengar suara dingin Rudy, Iman tersentap hebat. Liur ditelan. Kakinya perlahan-lahan menapak ke belakang.

Tak semena dia merasakan dia tak sepatutnya mencuri dengar seperti ini. Segera, Iman beredar dari situ.

Yakin sudah jauh, Iman menghela nafas lega. Dicarinya saja sinki yang berdekatan lalu dialirkan air sejuk pada jarinya. Lama juga dia di situ.

"Kau pahal ni?"

Terjerit kecil Iman dek sergahan tak bersalam dari belakang. Pantas dia menoleh ke belakang. Hampir gugur jantungnya.

Alahai... perempuan tadi.

"Tangan saya... melecur sikit," jawab Iman dengan senyuman paksa.

Shin menunduk bersama mata terpicing. Memang terbuntang habis matanya melihat jari Iman merah dengan kulit yang hampir terkupas. Sikit?!!

"Ini bukan sikit, tangan kau dah terbakar dah ni!" jerit Shin menyebabkan Iman tersentak.

Patutlah Iman lama betul membasuh tangannya di sinki. Dari jauh lagi Shin kehairanan. Pada awalnya, dia ingin mengabaikan saja.

Namun sebaik terdengar gadis itu berdesis berkali-kali. Tidak dapat tidak, Shin terhenti juga.

"Ikut aku." Paip sinki ditutup dan pantas Shin mengheret Iman.

Iman meneguk liurnya. Dia tahu ke mana dirinya hendak dibawa. Di dalam hati berharap agar tidak bertembung dengan lelaki itu. Berharap agar lelaki itu sudah tiada.

Oh tolonglah, Tuhan. Tolonglah. Ya Allah, tolonglah aku.

"Tolong ambik burn dressing dalam laci atas kedua belah kanan."

Mata Iman mendarat pada lelaki yang sedang pantas mengambil pembalut terbakar.

KENAPAAAAA?

Lekas mata Iman dilarikan agar tidak bersabung dengan Rudy. Dalam jantungnya sedang berkocak kencang, Iman cuba bertenang.

"Iman... Iman. Aku rasa baru haritu dahi kau melecur."

Iman tidak membalas apa-apa. Dapat dia rasakan dirinya diperhatikan seseorang. Dan sesungguhnya Iman tahu siapa seseorang itu.

Dah kenapa awak berdiri lagi kat situ? Keluarlah...

Demi saja Shin menyuruh Rudy untuk membalut luka tangannya, Iman langsung tersentak. Mana boleh macam tu! Pekik naluri hawanya.

Mujur saja Haram tiba tepat pada waktunya. Lega jugalah hatinya.

"Omo omo jagiya. Gwaenchana? Harami betul-betul minta maaf. Serius Harami tak sangka akan jadi macam ni, Reko deurowa!"

Terhenjut sedikit bahu Iman tatkala Haram meninggikan suaranya tiba-tiba di akhir kata. Tak lama, datang seekor monyet yang sangat aktif tadi mendekati Iman.

"Ppalli sagwa." Tegas sekali intonasi Haram memasang wajah serius.

Iman tersentak sedikit. 'Cepat minta maaf'.

Itulah apa yang baru dituturkan Haram dalam bahasa Korea tadi. Iman tidaklah fasih tapi untuk mengerti maksud satu ayat yang ringkas itu, mudah saja baginya.

Kaki kdrama biasalah. Huehe.

Iman melihat Reko mengusap jari melecurnya sambil berbunyi kecil. Sedikit terpanar dia. Gayanya tak ubah seperti mengaku salah.

Iman tersenyum dengan kesungguhan Reko yang inginkan kemaafannya. Perlahan-lahan, Iman cuba mengusap tubuh Reko.

"Saya okey. Sikit je ni," kata gadis itu disambut Reko yang berbunyi perlahan.

Haram tersenyum nipis. Biarpun Reko seekor Capuchin yang nakal namun dia juga bijak dan penuh empati.

Iman tersenyum lagi dek terhibur. Manjanya Reko! Spontan kepala terangkat dan mati begitu saja senyumannya.

Terpempan semerta tatkala mendapati Rudy sudah tiada. Sedikit terpusing kepalanya mencari kelibat lelaki itu namun terhenti sebaik Haram melabuhkan punggung di sebelah.

Penuh cermat Haram membalut tangan Iman yang telah disapu ubat.

"Lelaki tadi... Rudy ke?" Haram menyoal tiba-tiba.

"Mana tahu?" Iman membalas soalan Haram dengan soalan. Agak terperanjat hatinya tatkala ejen luar itu mengenali Rudy.

"Mestilah Haram tahu. Dia kan ejen muda yang lari keluar akademi tanpa izin tu?" soal Haram meminta kepastian.

Mata Iman terkebil-kebil spontan. Belum sempat dia mengiyakan, Haram menyambung lagi.

"Dengar cerita teruk juga keadaan dia sampai koma setengah bulan. Tapi Harami nampak dia sihat saja tadi jadi takda apa la tu."

Iman sekadar tersenyum kelat. Nampaknya memang betullah satu M.A.T.A. sudah tahu tentang cerita itu. Kepala Iman hanya ligat memikirkan keadaan Rudy. Mesti banyak kata-kata orang yang dia sudah dengar.

Mula terbit rasa kasihan dalam hati Iman terhadap lelaki itu. Macam mana keadaan Rudy agaknya? Dia okey ke?

Selesai menampal, Iman mengorak langkah meninggalkan infirmary bersama Haram.

"Aduh!"

Mata Iman spontan dibawa ke arah jeritan gadis yang bergema di ruang legar.

"Seri!" Mika segera mendapatkan gadis itu. Cermin mata hitam yang tertanggal dikutip.

"Kau okey?" soal Roza membantu Seri bangun. Ah, dia perlu lebih berhati-hati lepas ni jika ingin berlatih dengan Mika.

"Aku okey... takpa." Seri menepuk debu pada lengannya.

"Weyh, aku minta maaf. Serius aku tak sengaja. Kau..." Bersungguh Mika bersuara sambil menghulurkan cermin mata Seri. Namun bicaranya lantas terhenti sebaik melihat wajah penuh gadis itu.

Seri menyambut kaca mata yang dihulur Mika sambil tergelak kecil.

"Benda kecil je ni. Kau patut hidup dengan Reko kalau kau rasa kena hentak dengan sut mecha kau pun dah..."

"Kejap." Roza menahan tangan Seri daripada terus memakai kaca mata hitamnya.

"Mata kau..." Mika bersuara perlahan.

Seri terkedu. Alamak.

"Seri... kau..." Roza meneguk liurnya. Agak sukar dia ingin mengajukan soalan.

"Kau buta ke?" Sehabis baik dia cuba mengutarakan soalan agar tidak kedengaran kurang ajar.

Seri tersenyum kecil.

"You got me."

Nafas Seri dihela berat. Bibir kembali mengukir senyuman lalu dia mengangguk. Cermin mata hitamnya disimpan.

"Haah. Aku buta," akuinya.

"Memang sejak lahir atau..." Soalan Roza terhenti sebaik Seri menggeleng perlahan.

"Waktu aku dua tahun, aku dapat kanser retina... yang buatkan aku terpaksa buang dua biji mata aku."

Kedua-dua Roza dan Mika terkedu. Mereka memandang antara satu sama lain sebelum kembali memberi perhatian kepada Seri.

"Sekarang pun masih ada kanser tu tapi tak tau ajaib apa, kanser tu tak merebak. Kalau ikutkan aku sepatutnya mati dua tahun lepas."

Roza dan saling berpandangan. Kedua-dua kening dan bahu mereka jatuh. Kesiankan gadis di hadapannya ini.

Namun, semerta Seri mengangkat tangannya dan menunding jari tepat ke wajah Roza dan Mika.

"Jangan buat muka tu."

"Muka?" Bingung dua sahabat itu. Tidak mengerti dengan maksud Seri.

"Muka simpati. Muka kesian. Please don't pity me. Aku tak suka. Korang pun nampak macam mana aku kat arena tadi kan?" soal Seri serius.

Aku tak lemah. Bisik hati kecil Seri. Inilah sebab dia tak suka beritahu orang tentang kekurangannya.

"Ya, aku buta. Tapi itu tak bermakna aku tak nampak langsung. Aku masih boleh nampak cuma tak sama macam apa yang korang nampak."

Seri menguis rambutnya ke belakang telinga. Mendedahkan gajet keduanya yang lebih canggih.

"Aku nampak secara frekuensi," terangnya masih lagi tertunduk menakur.

"Getaran yang aku buat dengan tepuk tangan, hentak kaki, klik lidah..."

"Ekolokasi." Roza menyimpul ringkas.

"Betul."

"Jadi kau macam kelawar la?" Mika menyoal.

Seri tertawa sambil mengangguk laju. Gadis kelawar. Itulah apa rakannya menggelarnya.

"Siapa ajar kau?"

"Ayah aku. Aku belajar masa umur aku tiga tahun. Sebab tu aku boleh tahu kau berdiri kat mana."

Hampir serentak Roza dan Mika mengangguk. Takjub dengan kebolehan Seri.

"Ergh... Reko!" dengus Seri tatkala Reko melompat daripada bahu Roza ke bahunya pula.

"Syar, control that primate." Seri sudah hampir meletup.

"Reko, tolong behave," pinta Syarif dengan lembut namun penuh ketegasan.

"Reko. Reko. Duduk. Sini duduk." Sekali lagi Syarif berbunyi.

Namun Capuchin itu tidak juga mendengar. Tetap melompat riang. Syarif menghela nafas berat.

"Reko-yah, geuman-ilago. Geuman (Reko, saya cakap cukup. Cukup)."

Semerta Reko berhenti. Dia memandang Syarif. Walaupun duduk lelaki itu bersahaja namun pandangannya menikam.

"Iriwa. Anja (Mari sini. Duduk)," arah lelaki itu lembut namun masih tegas.

Akur. Reko naik ke atas sofa dan duduk diam-diam di situ. Serupa budak tadika dah.

Terkebil-kebil Moon memandang Reko yang terus mendengar kata sejurus Syarif menukar bahasanya.

"Monyet kau cakap Korea?"

"Reko bukan monyet la. Dia Capuchin," tegur Syarif laju membetulkan.

"Dan ya, Reko cuma faham bahasa Korea. Sebab dia pun asal dari sana. Walaupun dah tiga tahun duduk sini, satu perkataan bahasa Melayu pun dia tak tahu," jawabnya pula sambil membelai tubuh Reko. Kadang Syarif ada juga mengajar tapi tak dapat-dapat.

"Ooo..." Moon mengangguk memahami. Syarif dipandangnya beberapa saat sebelum dia membuka mulut lagi.

"Jadi... nama kau Syar?"

"Kenapa?" Soalan dibalas soalan. Kening Syarif terjungkit sedikit.

"Asal macam perempuan?"

"Ish, kau ni!"

"Apa?"

"Apahal kau tanya soalan macam tu? Macam dah takda soalan lain," marah Mika dengan sikap tak sensitif Moon.

"Aku nak tahu je. Kau jugak yang suruh aku tanya tadi," tegah gadis itu.

Terketap bibir Mika tika ini. Eee, budak ni lurus betul. Macam mana mak dia jaga dia ni?

"Takpa, takpa. Bukan aku tak biasa dengan soalan macam ni."

"Syar tu singkatan untuk Syarif. Kau panggil je apa yang kau suka. Syar ataupun Syarif, dua-dua aku layan. Asalkan bukan nama pelik-pelik sudah," jawab Syarif mengulum senyum nipis.

"Syarif Loka Indra Adika!"

"Saya!" Terduduk tegak lelaki itu sebaik nama penuhnya diseru. Semua kerana muscle memories.

"Wau, refleks tentera kau masih kuat. Joa, naneun joa." Dia mengusap kepala Syarif lembut.

"Aaasshhh... i k**s**kkiya jinjjah..." Syarif melepaskan carutan geram. Laju dia menepis tangan yang menyentuh kepalanya tanpa izin.

"Eo? Oppa?" Haram terbungkam.

"Harami-yah, annyeong." Mesra sekali kedengaran suara lelaki itu.

Kekok tangan Haram membalas lambaian abangnya. Terkelip-kelip matanya melihat lelaki itu berada di sini.

Iman tergamam melihat lelaki di hadapannya ini. Ejen... Danny? Haram? Oppa?

Apakah...

"Eh? Ejen Fisha." Iman sekali lagi terkejut saat ekor matanya menangkap susuk tubuh yang tinggi lampai.

Fisha yang muncul di sebelahnya mengulum senyuman manis. Dia mengerling dahi Iman yang pernah menjadi mangsa kepada muncung pistol panas dulu. Lega hatinya melihat tiada berparut.

"Syar-ah, hyung bogosipeoseo? (Syar, rindu abang tak?) Eo? Neo neomubogo sipeoyo. (Abang rindu kau gila.)"

Danny memeluk sepuas-puasnya bahu adik tunangannya itu. Rindu.

"Hyung yeogiseo mwohae? (Abang buat apa kat sini?)" soal Syarif mendatar langsung tidak membalas madah rindu lelaki itu.

Heee. Gedik sungguh abang sorang ini. Tak padan dengan pangkat ketua unit kecemasan.

Danny masih tersenyum memandang Syarif. Rangkulannya dileraikan lalu dia membuka mulut.

"Kamu akan pergi bercuti."

Langsung dahi Syarif berkerut. Tak mengerti.

"Sebenarnya, kamu semua... akan pergi bercuti." Fisha bersuara pula membuatkan semua ejen muda di situ memandangnya bingung.

Hening. Cuti?

"Kapjagi?" Haram berbunyi memecahkan sunyi. Fisha sekadar menjongketkan bahu dengan senyuman yang tidak lekang.

Rudy yang baru tiba juga tercantum kening melihat semua orang di situ senyap tak bergerak. Dah kenapa ni?

 

 

 

 

 

 

 
 

═════════

[AKAN DIEDIT]
Total words: 2.4k

Nak menangis sbb bulan depan dah exam 😌💔 sebbaik harini cuti

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro