17 ; you're my

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

     Senyuman aku melebar . Sebenarnya harini jimin ada janji nak teman aku pergi buat temu janji dengan doktor tentang kandungan baru ini  . Jarang sekali jimin ada masa terluang

Lampu isyarat bertukar hijau dan itu menandakan waktu untuk pejalan kaki melintas

" Lee Michan ! " laung seseorang . Aku menghentikan langkah dan menoleh ke arah tuan empunya suara

Aku tersenyum nipis memandangnya namun Rowoon cuma berlari ke arahku dalam keadaan yang cemas

Bukk

Terasa sesuatu yang kuat menimpanya apabila Rowoon bertindak dengan menolak kuat tubuh ku ke bahagian bahu jalan

Secara mengejut sebuah kereta meluru laju ke arahnya dan merempuh kuat tubuhnya

Bibir aku menggeletar . Tubuhnya yang berlumuran dengan darah aku pandang bagai tidak percaya

" r-rowoon sshi .. Y-yah arghhh ! "

Kepalanya yang dibasahi dengan cecair pekat diletakkan pada ribaku . Sekuat hati aku memanggilnya namun hampa apabila dia tidak memberikan sebarang reaksi

" ireona tsk ireona ! " semakin menjadi-jadi tangisanku apabila aku tidak dapat merasakan nadinya

Orang ramai mula berkerumun dan ada yang menelefon panggilan kecemasan . Cecair jernih terus terusan membasahi pipinya

_____

Kenderaan BTS tiba di situ . Kesemua ahli ada bersamanya kerana telah berniat untuk pergi berjalan-jalan selepas balik dari klinik itu nanti

Dengan pantas jimin meluru ke luar tanpa berfikir panjang . Nasib dia mengenakan mask dan cap hitam bagi menutup identitinya

Matanya membulat besar apabila melihat tempat kejadian yang dipenuhi darah . Jantungnya sudah mengepam darah dengan sangat laju

Tolong jangan katakan bahawa dia terlambat  ..

" lee michan mana lee michan ?! " soal jimin cemas . Nafasnya sudah tidak teratur

Anggota polis yang berada di situ menghalakan jarinya ke arah seorang gadis yang hanya duduk termenung sambil dirawat oleh beberapa orang doktor .

Lantas dia mendapatkan michan dan dipeluknya erat . Baru sekarang dia dapat menghembus nafas lega walaupun jantungnya masih tidak dapat berhenti dari berdetak laju

Michan tersentak dari lamunannya . Haruman yang sangat menyenangkan baginya membuatkan dia kembali mengalirkan air mata 

" c-chim tsk .. "

" gwaenchana ? " nada suaranya dikawal agar tidak bergetar namun tangisannya membataskan segalanya . Dia turut mengalirkan air mata

Michan mengangguk laju

" s-saya dah bunuh rowoon tsk dia mati sebab saya "

Michan menghamburkan segala yang terbuku di dadanya . Teresak-esak dia menangis

" apa yang dah jadi ? Awak boleh cerita pada saya eung "

Lama soalan tersebut dibiarkan sepi namun jimin tidak memaksa dan hanya menarik tubuh langsing michan  dekat dengannya . Tentu dia masih dalam trauma

" saya hampir kena langgar dan rowoon tolak saya ke tepi tsk " ujar michan berselang dengan sedu sedannya

Jimin menepuk pelan belakang badan michan bagi menenangkannya . Walaupun dia tidak beberapa mengenali diri rowoon tetapi dia turut rasa bersimpati

" kita balik nae ? Saya taknak awak stress tak elok untuk kandungan tu " nasihat jimin lembut . Wajah michan yang dibasahi dek air mata disekanya lembut

Michan mengangguk pelan . Kakinya digagahkan jua untuk berdiri namun hampa apabila lututnya terasa sangat lemah dan tidak dapat di imbangi

Jimin meletakkan sebelah tangannya pada pinggang dan sebelah lagi memaut lengan michan dan dililitkan pada lehernya untuk dipimpin

" encik ! "

Klik

Klikk

Secara mengejut sekumpulan wartawan meluru ke arah mereka dengan menanyakan pelbagai soalan

Dengan teliti dia menarik cap hitam ke depan bagi menutupi matanya manakala mask dibetulkan bagi menutupi separuh wajahnya

" boleh encik berikan sedikit keterangan sebagai seorang saksi ? "

" apa yang telah berlaku di tempat kejadian ? "

" adakah encik dan cik salah seorang model di syarikat ini ? "

" encik nampak wajah pembunuh ataupun pemandu berkenaan ? "

" cik ni teman wanita kepada mangsa ke ? "

Entah kenapa soalan yang terakhir tersebut menyentakkan diri jimin . Suka hati buat andaian !

Dan pada masa itu michan terlalu lemah untuk menjawab .

" ada yang mengatakan cik adalah penyebab kepada kematian mangsa iaitu kim rowoon , adakah itu benar ? "

" encik tolong katakan sesuatu ?! "

Semakin lama aku mendengar  semakin sakit hati aku jadinya . Michan menggenggam erat lengannya

" tak keterangan awak salah . Lee Michan juga adalah seorang mangsa di tempat kemalangan " jawab jimin tenang dan yakin

Dan semakin banyak persoalan diajukan buatnya . Lensa kamera yang dipegang oleh mereka tidak henti menghasilkan lampu yang terang

Gambar tidak henti diambil oleh mereka . Mic juga dihulurkan dekat dengan jimin bagi merakam suaranya dengan lebih jelas

" jadi kenapa cik tidak mati dalam kemalangan tersebut--- "

tanpa menjawab kesemua soalan yang sedang diajukan jimin membuat keputusan untuk berundur diri . Kebanyakkan soalan mereka merepek dan tak masuk akal !

Nasib bts memarkingkan keretanya jauh dari situ . Michan dibawakan masuk ke dalam kereta berbentuk van  tersebut

Tentu sekali kesemua mereka memaparkan riaksi terkejut . Terdapat beberapa luka kecil pada lengan dan wajah michan

" c-chanie gwaenchana ?! Jin hyung bawa pergi hospital cepat "

Taehyung berubah cuak . Risau betul dia apabila melihat michan lembik tak bermaya seperti itu

" hyung kenapa dengan chanie ? " soal jungkook turut risau

Ahli lain merenung michan dengan penuh simpati . Michan sudah seperti keluarga mereka sendiri

" g-gwaenchana .. " jawab michan lemah . Kepalanya dilentokkan pada bahu jimin yang berada di sebelahnya

Michan taknak buat mereka risau walaupun dia berasa bagai ingin pitam sahaja saat ini . Semuanya terlalu mengejut untuk dia menerima

Ianya baru sahaja berlaku di hadapan matanya . Rowoon meluahkan perasaannya dan rowoon juga pergi dengan tragis di depan matanya sendiri

Tolong katakan semua ini hanyalah mimpi dan apabila dia sedarkan diri ia hanyalah suatu mimpi ngeri yang mudah dilupakan

_____


Perlahan-lahan aku menggerakkan kelopak mata . Syiling putih memenuhi ruang mata

Cadar bercorak awan dan langit bewarna biru . Ya , ini adalah bilik tidurnya

" chanie ? " jimin menjengahkan sedikit kepalanya sebelum memasuki bilik tersebut

" gwaenchanayo ? " dia menyeka lembut air mata yang berlinangan di tubir mata isterinya

Air mata ? Aku menangis waktu tidur ke ? Aku dah terlupa tentang mimpi yang aku alami tadi

" rehat lah nanti saya bawakan makanan . Jin hyung ada masak bubur "

Ujarnya . Dia melangkah ke meja solek bagi memakai tali leher . Pakaiannya hitam dan putih

" chim .. Awak nak pergi mana ? "

" chanie rehat dekat rumah je tau lagipun awak masih dalam trauma " nasihat jimin lembut

" saya nak ikut .. "

" chanie .. Lepas awak dah okey sikit kita pergi nae ? "

" tapi saya nak pergi tsk dan berikan penghormatan terakhir pada dia "

Jimin menghela nafas berat . Tubuh michan didekatinya . . Bahunya digenggamnya lembut

" sebab ni lah saya tak bagi awak ikut .. kalau awak pergi awak akan sedih dan tak dapat terima kenyataan .. Saya taknak awak salahkan diri sendiri "

Michan menunduk melayan perasaannya . Dirinya dibebani dengan rasa bersalah yang menggunung

" saya tak sangka semua ni akan terjadi tsk dia baru je luahkan perasan pada saya d-dan tsk .. "

" dan ? " jimin menjungkitkan keningnya . Memang dia sudah agak bahawa lelaki itu menyimpan perasaan pada isterinya namun dia tidak menyangka lelaki itu sanggup meluahkannya

" mestilah saya tolak ! " bentak michan . Tidak dapat dinafikan rasa sayangnya pada jimin melebihi segalanya

" jangan nangis lagi nae ? Nanti ada benda terbakar "

" bwo ? "

air matanya diseka menggunakan hujung lengan baju yang dipakainya . Jimin menyisip juntaian rambut michan seraya tersenyum kecil

" hati saya . "

Michan tergelak kecil . Pandai jimin menarik hatinya

" kan comel kalau macam tu "

Jimin menyerabutkan rambut michan yang sedia serabut

" pergi mandi lepas tu makan .. "

Michan mengangguk seraya tersenyum tipis . Dahinya dikucup lembut sebelum bayang lelaki itu hilang dari pandangannya

Dia bertuah kerana dikurniakan jimin dalam hidupnya . Dia adalah takdir euphoria ku . .

**🌙️**

Kebanyakkan plot di tukar huhu emie tk nak readers rasa bosan even mmg dh bosan . . Model vs Idol old ver tu terlalu drama ahahaha jadi emie tukarkn jadi lebih logic ye kwn ii

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro