21 ; my fault

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jimin pov

" huh huhh .. "
Nafas ditarik dan dihembus kuat sejurus dia tersedar dari terus diulik mimpi . Rambutnya diserabutkan

Mimpi ?

Lantas aku menyelak comforter yang membaluti separuh tubuhku . Kaki aku dibelek seraya digerak-gerakkan

" ingat ke dah lumpuh huh "
Nafas lega dihelanya . Patut lah pelik semacam setahu aku kena tumbuk dekat muka je takkan lah sampai kaki pun lumpuh

Mainan mimpi ..

" argh-- " rintih jimin apabila mula merasa kejang dan berdenyut di bahagian kepalanya . Kuat juga dia dihentam oleh orang suruhan jiyeon tadi

Klerk !

Seraut wajah taehyung memenuhi ruangan mata . Dengan membawa sebotol air mineral dia mendekati . Botol air tersebut dihulurkan

Baru aku sedar bahawa ini bukannya dorm ataupun bilik yang berada di studio namun ianya bilik yang disediakan khas di rumah appa .

" gwaenchana ? Dua hari kau pengsan.. "

Mata aku membulat . Dua hari ?! Detak jantung mulai kuat mengepam darah . Wajah taehyung dipandang dengan riak wajah yang cemas

" chanie macam mana . Dia okey , anak aku okey ?! "

Soal jimin bertubi-tubi tak dihiraukan rasa sakit yang menimpanya . Lantas dia berdiri dan menyarungkan selipar untuk keluar dari bilik tersebut bagi mencari michan selepas di beritahu oleh taehyung tentang keberadaannya

Setelah menjumpai bilik yang ditempatkan michan pantas aku memulas tombol pintu tersebut . Sekujur tubuh yang duduk menghadap ke arah jendela dihampiri

" chanie .. "
panggil jimin lembut . Apabila tidak menerima tindak balas daripada michan . . jimin mengambil tempat di sebelah isterinya

Riak wajahnya kosong seolah-olah termenung sendirian . Jimin meraih pergelangan tangan michan dan digenggamnya erat

Michan yang baru tersedar dari lamunannya tersentak pantas dia menarik semula tangannya dari terus digenggam oleh jimin .

" c-chanie ? "
Jimin agak terasa hati . Kenapa michan berubah ? Jauh sekali layanan yang diberi berbanding dalam mimpinya

" keluar "
Michan mula membaringkan dirinya dengan membelakangkan jimin . Comforter ditarik menyelimuti hampir keseluruhan tubuhnya

Hanya satu soalan yang berlegar di mindanya . . Kenapa ?

" chanie gwaenchana ? "

Jeda . Jimin mengetap bibir rapat

" saya rindukan awak lah.. Kenapa diam ? "

Dibalik comforter tersebut . Michan menghamburkan segala tangisannya . Ingin sahaja dia mendakap erat tubuh jejaka itu sekarang juga

Namun apakan daya ? Dia terpaksa

" saya taknak cakap dengan awak  .. Keluar "
Michan bersuara keras . Aku tak tunggu masa yang lama lantas aku memeluk tubuh michan dari arah belakang

" shireo ! Saya takkan tinggalkan awak walaupun awak dah bencikan saya "

Dapat aku rasakan badannya sedikit bergetar . Aku longgarkan pelukan tersebut dan mula menatapnya risau

" kenapa ni .. Saya sakitkan awak ke ?"

Soal jimin lembut . Risau pula dia dibuatnya kalau kalau dia ada tersakitkan michan

" awak ni tak dengar ke hah saya cakap keluar kan jadi keluar je lah ! "

Teriaknya . Habis lencun wajahnya dek air mata yang tak henti mengalir keluar dari tubir matanya .

Jimin terdiam .

" kenapa bising-bising ni ? "

Encik lee mula masuk campur apabila terdengar bunyi yang bising datangnya dari bilik michan . Wajah jimin dan michan dipandangnya silih berganti

" appa .. Chanie nak tidur chanie tak nak siapa siapa masuk bilik ni "

" sayang-- "

" mari ikut appa sekejap .. "
Appa mula menarik tanganku dan dibawa keluar dari bilik tersebut . Jimin terkilan pandangannya dijatuhkan pada lantai

Dia rindukan michan ..
Ingin sahaja dia memeluk dan bergurau manja dengan michan ..
Namun sebaliknya yang dia dapat

" semua ni salah aku .. Semua yang berlaku berpunca daripada aku sendiri ! "

Jimin mula menyalahkan dirinya sendiri . Hatinya terbeban dengan segala masalah dan perasaan yang merundang

" appa minta maaf tapi buat masa ni kamu tolonglah beri chanie masa sikit nae ? "

Nasihat appa lembut . Redup sahaja dia memandang seraut wajah menantunya itu . Tampak sangat keletihan

" kenapa ? "

" kamu kena faham .. Dia baru sahaja kehilangan anak jadi emosi dia masih tak stabil "

Jimin tersentak matanya membulat besar apabila dapat mentafsir bait-bait kata yang diajukan oleh lelaki separuh abad itu .

" c-chanie gugur ? "

Appa mengangguk pelan . Dia juga turut berasa kehilangan dan tumpang bersedih akan dugaan yang menimpa anaknya

" j-jimin nak jumpa chanie ! "

Baru sahaja aku ingin mengorak langkah pantas appa menghalang

" appa minta maaf jimin .. Kamu tahu kan macam mana emosi chanie sekarang ? "

" tapi jimin nak teman dia . Jimin nak ada dengan dia dan pujuk dia ! "

Jimin menjadi tak tentu arah . Empangan yang tak tertahan pecah jua . Deras sahaja air matanya meluncur laju menuruni kulit wajah

Aku jatuh terduduk.  Semakin memberat bebanan dan rasa bersalah yang menghempap diriku

" appa faham tapi kamu mesti banyak bersabar nae ? "
appa menepuk pelan bahu kanan aku bagi menyalurkan semangat . Dia cuma ingin menangis sahaja tika ini

Michan juga turut mengalami situasi yang sama . Mulutnya ditekup supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi

" saya pun sama chim .. Kalau boleh saya nak awak sentiasa ada dengan saya "

------

Michan pov

Flashback sehari yang lepas ..

Aku berjalan sendiri . Angin malam menyapa kulit wajah membuatkan hati aku tenang walaupun sedikit

Sejujurnya aku sedih dan kecewa disebabkan keguguran tersebut namun aku tetap bersyukur kerana aku masih diberikan peluang untuk melihat Jimin .

Bangku kosong yang disediakan di hadapan hospital besar itu di dudukinya . Fikirannya menerewang jauh

" hai ! "

Sapa seseorang yang amat aku kenali . Aku toleh memandangnya dengan mata terbuntang luas . Disaat ini aku hanya mampu berharap untuk tidak di apa-apa kan

Aku berundur setapak ke belakang . Cepat sahaja orang suruhannya menghalang aku untuk meloloskan diri . Michan terjerit kecil

" z-zenchen "
Mulut aku bagai terkunci dan tidak dapat mengeluarkan walau sepatah ayat

" mesti kau terfikir .. Kenapa aku bukan dekat penjara dan sebaliknya dibebaskan macam ni ? "

" sebab aku So Jiyeon . "

Dia menyoal seraya menjawabnya sendiri . Pantas sahaja tangannya mencengkam kuat rahang milikku

" kau jangan fikir aku akan biarkan kau hidup bahagia. Sekarang ni aku nak kau pilih sama ada jauhkan diri daripada jimin ataupun ..Aku akan jauhkan jimin daripada kau "

Dia tersenyum sinis . Cecair jernih mula mengalir menuruni tubir mataku . Gadis dihadapannya kini cuma tergelak sinis seraya menyilangkan tangan di dada

------

Walaupun jimin masih tidak menyedarkan diri aku tetap menatapnya dengan penuh kasih sayang

" s-saya sayangkan awak chim tsk "

Bagai bercakap sendirian jimin langsung tidak membalas . Dia masih dalam posisinya iaitu di dalam posisi tidurnya . Dah seharian jimin tidur mungkin kesan daripada ubat yang diberi

" saya tak pernah salahkan awak uhm tsk .. Semua yang berlaku ni salah saya chim . Saya tak patut jatuh cinta dengan orang yang terlalu disanjungi ramai tsk "

" tapi, saya tak pernah menyesal dapat hidup dengan awak eo "

Manik jernih terus terusan membasahi wajahku . Langsung tak dihiraukan

" saranghae .. "

Satu kucupan aku hadiahkan pada pipi kanannya lama . Erat sahaja aku memeluk tubuhnya sebelum berlalu pergi bersama perasaan yang dipendam .

**🌙️**

Special tag : aipplegray

Singgah lah acc chingu emie ni hikhik siyes best tk tipu ! Rajin betul senpai ni buat fanfic tak macam emie AHAHAHAH . Btw kalau korang nk tau salah satu fanfic fav emie dari author ni lah so korang boleh jenguk plus vote n comment sekali nae !

Sape still nk baca ff ni jgn lupa vote eh .. Klu tk baii aku update thn dpn je HAHHAHAH

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro