18 ; promise

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dia duduk berhadapan dengannya . Matanya memandang anak mata hitam milik gadis itu bagai hendak tembus

Pandangannya lebih kepada kebencian . Tenang sahaja jiyeon mencicip air yang dipesan olehnya

Kini jimin berada di rumahnya . Ini yang gadis itu begitu mahukan hingga sanggup berbuat apa sahaja

" kau tau , kau seorang pembunuh " ujar jimin pedas . Walaupun begitu jiyeon tidak ambil kisah

" anggap aje lah semua tu sebagai pengajaran "

" kau memang gila " ujar jimin pelan . Gadis itu hanya buat tak endah

" alang-alang oppa dah ada dekat sini jom jalan-jalan nak tak ? "

Ujar jiyeon teruja . Matanya bersinar-sinar mengharapkan jimin sudi menemaninya

Tanpa membalas jimin bangkit dari dudukannya dan berlalu pergi . Jiyeon menggapai pergelangan tangan jimin namun cepat ditepis olehnya

" o-oppa ! Kenapa oppa tak boleh nak terima jiyeon hah " bentak jiyeon berang . Sakit betul hatinya apabila dilayani begini

Langkah kakinya terhenti . Soalan yang diajukan oleh gadis itu betul-betul mencabar dirinya . Dia mempunyai lebih 1001 jawapan bagi soalan tersebut

" kau bukan lee michan . Aku takkan terima kau "

ringkas sahaja jawapan yang diberikan namun cukup padat dan menusuk terus ke hati seorang So jiyeon

Penumbuknya digempalkan . Hasratnya ingin membunuh lee michan semakin membuak-buak

" satu hari dia akan mati di tangan jiyeon sendiri . Jadi oppa akan berpaling pada jiyeon semula ..

Jiyeon jauh lebih sempurna berbanding dia dan jiyeon ada segalanya . Oppa boleh harapkan jiyeon untuk lakukan semua yang oppa mahukan ! "

Air mata yang bertakung di tubir matanya dibiarkan . Dia tampak begitu lemah apabila berhadapan dengan seorang park jimin

" kau layak terima yang lebih baik . Hadam perkara tu dalam diri kau "

Setelah berkata begitu jimin meninggalkan perkarangan rumah agam tersebut . Jujur katakan jiyeon memang seorang yang cantik malah kaya raya

Tak tertanya bagaimana dia boleh mendapatkan apa yang di mahukannya . Namun diri jimin terkecuali kerana dia langsung tidak memandang jiyeon lebih daripada seorang peminat biasa

Sekali lagi dia jatuh terduduk melayan perasaannya . Sudah acap kali dia menjadi lemah hanya kerana seorang park jimin

" aku akan bunuh dia . Aku akan bunuh dia . Aku akan bunuh dia .. "

Diterapkan dalam dirinya serangkap ayat tersebut . Nafasnya tidak teratur berserta mata yang di jegilkan dan tubuhnya tidak henti menggigil

______

Pintu bilik dibukanya . Bunyi  pancuran air dari dalam tandas membuatkan dia berpaling ke arah tersebut

Tombol pintu bilik air dipulasnya . Tak berkunci , jimin memandang isterinya yang berada di bawah pancuran air tersebut dengan masih memakai baju

" dah berapa lama awak mandi ni hm ? "

Michan kekal menunduk lututnya dipeluk erat . Pili air ditutupnya sebelum dia mencempung tubuh kecil michan keluar dari situ

Michan didudukkan di atas katil mereka . Wajahnya pucat dan kosong

Jimin melangkah ke arah almari bajunya bagi mencari baju yang besar untuk dipakaikan pada michan

Perlahan-lahan pakaian michan dibukanya dan disarungkan pula baju t-shirt putih padanya . Namun begitu dia langsung tidak bernafsu untuk mengambil kesempatan ke atas michan

Kain tuala diambilnya pula lalu digosokkan pada rambut michan untuk mengeringkannya

" dah makan ? "Michan menggeleng lemah

Dagu michan diangkat bagi menatapnya

" sayang awak tak boleh macam ni nanti awak sakit " nasihat jimin lembut . Mata merah michan ditatapnya sayu

" mian .. "

Hanya sepatah yang dibalasnya . Dia faham tentu susah untuk michan menghadapinya

" jom kita pergi klinik lepas tu kita pergi makan apa yang awak nak "

Michan tidak membalas . Jimin bagai bercakap dengan dinding sahaja

Tanpa segan silu jimin menghulurkan tangannya . Michan memandang bagi meminta jawapan

" tangan ni sedia memberikan kekuatan untuk awak, selagi saya masih hidup selagi tu saya akan sentiasa ada di sisi awak "

Ujar jimin ikhlas . Michan masih ingat kata-kata itu, janji jimin padanya sewaktu mereka di honeymoon dulu .

Perlahan-lahan tangannya disahut . Michan tersenyum tipis

Jimin bagai gula-gula pada dirinya, memberi kemanisan dan keceriaan dalam hidup yang suram

" saya rasa nak makan tteokbokki lah, kalau kita pergi tempat hari tu boleh tak ? "

Jimin tersenyum lebar . Michan kembali kepada asal dan tidak lagi menayangkan wajah sedihnya namun begitu dia tersenyum ceria

" khaja ! "

______

" awak tau tak saya dah fikir nama untuk anak kita "

Jimin cuma tersenyum kecil sambil memimpin erat pergelangan tangan michan

" kalau dapat lelaki saya nak bagi nama jinnie, kalau perempuan pulak minnie  hekhek comel kan ! "

" cepatnya perancangan nak dapat anak kedua " jimin tersenyum siring . Wajahnya merona kemerahan apabila diusik oleh jimin

" m-mana ada ! Orang cakap KALAU eyy dia ni "

Membahang habis wajahnya . Bahu jimin ditumbuknya manja dan ia mendatangkan gelakan besar dari jimin

Tawa mereka terhenti apabila seorang gadis menghalang jalan mereka . Berdiri tanpa rasa segan silu berhadapan dengan mereka . Senyuman jimin serta-merta mati namun michan tersenyum lebar

" zenchen ! Kita jumpa lagi " sapa michan mesra . Jimin jelas terkejut

Zenchen ? Michan kenal dengan jiyeon ke ? Macam mana ?

" annyeong haseyo Lee michan sshi "

jiyeon tersenyum kecil . Matanya melirik pula pada jimin yang memandangnya tajam

" chim, kenalkan ni zenchen dia dari china dan dia lah yang tolong saya dekat klinik hari tu "

Jimin tercengang . Gadis ini mempunyai muslihatnya sendiri untuk mendekati keluarganya

" happy nampak , ada good news ke ? "

Sibuk jiyeon ingin memanjangkan perbualan mereka . Jimin tampak seperti tidak senang duduk

" sayang , awak kata nak pergi makan jom lah ! "

Pantas jimin menariknya tangannya  tidak ingin berbual lama bersama perempuan gila macam tu . Sekali lagi jiyeon mencelah

" korang nak pergi makan ke ? Nak ikut boleh em sebenarnya saya tak biasa lagi dengan kawasan ni jadi saya tak tahu nak pergi makan dekat mana .. "

ujar jiyeon sayu . Riak mukanya dibuat-buat sedih dan ia mampu melembutkan hati michan

" mesti lah khaja-- "

" oh tak perlu, pusing belakang tu pun dah jumpa restoran  " cantas jimin . Jiyeon menahan amarahnya dengan menggenggam tali bag

Langkahnya dipercepatkan . Michan berkerut kening . Pelik betul jimin ni jarang sekali dia bersikap macam tu dengan orang yang tidak dikenali

Michan merentap tangannya membuatkan jimin terhenti . Nasib lah orang ramai yang lalu lalang cuma mengabaikan mereka

" chim, kenapa buat macam tu dekat zenchen kesian dia tau tak ?! "

Soal michan berang . Dia kesiankan jiyeon yang dianggap zenchen itu kerana ditinggalkan sebegitu sahaja

" awak tak kenal dia dan kita tak kenal dia jadi dia orang asing " jawab jimin cukup ringkas . Michan berkerut kening

" awak tau ? Kita lupakan je tentang tu saya tak nak cakap pasal dia sekarang ni . Cuma fokus pasal KITA je arra ? "

Marah jimin namun cuma di dalam hatinya . Dia langsung tidak meninggikan suaranya pada michan . Nada suaranya kekal lembut namun tetap ada ketegasan dalam ayatnya

Michan berpeluk tubuh wajahnya turut dipalingkan ke tepi . Sengaja tunjuk protes

Tak tunggu masa yang lama jimin menariknya semula untuk dipujuk .

" jangan merajuk please .. Nanti saya cium depan orang ramai ni nak ? " ugut jimin . Michan mencebik bebola matanya dipusingkan

" macam lah awak berani-- "

Chup

Capnya dibuka lalu pinggang michan ditarik mendekat pada wajahnya sebelum bibir mereka bersatu . Cap hitam miliknya menjadi pelindung bagi adegan 18+ yang ditayang oleh mereka

Ciuman dilepaskan setelah ia bertaut buat 5 saat . Michan terpempan matanya terkebil-kebil

" nak merajuk lagi uhm ? "

" nak-- ehh tak nak ! "

Jimin tergelak comel . Entah keberapa kali sudah jimin membuat jantungnya berdetak bagai nak gila

"  ish awak ni ! Dah la jom gi makan cepat tinggal kang "

Senyumannya disorokkan . Wajah yang garang cuba ditonjolkan

Dengan langkah yang dihentakkan michan berjalan meninggalkan jimin yang sudah tergelak sakan

Dari awal perkenalan mereka lagi jimin memang suka mengusiknya ! Erhhh

**🌙️**

Awak tak nak vote ke wak . Tedih lah fanfic titew tak dapat sambutan . Oky mohon lepuk author guna sandal V
(・´з'・)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro