16; i'm just loving u

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

  Sejak dua menjak ni aku banyak habiskan masa dekat rumah appa . Bak kata jimin bahaya duduk rumah sorang sorang

Tapi aku tak rasa bahaya pun . Kandungan aku baru mencecah 2 minggu lagipun aku boleh jaga diri sendiri

" chanie ! Dekat mana sekarang ? Jangan keluar rumah tau kalau nak keluar jangan keluar sorang tak pun call saya nanti saya datang "

" em "

" dah makan belum ? Jangan makan benda mengarut tau jangan banyak makan makanan yang berasid ph lebih dari 7 kurang daripada 5 . Banyak minum susu atau air buah "

" em "

" hati-hati pergi tandas nae takut nanti lantai licin bahaya . "

" em "

" lepastu-- "

" chakkaman ! " cantas michan sebelum sempat jimin menyambung bebelannya

" wae ? Kenapa sakit perut ke ?! "

" aniya .. Habis tu macam mana saya nak pergi studio kalau tak boleh keluar rumah ? "

" tunggu nanti saya sampai "

Panggilan dimatikan dengan segeranya tanpa sempat michan membalas . Dia berkerut dahi

Begini lah hidupnya hampir setiap hari . Risau betul jimin akan dirinya

Tapi dia bersyukur kerana dikurniakan lelaki seperti itu dalam hidupnya . Terlalu sayang pada dirinya

" chanie , jimin datang ni ! " laung appa dari tingkat bawah

Tanpa membuang masa aku berjalan melepasi pintu bilik dan menuruni anak tangga seperti biasa

" tunggu ! " halang jimin . Michan berkerut kening

Dah kenapa pulak ni jadi polis traffic dalam rumah ?

Tangannya berpaut pada bahu dan menggenggam erat tangan milik michan bagi memimpinnya untuk turun dari tangga

" eh awak ni dah kenapa, saya nampak macam dah nazak ke ? "

" memanglah tak tapi bahaya "

Michan memutarkan bebola matanya . Macam macam betul

Jimin menghantarnya di hadapan pintu masuk utama syarikat besar tersebut .

" gumawo . Bye ! "

Belum sempat michan ingin membuka pintu pergelangan tangannya ditarik hingga membuatkan dia terdorong menghadap ke arah jimin semula

Chup

Dahinya terasa hangat apabila bibir lembut jimin menyapa kulitnya . Senyumannya tidak dapat tertahan lagi

" hati-hati .. "

" uhm ! Chim pun hati-hati nae jaga kesihatan " pesan michan lembut . Jimin mengangguk laju

Lambaian diberikan hinggalah bayangnya hilang dari pandangan mata dan tika itulah senyuman pada bibirnya memudar

Setiap masa dia berdoa agar perkara yang buruk tidak menimpa keluarganya . Sungguh dia takut

____

" sengaja ? "

Muncul entah dari mana gadis itu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan jimin . Soalannya dibalas dengan jelingan daripada jimin

Baru sahaja niatnya ingin mengambil ketenangan disini . Tempat yang meninggalkan banyak kenangan manis bersamanya

Iaitu di taman kali pertama dia dan michan berjanji temu . Bangku yang sama didudukinya

" kenapa oppa tak angkat jiyeon call hah ? Tau lah pergi hantar isteri kesayangan dia tu "

Jimin terkaku . Gadis ini tahu segalanya tiada tempat untuk dia larikan diri

" oppa tau kan yang jiyeon boleh buat apa yang jiyeon mahukan . Oppa tak percaya ? Sekarang juga jiyeon boleh tunjukkan "

ugutnya . Dia menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya sebelum dilekapkan pada telinga . Senyuman sinis langsung ditarik

" So jiyeon . " panggil jimin keras . Ini kali pertama dia menyebut nama penuh gadis itu

" nae oppa ~ ♡ " jawabnya riang . Telefon bimbitnya dijatuhkan

" geumanhae . "

" shireo ! " jeritnya mengejut . Dadanya turun naik bersama deruan nafas yang kuat

Kepalanya ditekan kuat lalu diketuknya berkali-kali . Dalam beberapa saat dia kembali elok kepada asal dengan senyuman yang sukar ditafsirkan terukir dibibirnya

" malam ni boleh tak oppa datang hotel jiyeon uhm ? Jiyeon sunyi sangat kalau ada oppa kita boleh berseronok hehe ~ "

Lengan mereka dipautkan dan kepalanya disandarkan pula pada bahu milik jimin . Pantas jimin menepis

Dia bangun dan berlalu pergi meninggalkan jiyeon sendirian

" o-oppa ! Ni nombor bilik datang pukul 8 nanti nae "

rayunya sempat diselitkan nota kecil pada telapak tangan jimin . Jelas terpancar pada matanya bahawa dia sangat berharap jimin akan hadir pada malam ini

Keretanya dipandu laju . Nota kecil yang berada di tangannya direnyuk sebelum dibuang melalui tingkap kereta . Rayuan gadis itu diabaikannya mentah-mentah

_____

" cik muda okey ? " soal salah seorang pengawal peribadinya apabila perasan wajah anak majikannya basah lencun

Jiyeon mengangguk bagi menjawab soalan tersebut . Giginya diketap rapat

Lama dia menunggu kedatangan jejaka pujaannya itu bagai orang bodoh . Dia tak datang

Terasa hampa dan kecewa . Marah serta sedih semuanya bercampur . Nampaknya jimin bermain dengan api yang marak

Bagai mencabar kekuasaan yang ada pada dirinya . So jiyeon pasti melakukan apa yang dia telah katakan

_____

Selesai pengambaran aku bergegas untuk pulang ke rumah . Nak marothon kdrama hekhek

" Lee michan sunbae ! "

Panggilan dari seseorang yang amat aku kenali menghentikan langkah dengan serta merta

" uhm wae ? "

" sebenarnya saya ada sesuatu nak katakan pada sunbae .. Kalau sunbae sudi nak tak makan malam dengan saya ? " soal rowoon dengan wajah yang merona kemerahan . Belakang tengkuknya digosok segan

" mianhae tapi saya sibuk harini kalau cakap sekarang tak boleh ke ? "

" emm .. Saya tau sunbae dah ada namjachin tapi saya tetap nak bagitahu yang s-saya suka sunbae ! Saya tak harapkan sunbae terima atau sukakan saya balik tapi saya cuma nak luahkannya, maaf "

Luahnya jujur . Terasa lapang sedikit dadanya setelah meluahkan rasa cintanya pada seorang lee michan .

Michan tidak memberikan sebarang reaksi namun hanya menunduk bagi memikirkan alasan . Ini bukan kali pertamanya berhadapan dengan situasi seperti ini

" gwaenchana , esok saya akan pergi ke new york hehe dapat tawaran untuk berkhidmat di sana dan mungkin saya jumpa jodoh dekat situ ke hee "

Tidak ingin meninggalkan rasa kekok rowoon membuat lawak hambar dan tergelak sendiri 

" mianhae rowoon sshi .. " secalit senyuman nipis dilakarkan lalu langkahnya diorak ke pintu utama untuk beransur pulang

Lama michan menunggu dan tepat pada masanya lampu isyarat bertukar hijau dan itu bermaksud giliran pejalan kaki pula untuk melintas

Entah mana silapnya apabila jeritan nyaring dari arah belakang memanggil kuat namanya membuatkan dia terhenti dari meneruskan perjalanan

" Lee Michan ! "

bukk

Terasa sesuatu yang kuat menimpanya . Dan saat itu dia tidak dapat mentafsir apa yang berlaku dengan jelas

Apa yang dia nampak saat ini hanyalah lumuran darah yang pekat mengalir hingga ke permukaan jalan tar .

+++

Jimin POV

Secara langsung dari studio permodelan Emy's nation melaporkan satu kematian melibatkan seorang model terkenal akibat langgar lari daripada kereta berkenaan ..

Selesai menghabiskan perbualan tegang antara So jiyeon di telefon bimbitnya jantungnya bagai henti berdetak apabila menangkap bait-bait ayat yang didengarkan melalui radio di dalam keretanya

Jangan katakan bahawa dia terlambat ..

**🌙️**

Thanks kpd readers yang vote sad ending .. Author dapat banyak ilham nak munculkan banyak sad scene
Vomment  nae ~♥~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro